Bab 20

Romance Completed 17774

?BAB 20 :
Menantu Abah

Raisha beriringan naik ke biliknya dengan Raja. Mereka baru sahaja turun untuk beli makanan. Kali ini malas mahu duduk di cafe. Kalau duduk dalam bilik best sikit. Lepas makan terus baring lepas tu tidur. Muahahaha.

Kunci pintu dibuka kemudian dipulas tombolnya untuk melangkah masuk.

"Echa. Kau kenapa doh?" soal Raja. Dari tadi dia memerhati Raisha. Mukanya muram saja. Entah apa yang tak kena. Bercakap pun sepatah-sepatah. Raisha ni dikira jenis yang banyak cakap juga tapi dengan orang yang dia rapat saja. Dengan orang lain dia jadi pendiam yang teramat.

Raisha tidak segera menjawab. Dilabuh punggung ke atas lantai. "Kenapa apa? Aku okay je." balas Raisha.

"Kau tak okay. Aku tahulah Echa. Pasal apa ni?" soal Raja lagi.

Raisha hanya mengelengkan kepala. Dia mula menjamah makanan yang diberi.

"Echa, aku tahu ada yang tak kena. Pasal apa ni? Farhan?"

Raisha terhenti. Nafas dihela berat. Diangkat mukanya memandang Raja. "Mana ada. Bukan pasal dia."

"Aku kenal kaulah. Ni mesti pasal dia. Apa yang dia buat kat kau?"

Raisha mengelengkan kepala.

"Habis tu? Apasal kau jadi macam ni?"

"Emm esok kita nak mula kelaskan?"

"Iye. Jadi?"

"Dia langsung tak contact aku. Dia dah lupa aku ke jee? Sia-sialah aku ikut dia balik awal kalau macam ni citer dia."

"Ala Echa. Kau kata dia satu poli. Nanti mesti jumpa punya. Kau text dia dulu. Ajak jumpa. Kan senang."

"Tak boleh jee. Tak boleh. Nanti nampak aku terhegeh-hegeh sangat dekat dia. Tak naklah." Raisha menolak mentah-mentah cadangan kawannya itu. Mana mungkin dia nak mulakan perbualan. Tak mungkin. Dia tak akan tunjukkan dirinya terdesak.

"Dah tu? Kalau dah tahu tak nak nampak terhegeh-hegeh. Jangan tunggu. Buat bodoh je. Benda selalu ditunggu ni tak kan dapat. Bila kau rilek, wat dek je haa benda tu muncul secara tiba-tiba."

Raisha diam sejenak. Betul juga apa yang Raja katakan. Selalunya bila kita tunggu tak akan tiba, bila kita leka dia akan muncul. 'Mungkin aku terlampau mengharap. Aku kena rilek.' gumamnya.

"Aku rasa betullah kau cakap jee. Emm aku rasa aku patut rilek je. Buat macam takde pape." kata Raisha. Kepalanya terangguk-angguk semasa berkata.

"Memanglah aku cakap sentiasa betul. Hahaha."

Raisha mencebik. "Ni yang malas kalau puji. Bukan main lagi rasa meninggi diri tu."

"Hahaha tak la. Aku memain ja. La ni kita makan dulu lepas tu tidur. Perut kenyang senang hati. Kita tidur, masalah tolak tepi."

Raisha hanya diam. Tak membalas. Fikirannya sekarang cuba untuk mengawal hatinya daripada terus mengharap. Dia perlu berhenti memikirkan soal lelaki itu. 'Kat manalah kau sekarang ni en. Masa daftar sem ari tu pun tak nampak. Haih.'

***

Lagu kumpulan dari Korea kini bermain di gegendang telinga Raja. Mulutnya menyanyi-nyanyi kecil mengikut lirik walaupun sebutan yang macam haram jadah keluar dari mulutnya.

Raisha menoleh ke arah Raja yang berada di atas katilnya. Bukan main senang hati lagi kawannya itu. Tambah-tambah menyanyi lagu Korea pula. Padahal dulu bukan main tak minat sekarang ni dia tengok macam fanatik sangat dah. Siap belajar hangul lagi. Dia hanya mengelengkan kepalanya.

Mata kembali melihat ke skrin telefon pintar. Akaun fac , instagram, twitter semua sudah dibuka. Ditutup kemudian dibuka lagi. Bosan tahap langit ketujuh. Jarum jam didinding baru menunjukkan pukul 9:30 malam. Masih awal untuk dia tidur dan dia juga masih belum mengantuk untuk tidur.

Bzzt! Bzzt!

Sedang leka dia membaca satu kisah hantu di twitter , telefonnya bergetar tanda ada mesej baru masuk. Dia tersenyum lebar melihat nama yang keluar. Mesej daripada aplikasi whatsapp itu dibuka.

"Echa, jumpa aku malam ni."

Matanya membulat. 'Malam ni? Sekarang dah pukul sembilan lebih. Nak dekat pukul sepuluh. Buat apa nak jumpa?' hatinya dijentik rasa ragu. "Esok kelas." balasnya ringkas.

"Ada hal penting. Aku tahu esok kelas. Aku pun ada kelas. Jumpa aku dekat tasik."

"Sory, sekarang dah malam and aku dah sedap berbaring ni. Aku malas nak bangun. Esok jela kau cakap."

"Aku nak jumpa kau malam ni! Penting! Kau pakai tudung sekarang jumpa aku kat tasik!"

"Eh eh mamat ni. Nak marah-marah pula. Mana boleh main paksa-paksa." ngomelnya sendiri sebab mestinya Raja tak dengar. Dia tengah pekak sekarang ni. "Apa yang penting sangat kau ni? Kau tahu tak tasik tu jauh nak pi? Esok tak boleh ke? Aduyai."

"Bila aku cakap penting maknanya pentinglah. Cepat datang. Aku dah ada dekat tasik ni. Kau datang sorang. Aku tak nak orang lain tahu benda ni."

Raisha merengus kasar. "Tadi marah sekarang suruh datang sorang. Wah, sedap dia mengarah aku." dia bangkit dari pembaringan. "Apa benda yang penting sangat ye? Kenapa tak boleh cakap esok? Kenapa tak nak orang lain tahu?" dia menyoal dirinya sendiri. Dalam hati memang takut tapi rasa ingin tahu melebihi rasa takut yang berada di dasar hati. Lumrah manusia. Ingin tahu apa yang dia tak tahu dan takut akan sesuatu yang dia tak tahu. Dalam soal ini, rasa takutnya mungkin kurang sedikit sebab orang yang ingin dia berjumpa tu seseorang yang dia kenal.

Raisha mencapai tudung bawalnya yang berada di birai katil. Disarung kemudian dengan perlahan dia keluar dari bilik. Dia tak mahu menganggu Raja yang sedang melayan suara buah hatinya itu.

***

Gelap malam kini menyelubungi persekitaran Raisha. Telefon pintar yang digunakan sebagai lampu suluh ditala ke merata tempat. Mencari jasad yang begitu ingin berjumpa dengannya. Mujur saja masjid berdekatan dengan tasik. Adalah sikit kekuatan dalam hatinya untuk keseorangan menunggu.

Mata masih meliar ke sana sini. Lampu telefonnya tidak banyak membantu sebab tidak boleh menyuluh ke arah yang lebih jauh. Telefon dimatikan. Baterinya sudah hampir habis.

"Argh. Mana pula dia ni? Tadi kata dah sampai? Ni takde pun." bebelnya sendiri. Dia memeluk tubuh. Batu kecil disepak masuk ke dalam tasik. Dingin malam mula terasa walaupun baru berginjak ke pukul sepuluh. Raisha ke hulur ke hilir. Tak senang duduk dia menanti. Sorang-sorang dengan keadaan sunyi. Mulalah fikirannya fikir yang bukan-bukan.

"Echa."

Raisha terhenti. Terkejut. Kepalanya dengan laju berpusing ke belakang. Dia menarik nafas lega setelah lihat gerangan yang menyapanya. "Terkejutkan akulah kau ni. Memang suka sangat muncul macam ni."

"Hehe sory." Farhan mengosok-gosok kepalanya. Malu.

"Herm ada apa kau nak jumpa aku? Esok tak boleh cakap? Dah malam dah ni." kata Raisha serius. Matanya melirik ke arah Farhan sekejap-sekejap. Dia tak boleh terus merenung sebab hatinya sedang berdebar gila bagai nak rak walaupun masa keluar bilik tadi dia tak rasa apa-apa.

"Mari kita duduk depan tasik dulu."

Raisha hanya menurut. Mereka berdua melabuhkan punggung di atas rumput di depan tasik. Pantulan bulan dan langit malam terlihat di dada tasik yang nampak tenang.

"Haa cakaplah." arah Raisha tanpa menunggu lama.

"Echa, esok kelas kau habis pukul berapa?"

"Emm malam dah takde kelas. Apahal?"

"Malam eh? Malam.. Herm." Farhan memegang dagunya. Matanya memandang ke atas seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Oi, kenapa?" soal Raisha sekali lagi.

"Okay macam ni. Isnin ni aku ada benda nak tunjuk dekat kau tapi kita kena pergi petang. Kau boleh?"

Raisha berfikr sejenak sebelum menjawab. "Aku rasa tak bolehlah Paan. Aku seminggu ni busy sikit petang. Malam je free." ada rasa sedikit kecewa dalam hati Raisha. Peluang yang ditunggu telah tiba tapi masa dia pula tak mengizinkan.

"Emm yeke?" Farhan tunduk.

Raisha jadi serba salah. Dia betul-betul mahu luangkan masa bersama dengan Farhan. Tapi apakan daya dia tak boleh buat apa-apa. "Maafkan aku." mohonnya ikhlas.

"Okay. Takpe. Macam ni. Apa kata kita pergi malam ni? Sekarang." cadang Farhan. Wajahnya betul berharap.

"Malam ni? Kau gila ke? Kan aku cakap esok aku ada kelas." Raisha menolak.

"Ala.. Echa.. Sekejap je. Tak sampai setengah jam lepas tu dah boleh balik dah." pujuk Farhan.

Raisha berbelah bahagi. Tak ikut kang menyesal , kalau ikut kang menyesal juga. Aih. Susah betullah. Tiba-tiba pahanya terasa getaran. Telefonnya berbunyi. Diambil keluar daripada poket.

Farhan hanya memerhati. 'Siapa pula yang call time ni. Kalau tak dah boleh dapat dah. Ish!' getusnya.

"Raja." Raisha memberitahu siapa yang menelefonnya kepada Farhan. Seolah-olah dapat membaca isi hati lelaki idamannya itu.

Farhan cuma mengangguk.

"Hello jee. Kenapa?"

"Haa yela. Aku balik sekarang."

Talian dimatikan. Telefon pintarnya dimatikan dan kembali disimpan ke dalam poket. "Err aku balik dulu eh Paan. Kawan aku nak tidur dah tu." ujar Raisha. Dia bingkas bangkit.

Farhan mengeluh. Dia turut bangkit. Digapai tangan Raisha sebelum gadis itu bergerak pergi. "Jangan macam-macam okay. Aku sayang kau." katanya perlahan.

Bagai satu tamparan hebat mengenai pipi Raisha. Macam tak percaya apa yang baru dia dengar sebentar tadi. "Ba.. Baiklah. Aku naik dulu." balasnya. Tergagap-gagap. Tangan ditarik dari genggaman Farhan. Raisha berlalu pergi dengan memegang pipinya. Hangat. Mungkin inikah namanya cinta?

Farhan hanya memerhati Raisha pergi dengan penuh malu. Kotak rokok dikeluarkan dan diambil sebatang diletak dipinggir bibir. Api dinyalakan dan dia mula menyedut rokoknya setelah dicucuh. Asap rokok dihembus kasar. Geram pula bila rancanganya tak menjadi.

"Takpe Paan. Tak kisahlah kalau kau terpaksa tunggu lama sikit yang penting kau dapat." hatinya cuba memujuk. Bibir Farhan menguntum senyuman sinis. Langkah kaki mula bergerak pergi meninggalkan kawasan poli.

Pergerakan Farhan diperhatikan sehinggalah lelaki itu hilang dari pandangan. "Siapa sebenarnya kau ni Farhan?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience