Bab 5

Romance Completed 17774

BAB 5 :
Menantu Abah

"Hai.." tegur Farhan sambil mengambil tempat duduk di sebelah Raizah yang sedang menonton televisyen.

"Ah hai." balas Raizah malu-malu. Dia menjarakkan dirinya dengan Farhan.

"Tengok tv ke?" soal Farhan. Soalan klise yang selalu ditanya padahal dah boleh nampak kot orang tu tengah tengok televisyen.

"Err a'ah." jawab Raizah kekok.

Seketika keadaan menjadi sunyi. Bola mata masing-masing memandang ke kaca televisyen walaupun dalam hati meronta-ronta ingin berbual sesama sendiri.

"Awak.."

"Awak.."

Kebetulan terserentak pula mereka bersuara. Farhan memandang Raizah yang turut membalas pandangannya. Mata mereka saling bertaut. Rasa berdebar semakin memuncak. Farhan menelan air liurnya. Wajah mulus Raizah dan bibir mungil wanita itu menaikkan sensasi dalam diri Farhan. Rasa mahu diterkam sahaja Raizah sekarang ni namun ditahan kang tak pasal-pasal kena halau pula. Habislah rancangannya nanti. Dia akan dibahan sehingga tujuh keturunan jika rancangannya ini tak berjaya.

"Awak...? Awak...?" Raizah melambai-lambai tangannya di hadapan muka Farhan.

Tersentak Farhan dari lamunan kotornya sebentar tadi. "Ah ye awak. Awak nak cakap apa tadi?"

"Hahaha apalah awak ni. Awak mengelamun eh tadi? Saya dah cakap panjang lebar kot. Apalah yang dilamunkan tu sampai orang cakap pun tak dengar."

"Ehehe " Farhan memegang kepalanya. Tersengih-sengih dia bila ditegur Raizah. "Sory." ucapnya perlahan.

"It's okay. Saya tak kisah. Lagi pun benda biasa-biasa je saya cakap. Bukan penting pun. So chillex okay."

"Cakap macam merajuk je."

"Hahaha tak lah. Mana ada merajuk. Saya okay. Tengok saya senyum ni. See." Raizah tersenyum lebar dihadapan Farhan.

Makin tak keruan lelaki itu dibuatnya. 'Dah lah comel. Nak senyum-senyum pula lagi. Kang ada yang kena makan ni kang.' getus hatinya. "Haha yela-yela. Apa-apa pun sory okay?"

"Okay." balas Raizah sambil mengangkat tiga jari tanda okay.

"Haha awak ni comellah."

"Ha? Eh mana ada.. Saya biasa-biasa je awak." Raizah tertunduk malu menerima pujian dari Farhan.

"Woi!"

Satu tamparan kuat hinggap di bahu Farhan sehingga lelaki itu serta merta menoleh untuk melihat siapa pelakunya.

"Kau mengatal eh dengan kakak aku!" tinggi suara Raisha memarahi Farhan.

"Kau ni apahal? Kakak kau rilek je kot. Yang kau nak mengila ni kenapa? Cemburu?"

"Oh my god." mata Raisha pandang ke atas sambil tangannya didada. "Aku cemburu? Hahaha ini lawak yang paling the best sekali aku pernah dengar. Pandai kau buat lawak eh. Pernah masuk audition raja lawak ke?"kata Raisha sinis.

"Well. Tu memang bakat tersembunyi aku. Malas je aku nak tunjuk. Kang kau terpikat pula dengan lawak-lawak aku." balas Farhan pula.

Raizah tergelak kecil mendengar kenyataan Farhan. 'Pandai dia ni buat lawak.' gumamnya.

"Eeeee poyo! Eh kau ingat kau tu hensem sangat ke sampai aku nak terpikat dengan kau pula ha? Eee tolonglah. Muka macam tong sampah dekat rumah aku."

"Echa! Apa kata macam tu!? Tak eloklah. Ish kau ni."

"Apanya kak? Memang betulkan apa yang Echa cakap." Raisha memeluk tubuhnya.

"Tak kisahlah kau tak suka dia ke apa ke yang penting jangan nak hina orang macam tu. Abah ada ajar kau hina orang ke ha? Jangan jadi kurang ajar. Farhan ni tetamu kita." Raizah bersuara tegas.

"Takpelah awak. Tak payah marah-marah. Saya sedar siapa saya. Saya naik bilik dulu. Assalamualaikum." Farhan bingkas bangkit dan menuju ke biliknya di tingkat tiga.

"Ha! Kau tengok tu! Kan dia dah terasa. Echa... Kau ni kalau ye pun tak suka janganlah melampau sangat bahasa tu. Cuba jaga sikit hati orang. Eee malaslah akak nak layan kau!" Raizah pula bangkit dan meninggalkan Raisha keseorangan di ruang tamu.

Raisha hanya memerhati. "Melampau ke aku tadi?"

***

Raisha mengiring ke kiri. Tak selesa. Dia mengiring ke kanan pula. Masih tak selesa. Akhirnya dia meluruskan batang tubuhnya menghadap bumbung. Serba tak kena dia malam ni. Sejak dari makan malam hinggalah sekarang. Semua yang dibuat tak kena. Ada je salah. Sehinggakan dia dimarahi oleh abahnya tadi kerana mengelamun semasa makan.

"Eeee apa kena dengan aku ni?" Raisha mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia termenung memandang bumbung. Kosong. Tiada apa yang bermain di benaknya. "Apa masalah aku ni eh?" soalnya sendiri. Puas difikirkan apa salahnya akhirnya otaknya mula berfungsi. Dia teringat sesuatu.

Raisha bingkas bangun dari pembaringan. Dia turun daripada katil dan menyarung tudung yang disangkut di birai katil. Tangannya diletak ke tombol pintu dipulas dan dibuka pintu biliknya. "Betul ke apa aku nak buat ni?" soalnya lagi sekali. Ragu-ragu mahu meneruskan niat hatinya. Kakinya pula bagai dipasung didepan pintu. Tak bergerak. Hanya pintu sahaja dibuka.

'Echa.. Kalau kau tak pergi sampai bila kau nak rasa macam ni? Baik kau pergi. Hilang rasa terbeban kau tu.' hatinya memujuk.

'Tapi kalau kau pergi sekarang mesti kau dipandang remeh oleh dia. Tak boleh! Kau kena keraskan hati kau! Jangan lembut sangat!" akalnya pula menghasut.

"Ye! Betul tu Echa! Tak payah nak buat baik sangat dengan dia." Raisha menutup pintu biliknya kembali.

'Tapi Echa nanti kau yang diburu rasa bersalah. Baik kau pergi jumpa dia. Jangan tinggikan sangat ego kau tu. Tak salah pun kalau rendahkan. Pergi Echa. Jangan dibuat perangai macam ni. Rosak hati kau ni.' pujuk hati Raisha sekali lagi.

"Herm. Betul juga." Sekali lagi Raisha membuka pintu biliknya. "Pergi Echa. Pergi! Fuh!" helaan nafas kuat kedengaran. Raisha menutup pintu biliknya. Langkah kakinya dibawa ke bilik sebelah. Mujur saja ditingkat tiga hanya ada dua bilik dan juga ruang tamu kecil. Takdelah malu sangat nak jumpa.

Tuk! Tuk! Tuk!

Raisha mengetuk pintu bilik Farhan perlahan-lahan. Takut mengejutkan ibu bapa dan kakaknya pula yang berada di tingkat dua. Keadaan sunyi tanpa ada sebarang bunyi pergerakan. Raisha mengetuk lagi sekali. "Farhan.." panggilnya perlahan.

"Dah tidur ke dia ni?" Raisha mengerling jam di dinding. "Dah pukul 11:30 rupanya. Mungkin dah tidur kot. Emm esoklah jumpa." katanya seraya membawa kaki bergerak meninggalkan pintu bilik Farhan.

"Raisha.."

Raisha menoleh. Farhan sedang memandangnya dari pintu bilik. Keadaan lelaki itu kusut masai. Memang seperti baru bangun tidur.

Mata Farhan mengecil memandang Raisha sambil tangannya mengusap perutnya yang tak berlapik baju. "Kau ada ketuk bilik aku ke tadi?"

Raisha mengangguk perlahan. "Aa. Ada." jawabnya. Matanya tak lepas memandang ke arah badan Farhan. Tak berapa sasa tapi okaylah. Adalah sikit otot-otot yang tak menonjol di tubuh Farhan.

"Ada apa?"

"Aku.. Aku nak minta maaf."

"Apa?"

"Aku minta maaf."

"Ha? Apa kau cakap ni? Cakaplah kuat sikit. Tak dengarlah. Sejak bila pula kau jadi wanita melayu terakhir ni?" Farhan mengosok-gosok matanya. "Sinilah. Cakap dekat sikit. Aku tak dengarlah." arah Farhan. Tangannya dilambai memberi isyarat agar Raisha mendekatinya.

Mulanya Raisha teragak-agak namun digagahkan jua kakinya untuk mendekati Farhan. Kini dia dan Farhan hanya dipisahkan oleh pintu bilik Farhan.

"Haa.. Apa kau nak cakap?"

"Aku rasa.. Elok aku cakap esoklah. Kau pun nak tidurkan. Ganggu pula." balas Rashia. Dia tak berani bertentang mata dengan Farhan.

"Ala.. Cakap jela. Aku pun dah terjaga ni kan. Cakap cepat."

"Tapi.. Aa.. Aku rasa menganggu." Raisha menguis-guis lantai dengan jari kakinya. Tiba-tiba dia rasa tangannya ditarik oleh Farhan. Dalam sekelip mata dia kini berada dalam pelukkan lelaki itu.

"Kau nak cakap apa sebenarnya? Ke kau nak benda ni?" Farhan pandang ke bawah kemudian ke arah Raisha semula sambil menjilat bibirnya.

"Aa.. Apa kau cakap ni? Lepaskan akulah!" Raisha menolak badan Farhan. Dia segera membuka pintu bilik tapi pantas tangan Farhan menutup kembali.

Farhan menyandarkan badannya ke pintu. Sekaligus menutup jalan keluar untuk Raisha. Tangan Farhan mengunci pintu biliknya. Dia tersenyum nakal.

Raisha sudah berdebar. Apa kena dengan mamat ni? "Ka.. Kau nak apa ha?" soalnya sambil berudur ke belakang. Takut mahu dekat-dekat dengan lelaki itu.

"Bukan aku. Kau tu ha. Kau datang bilik aku malam-malam nak apa?" Farhan bergerak mendekati Raisha.

"Aku cuma nak cakap maaf. Aku nak keluar." Raisha memberanikan diri. Kenapa perlu takut ini rumahnya sendiri dan Farhan tu cuma tetamu.
Raisha mengelak daripada terus didekati Farhan. Dia masih ada peluang untuk lepaskan diri. Dia berlari ke arah pintu tapi sekali lagi Farhan berjaya menarik tangannya. Dan sekali lagi dia di dalam dakapan lelaki itu. Bezanya sekarang lelaki itu memeluknya daripada belakang.

"Kau sebenarnya nak apa...? Cuba cakap dengan aku betul-betul. Aku tak kisah and aku boleh bagi apa yang kau nak sampai kau puas." Farhan merapatkan pipinya dengan pipi Raisha.

"Paan! Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! Lepas! Aku cuma nak minta maaf dengan kau pasal pagi tadi. Ingat Paan, ni rumah aku! Lepas!" Raisha meronta-ronta dalam pelukan Farhan. Sangat-sangat gementar bila dirinya diperlakukan sebegitu lebih-lebih lagi dengan orang yang bukan halal buatnya. Kenapalah dia tak ikut kata akalnya sebentar tadi kalau tak mesti tak jadi macam sekarang ni.

"Lepaskan? Bagi aku sebab kenapa aku mesti lepaskan kau? Kau dah kejutkan aku. Kau kena layan aku baru aku lepaskan kau."

'Layan? Ya Allah. Selamatkan aku dari bencana ini Ya Allah.' hatinya berdoa. "Paan.. Lepaskan aku.. Apa kau buat ni. Ingat Allah Paan. Lepaskan aku." rayu Raisha. Air mata jernih sudah mahu mengalir. Raisha tak mahu permata indah yang dia jaga selama ini tergadai angkara nafsu Farhan. Dia tak mahu! Tak rela! Dia mahu menghadiahkan mahkota wanitanya itu kepada orang yang sudah menjadi halal untuknya. "Lepaskan aku Farhan..." rayu Raisha lagi.

Farhan memusingkan badan Raisha menghadapnya. Gadis itu masih meronta-ronta ingin melepaskan diri.

"Tolong Paan... Jangan buat aku macam ni. Lepaskan aku. Aku merayu. Tolong jangan..."

"Emm bagusnya kau datang malam ni kan Echa. Kau macam tahu je apa yang hati aku ni nak." Farhan melepaskan pelukkan. Ditolak Raisha ke atas katil miliknya.

"Tolong Farhan. Jangan buat aku macam ni. Tolong. Ingat Allah. Abah ada dekat dalam rumah ni." Raisha berundur ke belakang. Habis kusut jadar katil tersebut akibat pergerakan Raisha.

"Kenapa kalau abah ada? Kau nak jerit? Hahaha Echa, Echa.. Kalau kau nak jerit dari tadi lagi kau dah jerit. Ini tak kau cakap lembut-lembut je dengan aku. Sudahlah. Tak payah hipokrit. Aku tahu kau pun suka benda ni." Farhan panjat ke atas katil. Dia mendekati Raisha yang sedang memeluk kakinya dihujung kepala katil. Air mata jangan cakaplah. Sudah mengalir deras diikuti dengan hingus yang setia meleleh dengan air mata.

"Farhan... Jangan buat aku macam ni. Please... Aku tak nak semua ni. Farhan tolonglah." Raisha memandang ke dalam mata Farhan. Mahu lelaki itu simpati dengannya.

"Shhh! Shhh! Echa.. Janganlah nangis. Rilek.. Rilek.." Farhan memegang bahu Raisha.

Terkejut Raisha menerima sentuhan itu. Bagai terkena renjatan elektrik. Dia menepis tangan Farhan. "Tolong jangan buat aku macam ni. Aku tak jerit sebab aku tak nak abah bangun. Aku simpati dengan kau. Aku tak nak kau kena halau. Kesianlah dekat aku Farhan..." Raisha berkata dengan tangisan yang tersedu sedan.

"Dah.. Dah.. Jangan cakap lagi. Kau enjoy je benda ni." Farhan berkata. Langsung dia tak ambil endah kata-kata Raisha sebentar tadi. Tangannya mula mainkan peranan. Diusap pipi Raisha. Usapan itu dibawa turun ke bahu dan ke seluruh badan Raisha. Semua diusap dan dibelai dengan lembut. Farhan lihat gadis itu sudah tertutup matanya. Mungkin takut atau mungkin tak sanggup nak lihat diri sendiri dipegang orang lain atau Raisha sedang menikmati sensasi dalam setiap belaian Farhan.

"Tolong aku Farhan..." mohon Raisha untuk sekian kalinya sebelum segala-galanya menjadi gelap dan perkara terakhir yang dia dengar adalah suara Farhan memanggil namanya lembut. "Raisha..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience