Bab 31

Romance Completed 17774

BAB 31 :
Menantu Abah

Tiger tolak daun pintu perlahan. Sebaik terbuka matanya terus menangkap susuh tubuh bosnya di dalam bilik tersebut. Ringgo pula sedang berdiri di sebelah. Konon jadi orang kanan padahal sengaja nak bodek. Dia melangkah masuk takut-takut.

"Tiger."

Kaku tegak batang tubuh Tiger tatkala namanya disebut oleh ketuanya. Lutut mula ketar. Hati makin gentar. Walaupun dia boleh dikirakan orang kepercayaan ketuanya tapi itu tak bermaknanya nyawanya selamat. Bila-bila masa saja pistol yang berada dalam simpanan lelaki itu dihala ke arahnya dan sekujur tubuhnya akan terbaring tanpa roh.

"Mana budak-budak tu?"

Bersahaja soalan itu dilontarkan namun kedengaran menakutkan di telinga Tiger. Dia tidak membalas. Hanya membisu sambil berdiri kaku. Matanya pandang ke bawah. Tak berani bertentang dengan ketuanya.

"Aku tanya Tiger... Mana budak-budak tu?"

Suara itu kedengaran lagi. Lambat-lambat Tiger membuka mulut. "Kami sedang cari yah." jawabnya. Lelaki di hadapannya diam. Mungkin berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Kurang sikit debaran dihatinya.

"Bos, anak kesayangan bos tu macam mana?"

Tiger kalih pandangannya. Kali ini Ringgo yang bersuara. Ah! Lelaki itu sungguh menjengkelkan. Sejak dia masuk dalam sindiket ni, dimana ketuanya berada pasti ada dia. Lepas tu mula menabur kata-kata hasutan.

"Aku tak nak dia. Yang penting barang-barang aku je."

"Tapi yah, Paan tu bagus. Tak kan ayah sanggup nak buang dia?" Tiger akhirnya bersuara lancar.

"Siapa cakap aku nak buang dia?"

"Habis tu?"

"Aku cakap aku tak nak dia. Maknanya dia boleh hidup. Itu pun kalau nasib menyebelahi dia." ketuanya tersenyum sinis. Apalah sangat kehilangan satu nyawa sedangkan sudah berpuluh ratus jasad yang dijual dan dibunuh. Tiada rasa jika jasad Farhan berpisah dengan rohnya. Tiada beri apa-apa kesan.

Ringgo tersenyum puas. Arahan dah diberi. Lampu hijau. Bermakna Farhan tak kan selamat. 'Hahaha rasakan kau budak mentah. Berlagak bagus. Konon kesayangan bos. Kau tengok sekarang bos dengar cakap siapa? Heh. Kau siaplah budak sial!' gumamnya.

Tiger merengus kasar. Sungguh dia bengang dengan Ringgo. Kalaulah lelaki itu tak berkata bukan-bukan pasti anak buahnya dapat diselamatkan. Lelaki itu memang jahanam!

"Tiger.. Aku nak kau cari budak-budak tu sampai dapat. Masa dah dekat. Kalau takde, nyawa kau sebagai ganti."

"Baik yah." balas Tiger. Dia segera keluar dari bilik dengan muka yang ketat. Langkah kaki laju meninggalkan tempat tersebut sambil tangan dikepal penumbuk dan dalam hati mengutuk Farhan. 'Sepatutnya budak tu dengar cakap aku! Dengar! Ini tak, kau ni betul-betul menempah maut Paan. Menempah maut!'

***

Farhan bergerak mendekati Raisha. Gadis itu masih merajuk dengannya. Setelah sampai, punggung direbahkan disisi Raisha. Matanya pandang sekilas ke luar. Hari sudah subuh. Tak lama lagi matahari akan naik. Kemudian beralih pula ke arah Ami yang sedang nyenyak tidur. Selesa betul rakannya tidur tanpa bantal dan tilam. Anak matanya menoleh ke arah Raisha pula. "Echa." panggilnya, namun gadis itu masih membatu. Masih memeluk tubuh sambil memuncungkan mulutnya.

Farhan berdehem kecil. Dia membetulkan kedudukannya. Mulut mula berbicara kembali. "Kau ingat tak gambar yang aku tunjuk dekat kau dulu?" soalnya. Matanya merenung wajah Raisha. "Kau ingat tak apa jadi malam tu?" soalnya lagi.

"Kau nak cakap apa sebenarnya ni?" Raisha bertanya garang. Dia baru teringat gambar separuh bogel miliknya yang berada dalam simpanan Farhan selepas lelaki itu menyebutnya dan sekarang rasa marahnya pada Farhan makin membara. Kalau sebelum ni marahnya cuba sekadar ingin merajuk tapi sekarang marahnya memang benar. Macam manalah dia boleh terlupa perihal dirinya dinoda oleh Farhan. Ah! Cinta memang membutakan. Kesalahan besar lelaki tu pun dia boleh terlepas pandang.

Farhan tarik nafas sedalamnya sebelum dia bercerita. "Malam tu..."

"Stop it Paan. Aku tak nak dengar. Aku jijik nak dengar and kau jangan ingat senang-senang je aku nak maafkan kau lepas kau dah ragut kesucian aku." Raisha memintas kata-kata Farhan. Memang sepatutnya dia tak payah layan lelaki tu dengan baik. Terasa dirinya bodoh bila dia senang-senang je buat macam takde pape padahal lelaki tu dah hancurkan hidup dia.

"Ragut kesucian?" muka Farhan berkerut.

"Kau jangan nak buat-buat bodohlah. Kang bodoh betul baru tahu."

"Tak.. Tak.. Benda sekarang bila pula aku ragut kesucian kau ni?"

Raisha merenung Farhan tajam. Lelaki itu memang minta penampar darinya. "Jangan nak pura-pura tak tahulah! Malam tu kau dah buat dengan aku kan!? Kau rosakkan diri aku! And now kau buat-buat tak tahu pula. Wow Paan. Tak sangka. Kau memang pelakon yang bagus." Raisha tepuk tangannya sambil tersenyum sinis.

"Hey! Kau tu yang salah sangka. Malam tu tak jadi apa pun lah. Nothing happen! Kau dengan aku tak pernah buat apa-apa. Tolonglah Echa. Kau ingat aku ni jenis rosakkan anak dara orang ke?"

"Oh my god!" Raisha menutup mulutnya. Matanya bulat memandang Farhan. "Tak sangka aku dengar ayat macam tu dari orang yang cuba nak jual aku."

"Echa tolonglah. Aku buat semua ni sebab terpaksa and aku sumpah. Aku tak buat apa-apa dekat kau. Seinci tubuh kau tu tak pernah aku buat apa-apa."

"Habis tu apa maksud kau yang kau dan aku satu? Apa maksud? Kalau kau dah ambil gambar aku dalam keadaan macam tu dengan ayat kau tu pula, dh terang yang kau memang dah buat sesuatu dekat aku. Eh Paan, dulu mungkin aku senang kena tipu tapi sekarang sorry. Aku tak kan percaya cakap kau lagi."

Farhan menghembus nafas kuat. Tekanan. Dia buntu macam mana nak jelaskan segalanya kepada Raisha. Makin dicakap makin berbelit pula. "Aku cakap benda tu sebab aku sengaja je. Aku takde niat apa pun. Aku dengan kau tak pernah bersatu. Aku sengaja cakap macam tu."

Raisha pandang wajah Farhan. Anak mata lelaki itu direnung. Ingin mencari kebenaran disebalik kata-kata lelaki itu.

"Aku cakap betul Echa. Aku sumpah. Aku sumpah aku tak pernah buat apa-apa dengan kau. Malam tu aku cuma buka baju kau lepas tu tangkap gambar. Tu je. Aku sumpah Echa. Sumpah." Farhan mengangkat tangan bersumpah. Dia bersungguh menyakinkan Raisha yang bicaranya adalah benar belaka.

Hati Raisha mula mempercayai kata-kata Farhan. Dia tunduk. Entah kenapa dia rasa kecewa. Bukan ke sepatutnya dia gembira bila tahu dirinya masih suci? "Habis apa maksud sebenar gelang yang kau bagi?"

"Gelang tu.. Emm gelang tu cuma sebagai tanda kau barang aku."

'Sebagai tanda barang..?' mata Raisha sudah terbit takungan air. Dia cuba tahan empangannya dari tumpah namun kenyataan yang diketahui membuatkan dia tak berdaya. Air matanya menitis laju. Tersedu-sedu dia menahan tangis.

"Aku minta maaf Echa." mohon Farhan. Itu sahaja yang mampu dia lakukan. Masa tak boleh diputar kembali.

"Tak.." Raisha mengelengkan kepalanya. "Takpelah. Yang penting aku tahu aku suci. Aku masih dara. Terima kasih sebab tak buat apa-apa kat aku." dia ambil sesuatu dari poketnya. "Kau ambillah ni balik. Rasanya aku dah tak perlukan benda ni kan?" gelang pemberian Farhan dihulur ke arah lelaki itu.

"Kau simpanlah. Buat kenangan kita."
"Kenangan yang perit. Kau ambillah balik."

"Sekurang-kurangnya simpan untuk buat ingat dekat aku."

Raisha tersenyum nipis sambil mengelengkan kepalanya. "Kau ambillah. Aku tak nak." dia letak gelang tangan tersebut di atas lantai berdekatan Farhan. "Sekurang-kurangnya aku tahu kau memang takde hati dekat aku." ujar Raisha dia bangkit dan duduk berdekatan dengan Ami. Mata ditutup. Cuba menghilangkan segala rasa sakit dihati.

Farhan ambil gelang yang diletak Raisha. Digenggam. Matanya dipandang ke arah Raisha yang sedang duduk menyandar sambil memejamkan mata. 'Bukan aku tak suka Echa. Aku suka korang berdua. Cuma bukan sampai ke tahap cinta. Aku sedar diri aku siapa.' hatinya berbicara.

***

"Kenapa kita kena gerak petang? Bukan sepatutnya lebih selamat kalau kita gerak malam ke?" Ami bersuara.

Farhan yang berjalan paling hadapan menoleh ke arah Ami yang berada di belakangnya. "Bukan petang pun. Senja dah ni. Dah nak gelap." balasnya.

"Memanglah. Tapi tetap orang boleh nampak kalau kita nak curi kereta."

"Nak buat kerja kita perlukan cahaya. Kita mana ada apa-apa nak digunakan sebagai torchlight. Cepatlah jalan."

"Ala.. Kau tak terer. Sebab tu lah nak kena cahaya. Huh." Ami toleh ke sisinya. Raisha hanya membisu. Gadis itu dilihat banyak termenung daripada tadi. Cakap pun tak banyak. Entah apalah yang jadi antara dia dan Farhan.

Farhan hanya buat tak endah kata-kata Ami. Kakinya masih terus berjalan. Sudah agak jauh tapi satu kereta pun mereka tak nampak. Kalau kereta yang lalu lalang tu adalah sekali sekala tapi kereta yang diletak ditepi jalan langsung tiada. Ah.. Macam mana ni? Rasa lelah sudah terasa. Tiba-tiba telinganya menangkap satu bunyi tayar diseret atau dibrek secara mengejut. Ketiga-tiga mereka menoleh ke belakang.

"Ah! Shit! Ami cepat bawa Echa lari!" Farhan segera mengangkat tangannya supaya Ami berlari.

Ami yang mengerti tak menunggu lama. Segera dia tarik tangan Raisha dan berlari mendahului Farhan.

Raisha menurut. Dia berlari sekuat hati. Cuba menyaingi kelajuan Ami. Dada berdegup kencang. Sesekali kepalanya ditoleh ke belakang. Farhan turut sedang berlari bersama mereka. Cuma jarak lelaki itu agak jauh.

"Lari cepat Echa! Jangan pandang belakang! Cepat!" jerit Farhan sambil berlari. Telinganya dapat dengar bunyi kereta yang minyaknya sengaja ditekan seperti mahu berlumba. Orang di dalam kereta tersebut seperti memberi peluang mereka berlari dahulu tapi apalah sangat tandingan kereta dengan sepasang kaki milik mereka. Walau lari jauh pun sekejap sahaja sudah boleh dikejar.

Raisha mempercepatkan lariannya. Bersungguh dengan tangannya mengenggam tangan Ami kuat. Tiba-tiba..

Bang!

Kaki Raisha berhenti serta merta. Bunyi tu! Kepalanya menoleh ke arah Farhan. "Paan!" jeritnya. Tangannya melepaskan tangan Ami. Dia hendak berlari mendekati Farhan yang sudah jatuh ke jalan raya namun dirinya ditahan oleh Ami.

"Jangan datang! Pergi lari! Lari Echa! Ami bawa Echa lari cepat!" Farhan menjerit sambil dirinya sedaya upaya cuba untuk berdiri. Darah sudah meleleh banyak. Membasahi seluar yang dia pakai.

"Paan...!" Raisha meronta-ronta untuk pergi ke arah Farhan.

"Echa kita kena lari Echa. Cepat." Ami menarik tangan Raisha. Walaupun gadis itu melawan namun dia kerah segala tenaga yang dia ada untuk menarik Raisha pergi. "Cepat Echa. Cepat!"

"Tak Ami.. Paan.." air mata Raisha sudah jatuh berguguran.

"Paan akan okay. Cepat." kaki Ami mula berlari.

Raisha yang tiada pilihan terpaksa turut berlari. Air matanya tak putus-putus mengalir. Sedih kerana tak dapat membantu Farhan. Sedih kerana terpaksa berpisah dengan lelaki itu. Sedih bila fikir kemungkinan yang mereka tak kan berjumpa lagi selepas ni. 'Paan akan okay Echa.' dia memujuk hatinya sendiri. Kepalanya ditoleh ke belakang sekali lagi.

Bangg!

"Paan.....!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience