Bab 27

Romance Completed 17774

BAB 27 :
Menantu Abah

Klik!

Raisha terbangun dari tidur. Bunyi pintu dibuka kedengaran menyebabkan lenanya terganggu. Dia pantas mendekati Ami. "Ami! Ami!"

Ami yang terasa badannya digoncang membuka matanya sedikit. Terlihat Raisha dengan wajah yang cemas memandang ke arah pintu. Dia segera bangun. Matanya turut dikalih ke arah pintu yang terbuka sedikit demi sedikit.

"Shhh!" Muncul wajah Farhan dibalik pintu. Ami dan Raisha hanya memerhati lelaki itu bergerak ke arah mereka. Sesekali kepalanya ditoleh ke belakang. Melihat ke arah pintu.

Farhan berhenti di hadapan Raisha dan juga Ami. Dia mencangkung. Mukanya serius. Gerak gerinya sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Takut konco-konco yang lain masuk pula ke dalam bilik walaupun dia tahu semuanya sedang lena membuta sekarang. Cuma ada dua tiga orang sahaja yang berjaga. "Okay. Korang dengar sini. Lepas kita keluar dari bilik korang pergi sebelah kanan. Dekat situ korang jalan je terus sampai ke pintu belakang. Aku ada letak kereta dekat situ." Farhan mengeluarkan kunci keretanya. Dia memandang Ami. "Kau tahu bawa kereta tak?" soalnya.

Ami mengangguk laju.

"Bagus. Kau amik kunci ni." kunci kereta bertukar tangan. "Korang masuk dalam kereta dan terus blah dari sini. Balik poli." arah Farhan.

Raisha yang mendengar dengan teliti rancangan Farhan memegang tangan lelaki itu. "Habis kau?" soalnya dengan riak penuh kerisauan. Tak mungkin orang-orang yang sekutu dengan Farhan akan melepaskan lelaki itu bila tahu dia dan Ami melarikan diri.

"Kau pergi je dengan Ami. Jangan risau pasal aku. Sekarang bangkit." Farhan sudah berdiri. Begitu juga dengan Ami. Dia dah tak sabar nak lepaskan diri daripada terus terkurung.

Berlainan pula dengan Raisha. Dia masih duduk bersila sambil merenung wajah Farhan tajam.

"Kenapa ni?" soal Ami. Pelik dengan perangai Raisha. Orang dah nak suruh lari, lari jela. Tak payah fikir apa lagi.

"Aku nak Paan ikut sekali."

Kepala Farhan tertoleh ke belakang memandang Raisha. "Kau jangan nak mengadalah Echa. Aku tahu jaga diri. Sekarang aku nak kau pergi dengan Ami. Cepat!" arah Farhan tegas.

Raisha masih membatu. Dia memeluk tubuh.

Farhan merengus. Mereka perlu cepat sebelum rakan-rakan yang lain sampai. Tapi Raisha pula buat hal. "Yela! Dah jom cepat!" Farhan mengalah. Semakin lama berbalah dekat situ semakin sikit masa yang mereka ada.

Raisha bingkas bangkit. Dia berdiri di belakang Ami. Ami pula di belakang Farhan. Ami pegang tangan Raisha erat. Tak mahu gadis itu ketinggalan.

Farhan memegang tombol pintu. "Ingat. Lepas keluar terus ke kanan." pesannya sekali lagi.

Ami dan Raisha mengangguk laju. Jantung mula mengepam darah secara tidak terkawal. Adrenalin masing-masing merembes dengan banyak. Butir-butir keringat mula hadir pada batang tubuh. Rasa berdebar yang boleh buat seseorang hilang kewarasan.

Klik.

Tombol pintu dipulas dan Farhan dengan berhati-hati membuka pintu bilik. Dia mahu meminimumkan bunyi yang ada. Kepala dijengul ke luar. Dia toleh ke kiri kemudian ke kanan. Sunyi. Kosong sahaja jalan di hadapan bilik yang mengunci Ami dan Raisha. Kakinya melangkah keluar tapi tangan menahan yang lain dari bergerak. Dia perlu pastikan betul-betul yang keadaan selamat.

