BAB 7 :
Menantu Abah
Raisha merapatkan telinganya di balik pintu bilik. Terdengar suara dua orang makhluk Allah yang leka berborak. Seronok benar kakaknya dapat keluar berdua dengan Farhan. Dia mengentap bibir. Sakit hati!
"Okaylah Paan, saya masuk bilik dulu. Thanks untuk hari ni."
Kedengaran suara Raizah mengundur diri dan selepas itu terdengar bunyi pintu bilik ditutup.
"Amboii.. Siap berthanks-thanks pula!" Raisha mengenggam penumbuk. Panas hatinya bila lihat kakaknya sudah jatuh ke permainan lelaki durjana itu.
Tukk! Tukk! Tukk!
"Raisha.."
Terkejut Raisha dengan ketukan yang diterima secara tiba-tiba. Baru sahaja dia menyemai rasa bencinya terhadap perangai Farhan tiba-tiba muncul pula lelaki itu. Macam tahu-tahu je dia tengah mengutuk.
"Ha nak apa?" soal Raisha dari dalam bilik.
"Buka pintu ni."
"Nak buat apa? Cakap macam ni bolehkan?"
"Bukalah. Aku nak bagi sesuatu."
Bagi sesuatu? Hatinya sudah terusik. Apakah? Pantas tangannya memulas tombol pintu. "Nak bagi apa?" soalnya setelah pintu dibuka separuh. Kelihatan Farhan sedang memandangnya dengan pandangan yang.. Sukar ditafsirkan. Ia seperti satu pandangan yang sangat mengoda dirasakan.
"Kau dah sihat?" soal Farhan lembut.
"Emm.." jawab Raisha acuh tak acuh. Dia memeluk tubuh. Badannya disadar pada palang pintu.
Farhan meletakkan belakang tapak tangannya di dahi Raisha namun pantas ditepis oleh gadis itu.
"Kau jangan nak mengadalah!" marah Raisha. Geram pula tiba-tiba je Farhan bertindak begitu.
"Kenapa? Sebab siang lagi? Ohh kena tunggu malam eh? Okay-okay."
"Kepala hotak kau! Eee bodoh!" ringan tangan Raisha memukul kepala Farhan.
"Adui! Sakitlah!" Farhan mengosok-gosok kepalanya. Dahinya berkerut menahan sakit. "Kau ni kasar sangat tahu tak. Kalau macam ni siapa yang nak buat kau jadi isteri? Cuba jadi macam kakak kau. Lembut je. Haih. Suara dia. Senyuman dia. Haa..."
Raisha mencebik. 'Peduli pula aku.' bisik hatinya. "Kau nak bagi apa? Cepat ah. Aku sakit kepala ni."
"Aik? Tadi kata dah baik. Kau ni dah baik ke belum sebenarnya? Kalau sakit kepala lagi meh sini aku tolong urutkan."
"Ish! Cepatlah! Aku tutup pintu kang!" ugut Raisha.
"Okay-okay. Nah amik ni." Satu kotak kecil dihulur kepada Raisha.
Raisha mengambil pantas. Memang dia jenis gelojoh dalam segala benda. Dibuka kotak kecil tersebut. Terdapat satu gelang handmade jenis tali suede berwarna coklat gelap. Cantik. Tambahan pula warna coklat memang warna kegemarannya. "Kenapa bagi gelang ni?" soalnya.
Farhan mengangkat tangan kanannya. "Tengok. Samakan?" jari telunjuknya dituju ke arah gelang tangan yang sama jenis dengan Raisha. Juga berwarna coklat gelap.
"Kau pun beli satu?"
Farhan mengangguk. "Ni sebagai tanda. Kau dengan aku." Farhan menguntum senyuman.
"Aku dengan kau? Apa benda?" soal Raisha. Binggung. Dah la gelang sama lepas tu sebagai tanda pula. Apa kejadahnya semua ni? Kepalanya mula berserabut. Dia perlukan penjelasan.
"Kau tak ingat apa-apa Echa?"
Raisha mengelengkan kepala. "Ingat apa kau ni?"
Farhan tidak menjawab segera soalan Raisha. Dia cuma tersenyum sinis memandang gadis yang sedang kebingungan itu.
"Woi! Jawablah. Ingat apa kau ni? Ada benda aku lupa ke?"
"Echa.." Farhan memanggil lembut. Gelang yang berada di dalam kotak dicapai kemudian diraih tangan Raisha.
"Ka.. Kau nak buat apa ni?" seperti dejavu dia bagai pernah melalui keadaan seperti ini. Rasa takut juga seperti sudah pernah dilalui.
Farhan memakaikan gelang tersebut pada tangan kanan Raisha. "Mulai hari ini , kau dengan aku adalah satu." Farhan berkata seraya berlalu pergi ke biliknya yang berada di sebelah dan meninggalkan Raisha yang sedang kebinggungan.
"What the? Satu apa benda pula ni? Ya Allah apa benda yang dia ni cakap?" Raisha termangu. Makin tak faham dia dengan setiap jawapan daripada Farhan. Bukan makin jelas tapi makin serabut.
Raisha masuk kembali ke dalam bilik. Dia menutup pintu biliknya. Badannya disandar pada pintu. "Okay Echa. Chill." nafas ditarik sedalamnya kemudian dilepaskan. Cuba mengembalikan perasaan tenangnya.
Tangannya mula membelek gelang yang sudah dipakaikan oleh Farhan. "Kenapa dia beli gelang sama dengan aku? Apa maksud dia yang aku dengan dia adalah satu? Dan lagi satu kenapa dia tanya aku pasal ingat sesuatu? Aku ada lupa sesuatu ke?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Raisha. Semua soalan itu perlukan jawapan. Jawapannya pasti. Bukan berkias-kias.
***
Farhan menutup pintu biliknya. Dia bergerak ke katil dan dadannya segera direbahkan ke atas katil. Matanya terkebil-kebil memandang bumbung rumah. Bayangan Raisha mula menari-nari di ingatannya. Dia meraba gelang yang berada di tangan kanannya. "Echa... Echa.. Senang betul kau jatuh dalam perangkap aku. Kakak kau tu pun sama. Tapi kakak kau tu kira bonus. Kalau aku dapat kira durian runtuh. Yang aku nak kau sekarang ni. Hehe." satu senyuman beribu makna mula terukir di mulut Farhan.
Dia mengeluarkan telefon pintarnya. Dibuka papan kekunci dan tangannya tekan ke folder gallery. Dibelek satu persatu gambar yang berada di dalam gallerynya. Lagi sekali senyuman penuh makna terukir di bibir Farhan. "Aku akan menang. Kau tunggulah Zul."
***
"Pergi kemana je kamu siang tadi Paan?"
"Takde mana pun Bah. Pergi jalan dekat yang emm apa eh nama tempat tu.. Jusco kot." balas Farhan. Langkah kakinya diperlahankan supaya dapat berjalan seiring dengan Pak Cik Oshman.
"Ohh Bukit Tinggi sana tu?"
"Haa yela kot. Paan pun tak tahu. Paan ikut Iza je. Hehe." Farhan tersengih.
"Kamu beli apa je?" soal Pak Cik Oshman lagi. Sesekali orang tua itu membetulkan songkoknya. Tangannya diseluk ke dalam poket baju melayu. Sejuk. Malam ini dinginnya terasa lebih daripada biasa. Patut bawa kereta untuk pergi ke surau tapi sayang pula dengan minyak yang dibazirkan. Sebab jarak antara surau dan rumahnya dekat sahaja.
"Tak beli apa pun bah. Iza yang lebih-lebih hahaha. Macam Paan yang bawa dia pi shopping, bukan dia yang bawa Paan."
"Haha Iza tu memang macam tu. Dia tu memang kaki shopping. Kalau dia dekat Nilai tu haa selalulah dia berjalan ke sana sini. Perabih duit."
"Hahaha perempuan bah. Biasalah tu. Tapi Iza buat apa dekat Nilai? Kerja?"
"Laa kamu ni. Tadi siang keluar dengan Iza tak interview ke?"
"Takde hehe. Lagipun malulah bah. Berdua je dengan dia. Kalau ada abah ke beranilah juga Paan nak tanya." Malu ye? Dia sendiri tergelak apabila terdengar jawapan spontan yang keluar dari mulutnya. Tapi gelak dalam hati jela. Imej suci murninya kena dijaga bila berhadapan dengan bapa mertuanya. Eh? Hehe
"Iza amik diploma dekat Nilai. Dia belum kerja lagi."
"Ohhh... Patutlah dia pun cuti sekarang ni."
Pak cik Oshman mengangguk. "Iza tu rajin belajar tapi tu lah keadaan tak memihak kat dia masa umur baya-baya kamu dengan Echa."
Farhan pula mengangguk mendengar kata-kata Pak cik Oshman.
"Kalau Echa tu memanglah rajin juga tapi degil. Suka ikut kepala sendiri." sambung Pak cik Oshman lagi.
"Haha betul tu bah. Anak bongsu ni memang lain macam sikit perangainya."
Tergelak kecil Pak cik Oshman. "Yela. Betul apa yang kamu cakap tu."
"Emm abah, abah takde kampung?" soal Farhan.
"Ada. Kenapa? Kamu nak balik kampung abah?"
"Ohh.. Paan ingat abah orang jati sini."
"Takdelah. Abah asal Felda Soeharto. Tanjung malim."
"Tanjung malim? Perak sana tu?"
"Iya Paan. Tapi abah tak sampai sana lagi. Kira sempadan Selangorlah tapi dalam alamat tulis Tanjung Malim."
"Ohh.. Apa ada dekat kampung abah?"
"Hahaha kamu ni tanya-tanya memang ada hati nak pergi ke?"
"Hehe takdelah abah. Paan tak pernah datang Selangor ni. Tu yang nak tahu. Selalu pergi Pahang lepas tu balik Terengganu. Tu jela. Kalau Paan ni tak belajar dekat Poli mungkin Paan duduk Terengganu je dan tak mungkin Paan dapat merasa kasih sayang abah." Paan memeluk Pak cik Oshman erat. Sebak pula hatinya.
Pak cik Oshman menepuk-nepuk bahu Farhan. "Kamu ni sentimental pula malam-malam."
"Hehe tetiba tersentuh pula hati Paan ni. Hehe."
"Hahaha Paan, Paan. Bersyukur selagi kamu diberi kehidupan yang lebih baik daripada orang lain. Dekat kampung abah tu takde apa Paan. Banyak ladang sawit. Kedai pun tak banyak. Sebab memang kawasan kampung betul. Tak macam dekat Telok Gadong ni. Semua kemudahan ada."
"Ohh ada sungai tak bah?"
"Sungai? Mana ada sungai dekat kampung abah. Kena pergi jauh sikit baru ada. Kenapa? Kamu teringin nak mandi sungai ke?"
"Eh tak la abah. Paan tanya je."
"Emm yela. Kalau dekat Klang ni nak cari sungai yang ada sungai Klang jela. Hahaha."
"Yeke bah? Wah! Mesti ramai orang datang sungai tu. Dekat mana bah? Paan nak pergi." pinta Farhan. Teruja bila dengar tentang sungai yang diceritakan Pak cik Oshman. Bukan teruja sebab nak mandi sungai tapi teruja sebab dia dapat menjalankan rancangannya.
"Hahaha Paan.. Paan.. Sungai Klang tu mana boleh mandi. Kang kena ngap dengan buaya."
"Pula? Kenapa?"
"Kamu tak tahu apa-apa pasal Sungai Klang?"
Farhan mengelengkan kepalanya.
"Hahaha takpelah. Nanti kamu tanyalah Echa ke Iza ke. Abah nak cerita pun tak tahu nak mula macam mana."
"Pula..." Farhan mengaru kepalanya yang tidak gatal. Rancangannya terpaksa dibatalkan. Perlu ditukar kepada rancangan baru. Haih. Hatinya mengeluh berat.
Share this novel