BAB 11 :
Menantu Abah
"Haa!" Raisha melepaskan satu helaan kuat. Dia mengeliat satu badan. Di hadapannya kini terdapat lautan yang luas terbentang. Sejauh mata memandang. Kelihatan dua tiga kapal yang berada nun jauh di hujung mata. Ternampak kecil saja dari pandangannya. Angin laut menderu kuat. Mujur dia pakai seluar. Kalau pakai kain seperti kebiasaannya pasti rasa tak selesa. Tudungnya yang berterbangan di tiup angin dipegang. Supaya tidak tersingkap.
Dikerling jam di tangan sudah menginjak ke pukul tiga petang. Air laut sedang naik. Langkah kaki menuju ke arah laut. Setelah sampai ke tempat yang mempunyai pasir laut, Raisha membuka kasut yang dipakai. Dipegang kasutnya di tangan dan mula berjalan di persisiran pantai dengan berkaki ayam. Sudah lama dia ingin buat begitu. Berkaki ayam menyusuri persisiran pantai. Seperti dalam filem. Tapi lagi lengkap kalau ada buah hati pengarang jantung di sebelahnya. Sambil berpegangan tangan mereka berjalan. Bergelak ketawa. Ah.. Indahnya angan-angan. Kalaulah dapat menjadi kenyataan pasti semua umat manusia akan bahagia. Dia tersenyum sendiri.
"Ish! Jangan tolak akulah!"
"Bila pula aku tolak kau! Aku nak duduk sini. Blah."
"Aku dah duduk dulu. Kau carilah tempat lain!"
Raisha menoleh ke belakang. Segala angan-angan indahnya musnah. Suara pertengkaran menganggu imaginasinya. Matanya menangkap gerangan suara yang sedang bergaduh. Memang sudah dijangka. Siapalah lagi kalau bukan kakaknya dan Mahuddin. Tak faham betul. Semua benda nak gaduh. Cuba baik-baik. Aman sikit dunia ni. Takdelah sakit telinga dengar dia orang bergaduh. Anak matanya mencari satu lagi susuk tubuh. Tiada. Dia pandang sekeliling. Masih tiada. "Pergi tandas kot." katanya sendiri.
"Cari siapa?"
Pantas kepala Raisha berpusing. Badannya tersentak sedikit. "Ish! Buat terkejut orang je! Kau ni memang suka buat orang terkejut ke ha!? Gila!" Muka Raisha berkerut menahan rasa marah akibat diterjah oleh Farhan sebentar tadi. Cukup tak gemar betul dia bila ada orang buat macam tu. Memang rasa nak maki je. Ringan je mulut dia hendak melemparkan kata-kata kesat sampai hatinya puas.
"Hehe." Farhan tersengih. "Sorylah. Tak sengaja." mohonnya.
"Tak sengaja. Tak sengaja. Benjol kat kepala aku ni pun kau cakap tak sengaja. Semua tak sengaja. Huh!" Raisha memeluk tubuh. Matanya mengencil menahan silauan matahari yang terik.
"Ala.. Benjol tu sebab salah kau sendiri. Siapa suruh kau terkejutkan aku. Haa mendapatlah. Dengan aku tak boleh main-main."
Raisha menjeling tajam. 'Poyo betul jawapan. Salah ke aku tanya dia buat apa? Dah lah macam nak mencuri. Lepas tu salahkan kita balik pula.' gumamnya sendiri. Malas mahu melayan Farhan. Kakinya melangkah pergi.
"Echa! Tunggu aku." terkedek-kedek Farhan berlari mengejar Raisha. Gadis itu buat tak endah saja dengan panggilannya. "Echa.. Kau marah aku ke?" soal Farhan setelah dia dapat jalan seiring dengan Raisha.
"Apahal pula aku nak marah kau?" soalan dipulang soalan.
"Pasal benjol tu."
"Lupakanlah. Malas ah nak fikir. Benda dah jadi. Aku datang sini nak rilek. Nak tenangkan fikiran. Jadi aku nak kau blah dari sini. Aku nak sorang-sorang. Blah."
"Hello cik adik manis. Orang datang sini nak enjoy. Bukan nak mengenangkan kisah silam. Adumak.. Came on doh.. Aku ajak datang sini bukan sebab nak lepak sorang-sorang."
Raisha menoleh ke sisi. Dipandang wajah Farhan sebelum bicara "Hello cik abang yang tak hensem. Aku cakap aku nak tenangkan fikiran. Ada aku cakap nak kenang kisah silam ke? Takdekan? Dah ah. Blah. Kau nak lepak reramai tu pergi duduk dengan Kak Iza dengan Abang Din." jawab Raisha sambil jari telunjuk diangkat ke arah Raizah dan Mahuddin yang sedang duduk rilek di bawah pokok.
Farhan berdecit. "Aku tak naklah. Dorang tu asyik gaduh je. Dari dalam kereta tadi. Penat tahu telinga aku ni dengar. Aku nak lepak dengan kau."
"Ehh tak nak aku. Kau kalau ada lepak dengan aku makin serabut adalah bukan makin tenang. Dah. Dah. Blah." Raisha tetap bertegas.
"Okay! Fine! Kalau kau tak kasi aku campak kau masuk laut." ugut Farhan. Dia mencampak kasutnya yang berada di tangan.
"Amboi. Nak campak aku? Ni nampak ni?" Raisha menyuakan buku limanya yang kecil ke arah Farhan. "Berani campaklah. Melayang tangan aku ni kat muka kau nanti."
"Kau ingat aku takut? Setakat penumbuk kau tu boleh pi simpan kat pajak gadai. Sekarang ni kau nak lepak dengan aku ke tak nak?"
"Tak nak! Dah pergi."
"Ohh.. Tak nak ye." Farhan mula bertindak.
Namun bukan namanya Raisha kalau tidak melawan. Raisha mengangkat kedua-dua tangannya yang sudah dikepal menjadi penumbuk. Gayanya seperti seseorang yang ingin bergusti. "Haa marilah. Mari." acahnya. Yakin yang Farhan tak berani mendekati dirinya.
"Aku marilah ni. Hang jangan menyesal." Farhan mengacah-mengacah Raisha. Dia ke kiri Raisha ke kiri. Dia ke kanan Raisha ke kanan.
"Takdanya menyesal. Hang berani hang mari. Ini anak Pak cik Oshman tahu! Pantang menyerah sebelum berjuang. Haa mai lah."
"Hang jangan menyesal Echa." Farhan ke kiri Raisha turut ke kiri tapi pantas Farhan bergerak ke kanan semula dan berjaya menangkap Raisha ke dalam dakapannya.
Raisha terkedu. Dia dah silap percaturan. Tidak! Kenapalah dia pandai sangat pergi cabar lelaki. Dah lah badan sekeping. Macam mana nak menang. "Lepaslah!" Raisha meronta. Tangan Farhan yang melingkari pinggangnya ditolak tetapi tak berjaya.
"Aku dah kata hang jangan menyesal." Farhan tersenyum sumbing. Dia terus mendukung gadis itu walaupun Raisha meronta-ronta. "Hehe sekarang kau nak lari mana?" Farhan mengangkat keningnya.
Raisha kaget. Habislah dia kalau dicampak dalam laut. Mana ada baju ganti. Dia datang nak duduk je bukan nak mandi. "Paan! Lepas aku!" Raisha memukul-mukul dada Farhan. Sebelah tangannya berpaut pada leher lelaki itu. Takut kalau-kalau lelaki itu jatuhkannya betul-betul. "Lepaslah! Lepas!" kakinya digoyang-goyangkan supaya Farhan susah untuk mendukungnya. Tetapi lelaki itu seperti tidak terkesan malah melangkah ke arah laut adalah.
Hatinya makin berdebar. 'Matilah aku. Matilah.' kata hatinya.
"Bersedia untuk basah Echa. Hahahahaha."
Ketawa jahat yang keluar daripada mulut Farhan sangat-sangat menakutkan. Raisha tak berputus asa. Dia masih memukul, mengoyang-goyangkan kakinya. Namun Farhan tetap teguh mendukungnya dan melangkah masuk ke dalam laut. Makin lama makin dalam. Sedikit bahagian punggungnya sudah merasa air laut.
"Okay! Satu! Dua!"
"Takk!! Stop! Stop! Okay-okay. Kita lepak sama. Kita lepak sama okay. Jangan campak aku." pintas Raisha. Dia mengalah. Daripada dicampak dan basah baik lepak je dengan malaun ni. Lagi pun orang kata mengalah bukan tandanya kalahkan?
"Hahaha betul ni?" soal Farhan dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
Laju Raisha mengangguk. "Turunkan aku please...?" mohon Raisha. Berkelip-kelip matanya meminta simpati Farhan.
"Okay. Memandangkan kau dah minta turunkan. Aku akan turunkan."
"Thanks Farhan. Aku tak sang.."
Merecik air laut ke muka Farhan. Dilap mukanya kemudian dipandang Raisha yang sedang terkapai-kapai untuk menstabilkan kedudukannya di dalam air. "Hahahaha sory Echa. Aku cuma buat apa yang kau suruh." terkekeh-kekeh lelaki itu tertawa sambil kakinya mula bergerak menjauhi Raisha.
Raisha menarik nafas panjang. Hatinya membara kepanasan. Belum sempat dia habiskan ayatnya Farhan sudah melepaskan pegangan. Hasilnya dia memang sudah basah kuyup sekarang ni. "Kurang ajar! Yang kau jatuhkan aku dalam air kenapa!? Mangkuk ayun! Eee! Kau ni memang nak kena!" Raisha berlari mendapatkan Farhan. "Kau jangan lari Paan! Mangkuk ayun! Jangan lari!" jeritnya.
"Hahaha Echa. Kau yang nak turun. Aku turunkanlah." jawab Farhan. Dia sudah sampai ke pasir pantai. Pantas tangannya mengambil kasut miliknya dan juga Raisha yang berada di situ dan melarikan diri.
"Aku suruh turun dekat pasirlah bodoh! Bukan dalam air! Woi! Kau nak pergi mana tu!? Jangan lari!" Raisha melajukan pergerakan kakinya. Setelah sampai di darat dia meneruskan lariannya. Lebih laju dari dalam air tadi.
"Echa... Aku tak salah..." jerit Farhan. Kepalanya menoleh ke belakang sekilas sambil berlari. "Aku tak salah Echa!" jeritnya lagi.
"Tak salah kepala hotak kaulah! Kau jangan lari Paan! Berhenti!!"
Larian Farhan terhenti. Bukan disebabkan jeritan Raisha tetapi disebabkan kakinya yang mula kepenatan. Dadanya turun naik ketika bernafas. Dia bongkok sambil matanya memandang Raisha yang sedang berlari ke arahnya. Dia mengangkat sebelah tangannya tanda menyuruh Raisha berhenti.
"Haa.. Haa.. Kau... Jangan.. Lari..." dalam kepenatan Raisha berkata. Dia memegang baju Farhan setelah dia sampai ke tempat lelaki itu.
"Aku tak larilah. Lepas." Farhan menepis tangan Raisha yang memegang bajunya. Penafasannya sudah stabil.
Raisha yang masih termengah tidak melawan. Dia menahan tangannya pada lutut. Nafas ditarik sedalamnya sebelum dilepaskan. "Apasal kau campak aku ha!?" soal Raisha setelah rasa mengahnya hilang.
"Aku tak campak. Aku turunkan."
"Aku suruh turunkan dekat sini! Bukan dalam air! Tengok baju aku dah basah! Macam mana nak balik!?"
"Ala... Apa susah.. Kau baring je dekat sini sampai kering. Hahahaha."
Ppakk!
Satu pukulan hinggap di kepala Farhan. Lelaki itu terdorong ke depan. "Adui! Sakitlah!"
"Haa! Rasakan kau! Bak sini kasut aku!"
"Kau nak kasut kau ni?" Farhan mengangkat tangan kanannya yang memegang kasut Raisha. Satu senyuman nakal bermain di bibir Farhan. Dia masih tak puas.
"Yela! Bak sini!" jerkah Raisha. Penat rasanya mahu melayan perangai Farhan. Dia mahu berehat!
"Kau nak kasut ni..?" Farhan mengangkat tinggi tangannya. "Kau nak kau amiklah.." usai sahaja ayat itu habis dilafazkan, kasut Raisha terbang tinggi ke udara. Dibaling kasut Raisha jauh.
Raisha tergamam. Kasutnya kini sudah berada jauh ke hadapan. Hatinya rasa mahu meletop sekarang ni. Terasa macam.. Macam.. "Argh!! Arghh!! Kau campak kenapa!? Kenapa!?" jerit Raisha macam orang histeria. Ditarik rambut Farhan sambil mengentap bibir. Ditarik ke kiri ke kanan. Dia sangat-sangat marah sekarang ni. Badannya sudah mahu bertukar menjadi hijau!
Farhan ketawa besar walaupun rambutnya ditarik. Raisha yang pendek sedikit darinya menyebabkan kepalanya tertunduk ke bawah akibat ditarik. "Hahahaha sakitlah! Janganlah tarik. Sory-sory." Mohon Farhan dengan ketawa yang galak.
"Kau campak aku dalam air! Lepas tu kau campak kasut aku! Eee! Aku tak boleh sabar dah dengar kau ni! Eee! Eee!!"
"Hahaha lepaslah. Sakit." Farhan memegang tangan Raisha yang menarik rambutnya. Dia cuba melepaskan diri dan akhirnya berjaya. "Maafkan aku Echa. Maafkan aku! Hahaha." mohonnya sambil berlari meninggalkan Raisha.
"Farhan!!!"
Share this novel