BAB 29 :
Menantu Abah
"Echa.. Echa.. Bangun."
Mata Raisha terbuka sedikit. Badannya digerakkan. Bagi menghilangkan rasa kebas akibat baring lama tanpa bergerak. "Dah pukul berapa ni?" soalnya sambil tangan menolak badan untuk duduk. Rumah terbiar yang jadi tempat persingahan mereka nampak berselerak bila matahari mula menyinar.
"Entahlah. Mungkin dah tengahari." balas Ami.
"Paan mana?" soalnya lagi selepas mendapati hanya dia dan Ami sahaja di rumah terbiar tersebut.
"Dia pergi cari makanan kejap. Sat dia baliklah."
"Emm." Raisha membetulkan pakaiannya atau lebih tepat pakaian adik perempuan Farhan. Atiqah. Bahagian lututnya sudah terkoyak sedikit akibat dia terjatuh semalam semasa melarikan diri. Tudungnya lembab. Terasa gatal kepalanya memakai tudung yang agak basah itu. "Kau agak-agak orang semalam tu kejar kita lagi tak?"
Ami mengangguk pasti. Benaknya memutarkan peristiwa semalam.
***
Badannya digoncang kuat. Dahi Ami berkerut. "Eee..!" baru sahaja dia hendak memaki hamun orang yang mengacaunya, mulutnya ditutup rapat. Matanya terus terbuka. Ditepis tangan Farhan yang sedang menutup mulutnya. "Kau apahal!?" soalnya separuh berbisik.
"Shhh!" Farhan meletakkan jari telunjuk dibibirnya kemudian dituju pula ke arah pintu.
Ami mengecilkan mata. Cuba mengamati apa yang ada dipintu dalam keadaan gelap namun hampa. Yang dia dengar hanya bunyi orang memulas tombol pintu yang sudah dikunci.
"Kita kena pergi."
Ami pandang wajah Farhan. Serius lelaki itu berkata. Nampaknya benda ni bukan main-main. Dia segera bangkit. Kepala toleh ke belakang dan terdapat Raisha sedang berdiri kaku. Dia mendekati. Tangan gadis itu digapai. Matanya melirik ke tangan lagi satu. Terdapat sehelai tudung dan sebungkus roti. "Kau tinggalkan benda tu. Menyusahkan." bisik Ami.
Raisha menoleh ke arahnya. "Benda ni penting kot. Paan yang kata bawa benda penting."
"Tinggalkan. Benda tu cuma akan melambatkan kau."
"Aish! Yela-yela." Raisha meletakkan tudung dan rotinya di atas kerusi.
"Cepat kita keluar ikut pintu belakang." arah Farhan. Dia bergerak ke dapur. Diikuti Ami dan juga Raisha.
Setelah sampai pintu dapur dibuka dengan perlahan.
Ami dan Raisha memerhati dengan penuh rasa cemas. Ah! Rasa berdebarnya sama ketika mereka berdua mahu lari dari tempat yang mengurung mereka. Benci! Tak boleh ke hati aman untuk seketika?
Krekk..
Bunyi pagar rumah berbunyi. Perlahan tapi Ami pasti dengan keadaan sekeliling yang senyap pasti bunyi itu dapat didengar sampai ke hadapan.
Farhan keluar dari rumah. Tangannya melambai-lambai ke arah Ami supaya cepat keluar. Pintu dapur ditutup tapi pagarnya dibiar terbuka. Dia tak mahu buat sebarang bunyi lagi.
Mereka bertiga berhati-hati melalui kawasan belakang rumah. Gelap. Takut terpijak sesuatu yang tajam kerana mereka tidak memakai selipar. Diketuai oleh Farhan. Lelaki itu menjenguk sekitar tatkala sampai ke hujung deretan rumah teres tersebut.
Farhan berpaling ke belakang. Wajah Ami dan Raisha dipandang silih berganti. "Dengar sini. Lepas kita keluar dari kawasan ni aku nak kita lari sekuat hati. Lari macam kau kena kejar anjing. Macam kau akan dimakan sesuatu yang menakutkan. Macam kau.."
"Okay-okay aku faham." pintas Ami.
Farhan mengangguk. "Bagus. Yang penting jangan berpecah. Kemungkinan dia orang akan kejar kita pakai kereta jadi kita lari masuk kawasan yang kecil-kecil." ujar Farhan lagi. Air hujan yang bercampur dengan peluhnya dimuka dikesan.
"Tapi aku mana tahu selok belok sini." Raisha membantah. Dia sebenarnya sedang merasakan debaran yang maha hebat. Seumur hidupnya tak pernah dia kena kejar dengan orang dalam keadaan realiti. Kalau dulu kecil-kecil lainlah. Main kejar-kejar. Tak ada pistol. Tak ada siapa akan mati atau dijual. Tapi sekarang kalau tertangkap sama ada nyawanya melayang atau dia akan merantau dan kedua-dua perkara itu akan mendatangkan hasil yang sama. Iaitu dia tak akan berjumpa dengan ibu bapanya lagi. Buat selamanya...
"Sebab tu aku cakap jangan berpecah. Ikut aku. Jangan ikut kepala sendiri." tegas Farhan. Matanya pandang ke hadapan semula. "Okay. Dalam kiraan tiga."
Ami dan Raisha makin cemas. Serius. Rasa dikejar orang bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Ia sangat mendebarkan dan menakutkan. Lagi-lagi orang yang kejar kau tu mempunyai senjata api. Boleh mati kewarasan fikiran kau bila otak kau masa tu asyik fikir ke arah negatif.
"Satu. Dua. Tiga!" Farhan mula berlari. Begitu juga Ami dan Raisha.
"Woi! Bos! Tu dia orang!"
Ami toleh ke belakang. Ah! Shit betul! Kenapa ada yang perasan mereka. Kakinya dipaksa berlari dengan lebih laju. Tangan Raisha masih tak dilepaskan. "Cepat Echa. Ada yang kejar." katanya untuk membuatkan Raisha lari dengan lebih laju.
Raisha yang sedang berusaha terasa jantungnya bagai nak terkeluar bila Ami berkata begitu. Ada yang kejar! Ada yang kejar! Dia toleh ke belakang. Ada dua orang lelaki sedang mengejar mereka. Agak jauh jaraknya namun itu tak bermakna dia perlu berlari dengan perlahan.
Farhan terus berlari. Sesekali kepalanya toleh ke belakang untuk.melihat sama ada Ami dan Raisha mengikutnya atau tidak. Hati kecilnya mula menyumpah-nyumpah. 'Ni semua sebab kau Iza. Kalau tak aku tak kena kejar macam ni. Celaka betul!' bisik hatinya.
Kaki Raisha mula hendak mengalah. Maklumlah, dah berapa tahun meninggalkan acara sukan. Badan pun terkejut sebab tiba-tiba kena lari macam ni. Nafasnya ditarik. Pendek. "Ami." panggilnya. Kepalanya ditoleh ke belakang. Dia terasa dah lari jauh tapi jarak dia dan antara orang yang mengejarnya masih sama. "Ami.. Aku tak larat." Raisha kehabisan tenaga. Dia betul-betul tengah semput gila babeng sekarang ni. Nafasnya yang ditarik dan dihembus kedengaran kuat.
"Echa kau kena lari Echa. Cepat. Dorang dah jauh tu. Cepat Echa. Sikit je lagi." pujuk Ami. Tangannya menarik tangan Raisha. Memaksa gadis keding itu supaya terus berlari.
"Tapi aku.."
"Ami.. Ami.."
Ami tersentak. Badannya terangkat sedikit. Dipandang Raisha dan juga Farhan yang berada di depannya.
"Kau mengelamun apa ni? Nah amik ni makan." Raisha menghulurkan sebungkus roti kepada rakannya itu. Roti coklat yang berada ditangannya pula dijamah tanpa selera. Dia naik jemu asyik makan roti je. Tapi apakan daya. Tak kan nak order chicken chop pulakan.
"Aku rasa tempat ni safe. Sebab aku keluar tadi tak nampak apa-apa mencurigakan. Lagipun sini kawasan terbiar. Tak kan ada orang masuk." Farhan berkata. Dia turut mengisi perutnya dengan roti.
"Kenapa kita tak balik poli terus je?" soal Raisha.
"Sini jauh dengan poli. Kau nak jalan kaki ke balik poli kau tu?"
"Err.. Hehe." Raisha tersenyum malu.
"Habis tu macam mana kita nak balik? Ni duit nak beli tiket pun takde." soal Ami pula.
Farhan termenung seketika. Dia sebenarnya sudah ada rancangan. Balik rumah ibunya esok sebelum subuh terus bergerak pergi poli sebelum sidiketnya perasan ada barang yang hilang. Tapi dia tak tahu pula sebegini cepat dia orang jumpa. Sudahlah dia tak ada back up plan.
"Macam ni lah. Kita naik kereta." Ami bersuara setelah Farhan hanya termanggu seperti orang binggung.
"Mana ada kereta." Raisha memandang Ami.
"Ala.. Kita amik jela kereta sesiapa. Kita curi." cadang Ami lagi.
"Kau gila ke Ami! Kang tak pasal-pasal kita kena tangkap! Masuk penjara sebab curi kereta!"
"Aku setuju." Farhan mencela.
"Ha!? Eee korang ni gila ke ha!" Raisha memeluk tubuhnya. Ini komplot! Mentang-mentang dia sorang je perempuan. Eee!
"Kau ada rancangan yang lebih bagus ke Cik Raisha Zahirah?" soal Ami sinis.
"Ada." balas Raisha. Dua pasang mata kini tertumpu ke arahnya. "Kita balik rumah Paan. Amik kereta dia."
"Tu lagi gila! Eh kau tahu tak berapa jauh kita lari semalam?"
Raisha hanya mengangkat bahu smbil buat muka tak bersalah memandang Ami.
"Dah-dah. Tak payah gaduh. Apa-apa pun kita stay sini dulu beberapa hari. Biar keadaan reda baru kita blah dari sini. Time tu baru kita fikir nak balik macam mana." Farhan memberi kata putus. Plastik bekas roti yang sudah habis dimakan dicampak ke tepi. Kakinya bangun melangkah ke dalam ruang bilik lagi satu. Meninggalkan Ami dan Raisha berdua. Mindanya perlukan ketenangan untuk mencari jalan keluar bagi mereka bertiga.
Share this novel