Bab 3

Romance Completed 17774

?BAB 3 :
Menantu Abah

Raisha menyikat rambutnya di hadapan cermin. Kemudian di sangul tinggi. Dia tersenyum melihat pantulan dirinya. "Cantik.. Molek.. Hehe." Raisha tersengih-sengih memuji dirinya sendiri. Yela. Siapa lagi yang akan puji dirinya melain dia sendiri. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, Raisha membuka pintu bilik. Lapar. Sarapan apalah yang ibunya akan buat pagi ni. Dalam benaknya sudah terbayang nasi lemak buatan tangan ibunya sendiri. Gulp! Ditelan air liur. Bayangan itu sungguh mengasyikkan. "Mak..." panggilnya. Walaupun dia tahu ibunya bukan dengar pun.

"Selamat pagi."

"Selamat pagi. Nak turun makan jugak?" Raisha menoleh memandang Farhan yang menegurnya. Nampak lelaki itu juga sama sepertinya. Baru selesai mandi. Kejap. Farhan? Raisha meraba kepalanya. "Aaahhhhhhhhh!!" ditutup kepalanya dengan tangan. "Tudung! Tudung! Kau buat apa sini ha!? Mak!!!!" gelabah Raisha mencari kain yang boleh menutup kepalanya namun hampa. Ditingkat tiga kosong. Cuma ada bilik je. Tidak ada pakaian mahu pun tuala yang tergantung. Tangannya segera menolak pintu bilik namun dapat ditahan Farhan.

"Adumak.. Rileklah. Kau ni gelabah itik betul." Farhan memegang tangan Raisha kuat.

"Lepaslah! Aku jerit karang! Ingat sikit kau dekat rumah aku!" Raisha menarik-narik tangannya. Cuba melepaskan diri. Tapi malangnya pegangan tangan Farhan makin kuat sehingga pergelangan tangannya merasa sakit.

"Shh.. Shh.. Cik Raisha Zahirah.. Shh..." Farhan meletak jari telunjuknya di bibir Raisha.

Raisha tergamam. Matanya membulat. Dia yang tadi meronta-ronta tiba-tiba menjadi kaku.

"Kenapa kau takut sangat ni? Aku je pun kan.. Kau takut aku tergoda dengan kau kalau kau tak pakai tudung?" soal Farhan. Badannya makin merapat dengan Raisha.

Raisha mengelengkan kepalanya laju. Ditepis tangan Farhan. "Kau nak apa ha?"

Farhan tersenyum nakal. Bibirnya didekatkan dengan telinga Raisha. "Aku.... Nak kau.." bisiknya. Sempat juga dia menghembus nafasnya pada leher Raisha.

Raisha betul-betul kaku. Dirinya seperti patung sekarang ni. Hanya biar Farhan rapat dengannya seperti mahu berpeluk.

"Echa..! Kenapa tu!?"

Bagai tersedar dari mimpi. Segera Raisha menolak badan Farhan. Direnung tajam ke arah Farhan sebelum menjawab soalan ibunya. "Tak ada apa mak." bohong Raisha.

Farhan yang berada di hadapannya tersengih dan mahu berlalu pergi.

"Oii! Kau dengar sini eh! Jangan nak buat macam tu lagi dengan aku! Kalau tak aku halau kau dari rumah ni! Ingat tu!" ugut Raisha. Hatinya masih berdebar akibat kejadian tadi.

Terhenti langkah Farhan. Dia menoleh memandang Raisha dan berkata "kau sebenarnya sukakan? Aku tahu." Farhan tersenyum sinis lalu meninggalkan Raisha keseorangan.

Raisha merengus kasar. "Suka kepala hotak hang! Tadi tu sebab aku terkejut je bahalol! Kalau tak hinggap dah penampaq ni kat muka hang! Hang tau dak!!" marah Raisha. Sengaja dia menguatkan suaranya biar lelaki itu dengar.

***

"Abah mana mak?" Raisha bertanya. Dia melabuhkan pungung di sebelah ibunya. Nasi goreng dan juga mihun goreng yang berada di hadapannya nampak menyelerakan. Tanpa berlengah segera diambil satu pinggan dan di isi nasi goreng dan juga mihun ke dalam pinggan tersebut.

"Abah pagi-pagi dah keluar dah. Katanya ada hal penting." jawab ibunya. "Makanlah Paan. Tunggu apa lagi tu. Banyak mak cik masak ni." pelawa Mak cik Rainah sambil tersenyum memandang Farhan. Kelihatan agak malu-malu anak muda itu hendak mengambil makanan.

Raisha yang sedang mengunyah makanan hampir tersedak mendengar kata-kata ibunya. Dipandang ke hadapan. Kenapalah dia selalu lupa akan kewujudan lelaki itu dirumah ni. Aish! Tadi tak bertudung. Sekarang makan pelahap. Malu wei. Jatuh saham.

"Ha ye mak cik. Mak cik makanlah sekali." Farhan tersenyum. "Kenapa abah tak kejut saya tadi. Boleh saya teman abah." sambungnya lagi sambil tangan ligat mengambil nasi goreng dan di isi ke dalam pinggan.

"Woo.. Woo.. Kejap. Abah? Siapa abah kau ni?" Raisha memandang Farhan dan ibunya silih berganti. 'Apahal ni? Siapa abah? Tak kan abah aku pula? Tapi kenapa abah aku dia panggil abah? Patutnya panggil pak cik. Hei mamat ni dah lebih ni. Dengan bapa aku pun dia nak kebas.' hatinya berbisik.

"Abah yang suruh panggil abah. Tak kan aku nak tolak pula."

"Tolaklah! Sebab tu bapak aku bukan bapak kau! Aku sorang je boleh panggil dia abah! Kau tak boleh!"

"Dah abah yang suruh panggil. Kau tanyalah abah. Nak marah aku pula."

Makin panas telinga Raisha mendengar perkataan abah yang keluar dari mulut Farhan. "Hei.. Kau ni dah melampau..."

"Echa dah. Biar jela si Paan ni panggil abah. Tak salah. Dia pun takde bapakan. Apa salahnya dia menumpang kasih abah. Jangan nak kedekut sangat." akhirnya Mak cik Rainah menegur. Tak suka di mendengar pergaduhan di depan rezeki. Nanti rezeki susah nak masuk.

"Apa pula mak. Echa tak kisah dia nak menumpang kasih ke menumpang teduh ke tapi Echa tak suka dia panggil abah macam tu! Abah tu abah orang bukan abah dia! Echa tak suka. Tak suka!" Raisha menghentak tangannya ke atas meja. Tanda protes.
"Apa yang tak sukanya?" ketiga mereka menoleh. Pak cik Oshman berdiri tidak jauh dari meja makan. Ditangannya terdapat satu bungkusan beg plastik. Pak cik Oshman mendekati meja makan. "Kamu tak suka apa Echa? Sampai ketuk-ketuk meja ni."

Raisha diam. Kalau boleh memang dia ingin suarakan isi hatinya tapi nanti kang tak pasal-pasal makan penampar pula.

"Nah Farhan. Ni abah beli untuk kamu." Pak cik Oshman berkata sambil menghulurkan beg plastik yang dipegang tadi kepada Farhan.

"Apa ni bah?" huluran beg plastik disambut. Farhan buka dan lihat isi dalam. Ada sehelai seluar trek dan dua helai baju. "Abah belikan untuk Paan?"

Raisha menjeling. Meluat rasanya mendengar perkataan "abah" dari mulut Farhan. Meletup-letup rasa meluatnya.

"Iyelah. Kamu kan takde baju. Seluar. Tak kan 24 jam kamu nak pakai kain pelikat pula. Haa ni abah kasi. Kamu pakailah."

Farhan senyum lebar. "Terima kasih bah. Terima kasih." dipeluk orang tua itu dengan ikhlas. Air matanya bertakung. "Alhamdulillah." ucapnya.

"Ye. Ye. Dah. Makan. Nanti boleh borak lagi." Pak cik Oshman menepuk-nepuk belakang badan Farhan seraya melepaskan pelukan anak muda itu.

Raisha yang melihatnya makin panas hati. Putus seleranya. Betul-betul putus selera. Dia bingkas bangun menuju ke singki. Nasi dan mihun goreng yang masih banyak di dalam pinggan dibuang ke dalam tong sampah. Selepas mencuci pinggan dan tangan segera Raisha pergi ke biliknya dengan muka yang kelat.

"Kenapa tu?" soal Pak cik Oshman. Dia masih tak tahu tentang perkara yang terjadi. Soalan yang dia tanya semasa datang tadi pun hanya dibiar sepi oleh semua orang yang berada di meja makan tersebut.

"Takde apalah bang. Datang bulan tu. Mari makan sekali."

Farhan cuma mengangguk. Mengiyakan kenyataan Mak cik Rainah. Dalam hatinya terasa puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience