Bab 2

Romance Completed 17774

?BAB DUA :
Menantu Abah

Akhirnya Raisha tiba di Ktm Telok Gadong. Dia mengeliatkan badannya. Menghilangkan segala lenguh-lenguh badan setelah berjam-jam dalam bas kemudian tren. "Ha!" satu keluhan kuat dilepaskan.

"So kita nak pergi mana ni?"

Raisha menoleh. Hampir terlupa dia dengan kewujudan lelaki yang sepatutnya pergi ke Terengganu itu. "Ikut jela. Banyak tanya." Raisha menjeling sebelum berkata lagi "Haa ni. Kau tolong bawa beg aku ni. Cepat ikut!" arah Raisha seraya berjalan menaiki anak tangga meninggalkan Farhan. Namun kepalanya ditoleh ke belakang kembali "cepatlah! Tunggu apa lagi tu! Ish!" arah Raisha lagi.

Farhan bersungut. Dia menarik beg roda yang berisi pakaian itu dengan mulutnya tak henti-henti membebel. "Sesuka hati dia je. Ingat aku ni kuli ke? Nak angkat-angkat beg dia ni. Dah la berat nak mati!" Dia mengekori Raisha dari belakang. Beg roda itu ditarik semasa naik tangga. Memang sengaja tak mahu diangkat. Biarkan rosak. Bukan beg dia pun kan.

Setelah sampai ke seberang , Farhan menghempas beg tersebut atas jalan raya. "Berat gila beg kau ni. Kau bawa batu ke apa?"

Raisha menjeling. "Kau ni banyak songehkan. Dah lah datang tempat orang lepas tu bising-bising pula. Kang aku tinggalkan dekat sini baru kau tahu." ugut Raisha.

Farhan mencebik. Nak melawan tapi dia sedar kuasa veto sekarang terletak di tangan perempuan di hadapannya itu. "Nak pergi mana ni? Jauh lagi ke rumah kau? Penat dah aku ni. Haihh.."

"Jalan sikit je lagi. Dah cepat. Senja dah ni." Raisha berkata. Dia berjalan dahulu. Farhan mengikutinya dari belakang.

***

Farhan memerhatikan rumah di hadapannya. Bagai tak percaya. Rumah papan tiga tingkat itu tersergam indah di depan matanya. "Rumah kau ni?" soalnya.

"Yela. Habis tu? Dah aku berhenti dekat sinikan." jawab Raisha. "Kau jangan nak cakap bukan-bukan eh nanti. Kau diam je. Biar aku yang cakap." sambung Raisha lagi. Dia memang tak percaya lelaki yang berada di sebelahnya. Lagi pula bila teringat sikap bapanya yang tegas. Silap haribulan dengan dia-dia sekali kena halau nanti.

Raisha menarik nafas sedalamnya sebelum memberi salam. "Assalamualaikum..."

Tak lama selepas itu pintu rumahnya terbuka. Timbul wajah ibu bapanya di hadapan pintu. "Mak , abah! Echa rindu sangat. Mak sihat?" Raisha memeluk ibunya erat.

"Mak sihat.. Echa sihat? Gemuk dah anak mak ni." Ibu Raisha membalas pelukannya. Gembira menyambut kepulangan anaknya itu. Namun bapanya membisu. Dia melepaskan pelukan. "abah?"

"Ni siapa yang kamu bawa balik ni Echa!?" soal bapa Raisha. Mukanya begis.

Raisha menelan air liur. Terasa kelat. Pekat. Perkara inilah yang ditakuti oleh Raisha. Sungguh dia gentar bila bapanya bertanya dalam nada serius seperti itu. "A.. Abah. Ni.. Ni.."

"Ni apa!?" tengking bapanya.

"Se.. Sebenar.."

"Sebenarnya pak cik , saya salah naik bas." Farhan memintas kata-kata Raisha. Tergagap-gagap. Sampai esok tak habis cakap kalau macam tu.

"Habis yang kamu ikut anak pak cik balik kenapa!?" Pak Cik Oshman menjegilkan matanya memandang Farhan. Sungguh hatinya hangat dengan kelakuan anak ketiganya itu. Pandai-pandai bawa balik lelaki. Ni kalau sedara-mara, orang kampung tahu mana dia nak letak muka dia.

Farhan cuba mengawal rasa takutnya. "Saya nak balik Terengganu pak cik. Tapi masa saya on the way pergi dekat bas, adalah sekumpulan lelaki ni kejar saya. Puncanya sebab saya terlanggar seorang perempuan ni." kata Farhan. Dia cuba menerangkan duduk perkara yang sebenar.

"Ha.. Betul tu bah. Dia yang tiba-tiba..."

"Kamu diam Echa. Abah tak nak dengar kamu cakap. Abah nak dengar lelaki ni yang cakap." sekali lagi kata-kata Raisha dipintas. Dia merengus. Bukanlah dia suka bapanya marah Farhan. Suka. Manalah tahu bapanya memang akan menghalau Farhan. Tapi dengarlah juga penjelasannya.

Farhan hanya menjeling Raisha di sebelahnya sebelum menyambung ceritanya kembali. "tengah lari-lari tu pak cik, entah macam mana saya terlanggar anak pak cik ni. Time tu dorang tengah kejar saya lagi. Saya pun apa lagi. Terus tarik anak pak cik naik bas. Nak lari punya pasal. Panik."
"Kamu pegang tangan anak pak cik!?"

Farhan terkedu. Alamak! Sepatutnya tak payah dia ceritakan hal yang itu. Dah salah perhitungan ni. "Err bukan pak cik. Tak sengaja. Time tu nyawa dihujung tanduk. Tak fikir apa dah pak cik. Maafkan saya."

Pak cik Oshman merenung Farhan tajam. "Sudah. Kamu pergi beli tiket dan balik Terengganu. Pak cik tak nak kamu dekat sini. Pergi." perlahan suara Pak cik Oshman berkata namun tegas.

Raisha tersenyum. Akhirnya... Hehe

"Tapi pak cik.. Saya tak ada duit. Beg baju saya semua dah tertinggal dekat Pahang. Duit saya dah habis..." rayu Farhan.

"Pak cik tak peduli. Pandai-pandailah kamu nak balik Terengganu macam mana. Sekarang pergi...!"

Farhan mati akal. Cara apa lagi yang dia perlu pamerkan supaya bapa Raisha membenarkannya untuk bermalam di situ. "Pak cik. Benarkan saya tinggal sini semalam je pak cik. Macam mana saya nak balik ke Terengganu kalau duit pun takde dalam dompet saya." Farhan berkata sayu. "Bukan saya nak sangat datang sini pak cik. Kalau boleh memang saya nak sangat balik rumah saya. Mak saya dengan adik-adik semua tunggu. Saya memang takde duit. Saya anak yatim. Bapak saya dah lama meninggal. Herm.." sambung Farhan lagi. Matanya pandang ke lantai.

"Tapi tak apalah kalau pak cik dah halau saya. Saya pergilah. Saya tak nak malukan keluarga pak cik. Mak cik. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Farhan pusingkan badannya. Perlahan-lahan kakinya melangkah pergi dengan bunyi suara nangis yang semakin kuat.

"Anak muda."

Farhan menoleh. Dikesat pipinya. Tak mahu orang tua itu lihat air matanya jatuh. "Kenapa pak cik?" soalnya.

"Mari ke sini." Pak cik Oshman melambai-lambai tangannya ke arah Farhan. Memberi isyarat supaya lelaki muda itu mendekatinya. Suaranya juga sudah tidak seperti tadi. Kedengaran lebih mesra di telinga Farhan. Mungkin bapa Raisha sudah jatuh simpati kepadanya.

Farhan mendekati. Matanya silih berganti memandang Raisha dan ibu bapanya. Wanita itu nampak tak puas hati.

Pak cik Oshman mengusap kepala Farhan setelah Farhan sampai dihadapannya. "Maafkan pak cik. Adik beradik kamu ramai?" soal pak cik Oshman.

Farhan hanya membiarkan sahaja Pak cik Oshman mengusap kepalanya. "Ada enam orang termasuk saya pak cik." jawab Farhan.

"Habis siapa yang tanggung hidup kamu adik beradik? Kamu sendiri yang tanggung?"

Farhan mengelengkan kepalanya. "Mak saya. Saya nak berhenti belajar tapi dia tak kasi. Mak saya kata belajar betul-betul nanti dapat kerja elok boleh jaga mak dengan adik-adik."

Pak cik Oshman terangguk-angguk. "Dah lama ayah meninggal?"

"Lepas adik saya yang last lahir. Setahun lepas tu ayah saya meninggal. Sakit jantung."

"Herm.." berbakul-bakul simpati yang timbul di hati Pak cik Oshman. "Mari masuk. Siapa nama kamu?" Pak cik Oshman memegang bahu Farhan. Membawa lelaki itu masuk ke dalam rumah.

"Abah.. Abah.. Kejap.. Mana boleh kita main bawa dia masuk je bah. Entah siapa entah dia ni." Raisha cuba membatah. Sangkanya abahnya tak akan termakan pujuk Farhan tetapi jangkaannya meleset. Sangat meleset. Semudah itu sahaja bapanya jatuh dengan pujukan dan rayuan Farhan. Lelaki yang dia tak tahu asal usulnya itu.

Farhan menjeling Raisha.

"Echa.. Tak baik kamu cakap macam tu. Dia ni anak yatim. Kena layan dia elok-elok." Pak cik Oshman cuba membela Farhan. "Mari ikut pak cik. Tak payah pedulikan Echa ni. Mari."

Farhan menjelirkan lidahnya pada Raisha sebelum mengikut Pak cik Oshman masuk ke dalam rumah.

"Eee! Kurang ajar betul!!" Raisha menghentak-hentak kakinya. Tanda protes. Diangkat beg pakaiannya dan bawa naik ke biliknya yang berada di tingkat tiga. Sempat juga dia menjeling Farhan yang berada di ruang tamu bersama bapanya. 'Annoying.'

"Nama kamu siapa?"

"Saya Farhan pak cik. Muhammad Nazrif Farhan. Tapi kawan-kawan saya selalu panggil Paan je. Ringkas dan mudah. Heee." Farhan tersengih.

"Ohh.. Haa tak usahlah kamu panggil pak cik. Panggil abah je. Ringkas dan mudah."

"Hahaha pandai pak cik eh abah buat lawak."

"Emm sudahlah. Kamu mesti penatkan. Pergilah rehat. Ada masa kita sambung borak lagi ye." Pak cik Oshman menepuk-nepuk bahu Farhan. "Rainah... Rainah.."

"Ye bang. Ada apa?" Mak cik Rainah yang sedari tadi hanya membisu datang mendekati setelah dirinya dipanggil.

"Bawa anak kita ni naik bilik. Kesian dia penat. Biar dia rehat."

Farhan hanya tersenyum mendengar kata-kata Pak cik Oshman. "Takpe ke ni abah? Saya tidur kat luar ni pun dah cukup. Tak payahlah sampai dalam bilik." Farhan cuba menolak.

"Eh.. Mana boleh. Tak selesa kamu nanti. Dah pergi ikut mak kamu tu naik atas."

Terangguk-angguk kepala Farhan. "Terima kasih pak cik.. Eh abah." Dia tersenyum seraya bingkas berdiri dan mengekori Mak cik Rainah.

"Farhan!"

Farhan menoleh.

"Kalau kamu nak mandi tapi takde baju nak pakai, kamu amik je baju pak cik tu ye. Pak cik ni tak ada anak lelaki nak bagi kamu pinjam baju." ujar Pak cik Oshman. Sedikit menjerit.

Farhan hanya mengangguk dan kembali berjalan ke bilik yang disediakan untuknya.

"Masuklah. Buat macam rumah sendiri ye. Nanti turun makan kalau lapar." Mak cik Rainah tersenyum.

"Terima kasih mak cik." ucap Farhan sambil kakinya melangkah masuk ke dalam bilik.

Mak cik Rainah menganggukkan kepalanya kemudian berlalu pergi meninggalkan Farhan.

Farhan menjengukkan kepalanya di sebalik pintu. Setelah pasti Mak cik Rainah sudah beransur pergi dia menutup pintu bilik. Langkah kaki diatur ke birai katil. Matanya meliar memandang ke segenap inci bilik. Cantik dan kemas. Segalanya cukup. Sebuah almari baju, meja solek, katil , tempat letak sejadah. Hatinya tertanya-tanya bilik siapalah yang dia tengah duduk sekarang ni.

Farhan menghempaskan dirinya di atas katil. Matanya dipejam. Segala urat sendi yang kepenatan direhatkan.

Bzzzz! Bzzzz!

Farhan meraba poket seluarnya. Telefon pintarnya bergetar. Segera dia mengeluarkan telefon tersebut dan melihat nama pemanggil. Dia tersenyum sinis. Disapu papan skrin ke kiri.

"Hello."

"Ha hello. Apa hal call aku?"

"Dah berjaya ke?"

"Came on. Kau cakap dengan siapa. Ni Paan lah. Mestilah berjaya."

"Kau dah ada dalam rumah dia lah ni? Wow! Macam mana kau lepas bapak dia doh?"

"Heh aku power. Mestilah lepas. Setakat bapak dia tu celah gigilah wei."

"Poyo gila sia...! By the way dulu masa sekolah kau wakil lumba lari ke? Lari laju gila nak mati. Macam lipas kudung. Penat aku kejar tadi."

"Hahahahaha kena real beb. Okaylah Zul. Aku chau dulu. Penat doh."

"Hahaha okay. Bye."

Talian dimatikan. Farhan mencampakkan telefon ke sisinya. Mulutnya tak putus-putus mengukir senyuman sinis. "Raisha Zahirah...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience