BAB 16 :
Menantu Abah
Farhan merenung sebuah rumah sewa di hadapannya lama. Hatinya berat untuk masuk. Tapi dia rindu. Sudah agak lama dia tak balik. Setelah lama berdiri akhirnya dia ambil keputusan untuk masuk. Ditolak pagar rumah. Bingit bunyi yang dihasilkan kerana pagar itu sudah berkarat.
"Paan?"
Farhan menoleh. "Mak." sahutnya sambil mendekati wanita tua itu.
"Ya Allah Farhan. Kata tak balik. Ni tiba-tiba muncul pula." ujar ibunya. Mak Limah.
"Paan pun ingat macam tu tapi kerja Paan habis awal. Paan baliklah jumpa mak dengan adik-adik." Farhan memeluk bahu ibunya.
"Tapi lain kali bagitahulah. Boleh mak masak sedap-sedap buat Paan. Ni dekat rumah takde apa yang nak masak bagi Paan makan."
"Mak tak yahlah susah-susah. Paan makan semua yang ada dalam rumah ni. Paan tak kisah. Mak jangan risau eh."
Mak Limah cuma mengangguk lemah. Terkilan hatinya tak dapat masak makanan kegemaran anak kesayangannya itu.
"Adik-adik mana mak?" soal Farhan.
"Semua ada dalam bilik. Baca buku. Marilah masuk Paan. Sejuk dekat luar ni malam-malam." Mak Limah menarik tangan Farhan masuk ke dalam rumah. Rumah teres dua tingkat itu menempatkan ibu dan juga adik-adiknya. Dulu dirumah inilah dia dibesarkan. Dia tak boleh lupa jasa Mak Limah yang telah bertungkus lumus membesarkannya walaupun orang tua itu sering kesempitan wang. Bila dia dah besar ni dia tekad untuk bantu Mak Limah. Biarlah ibu dan adik-adiknya merasa hidup yang selesa. Biarlah dia yang berkorban.
Mak Limah telah hilang ke dapur. Farhan perhati keadaan dalam rumah tersebut. Tak banyak yang berubah. Semuanya sama seperti dulu.
"Abang Paan! Bila sampai!?"
Satu pelukkan diterima oleh Farhan. Dia terdorong ke belakang sedikit sebelum membalas membalas pelukkan. "Tiqa ni buat abang terkejut je."
Pelukkan dilepaskan. "Hehe sory. Tiqa excited sangat jumpa abang."
Farhan tersenyum melihat gelagat Atiqah. Adik pertama selepas dia. Umurnya 17 tahun. Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. "Abang baru je sampai ni ha. Berlengas tiba-tiba kena peluk pula. Padan muka Tiqa. Hahaha."
"Eeee!" Atiqah mengosok-gosok badannya. "Orang dah mandilah! Abang ni! Tengok nak kena mandi lagi!"
"Hahaha siapa suruh terus peluk. Meh sini duduk sebelah abang." Farhan menepuk tempat duduk kosong disebelahnya.
Atiqah hanya menurut.
"Macam mana mak dengan adik-adik semua masa abang takde?" soalnya kepada Atiqah.
"Semua okay je bang. Kat sekolah pun semua okay. Cuma tu lah. Mak risau tahun depan tak cukup duit nak beli barang sekolah adik-adik."
Farhan diam. Dia juga risau memikirkan perbelanjaan yang makin meningkat. Kos sara hidup yang tinggi. Tapi nak mengeluh pun tak guna. Dia terpaksa berkerja dengan lebih keras lagi.
"Bang." peha Farhan ditepuk kuat oleh Atiqah. "Tiqa ingat kalau Tiqa dapat masuk U Tiqa tak nak pergi. Tiqa nak tolong mak. Tiqa nak kerja." ujarnya. Cermin mata yang melorot ditolak supaya kembali ke tempat asal.
"Ish apa pula macam tu. Abang tak nak Tiqa buat macam tu. Kalau dapat pergi je. Belajar betul-betul. Pasal duit semua biar abang yang uruskan." kata Farhan garang. Cukup tak berkenan dia bila Atiqah menyuarakan isi hatinya itu. Kalau adiknya itu dapat keputusan yang cemerlang dalam spm , dia patut amik peluang tu untuk ubah kehidupan yang sekarang ni.
"Tapi bang.."
"Dah Tiqa. Abang tak nak dengar. Abang tahu Tiqa pergi belajar. Tak kiralah dekat mana-mana pun. Kita usaha, mohon selalu InShaaAllah akan dapat."
Atiqah tertunduk diam.
"Abang tak nak Tiqa sia-siakan masa depan Tiqa. Pergi belajar ye. Kalau betul Tiqa nak bantu mak, Tiqa pergi belajar dan lepas tu dapatkan kerja yang bagus." Farhan mengusap kepala adik perempuannya itu.
"Tapi Tiqa tak nak susahkan abang cari duit untuk bayar Tiqa belajar." Atiqah berkata sayu. Sungguh dia tak suka menyusahkan abang dan ibunya. Kalau boleh dia mahu bantu bukan menyusahkan. Hati perempuannya sebak bila melihat abang dan ibunya berkerja keras semata-mata ingin meneruskan kelangsungan hidup.
"Pasal tu Tiqa tak payah risaulah. Abangkan ada. Abang akan pastikan semuanya cukup untuk Tiqa. Dah sekarang pergi tidur. Dah lewat ni."
Atiqah mengangguk. "Selamat malam abang." dia memeluk Farhan sebelum bergerak naik ke biliknya.
"Mari makan Paan." kedengaran suara Mak Limah menjerit dari bahagian dapur.
Farhan hampir terlupa yang ibunya masih belum tidur. Syok sangat berborak. Dia bangun dan pergi ke dapur.
***
Farhan merebahkan badannya pada tilam yang berada di atas lantai. Dia tidur diruang tamu. Memang jadi kebiasaan. Kalau dulu ye dia tidur dalam bilik tapi sekarang dia lebih selesa tidur di luar. Biarlah adik-adiknya tidur di dalam bilik.
Tangan kanan diletak ke dahi. Matanya merenung ke atas. Gelap sahaja yang kelihatan kerana lampu sudah dia matikan. 'Hidup ni memang susahkan?' Hatinya mula berkata-kata.
'Susah kenapa?'
'Susah sebab bila kita kesempitan hidup kita terpaksa memilih untuk buat sesuatu yang kita tak suka. Macam seorang pelancur yang melancur demi menyara keluarga kerana bekerja biasa tidak dapat cukup untuk menanggung banyak mulut. Semuanya semata-mata untuk mencari sesuap nasi.'
'Tapi itu bukan alasan untuk buat perkara yang tak elok. Kalau berusaha pasti membuahkan hasil.'
'Dah cuba tapi tetap tak mampu. Mana boleh salahkan diri sendiri bila keadaan yang memaksa.'
Satu helaan berat dibuat. Matanya dipejam. 'Tidurlah. Biarlah segala masalah dan beban yang kena tanggung tu hilang walaupun cuma seketika.' pujuk hatinya.
Bzzt! Bzzzt!
Farhan terjaga dek kerana getaran yang dirasakan dibawah bantalnya. Dikeluarkan telefon miliknya. Butang hidup ditekan. Kekunci dibuka kemudian aplikasi whatsapp ditekan. Mesej daripada Raisha.
"Woi! Kau kat mana? Dah masuk kamsis ke? Esok jumpa aku?"
Farhan cuma tersenyum membaca mesej daripada Raisha. Kalau macam ni lah gayanya, mungkin kerjanya akan siap lebih awal dan selepas tu dia akan cari kerja lain. Kerja yang halal dan menjamin masa depannya. Itu pun kalau dia masih hidup.
Telefon dimatikan. Mesej Raisha tak dibalas. Dia letak kembali telefonnya dibawah bantal dan menyambung tidur kembali.
***
Raisha mengetap bibir. "Bluetick tapi tak balas." ngomelnya. Telefon dicampak ke tepi. Pintu biliknya terbuka luas walaupun sudah pukul 12. Lagi satu tabiat buruknya. Entah kenapa dia suka buka pintu bilik seluasnya sebelum dia tidur. Tapi itu ketika dia seorang di bilik, jika ada teman-temannya dia tak akan buka.
Raisha keluar dari bilik. Berdiri di kaki lima sambil perhati sekeliling. Ada dua tiga bilik yang lampunya masih menyala walaupun sudah pukuk 12. Yang selebihnya pula gelap. Sama ada memang tak ada penghuni atau penghuninya sudah tidur. Tak ramai yang berada di blok 4. Hanya dua tiga kerat sahaja. Mungkin mereka adalah fasi untuk menguruskan pelajar-pelajar yang baru masuk ke poli.
Kepala ditoleh ke belakang. Bola matanya terarah pada anak tangga yang betul-betul berada di sebelah biliknya. Direnung lama sehingga dia merasa seram sejuk. Seolah-olah ternampak sesuatu yang menakutkan walaupun bayangan itu cuma bermain di mindanya. Pantas kakinya bergerak masuk ke dalam bilik. Dia mengunci pintu. Nafas ditarik sedalamnya untuk menenangkan diri. "Apalah kau ni. Gatal sangat nak balik time Raja tak balik lagi. Kan dah takut. Padan muka kau Echa." Raisha mengutuk dirinya sendiri.
Kalau semasa di rumah dia buat keputusan untuk mengikut Farhan tapi sekarang rasa kesalnya muncul. Betul kata Farhan. Dia tak patut balik poli dan duduk di biliknya sorang-sorang. Tapi kuasa cinta melebihi segala-galanya. Rasa teruja untuk mendekati Farhan membutakan hatinya untuk buat keputusan yang betul.
Tuk! Tuk! Tuk!
Badan Raisha tersentak. Terkejut dengan ketukan pintu bilik yang diterima secara tiba-tiba. Kakinya terus bergerak menjauhi pintu tempat dia bersandar tadi.
Tuk! Tuk! Tuk!
Kedengaran lagi bunyi ketukan. Kali ini diiringi suara seseorang memanggilnya lembut tapi kedengaran menyeramkan.
Bulu roma Raisha meremang. Hormon adrenalinnya merembes dengan banyak akibat rasa ketakutan yang melampau. Dia mahu bertanya siapa di luar tapi tak terdaya. Teringat pesan maknya jangan ditegur apa-apa yang pelik dan sekarang dia rasa benda ni pelik. Siapa pula nak ketuk pintu bilik dia malam-malam? Sudah pukul 12 lebih. Semua penghuni sudah masuk ke bilik dan dia bukanlah seorang yang peramah sangat. Hanya kawan kelas dan teman sebilik sahaja yang dia kenal dan rapat. Yang lain hanya tahu muka sahaja.
Tanpa berlengah Raisha melompat ke atas katil. Bergegar katilnya menerima terjahan walaupun badan dia hanya kurus melidi. Selimut diangkat dan dia mula berselubung.
Tuk! Tuk! Tuk!
Raisha membatu dalam selimut. Mulutnya terkumat kamit beristifar. Itu sahaja yang dia dapat lafazkan sekarang ni. Bacaan ayat Kursi tunggang langgang akibat ketakutan. Berkali-kali dia menyebut nama Yang Maha Agung. Berdoa dalam hati supaya dia tak dikacau malam ni.
Ketukan ketiga itu yang terakhir. Keadaan kembali sunyi selepas beberapa ketika. Raisha membuka selimutnya. Matanya meliar pandang sekeliling. Kosong. Sunyi. Rasa meremang masih ada. Dalam hatinya kini mengutuk Farhan berbakul-bakul. Kalau tak sebab lelaki itu mesti dia tak alami pengalaman seram seperti sekarang. Sudahlah teman serumahnya lambat lagi nak balik. Ada lagi berbaki 5 hari sebelum cuti habis. "Kalau aku tahulah macam ni tak nak aku balik sorang-sorang."
Share this novel