Bab 10

Romance Completed 17774

BAB 10 :
Menantu Abah

"Adoii! Sakitlah kak! Pelan-pelanlah." Raisha merenung tajam kakaknya. 'Suka-suka hati dia je tonyoh kepala aku. Ingat bola?'

"Diamlah. Orang nak ubatkan kau. Ish. Bising betul." Raizah yang sakit hati dengan rungutan Raisha menekan lagi kuat ke arah benjol di kepala Raisha.

"Ah! Sakitlah kak!" Raisha menepis tangan Raizah. Dia bangkit duduk. "Tak payahlah buat. Biar dia baik sendiri. Bukannya besar sangatkan? Nampak merah-merah je."

"Suka hati kaulah dik." Raizah mencebik. Orang dah tolong banyak songeh pula dia.

"Iza!"

Pantas Raizah menoleh. Adiknya juga ikut sama menoleh. "Ye Paan. Ada apa?" soalnya kepada Farhan yang berdiri di sebelahnya.

"Iza.. Jom kita keluar hari ni."

"Nak pergi mana?"

"Saya ada buat search pasal tempat-tempat kat Selangor ni. Ada satu tempat tu nama dia Pantai Morib. Kita pergi nak?"

"Morib? Jauh tu Paan. Adalah dalam sejam lebih kalau dari rumah kita ni."
"Ala.. Jom lah. Saya teringin nak pergi. Jom."

Raizah diam seketika. Hatinya berkira-kira sama ada untuk pergi atau tidak. "Emm boleh tu memang boleh tapi abah kasi ke?"

"Soal tu awak jangan risau. Pandailah saya pujuk abah. Awak pergi siap okay?"

"Betul ni?"

Farhan mengangguk laju.

"Okay!"

"Eh! Eh! Echa nak ikut juga." cela Raisha yang daripada tadi hanya mendengar perbualan antara kakaknya dengan Farhan.

"Tak payah. Kau duduk je rumah. Kepala tu benjol. Malu sikit orang tengok." kata Raizah.

"Kak.. Tengok ni." Raisha mendepankan sikit tudungnya. "Nampak.. Dah takde benjol. Akak.. Orang nak ikut. Boleh eh?"

Raizah memandang Farhan. Farhan membalas pandangan Raizah. "Macam mana? Nak bagi dia ni ikut?" soal Raizah.

Farhan cuma mengangkat kedua bahunya. Dia tak kisah pun kalau Raisha ikut malah lagi molek dia rasakan

"Okay takpe. Kalau akak tak nak bagi Echa ikut , Echa cakap dengan abah biar abah tak kasi akak keluar." ugut Raisha. Dia yakin kredibilitinya sebagai anak bongsu pasti dapat menyakinkan abah supaya tak benarkan kakaknya keluar berdua dengan Farhan.

"Argh..! Yela-yela. Kau boleh ikut. Pergi ah siap." akhirnya Raizah mengalah. Biar jela budak kecil tu ikut. Kalau dia cakap dengan abah nanti langsung tak boleh keluar pula.

"Yey!" pantas kaki Raisha berlari naik ke biliknya.

"Awak pergilah siap. Saya pergi cakap dengan abah."

Raizah mengangguk dan beredar pergi ke biliknya juga.

***

"Morib! Kami datang!" jerit Raisha dari dalam kereta. Perasaan terujanya menjadi-jadi kerana dia sudah lama tidak ke pantai. Apalah agaknya perubahan yang terjadi dekat Pantai Morib yang sudah lama dia tidak kunjungi.

Enjin kereta dihidupkan.

"Wait! Kau bawa kereta?" Raisha memandang Farhan yang berada di tempat pemandu. Mati-mati dia ingat kakaknya yang bawa kereta. Boleh bawa ke mamat ni? Kang terbabas mampos.

"Yela.. Kenapa? Kau nak bawa?" soal Farhan pula.

"Kenapa bukan kak Iza bawa? Kau boleh bawa ke? Tak yakinlah aku dengan kau." balas Raisha.

"Ala Echa. Paan boleh bawalah. Hari tu dia keluar dengan akak , dia yang bawa kereta." sampuk Raizah pula.

Raisha memandang kakaknya yang berada di tempat duduk hadapan. Okay sekarang dia tak faham. Kenapa kakaknya pula duduk sebelah Farhan? Patutnya dia duduk sebelah Farhan. Bukan ke Farhan tu kawan dia? Eh bukan kawan tapi ahh! Tak kisahlah apa-apa pun yang penting sepatutnya dia yang duduk situ. 'Sekejap. Kenapa aku kisah sangat pasal tempat duduk ni?' gumamnya.

"Okay Echa. Takde apa masalah lagikan?" Farhan memusingkan badannya untuk memandang Raisha yang berada di belakang.

"Emm.."

"Okay! Let's go!" jerit Farhan. Kereta sudah mula bergerak. Agak perlahan kerana jalan lorong.

Pandangan Raisha dilempar ke luar. Memerhati langit yang terang disinari cahaya matahari. Dia tersenyum. Cukup indah dirasakan. Tiba-tiba telinganya terdengar sesuatu. Seperti ada seseorang memanggilnya. Memandangkan dia buka tingkap jadi jelas kedengaran ada orang memanggil namanya. Dia menoleh ke belakang. Memang ada seseorang sedang mengejar kereta mereka. "Nak apa abang Din!?" jeritnya.

Jeritan Raisha membuat Raizah turut berpaling ke belakang.

"Berhenti jap Echa!" jerit Mahuddin dalam mengah dia berlari.

"Paan. Berhenti jap." arah Raisha.

"Eh tak payah. Awak teruskan je." arah Raiza pula.

"Ha? Nak berhenti ke nak terus ni?"

"Berhenti!"

"Terus!"

Serentak Raisha dan Raizah menjerit.

"Okay.." Farhan memandang Raizah sekilas. "Biar saya buat keputusan. Saya rasa patut berhenti." katanya sekaligus menghentikan pemanduannya.

Raizah merengus. Bukan dia tak suka dengan Mahuddin cuma lelaki itu merimaskan.

"Echa..." panggil Mahuddin dalam mengah setelah sampai ke kereta mereka.

"Kenapa ni bang Din? Ada hal penting ke?" soal Echa.

Mahuddin melambai-lambai tangannya di hadapan Raisha yang memberi maksud 'tak.' Dia menarik nafas sedalamnya kemudian dilepaskan. "Korang semua ni nak pergi mana?"

"Yang kau nak tahu kenapa? Sibuk betul." jawab Raizah.

Raisha memandang kakaknya kemudian ke arah Mahuddin semula. "Kitaorang nak pergi Morib abang Din. Kenapa?" jawab Raisha pula.

"Aku nak ikut boleh?"

"Ha? Abang Din nak ikut?"

Mahuddin mengangguk laju.

Raisha memandang Farhan dan juga Raizah bagi meminta jawapan. Tapi masing-masing hanya membisu. "Emm masuklah abang Din." Raisha bergenjak ke sebelah kanan, memberi ruang untuk Mahuddin duduk.

Mahuddin buka pintu kereta dan melangkah masuk. "Terima kasih Echa, Iza dengan.."

"Paan." jawab Farhan sambil menghulur tangan untuk bersalam dengan Mahuddin.

"Oh.. Haa Paan. Aku Mahuddin. Kau boleh panggil Din je. Terima kasih lah ye."

Farhan mengangguk dan tersenyum. Pemanduan di mulakan sekali lagi.

***

Kereta Myvi milik Pak cik Oshman meluncur laju atas jalan raya. Pemanduan Farhan semakin bagus. Mungkin sudah biasa dengan kereta milik abahnya itu.

"Echa lama lagi dekat sini?" Mahuddin memulakan perbualan. Dipandang Raisha yang berada di sebelah kanannya.

"Tak lama dah bang Din. Lagi dua minggu je. Lepas tu Echa balik sana dah." balas Raisha.

"Ohh.."

"Bang Din buat apa sekarang? Kerja tempat lama lagi?" soal Raisha pula.

"A'ah. Tempat lama lagi Echa. Abang nak tanya sikit boleh?"

"Tanya apa bang?"

"Paan ni boyfriend kak Iza ke?"

Usai sahaja pertanyaan itu keluar dari mulut Mahuddin, Raisha terperosok ke depan. Farhan telah menekan brek secara mengejut. "Eh kau ni kenapa? Bawa elok-eloklah. Sakitlah gila! Ish!" Raisha membetulkan kedudukannya.

"Tak tadi aku nampak lubang. Sory ah tekan brek tiba-tiba."

"Gila betul! Sakit tahu tak pinggang aku ni." rungut Raisha.

"Sory." mohon Farhan.

"Kau ada lesen tak Paan?" soal Mahuddin pula. Dia juga sama terperosok ke depan seperti Raisha.

"Ada bang. Ada. Tadi saya nampak lubang. Maaflah." mohon Farhan sekali lagi. Sebenarnya bukan lubang tapi dia terkejut dengan soalan yang keluar dari mulut Mahuddin. Boyfriend Iza?

"Haih kau ni. Bawak elok-elok. Ni ramai penumpang dalam kereta ni. Kau nak bertanggungjawab kalau apa-apa jadi?"

"Sory bang. Saya tak sengaja."

"Ni la budak muda. Bila ada lesen bawa kereta macam apa je." bebel Mahuddin.

"Kau diamlah Din. Kan Paan cakap dia tak sengaja tadi. Kecoh betul kau ni. Kau cakap budak muda macam kau tu bukan orang muda je." Raizah cuba membela Farhan. Sakit hatinya hendak membiarkan Mahuddin terus membebel bukan-bukan. Dah la datang tak dijemput.

"Aku cakap benda betul. Yang kau nak melenting kenapa? Sakit tahu tak pinggang aku ni." balas Mahuddin.

"Aku pun cakap benda betul. Sekarang ni Paan tak sengajakan. Dia dah minta maaf sudahlah. Yang kau nak panjang-panjang cerita lagi ni kenapa? Kepocih!"

"Bukan panjang cerita. Aku nasihatkan dia. Salah ke aku nasihat benda betul? Bukan aku nasihat benda salah. Kau tu yang kecoh."

"Tak.. Benda sekarang.."

Farhan melambai-lambai tangannya ke arah Raisha. Meminta gadis itu mendekatinya.

"Haa kenapa?" soal Raisha. Berbisik.

"Selalu ke dorang macam ni?"

"Selalu. Memang asyik bergaduh je kalau jumpa. Sebab tu kak Iza tak kasi kau berhenti tadi."

"Ohh.." terangguk-angguk kepala Farhan mendengar penjelasan Raisha.
"Ah! Malaslah aku cakap dengan kau. Semua aku cakap tak betul. Kau je betul." Mahuddin bersuara lantang. Dia memeluk tubuhnya.

"Kau ingat aku rajin sangat nak cakap dengan kau? Ehh boleh jalanlah!" balas Raizah pula.

Raisha mengeleng-gelengkan kepalanya. Malas mahu masuk campur sebab kalau dia bersuara nanti mesti dia yang akan dimarahi nanti. 'Lantak koranglah nak gaduh ke apa ke.. Yang penting.. Pantai! Here i come!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience