BAB 6 :
Menantu Abah
"Ah!" Raisha memegang kepalanya. Sakit. Berat yang amat. Rasa macam diletak batu di atas kepalanya. Matanya dibuka perlahan-lahan sambil tangan tak lepas dari memegang dahi.
"Adui! Sakitnya!!" Raisha menutup kembali matanya. Berkerut dahinya menahan sakit. Setelah dirasakan sedikit elok Raisha kembali membuka matanya. Dia turun daripada katil. Terhuyung hayang dia melangkah pergi ke pintu. Tak lupa dia mencapai tudung sarung yang berada di birai katil.
Tangan diletak pada tombol pintu. Dipulas. Kepalanya terjengul keluar. Memerhati keadaan di luar bilik sebelum keluar. Anak matanya dapat menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang melangkah turun ke bawah. Dia menutup pintu bilik dan turut melangkah ke bawah.
Dia menjeling sekilas ke arah Farhan yang telah mengambil tempat duduk di sebelah abahnya. Lelaki itu memberi senyuman selamat pagi kepadanya namun tak diendahkan. Langkah kaki terus diatur ke dapur.
"Tak mandi lagi Echa? Bangun pukul berapa kamu ni?" Mak cik Rainah yang sedang sibuk menyiapkan sarapan menegur anak daranya itu. Selalunya waktu macam ni semua orang di dalam rumah sudah siap mandi dan bersedia untuk menikmati sarapan.
"Echa rasa tak sihatlah. Tadi bangun kepala rasa berat sangat." jawab Raisha. Dia memandang sekilas kakaknya yang sedang membisu. 'Leka buat air kopi panas agaknya.' Hatinya cuba mententeramkan jiwanya yang resah sebab dia rasakan ada sesuatu yang tak kena. Kakaknya bukan begini.
"Demam ke? Kamu duduk terperap dekat rumah je pun boleh demam?"
"Tu la Echa pun tak tahu. Bangun-bangun je rasa kepala berat. Macam ada orang letak batu atas kepala Echa ni."
Mak Cik Rainah merasa dahi Raisha dengan belakang tapak tangannya. "Tak panas pun ni. Takpelah lepas makan nanti, makan panadol lepas tu pergi tidur. Jangan nak merayau memana pula. Mak tahu kekawan kamu dah balik sinikan?"
Raisha tersengih. "Mak ni tahu je dorang semua dah balikkan."
"Mak tahu. Dah pergi panggil abah dengan Paan." arah Mak cik Rainah.
***
Keadaan sunyi. Hanya bunyi mulut mengunyah mihun goreng yang disediakan Mak cik Rainah. Farhan memandang ke arah Raisha. Gadis itu membalas pandangannya. Dia memberikan senyuman kepada Raisha namun gadis itu hanya membalasnya dengan jelingan tajam.
Dia biarkan saja. Memang begitu perangai Raisha. Lagi-lagi sejak dia duduk di dalam rumah ni makin menjadi-jadi perangai gadis itu. 'Kau sombong dengan aku pun tak guna. Aku dah dapat apa yang aku nak. Hehe." dalam hati dia tersenyum jahat.
"Iza nanti kamu bawalah Paan ni pergi jejalan. Dah nak seminggu asyik duduk rumah je. Kesian abah tengoknya." Pak cik Oshman memecahkan kesunyian yang membelengu.
Raizah memandang abahnya. "Nak pergi mana Bah? Dekat Klang ni banyak shopping mall je." balas Raizah.
"Haa eloklah tu. Kamu bawa Paan pergi beli baju. Hari tu abah beli dua helai je dekat pasar pagi. Beli baju molek sikit. Buat jejalan."
"Eh abah, tak payahlah. Buat apa membazir. Baju yang abah bagi tu pun dah cukup buat Paan." balas Farhan pula. Nak shopping apa kalau dalam poket pun habuk je ada.
"Pergi je Paan. Abah tahu kamu bosan duduk dekat rumah je."
"Tapi bah.."
"Kamu pergi je. Jangan fikir apa lagi."
Farhan akur. Apa salahnya keluar ambil angin. Nanti dia cakaplah dengan Raizah yang dia tak mahu beli apa. Mahu berjalan saja. Lagi satu perkara yang bermain dibenaknya yang menyebabkan dia setuju adalah sebab Raizah. Dia dapat peluang berdua-an dengan gadis itu. Dapatlah dia kenali lebih rapat. Mana tahu kot-kot sangkut pula.
"Echa pun ikut sekali nanti." kata Pak cik Oshman.
Hancur segala angannya tentang Raizah. Ingatkan dapat keluar berdua rupanya ada juga mangkuk ayun ni kena ikut.
"Tak naklah Bah. Echa sakit kepala. Echa nak rehat je."
'Yes, yes. Kau bagi alasan banyak-banyak dekat abah. Dapatlah aku keluar berdua nanti. Hehe.' getus hati Farhan.
"Habis tu kamu nak biar kakak kamu keluar berdua dengan Paan?"
"Kalau ye pun kenapa? Dua-dua dah besarkan abah. Echa sakit kepala."
"Yela bang. Biarlah Echa rehat dekat rumah. Kang dibuatnya pengsan budak ni dekat luar haa macam mana? Kita juga yang susah." Mak cik Rainah mencela. Cuba membela Raisha.
"Herm.." Pak cik Oshman diam seketika. Berat hatinya nak lepaskan anak daranya dengan bukan mahram. Tapi dia dah terlanjur kata. Bermakna harapan untuk keluar sudah ada dalam hati Raizah dan Farhan. "Baiklah, abah benarkan tapi keluar sekejap je. Sebelum malam dah kena balik. Kalau nak keluar lama kena tunggu Echa sihat."
Pantas Farhan dan Raizah mengangguk serentak. Bukan senang peluang macam ni nak ada. Dalam kepala masing-masing sudah terbayang perkara-perkara manis yang akan mereka lalui. Seronoknya!
***
"Awak pandai karaoke?" Raizah mengerling Farhan yang berada di sebelah.
Farhan mengangguk. "Iza, boleh bagi saya bawa kereta? Saya tak biasalah perempuan bawa. Hehe."
"Awak ada lesen ke?"
"Ada. Awak jangan risau okay. Awak duduk je diam-diam. Biar saya bawa."
"Tapi awak tahu ke tempatnya?"
"Awak boleh bagitahu sayakan?"
"Tapi dekat sini banyak kenderaan. Takut awak tak biasa pula."
"Jangan risau. Saya boleh."
Raizah menghentikan kereta di bahu jalan. Dia keluar dan duduk di sebelah pemandu. Farhan cuma melangkah ke tempat pemandu. Malas mahu keluar. Setelah dirasakan tempat duduknya selesa. Cermin pandang belakang dan cermin sisi baik, Farhan memulakan pemanduan. Kereta manual. Agak tersenguk-senguk juga dia. Maklumlah asyik bawa auto je. Tapi kemahiran membawa kereta manualnya tidak hilang.
Raizah hanya diam memerhati cara pemanduan Farhan. Agak menakutkan sebab lelaki itu jenis tekan minyak lebih baru lepaskan cluch. *maaf kalau slh eja.
"Nak lalu mana ni?"
"Awak jalan terus je. Sampai jumpa traffic light." arah Raizah.
Farhan angguk. Dia sudah agak selesa dengan pemanduannya. "Iza umur awak berapa?" soalnya.
"Awak rasa?" Raizah tersenyum manis.
Bergetar tulang rusuk Farhan walaupun dia hanya pandang sekilas sahaja senyuman yang mengoda itu. "Saya rasa awak tua sikit dari saya." agak Farhan.
"Kalau tua kenapa? Awak tak nak kawan dengan saya?" soal Raizah dengan suara lunaknya.
Hampir terlepas genggaman tangan Farhan pada stereng kereta. "Err takdelah. Saya tak kisah. Saya lagi suka kawan dengan orang lebih tua dari saya."
"Kalau macam tu awak ni mesti jenis suka kawan dengan nenek-nenek. Betul tak?" Raizah tergelak kecil.
"Eh takdelah. Maksud saya yang tua dua tiga tahun dari saya." balas Farhan. Dia memegang kepalanya. 'Pandai betul dia main kata ye.'
"Haha saya tahu. Saya bergurau je."
"Pandai bergurau. Ada berguru dengan sesiapa ke?"
"Hehe takdelah. Belajar sendiri je."
"Haha yela. Awak tak jawab lagi soalan saya. Umur awak berapa?"
"Saya 22."
"Ohh.. Ala.. Atas setahun je. Bukan tua sangatkan?"
"Hehe iye. Saya memang muda lagi."
"Eh tak cakap pun muda."
"Awak tak cakap saya cakaplah sendiri."
"Ohh pandai eh."
"Haha mestilah."
***
Mereka berdua jalan seiring masuk ke pusat beli belah yang terletak di Bukit Tinggi itu. Sekali pandang memang nampak seperti sepasang kekasih yang sedang bertemu janji. Keadaan di dalam agak sesak dengan orang ramai. Walaupun pada hari Khamis, pengunjung yang datang tidak berkurang dan akan berganda bila tiba hari minggu.
"Awak!"
Farhan menoleh. Tiba-tiba sahaja Raizah menjerit sambil menarik-narik lengannya. "Kenapa ni?"
"Kasut! Kasut!" segera tangannya ditarik kuat oleh Raizah yang begitu teruja melihat kasut wanita yang dipamerkan.
"Cantikkan!?" Raizah mengangkat sepasang kasut jenis wedges kepada Farhan.
Farhan mengangguk. Entah apa yang cantik pun dia tak tahu. Dia melabuhkan punggungnya berdekatan dengan Raizah yang sedang membelek kasut.
Raizah menyarung sebelah kasut high heels berwarna merah hitam. "Awak tengok ni." Raizah mula berjalan ala-ala model. Tangannya melambai-lambai seolah-olah dia seorang tuan puteri. Mulutnya pula menguntum senyuman yang manis.
Farhan sudah tergelak-gelak melihat gelagat Raizah. Umur dah 22 tapi perangai. Hahaha. Ala.. Tak kisahlah. Yang penting dia bahagia dengan gelagat Raizah. Farhan menepuk tangan, teruja. "Iza..! Iza! I love you!" katanya. Lagak gaya seperti seorang peminat yang begitu memuja idolanya.
Raizah masih meneruskan pelakuannya. Melambai-lambai ke arah rakyat jelata khayalan. "Eh! Eh! Ahh!"
"Iza!" pantas tangan Farhan menangkap tubuh Raizah yang terjatuh. Entah macam mana kaki gadis itu tersilap langkah.
Tangan Raizah secara semulajadi terus memaut leher Farhan. Matanya memandang mata Farhan yang turut memandangnya. Degup jantung semakin pantas. Manik-manik peluh mula muncul akibat debaran yang maha hebat.
Farhan mula merapatkan wajahnya dengan wajah Raizah. Bibir mungil wanita itu seperti memanggil-manggil supaya bersatu. Raizah seperti menerima. Hanya membiarkan sahaja Farhan bertindak begitu.
"Hei! Apa kamu berdua buat ni ha!?"
Jerkahan tersebut menyebabkan pegangan tangan Farhan terlepas. Jatuh seperti nangka busuk Raizah. Dia bingkas bangun.
"Apa kamu berdua buat ni ha!?"
"Err takde pape pun Cik." jawab Farhan. Kalau tadi berdegup kencang sebab nafsu sekarang ini berdegup kencang sebab ketakutan dan panik.
"Kami tak buat apa pun Cik." Raizah menanggalkan kasut yang dipakainya tadi kemudian diletakkan kembali di tempat pameran. Tiba-tiba tangannya dipegang Farhan dan lelaki itu terus menariknya. "Lari cepat Iza! Lari!"
Raizah menurut. Bagai lipas kudung mereka melarikan diri. Tangan Farhan tak lepas dari memegang tangan Raizah. Segala manusia yang berada di hadapan, mereka dicilok bagai sedang berlumba motor. Mereka lari ke tingkat atas melalui escalator.
Setelah dirasakan agak selamat, Raizah bersuara. "Haa.. Berhenti Paan. Berhenti."
Larian Farhan terhenti. Mereka berdua tertunduk. Termengah-mengah menahan rasa penat. Penafasan cuba diatur supaya kembali stabil.
"Hahahaha." tiba-tiba ketawa Raizah teburai dalam helaan nafas yang semput. "Kelakarlah. Saya tak pernah lari dalam shopping mall."
"Hahaha tu la. Kalau keluar dengan saya ni memang adventure sikit." balas Farhan.
"Hahaha ada sampai lompat-lompat bangunan ke?"
"Ada. Tapi tu untuk golongan pro macam saya. Hahaha."
"Eee poyo betul. Hahaha."
"Hahaha jom lah. Nanti tiba-tiba orang kedai tu datang pula."
"Okay. Memang molek kita naik atas ni. Tu tempat karaoke. Jom."
Farhan memandang ke arah yang dikatakan Raizah kemudian mengangguk. "Baiklah Cik Raizah. Dipersilakan jalan." Farhan meletakkan tangan kirinya di belakang manakala tangan kanannya memberi laluan kepada Raizah.
"Terima kasih Farhan." balas Raizah dengan gaya tuan puterinya.
***
"Dengar sini wahai sekalian rakyat jelata... Beta akan nyanyikan sebuah lagu untuk Puteri Raizah kita. Wuuuuuuu!" bergema suara Farhan berkata mengunakan microphone.
"Hahahaha wuuuu! Hidup Raja Farhan!!!" jerit Raizah pula. Dia menepuk tangannya gembira.
Muzik sudah mula kedengaran. Farhan sudah melengokkan badannya mengikut rentak lagu. Raizah juga menepuk tangannya mengikut rentak lagu.
"Terbawa aku dalam rasa.. Yang selama ini terlupa.. Ooohhh Ooooh
Mungkinkah ini cinta..."
"Wuuuuuu! Hahahaha." Raizah berdiri. Rasa teruja kerana lagu tersebut dituju kepadanya. Badannya mula bergerak ke kiri ke kanan menikmati alunan muzik yang sangat memukau.
"Hatiku cuba.. Tuk mencari.. Kemana aku telah pergi.. Ooohh Oooh..Mungkin ini semua mimpi.. Hanya ilusi.. Cinta yang menipu..Keindahan yang semu.. Semua hanya palsu
Keindahan semu.. Semua hanya palsu"
Farhan memandang ke arah Raizah sekilas. Seronok sungguh gadis itu menari. "Bawa aku.... Kepada Mu
Keindahan yang tak semu.. Peluk aku..
Jangan pernah.. Kau biarkan..
Ku terlupa pada Mu.. Kasihku.. Tempatku mengadu.. Takkan ada cinta yang bisa sempurna.. Selain kepadaMu.. Kepada Mu.." Farhan menyanyikan bait-bait lagu itu dengan penuh penghayatan. Matanya memandang Raizah penuh makna.
"Yey..." Raizah menepuk tangannya kuat. Tanda penghargaan yang Farhan sudah menyanyi untuknya.
"Okay.. Sekarang awak pula." Farhan menghulurkan microphone kepada Raizah.
"Eh tak naklah. Malu pula saya nak nyanyi."
"Kita duet?"
Raizah diam seketika kemudian dia mengangguk. "Okay. Lagu dua insan sedang bercinta." balas Raizah.
"Okayyy!"
Share this novel