Setelah yakin tiada sebarang perkara yang mencurigakan. Tangannya mula menyuruh Ami menarik Raisha pergi. "Cepat-cepat!" katanya tanpa mengeluarkan suara. Hanya bibir sahaja bergerak.

Ami tanpa berlenggah terus menarik Raisha pergi namun pergerakannya ditahan oleh Raisha. Dia menoleh ke arah gadis itu.

Raisha melepaskan pegangan tangan Ami. Dia mendekati Farhan dan menarik tangan lelaki itu. "Cepat." arahnya. Dia seperti dapat rasa yang Farhan tak kan lari bersama jadi dia tarik tangan lelaki itu. Setelah sampai ke tempat Ami, tangan lelaki itu turut ditarik. "Okay. Cepat."

Ami pandang ke arah Farhan yang sedang ditarik Raisha. Farhan turut sama memandang Ami. Sebenarnya tak faham dengan perangai Raisha. Kenapa masih fikir pasal orang lain padahal diri sendiri sedang dalam bahaya?

Mereka sampai ke kereta Farhan. "Cepat Ami." Raisha tak menyabar. Kepalanya terteleng ke kiri, kanan, depan, belakang. Semua dilihat. Farhan juga begitu. Matanya tak lepas memandang sekeliling.

"Okay dah!" pintu kereta dibuka serentak. Mereka bertiga pantas masuk ke dalam kereta. Ami hidupkan enjin kereta, tanpa menunggu enjin panas terus gear dimasukkan dan bergerak pergi meninggalkan tempat celaka tersebut. Nafasnya turun naik. Masih berdebar.
Raisha berpaling ke belakang. Tiada siapa yang mengejar mereka. Dia rasa dah boleh menarik nafas lega tapi tak sepenuhnya lega selagi kakinya tak dijejak ke poli.

"Okay sekarang kita nak pergi mana?" soal Ami sambil memandang sekilas ke arah Farhan.

***

Hujan menimpa cermin kereta dengan rakus. Sangat lebat sehingga mengurangkan jarak penglihatan Ami. Kereta dibawa dengan berhati-hati. Matanya memandang sekilas Raisha yang sedang terlentok tidur melalui cermin pandang belakang. Kemudian dikalih pula ke arah Farhan yang berada di sebelahnya.

Lelaki itu melentokkan kepala pada tingkap dan pandangan dibuang keluar. Timbul satu persoalan dalam hati Ami. Dia berdehem kecil sebelum berkata "Kenapa tiba-tiba kau lepaskan kitaorang?" Ami cuba memulakan perbualan tapi respon yang diterima hampa. Farhan masih seperti tadi. Lelaki itu bagai sedang mengembara jauh ke dunianya sendiri.

Ami menolak bahu Farhan sedikit menyebabkan Farhan tersentak dan serta merta membetulkan kedudukannya. Kornea mata memandang Ami yang sedang memandu. "Ada apa?" Soalnya.

"Kenapa kau lepaskan kitaorang?" Ami menyatakan soalannya sekali lagi. Kedengaran di telinganya satu helaan nafas yang berat.

"Aku cuma ikut gerak hati." jawab Farhan.

Jawapan itu tak memuaskan hati Ami. "Tak kan sebab ikut gerak hati? Macam tak munasabah."

Farhan berpaling ke belakang untuk melihat Raisha sebelum dia menjawab soalan Ami. "Aku buat semua sebab Echa. Aku buat sebab abah, Mak cik Rainah dan Iza." jawab Farhan setelah pasti Raisha tidak mendengar perbualan mereka berdua.

"Maksud kau?"

"Takde maksud. Aku cuma fikir benda tu dan lakukan apa yang aku buat sekarang."

Ami berdecit. "Aku tak fahamlah."

"Kau sendiri tahu aku buat semua ni untuk duit."

Ami mengangguk.

"Masa aku nampak dia dekat pekan dulu, aku dah jadikan dia target. Aku ikut dia. Rupanya student poli. Masa dekat pekan tu kau pun ada sekali Ami."

Ami hanya diam. Menanti cerita yang selanjutnya dari Farhan. Agak menarik untuk dia dengar.

"Memang lama aku ikut dia sampailah korang cuti sem. Masa tu entah macam mana timbul idea nak ikut dia balik rumah. Untuk sindiket kitaorang. Kitaorang perlukan gambar perempuan tu dalam keadaan separa bogel untuk ditunjukkan dekat pembeli."

"Kejap! Kau ambil gambar Echa separuh bogel!?" Ami bertanya dalam nada terkejut. Tak kanlah Raisha tak perasan masa gambarnya diambil?

Farhan mengangguk lemah. "Ye. Aku amik gambar dia dalam keadaan macam tu." jawab Farhan. Kepalanya tunduk.

"Heh." Ami ketawa kecil sambil mengelengkan kepalanya. "Aku memang tak sangka. Maknanya Echa tahulah kan kau buat benda ni?"

"Tak. Echa tak tahu. Aku amik gambar dia dalam keadaan tak sedar. Aku suntik dia dengan satu cecair yang menyebabkan seseorang lupa seketika perkara yang terjadi terhadap diri dia. Malam tu aku suntik banyak. Aku pun tak sedar sebab keadaan yang samar-samar. Kesannya sampai sekarang Echa tak tahu apa yang jadi malam tu."

"Apa yang jadi malam tu?" soal Ami. Hatinya tiba-tiba dijentik rasa cemburu dan ingin tahu.

Farhan tersenyum dan berkata"Aku guna alasan untuk tangkap gambar supaya aku boleh ikut dia balik rumah."

Ami merengus. Lain yang ditanya lain pula yang dijawab.

"Masa sampai rumah dia. Abah maksud aku Pak cik Oshman layan aku baik. Mak cik Rainah jaga makan pakai aku. Raizah buat aku rasa ada seorang kakak yang ambil berat pasal aku." Farhan terus bercerita tanpa ada sedikit pun niat nak menjawab soalan Ami tadi.

"Dah nak dekat habis cuti, abah terpaksa suruh aku keluar sebab jiran-jiran. Masa tu aku agak keberatan sebab aku masih tak dapat tangkap gambar separuh bogel Raizah. Kakak dia."

"What the? Adik dia kau amik, kakak dia pun kau nak?" Ami seperti tidak percaya. Sampai begitu sekali rancangan Farhan.

Farhan cuma tersenyum sumbing. "Aku tahu aku tamak."

"Memang." balas Ami. Sakit hatinya mendengar cerita Farhan.

"Herm tapi aku keluar juga dari rumah Echa dan Echa sendiri buat keputusan nak ikut aku tanpa aku paksa. Aku tak kisah sebab benda tu memudahkan lagi kerja aku." sambung Farhan. "Masa Echa dengan kau dikurung Echa ada merayu dengan aku. Ingat abah dan dia cakap aku dengan dia satu keluarga. Masa tu jujur aku cakap aku dah berbelah bahagi."

"Habis kenapa tak lepaskan kitaorang masa tu?"

Farhan cuma mengangkat bahu. "Aku tak ada jawapan untuk tu. Tapi esoknya kawan aku jumpa dan dia bagitahu aku supaya keraskan hati. Aku ikut cakap dia."

"Lepas tu?"

"Tapi malam ni aku dapat tahu sesuatu. Sesuatu yang mengubah hati aku. Yang menyebabkan aku amik risiko selamatkan korang."

"Sebab apa?"

"Kau akan tahu." tenang Farhan berkata seraya matanya ditutup. Bererti dia tak mahu meneruskan perbualan lagi.

Ami mengetap bibir. Geram. Kalau tadi cuma ada satu soalan yang muncul kini bertambah menjadi dua. Apa yang Farhan dah buat pada malam tu dan apa sesuatu yang menyebabkan Farhan berubah fikiran? Soalan itu menyesakkan jiwanya. Soalan-soalan itu perlukan jawapan tapi orang yang mempunyai jawapan tak ingin berbicara. Hatinya makin tak tentu arah bila minda mula memikirkan pelbagai spekulasi. 'Kau memang sesuatu Farhan.' getus hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience