Bab 14

Romance Completed 17774

BAB 14 :
Menantu Abah

Farhan mengemas segala pakaiannya. Tapi pekerjaannya terhenti. Dia lupa, dia mana ada beg untuk membawa pakaiannya yang tak seberapa itu. Akhirnya dia gantungkan balik bajunya di dalam almari. Diambil telefon dan bergerak ke luar bilik.

Keadaan sunyi. Dia turun ke bawah. Kelihatan Raisha seperti sedang menunggunya turun di ruang tamu.

"Kau nak pergi mana ni?" soal Farhan. Dia mendekati Raisha.

"Aku nak ikut kau balik." Raisha berdiri. Dipandang muka Farhan sungguh-sungguh. Beg pakaian yang agak besar berada disampingnya.

"Ha?" bulat mata Farhan memandang Raisha. "Nak buat apa? Kau tunggu jela sini sampai habis cuti."

"Tak nak. Aku nak ikut kau balik. Mana baju kau?" Raisha tetap berkeras.

"Nanti abah kecil hati Echa. Kau jangan ikut keras kepala kau." Farhan cuba memujuk walaupun dia rasakan keputusan Raisha untuk mengikutnya pulang merupakan satu peluang keemasan buat dirinya.

"Abah memang nak suruh aku balik. Lagi pun cuti dah tak lama. Apa salah aku balik awal sikit."

"Tapi nanti kau tinggal kat kamsis sorang-sorang."

"Aku tak kira. Cepat ah. Mana baju kau?"

"Aku tak bawa. Mana ada beg nak bawa baju. Tak benda sekarang kau balik ni abah suruh? Kau biar betul. Abah mana?" Soal Farhan. Matanya pandang sekeliling. Memang tak nampak Pak cik Oshman, Mak cik Rainah mahupun Raizah. Padahal jam sudah menunjukkan pukul 7:00 pagi. Selalunya semua sudah bangun.

"Adumakk.. Kecohlah kau ni. Hari ni kan hari ahad. Abah pergi pasar pagi dengan mak. Dah ah. Jom blah cepat. Satgi abah balik." Raisha menarik tangan Farhan. Lelaki itu terdorong ke depan. Mengikut rentaknya.

"Kau pasti ke apa kau buat ni? Macam mana kau nak balik rumah lepas ni kalau kau buat macam ni?"

Raisha berhenti. Benar. Selepas ini Farhan tak payah datang kembali ke rumahnya. Tapi dia? Tak kan masa cuti dia nak duduk di poli jugak. Apa perasaan mak abah bila tahu dia balik poli tanpa keizinan mereka.

"Macam ni lah. Kita tunggu abah balik. Aku tak nak sebab aku, kau jadi anak derhaka. Hargai ibu bapa kita Echa." pujuk Farhan.

Raisha diam. Dia keluarkan buku kecil dan juga sebarang pen dari beg sandangnya. Dia menulis sesuatu diatas kertas. Selepas siap dilekat pada peti ais. "Okay. Sekarang jom balik."

"Macam tu je?"

"Dah tu? Cepatlah nanti abah balik." Raisha menarik tangan Farhan kembali. Rasanya abah dan mak pasti tak akan marah jika dia tinggalkan nota sebegitu.

"Okay-okay." Farhan mengalah. Dia menurut Raisha yang menarik tangannya. Tapi langkahnya terhenti lagi.

Raisha menoleh. "Kenapa?"

"Kita nak pergi naik apa? Bas? Tren?" soal Farhan. Tak kan main redah je. Kang tak sampai Pahang pula.

"Kita naik ktm lepas tu naik bas ke Muadzam." jelas Raisha. "Dah lah. Cepat."

"Echa! Paan!"

Serentak mereka berdua menoleh. Raizah sedang bercekak pinggang memandang mereka.

"Akak."

"Iza."

Raizah mendekati mereka. "Kau orang nak pergi mana?" soalnya.

"Echa nak ikut Paan balik." jawab Raisha.

"Naik apa?" soal Raizah sekali lagi.

"Jalan kaki pergi ktm lepas tu naik bas terus ke Muadzam." tenang Raisha menjawab.

"Jom akak tolong hantar ke ktm."

"Ha?" Bulat mata Raisha dan juga Farhan memandang Raizah.

"Cepat nanti abah balik."

"Kejap Iza. Awak tak marah ke?" Farhan menyoal. Pelik juga. Adik beradik ni dah berkomplot ke apa.

"Takde masa nak cerita. Baik cepat." kaki Raizah sudah menuju ke kereta kelisa milik abahnya. Mujur sahaja keluarganya memilik dua buah kereta. Satu itu abahnya belikan untuk memudahkan dia pergi ke kerja dahulu. Jadi secara teknikalnya kereta itu milik dia tapi semenjak dia sambung belajar jarang sudah dia bawa keretanya itu.

Raisha mengekor Raizah dari belakang begitu juga dengan Farhan walaupun dalam benaknya agak binggung dengan perangai Raizah. Kalau Raisha tu dia tak kisah sebab budak tu memang keras kepala. Tapi Raizah berubah betul. 'Tak ke dia rasa benda ni tak betul? Macam menyokong jee..' getus hatinya.

***

Raizah meletakkan keretanya agak terlindung daripada tangga utama. Enjin kereta tidak dimatikan. Dia menoleh Raisha yang duduk di bahagian belakang. "Echa pergi beli tiket dulu. Akak ada benda nak cakap dengan Paan." arahnya.

"Akak nak cakap apa? Nak dengar juga."

Raizah berdecit. "Pergi jela beli. Nanti lambat. Akak nak balik sebelum abah sampai rumah. Pergi. Beg Echa biar Paan bawa."

"Eee yela-yela." Raisha akur. Dia keluar dari kereta dan berjalan ke arah tangga utama.

"Awak nak cakap apa?" Farhan mula bicara setelah Raisha hilang dari pandangan.

"Farhan." panggil Raizah lembut.

"Ye saya." sahut Farhan.

Perlahan-lahan tangan Raizah memegang tangannya. Farhan biarkan saja. Came on.. Tak kan nak menolak? Ikan dah munculkan diri tak kan kucing nak menolak.

"Mesti awak tertanya kenapa saya biar Echa ikut awak balik. Kan?"

Farhan hanya mengangguk.

"Sebenarnya saya kalau boleh tak nak awak pergi. Sebab awak.. Macam dah jadi sebahagian dari keluar saya." Raizah henti seketika. "Tapi saya tahu saya tak boleh nak ubah keputusan abah. Jadi saya nak awak pergi masa abah takde sebab saya nak cakap benda penting ni dengan awak."

"Awak nak cakap apa tu?" soal Farhan sekali lagi. 'Banyak pula mukadimah dia ni. Cakap terus terang je.'

"Saya nak bagi awak ni." Raizah mengeluarkan sesuatu dari poketnya dan dihulur ke arah Farhan. "Saya nak awak simpan loket ni." ujarnya.

"Untuk apa?" Farhan membelek loket yang sudah bertukar tangan.

"Supaya awak tak lupa saya. Farhan.. Sebenarnya saya.." Raizah mengerap bibirnya. Dia malu tapi hatinya kuat menyuruh dia menyatakan hal yang sebenar.

"Sebenarnya awak...?"

"Saya.. sukakan awak." akhirnya. Terungkap kata keramat itu dari mulut Raizah. Dia tertunduk malu.

Farhan tersengih. Dia meraih tangan Raizah. "Itu pun awak takut nak cakap?" soalnya.

Raizah hanya membisu. Sungguh dia malu. Tak pernah dia luahkan isi hatinya kepada seorang lelaki. Farhan yang pertama.

Farhan menyentuh pula pipi Raizah. Diangkat muka gadis itu supaya memandangnya. "Iza.." Wajahnya dirapatkan dengan wajah Raizah. "Saya pun sukakan awak." balas Farhan sebelum satu ciuman hinggap di pipi gebu Raizah.

Raizah kaku. Dia pegang pipinya yang menerima kucupan dari Farhan. "Be.. Betul ke ni awak?" soalnya. Terketar-ketar.

Farhan mengangguk. Dia tersenyum memandang Raizah.

Satu senyuman bahagia mula terukir di bibir Raizah. Gembira? Teruja? Semuanya! Semuanya yang boleh dikaitkan dengan kebahagian dia rasakan kini.

"Saya memang suka awak tapi.." wajah Farhan bertukar serius.

Serta-merta senyuman di wajah Raizah pudar. Hatinya berdebar. "Tapi apa awak?" soalnya.

"Maafkan saya. Saya memang suka awak tapi saya tak boleh terima awak." jawab Farhan. Dia kalih pandangannya dari memandang Raizah.

Mahu pecah jantung Raizah mendengar ayat yang keluar dari mulut Farhan. Apa maknanya semua ni? Kenapa kata suka kalau tak boleh menerima? "Tapi kenapa awak?" suaranya menjadi serak.

Farhan menghembus nafas berat. "Saya minta maaf. Saya memang tak boleh terima awak. Saya pergi dulu." ucap Farhan seraya membuka pintu kereta. Diambil beg pakaian Raisha yang berada di tempat duduk belakang dan berlalu pergi meninggalkan Raizah. Pergi tanpa menoleh.

Air mata Raizah mengalir deras. Sungguh dia tak sangka tindakan Farhan. Mulanya kata suka lepas tu kata tak boleh menerima. Dia perhati Farhan bergerak pergi dengan anak matanya. "Kenapa buat macam ni?" rintihnya sendiri. Hatinya remuk. Retak seribu. Apa kurangnya aku? Kenapa tak boleh terima aku? Pelbagai soalan kini bermain di fikirannya dan dia tahu persoalan itu akan membelengunya sehinggalah dia dapat jawapan yang jelas.

***

"Iza."

Raizah bangkit dari pembaringan. Dia mengesat air matanya. Dikerling jam di tepi katilnya. Sudah pukul 11:00 pagi. Dia bingkas bangun dan keluar dari bilik. "Ye mak." sahutnya.

"Kenapa Echa balik tak tunggu mak dengan abah sampai rumah?" soal Mak cik Rainah setelah Raizah sampai diruang tamu.

Raizah menelan air liurnya. Takut. Lagi-lagi bila lihat wajah serius abahnya di sebelah Mak cik Rainah. 'Padan muka kau Iza. Tadi masa buat kau tak takut.' gumamnya. "Err Echa tak cakap apa pun dengan Iza mak." jawabnya.

Pak cik Oshman berdehem kuat. Diletak satu kertas ke atas meja. "Betul kamu tak tahu apa-apa Iza?" soal Pak cik Oshman serius.

Raizah ambil kertas yang diletak oleh Pak cik Oshman. Dibaca dengan teliti. "Ta.. Tapi Iza.."

"Kamu apa Iza? Echa sendiri cakap dia bagitahu kamu sebab apa dia balik awal. Macam mana kamu boleh tak tahu? Kamu nak bohong mak dengan abah?" kata Pak cik Oshman.

Raizah diam. Hatinya mengutuk-ngutuk Raisha. 'Sesuka hati je dia cakap aku tahu. Kurang ajar kau Echa! Kau yang gatal nak balik awal aku pula kena cover.' bisik hatinya. 'Tapi kau pun salah juga Iza. Kau tak peduli pun pasal adik kau. Kau kisah pasal kisah cinta kau je. Sekarang ni macam mana? Apa kau nak cakap dengan mak bapak kau ni?' gumamnya lagi.

"Iza! Abah tanya ni. Kamu nak menipu abah!?"

Raizah tersentak mendengar jerkahan Pak cik Oshman. Segala kata hatinya tadi kini senyap.

"Jawab abah tanya tu Iza." Mak cik Rainah pula berkata.

'Cepat Iza! Cepat fikir!' sel-sel otaknya bekerja keras. Bekerja keras untuk mencari jalan bagi melindungi sebab sebenar Raisha balik awal. Walaupun dia tak tahu apa sebab adiknya itu mahu balik awal. "Ahh! Ahh! Iza ada ingat bah! Iza ingat." tinggi suara Raizah berkata. Teruja bila otaknya mampu bertindak dengan bernas sekarang ni.

"Haa apa?"

"Iza ingat. Semalam Echa ada cakap dengan Iza yang dia terpaksa balik awal sebab nak jadi fasi untuk budak-budak yang baru masuk." lancar Raizah berbohong dengan ibu bapanya.

"Kenapa Echa tak bagitahu mak? Kenapa Echa tak tunggu mak balik?" Mak cik Rainah menyoal pula.

"Ohh pasal tu. Hahaha." Raizah ketawa kecil. Tiba-tiba sahaja. Bukannya dia mahu ketawa pun. Mungkin sebab rasa gemuruhnya yang terlampau menyebabkan dia bertindak spontan seperti itu. "Semalam Echa bagitahu pukul 11 lebih. Dah malam. Mak dengan abah dah tidur. Dia bagitahu Iza. Dia kata esok pagi nak bagitahu mak dengan abah. Iza ingat dia dah bagitahu rupanya dia tinggalkan nota je. Ish. Teruk betul budak tu." cerita Raizah bersungguh-sungguh.

"Betul kamu cerita ni Iza? Kamu tak menipu?"

Raizah mengangguk laju. "Be.. Betul bah. Tu yang Echa bagitahu Iza semalam."

"Emm yela. Takpe. Asalkan dia selamat sampai dekat sana dengan Farhan." ujar Mak cik Rainah. Mati-mati dia ingat anak bongsunya itu melarikan diri dengan Farhan sebab tak puas hati dengan keputusan suaminya. Tapi jika sebab yang betul takdelah ralat hatinya jika tak lihat anaknya itu berangkat pergi.

"Hehe." Raizah tersengih kekok. "Err Iza masuk bilik dulu eh mak. Ada benda nak buat sikit."

"Ha yela. Nanti turun tolong mak."

Raizah mengangguk. Tanpa berlengah. Mencicit kakinya berlari naik ke biliknya. Mulutnya menyumpah-nyumpah Raisha yang meletakkan beban sebegini terhadap dirinya. "Ingat aku ni senang nak menipu ke? Kau ni Echa eee.. Nasib baiklah otak aku ni berfungsi dengan baik kalau masa tu kosong mampus aku kena hambat dengan abah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience