Bab 21

Romance Completed 17774

BAB 21 :
Menantu Abah

Kelas pertama dimulakan dengan bismillah. Raisha menarik nafas sedalamnya. Kemudian dilepaskan. Semangat baru. Dia tersenyum.

Tapi berlainan pula dengan Ami. Dia tak senang duduk. Ada saja tak kena. Seperti cacing kepanasan. Matanya meliar memandang ke segenap inci kelas. 'Mana dia? Mana?'

"Wei Mi kau kenapa?"

Ami menoleh ke sisinya. "Aku cari seseorang." jawabnya.

Zul turut memerhati sekeliling. "Kau cari siapa?" soalnya. Puan Arna yang sedang bercakap di depan mereka buat tak endah.

"Kau cari Farhan ke?" tanya Zul sekali lagi. Kali ini bola matanya tertumpu pada Ami.

Ami sekadar mengangguk.

"Wei kan aku cakap dia bukan kelas kita. Memang tak lah kau dapat cari dia dalam kelas kita." ujar Zul garang. Tak habis-habis lagi dengan Farhan. Entah apa istimewa sangat budak lelaki itu dimata Ami. Tak mungkin kawannya itu gay pulakan.

"Herm betul juga cakap kau tu." balas Ami. Tak ada guna dia cari orang yang memang tak wujud dalam kelas ni. "Kau tahu dia kelas mana?"

"Tahu. Kau nak jumpa dia ke? Hari tu aku tanya cakap tak nak jumpa."

"Tu itu hari. Sekarang hari ni. Nanti kita pi intai dia sikit." cadang Ami.

"Intai nape pula? Jumpa jela depan-depan. Kau ni minat dekat dia ke Mi? Kau songsang eh!?"

Ami menepuk bahu Zul kuat. "Kepala hotak kau! Babi betul cakap aku gay! Aku suka perempuanlah sial!" terus terkeluar bahasa kasar yang jarang sekali diguna oleh Ami. Bukan jarang memang dia tak biasa mengeluarkan kata-kata seperti itu.

"Okay, okay. Chill. Aku tanya je. Janganlah marah."

Ami menjeling tajam. "Aku tak kira. Satgi habis kelas kita pi intai dia. Kau kena ikut aku Zul!" arah Ami serius.

Zul hanya mengangguk laju. Serius benar muka Ami ketika mengeluarkan arahan takut pula nak bantah.

***

Kaki melangkah tenang ke tempat tujuannya. Sesekali anak mata Farhan memandang ke sisi. Dia terasa seperti ada orang mengikutinya. Namun dia kekal tenang. Tak payah gelabah. Benda tu hanya akan memburukkan keadaan.

Dia berhenti lalu tunduk membetulkan tali kasut. Dari hujung matanya dapat dia lihat dua orang lelaki sedang berselindung di balik semak. Dia kenal siapa gerangan yang mengekori dia dan dalam fikirannya sudah merancang satu kejutan untuk mereka.

Telefon pintar dikeluarkan. Tangan pantas menaip sesuatu dan ditekan hantar. Farhan tersenyum sinis. "Bersedia terima kejutan." katanya sendiri.

***

"Zul! Kau buat apa lagi tu. Cepat ah!" jerit Ami dalam nada berbisik. Dia tak mahu kehadiran mereka berdua disedari.

"Ha kejap. Kejap." balas Zul. Dia segera mendekati Ami yang sedang terhedap-hedap mengintai sasarannya. "Macam mana? Ada apa-apa yang pelik?" soal Zul. Dia turut memerhati lelaki yang sedang berjalan di hadapan mereka.

"Takde tapi aku rasa kejap lagi mesti ada. Buat apa dia pergi dekat sini? Tempat terpencil ni kalau bukan ada benda yang dia sembunyi." jelas Ami. Gerak hatinya semakin kuat meragui lelaki tersebut. "Jom Zul. Dia dah jauh tu." Ami mula berjalan perlahan-lahan. Langkahnya sangat ringan kerana tak mahu menghasilkan sebarang bunyi yang menyebabkan kewujudan dia disedari.

"Ami. Jomlah balik. Aku takutlah. Lain macam doh tempat ni. Seram gila." pinta Zul yang berada di belakang Ami. Matanya tak tetap memerhati ke depan. Sekejap-sekejap dia toleh ke belakang. Hatinya berdetak laju. Peluh jantan sudah banyak mengalir menyebabkan baju yang dia pakai sekarang habis basah kerana peluhnya.

"Shhh!" Ami angkat jari telunjuk e mulut. Menyuruh Zul diam. Dia terus memerhati Farhan sehingga lelaki itu berhenti pada sebuah kedai. Kedai lama. Pintunya diperbuat daripada papan. Begitu juga dengan badan kedai. Keseluruhannya dari papan. "Apa dia buat dekat situ?" soal Ami sendiri.

"Tak kisahlah dia nak buat apa pun. Kenapa kita kena ikut dia sampai sini? Bukan kita nak tengok dia dekat kelas je ke?" soal Zul pula.

"Kau diamlah Zul! Kau gerak-gerak nanti hasilkan bunyi. Duduk diam." arah Ami. Matanya kembali tertumpu kepada Farhan. Lelaki itu menolak pintu kedai perlahan-lahan. Namun dia tak masuk. Farhan seperti sedang bercakap dengan seseorang. Ami hanya perhatikan.

Setelah beberapa minit, baru jasad Farhan melangkah masuk. "Apa rahsia kau sebenarnya ha?" ngomel Ami. Hatinya mahu mendekati kedai itu dengan mendengar butir bicara orang yang berada di dalam. "Zul! Jom! Kita pergi dekat kedai tu!"

Sunyi. Tiada sahutan dari Zul. Ami pelik. Dia menoleh ke belakang. Zul tiada! Dia mula dilanda kerisauan. "Mana pula dia ni pergi? Zul! Zul!" jerit Ami dalam kadar yang perlahan.

"Ami."

Bukk!

Dunianya terus menjadi gelap. Hitam.

***

"Ahh!" nafas ditarik bagi memberi oksigen yang secukupnya ke dalam badan. Dia lemas selepas disimbah air sedikit. Kepala digoyang ke kiri ke kanan bagi menghilangkan air dimuka.

"Hai Ami."

Ami mengangkat mukanya. Matanya mengecil untuk menjelaskan penglihatannya. Ah! Memang dia sudah jangka! Lelaki ini memang lelaki yang tak elok! Dia kena bagitahu Raisha sebelum kawannya itu diapa-apakan. Ami menarik tangannya namun baru sekarang dia sedar yang dia sudah diikat pada sebuah kerusi. "Argh! Lepaskan aku!" jerit Ami sambil meronta-ronta untuk melepaskan diri.

"Hahahahahahahaha." ketawa jahat memenuhi ruang kedai usang itu. "Lepaskan? Lepaskan kenapa?"

"Kau memang sial! Kau nak buat apa dengan Echa ha!?" jerkah Ami.

"Shhh! Shhh! Kau tak layak nak sebut nama kekasih hati aku tu."

"Sial kau Farhan!"

"Hahahahaha jadi kenapa kalau aku sial? Jadi masalah buat kau?" soal Farhan sinis. Dia ambil sebilah pisau yang terletak di atas meja.

"Ya! Kau pergunakan Echa! Kau nak buat apa ha dengan dia!?"

Farhan mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum meleret. Langkah kaki mendekati Ami yang sedang terikat. "Aku dah cakap kau tak layak sebut nama dia. Hei kau ni. Mungkin aku kena potong lidah kau." Farhan menyua pisau yang diambil tadi ke muka Ami. "Supaya kau tak boleh sebut nama sayang aku lagi." sambung Farhan.

Ami memandang Farhan tajam. Seolah-olah dia boleh membunuh lelaki itu dengan mengunakan pandangan.

"Tapi aku rasa tak seronoklah kalau awal sangatkan. Tak dapat aku nak dengar kau menjerit.." kata-kata Farhan terhenti. Mulutnya dirapatkan ke telinga Ami "kesakitan...." bisiknya diringi dengan hilai ketawa yang mengila.

Ami merengus kasar. Dia betul-betul rasa marah yang amat sangat sekarang. Nafasnya kencang. Dadaya berombak. Tangannya masih meronta-ronta untuk melepaskan diri.

"Kenapa kau ikut aku Ami?" soal Farhan tiba-tiba setelah ketawanya habis.

Ami tidak menjawab soalan Farhan. Dia memerhati dengan tekun segala gerak geri Farhan.

"Ohh! Mungkin sebab kau nak tengok aku pergi mana lepas kelaskan? Betul tak?" soal Farhan lagi.

Ami langsung tidak bersuara. Badannya mengigil menahan rasa amarah yang mengila.

"Heh, Ami Ami. Kenapa kau nak bermain dengan api? Kau dah buat silap besar bila kau mula ragu dengan kewujudan aku dekat poli tu." Farhan berhenti seketika sebelum menyambung. "Aku cuma nak jalankan kerja aku. Kenapa kau nak kacau? Ni punca rezeki aku tahu."

"Rezeki kepala hotak kau! Berdosa bodoh!" jerit Ami.

"Berdosa? Hahahahahahaha berdosa? Mana ada. Aku terpaksa. Aku tak buat salah. Hidup aku yang buat aku macam ni."

"Kau jangan nak salahkan hidup kalau kau sendiri yang buat pilihan macam ni."

"Hey, Ami." Farhan menampar-nampar pipi Ami kasar. "Hidup perlukan duit. Aku sanggup buat apa saja demi duit."

"Heh maknanya kau hidup bertuhankan duit. Bukan Allah."

"Wow.. Tak sangka dalam keadaan kau macam ni pun kau boleh terfikir ayat untuk berceramah. Well done." Farhan menepuk-nepuk tangannya sambil tersengih mengejek. "

"Kenapa kau buat semua ni Farhan? Kenapa?" soal Ami kasar.

"Kenapa Farhan kenapa?" Farhan mengajuk cara percakapan Ami. "Manusia ni pelikkan. Suka tanya sebab kenapa seseorang itu melakukan sesuatu yang diluar jangkaan mereka. Sesuatu yang buruk. Tapi bila diterangkan sebab mengapa seseorang berkelakuan begitu , mereka hanya akan mencaci. Menghina. Mereka hanya dengar penjelasan untuk membangkang. Untuk mencari alasan yang kukuh bagi mencaci seseorang."

Ami diam. Ada benar yang dikatakan Farhan. Manusia hanya mendengar pendapat orang lain hanya kerana ingin menolak pendapat tersebut. Mereka rasakan fikiran mereka betul padahal kesalahan sudah terang berada di pihak mereka. Sifat bertolak ansur sudah hilang. Semua tak mahu mengalah. Semua mahu tunjuk yang mereka adalah yang betul.

"Aku lakukan demi duit. Demi keluarga aku. Demi kelangsungan hidup aku dan aku percaya jika ssseorang itu terdesak dia akan buat pilihan sama macam yang aku pilih." terang Farhan. Matanya tunduk pandang kebawah. Jika boleh dia memang tak mahu lakukan semua ini , semuanya kerana hidup. Hidupnya yang memaksa.

"Oh by the way Ami. Aku ada kejutan untuk kau." Farhan bergerak ke belakang kedai.

Ami memerhati dengan penuh debar. Apakah kejutannya? Adakah kawan-kawan Farhan yang lain akan masuk dan memukulnya? Hatinya makin tak keruan. Cakap pasal kawan baru Ami teringat. Bukan ke masa dia lihat Farhan di depan kedai tadi seolah-olah lelaki itu sedang bercakap dengan seseorang tapi di dalam kedai ni tak punya sesiapa. Hanya dia dan Farhan saja. Dengan siapa pula Farhan bercakap tadi?

"Ami. Kejutan......"

Mata Ami bulat memandang ke arah Farhan dan lelaki yang dipegangnya. "Zul!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience