BAB 8 :
Menantu Abah
"Mana budak-budak?" Pak cik Oshman melabuhkan punggungnya di atas pangkin. Tangannya mengibas-ngibas kain perca ke muka bagi menyejukkan badannya yang sedang kepanasan.
"Iza dengan Paan ada dalam bilik. Lepas sarapan terus masuk. Sambung tidur agaknya." jawab Mak cik Rainah. Air kopi yang sudah sedikit sejuk dituang ke dalam cawan dan diletakkan di hadapan Pak cik Oshman.
"Echa mana?" soal Pak cik Oshman lagi. Tangan mula membuka tepak rokoknya. Dibuka dua helaian kertas rokok. Tembakau diletak diatas kertas tersebut. Kemudian digunting sedikit cengkih menjadi kecil.
"Echa keluar dah dengan kawan-kawan dia. Awak tak perasan ke?" jawab Mak cik Rainah.
"Sayakan dari belakang. Mana saya nampak dia keluar." balas Pak cik Oshman. Rokok lenteng yang sudah siap itu diletak dipinggir bibir. Pemetik api dibuka dan dibakar hujungnya. Hembusan asap mula kelihatan. "Echa kata semalam tak sihat. Pagi ni keluar pula?"
"Semalamkan dia dah rehat lama. Satu hari asyik terperap dalam bilik. Tu yang sihat hari ni. Lagi pun biarlah budak tu berjalan hari ni. Seminggu dah asyik kat rumah je. Tak lama lagi dia nak balik Pahang dah."
"Herm itulah awak. Membela anak. Jangan dimanja sangat nanti besar kepala."
Mak cik Rainah mengelengkan kepalanya. Malas mahu memanjangkan cerita dengan suaminya itu.
"Assalamualaikum Pak Man. Amboi. Dah hujung-hujung ni masih romantik lagi ye."
Pak cik Oshman menoleh. "Haa kamu Din. Aku ingatkan siapa. Takdenya romantik dah tua-tua ni Din."
"Ala.. Nak malu-malu pula Pak Man ni." tangan dihulur untuk bersalam. Kemudian Mahuddin mengambil tempat duduk berhadapan Pak cik Oshman. "Mak cik." tegurnya sebelum mata tertumpu kembali kepada Pak cik Oshman.
Mak cik Rainah tersenyum dan bergenjak masuk ke dalam sedikit.
"Ish, ada-ada jela kamu Din. Kenapa datang ni?"
"Saja nak melawat Pak Man. Dah lama tak jumpa. Rindu pula dengan Pak mertua saya ni. Hehe." tersengih-sengih Mahuddin di hadapan Pak cik Oshman. "Pak man.." panggilnya mendayu.
"Emm."
"Dengar cerita ada lelaki dalam rumah Pak Man? Sungguh ke?" soal Mahuddin dalam nada separuh berbisik.
Satu hembusan terakhir rokok lenteng dilepaskan. Kemudian putung rokoknya dibuang. "Kenapa? Kamu nak tinggal dalam rumah aku juga Din?"
"Boleh ke Pak Man? Kalau boleh sekarang juga saya kemas baju saya."
Pak cik Oshman menjeling tajam kemudian mengelengkan kepalanya. "Kamu nak apa sebenarnya ni Din? Nak cakap pasal budak lelaki dalam rumah aku ni?"
"Haa yela Pak Man. Mana boleh kita bawa masuk lelaki bukan mahram dalam rumah. Lagi-lagi dalam rumah tu ada dua orang anak dara. Ish boleh timbul fitnah Pak Man."
"Fitnah apanya Din? Bukannya anak aku bertiga je dengan budak tu. Aku dengan Mak Inah kau ni ada. Bukannya dorang tinggal satu bilik."
"Tu Pak Man cakap. Fikiran budak-budak muda ni kita tak tahu Pak Man."
"Habis kamu tu bukan budak muda ke Din?"
Mahuddin terdiam.
"Kamu kalau tak tahu apa jadi dekat rumah aku jangan nak bercakap macam-macam. Kalau timbul fitnah pun sebab dari mulut kamu." tenang Pak cik Oshman berkata.
"Saya bukan nak cakap apa Pak Man. Saya cuma bagitahu je. Sebelum orang lain mengata keluarga Pak Man baik saya yang cakap dulu." Mahuddin kembali bersuara.
"Aku tahu. Tak perlulah kau risau pasal keluarga aku. InShaaAllah semuanya baik-baik saja." balas Pak cik Oshman.
"Yela. Saya ni cakap je Pak Man. Jaga-jagalah anak dara Pak Man tu. Kot-kot sangkut pula dengan budak tu. Terus jadi menantu karang. Saya balik dulu ye Pak Man. Assalamualaikum." Mahuddin menghulurkan tangan mahu bersalam sebelum dia berlalu pergi.
Pak cik Oshman menghantar Mahuddin pergi dengan pandangan. Anak muda itu perangainya tak padan dengan umur. Baru masuk 24 tapi sudah perangai macam orang tua-tua saja. Dia mengelengkan kepalanya "Inah." panggil Pak cik Oshman.
"Ye."
"Betul juga apa kata si Din tu ye."
"Betul tang mana bang?"
"Tang jadi menantu. Berkenan pula saya nak amik si Paan tu jadi menantu. Baik pun baik. Kalaulah dia jadi menantu kita takdelah bising si Din tu nanti. Baru mulut dia diam."
"Aik? Awak terkesan ke dengan apa yang Din cakap tadi?" soal Mak cik Rainah.
"Bukan terkesan tapi ada betul apa yang dia cakap tu. Saya tak boleh nafikan kebenaran." jawab Pak cik Oshman.
"Habis tu awak nak buat apa?"
"Takde buat apa. Saya cuma cakap yang saya berkenan kalau Paan jadi menantu saya. Budaknya baik. Mesti dia dapat jaga anak kita dengan baik."
"Haih sudahlah awak. Dari saya layan awak kat luar ni baik saya pergi masak. Nak masuk tengahari dah. Saya masuk dulu." kata Mak cik Rainah seraya melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Pak cik Oshman keseorangan dengan angan mahu membuat Farhan sebagai menantu.
***
"Jadi... Lelaki tu ada dekat rumah kau lah sekarang?" soal Ummi pada Raisha.
"Ye and aku tengok bapa aku tu macam dah suka sangat dengan dia." jawab Raisha.
"Siapa nama lelaki tu?" Fiya pula menyoal.
"Farhan. Cepat benau lupanya." Raisha ambil sedikit aiskrim miliknya dan disua ke dalam mulut.
"Haa Farhan. Hensem ke orangnya?"
"Eh kau ni Fiya, orang cerita pasal lain kau sibuk tanya hensem ke tak." tegur Ummi. "Kau macam jela kentang kau tu senyap-senyap."
"Ala.. Orang tanya je. Tu pun nak marah. Kecoh betul." Fiya berkata. Dia mula mengunyah kembali kentang goreng yang berada di hadapannya.
"Jadi memang bapak kau dah berkenan habislah dengan dia?" soal Ummi kembali.
Raisha mengangguk. "Aku pun tak tahu nak buat apa dah. Makin hari makin suka bapa aku dengan dia. Haih."
"Kau ada try singkirkan dia tak?"
"Nak singkir apa kalau bapa aku asyik bela dia je. Ish peninglah. Lepas tu korang nampak ni?" Raisha mengangkat tangan kanannya.
Mata Ummi dan Fiya tertumpu pada gelang yang berada di tangan Raisha.
"Kenapa dengan gelang tu? Nak promote ke? Maaflah kak saya tak berminat." selamber Fiya berkata.
Ummi menjeling Fiya tajam. Dia ni kalau bercakap tak pernahnya serius. Ish. "Aku sekeh kau nak? Cubalah serius sikit."
Fiya hanya mencebik.
"Gelang ni dia yang bagi." Raisha berkata.
"Ha!? Jinjja!?" ternganga mulut Ummi mendengar kata-kata dari Raisha. Dia teruja dengan cerita yang baru dia dengar tadi.
"Dah keluar dah Korea dia.. Ish! Cincang, cincang. Aku cincang kau nak?" kali ini Fiya pula menegur Ummi.
"Dah-dah. Korang ni asyik nk bergaduh je. Nak dengar ke tak cerita aku ni?" Raisha mencela. Kalau dibiarkan kawan karibnya itu berlaga kata memang riuhlah satu McDonald ni nanti.
"Nak.. Nak.. Teruskan cerita." balas Ummi.
"Haa gelang ni dia yang bagi and korang tahu tak..."
"Tak tahu." cela Fiya.
Raisha merenung Fiya. 'Dia ni kalau aku sumbat kentang tu semua dalam mulut dia baru nak senyap agaknya.' bisik hatinya. "Memanglah kau tak tahu ni aku baru nak bagitahu. Ish!"
"Dah lah Echa kau pedulikanlah si Fiya ni. Dia ni otak tengah mereng. Cepat cerita Echa." arah Ummi. Tak menyabar.
"Okay macam ni. Semalam dia keluar dengan kakak aku.."
"Dia keluar dengan kakak kau!? Pergi mana? Dating? Oh my god! Dia ada hati dengan kakak kau ke!?" Ummi mempamerkan riak wajah teruja.
Raisha menghela nafas kuat. "Eh korang boleh diam tak? Bagi aku habis cerita dulu boleh tak? Penatlah asyik stop-stop je dari tadi. Argh!"
"Okay-okay. Tak menyampuk dah. Hehe." Ummi tersengih.
"Haa.. Semalam lepas dia balik keluar dengan kakak aku, dia jumpa aku and bagi gelang ni. Yang paling aku terkejut dia beli satu juga untuk dia. Sebiji macam aku punya." cerita Raisha. Bersungguh. Dipandang wajah Ummi dan Fiya yang sedang terkebil-kebil memandangnya. "Korang kenapa?"
"Dah habis ke citernya?" soal Fiya.
Raisha mengangguk.
"Peh! Gilalah! Kira gelang couple lah ni!?"
Sekali lagi Raisha menghela nafas kuat dan mengeleng-gelengkan kepalanya. Bukan sebab ayat yang keluar dari mulut Fiya tapi disebabkan respon yang lambat diterima tapi sekurang-kurangnya ada juga lah kan dari krik krik je. "Bukan couplelah Fiya. Aku dengan dia takde pape okay."
"Dah tu kenapa dia bagi kau gelang tu and sebiji macam dia punya juga? Haa mestilah ada makna." sampuk Ummi pula.
"Entah. Aku pun tak tahu. Dia cuma kata yang tu tanda aku dengan dia adalah satu."
"Satu? Maksudnya?"
"Aku tak tahulah Mie. Dia tanya aku yang aku ada ingat apa-apa tak , aku cakaplah tak ingat lepas tu aku tanyalah apa benda yang aku tak ingat lepas tu dia boleh bantai senyum je. Eee serabutlah.. Dah lah tak jawab soalan aku, bagi jawapan yang mengelirukan pula. Aku dengan dia satu. Ishh. Pening fikir tahu." jelas Raisha panjang lebar. Mukanya berkerut-kerut semasa bercerita.
"Oh my god Echa!" Fiya menutup mulutnya. Matanya bulat memandang Ummi dan Raisha yang berada didepannya.
"Apasal Fiya?" soal Ummi.
"Jangan-jangan kau dengan dia dah bersatu tak!? Maksud dia satu tu means korang dah pernah bersama tak!?"
"My god!" Kali ini Ummi pula menutup mulutnya. Matanya jua bulat memandang Raisha dan Echa silih berganti.
"Eh apa kau merepek ni Fiya. Ish tak mungkinlah. Aku tak kan buat perkara terkutuk tu." bangkang Raisha. Tak mungkin dia dah terlanjur dengan Farhan. Tak mungkin dia tak sedar apa yang dah jadi dengan dirinya. Tak mungkin!
"Okay look. Dia tanya kau pasal ingat sesuatukan? Lepas tu dia cakap pula kau dengan dia satu. Apa maksud satu yang boleh dikaitkan pasal ingatan kau tu? Mestilah benda tu!" jelas Fiya.
"Ha?" serentak Ummi dan Raisha berkata. Tak faham dengan apa yang Fiya katakan.
"Hadoii.. Maksudnya kau dengan dia mungkin pernah buat benda tu tapi kau tak ingat Echa. Sebab tu dia tanya kau tentang ingat sesuatu tu." jelas Fiya lagi sekali.
"Ha betul. Aku setuju dengan Fiya. Sebab tak mungkin dia buat benda ni buta-buta je. Mesti bersebab. Kau kena bagitahu bapa kau Echa. Si Farhan tu bukan lelaki yang baik. Ish! Geram pula aku cerita pasal dia. Kalau dia ada depan mata aku, aku sula dia sekarang ni. Sesuka hati rosakkan anak dara orang!"
Raisha hanya membisu. Otaknya ligat memproses segala perkara yang rakannya katakan. Tapi cuma satu soalan yang kerap berulang dalam benaknya. 'Aku... Dah takde dara?'
Share this novel