Mereka pun tiba di lokasi tanah samad. Riz terpegun melihat lokasi tanah itu yang sangat strategik untuk buat resort atau hotel. Otaknya cepat dapat idea bagaimana dia nak bangunkan tempat tu. Dia juga sudah terfikir akan buat satu tempat untuk memberi peluang penduduk tempatan berniaga untuk mencari rezeki.
"Abg Samad.. tanah ini memanjang ke kiri saya ke...???" tanya Riz yang kebetulan posisi dia berdiri menghadap laut dan di sebelah kanannya dalam jarak 30 meter ada gerai-gerai menjual cenderahati.
"Panggil saya uncle saja.. panggilan abang tu macam dah tak sesuai dengan usia saya..."
"Ok uncle..." jawab Riz.
"Sebenarnya.. Ini yang buat saya heran dengan pembahagian Lot ni.. lot org lain semua memanjang ke kiri... lot Arwah memanjang ke laut.. ni yang saya binggung macam mana nak buat... " jelas Samad.
"jadi.. lot ni memanjang ke arah depan saya ni lah.. sampai ke laut... " tanya Riz minta kepastian.
"ya.. sampai tuuu sana.. yang ada tiang dengan kain merah tu.. saya terpaksa menyelam untuk pacak tiang tu... ada orang kampung ni beritahu saya.. dulu tanah ni memanjang ke kiri.. tapi bila tiba masa pengukuran dan buat sempadan.. pakcik Arwah tu minta juru ukur tu mengukur lot ni ke laut.. sebab dia nak masukkan 2 lot lagi untuk anaknya.. waktu keluar kelulusan lot.. 2 lot untuk anaknya tak lulus.. tapi lot arwah dan orang tuanya lulus..." terang samad
Riz dan Umi saling berpandangan.
"Ada beberapa orang bagi tahu saya.. kalau nak bangunkan tanah ni.. kena ada duit 1 juta.. saya mana ada duit sebanyak tu.. sampai saya terfikir dah.. nak jual saja tanah ini.. tapi saya fikir balik.. tentu ada sebab mengapa arwah tukar lot ni ke nama saya.." tambah samad lagi.
"Pakcik arwah tu ada datang nak ambil tanah ni ke uncle...??" tanya Riz lagi.
"Dia ada datang.. tapi bukan nak ambil lot ni.. dia datang kutuk Arwah abangnya bodoh sebab ambil tanah menuju ke laut.. sedangkan tu semua angkara dia.." jelas Samad.
"Sebenarnya dia yang bodoh.. lombong emas depan mata pun dia tak nampak... ..Samad.. Saya berminat melabur untuk bangunkan tanah ini..." Umi mula bersuara.
"Umi saja ke... saya pun nak melabur juga untuk bangunkan tanah ni..." Dee pula bersuara.
"Walaupun umi rasa Dee dah kacau daun tapi umi terima pelaburan Dee tu.. Sebab ni untuk masa depan anak cucu Dee juga... dan itu satu tindakan yang bijak ..." jawab Umi.
"Amboi Umi.. sepertinya saya ada tercium keharuman bunga-bunga cinta di sini..." Usik Dee pada ibu mertua nya.
"pusing pala tu ke belakang.. jalan nengok punggung nanti...." jawab umi.
Samad yang sibuk bercerita dengan Riz, langsung tak mendengar dan tak perasan apa yang Dee dan Umi bual kan.
"Saya tak berapa faham pasal main labur-labur ni.. dan DD.. jangan kerana nak tolong abang.. DD habiskan duit simpanan DD.. abang bukan tak kenal DD.. sanggup berlapar demi tolong orang..." kata samad.
"Yaka abang samad.. ???" tanya Riz.
"iya Riz.. masa tu Ibubapa DD baru meninggal.. dan kerana DD tak mahu pak long dan mak su nya tahu yang zila dan Fika mencuri dan di hantar ke balai.. DD sanggup bayar harga barang yang telah di curi oleh mereka berdua. Seminggu DD takde duit belanja pergi sekolah... harap dah berubah la perangai jahat Zila dan Fika tu..." jelas Samad.
"kesian nya isteri hubby ni.. " lalu Riz merangkul pinggang Dee dan mencium dahi Dee.
"Sini.. umi pun nak peluk anak menantu limited edition umi ni.. kesian nya dia.. " lalu umi memeluk Dee.
Samad melihat bagaimana suami dan ibu mertua nya sangat menyayangi Dee, dia pun tumpang gembira dengan kebahagiaan Dee sekarang.
"Saya tumpang gembira dan bersyukur kerana DD dapat seorang suami yang sangat mencintai DD dan ibu mertua yang sangat menyayangi DD.. " luah Samad.
"Abang Samad bila lagi..?? cari lah isteri cepat-cepat.. kalau dah berkenan di hati.. kawin terus.. tak perlu nak tunggu lama.. nanti di kebas orang.." Dee tukar topik cerita.
"Dan.. lain cerita.. macam mana.. abang samad setuju ke kami laburkan modal untuk membangunkan tanah ini...??" sambung nya lagi.
"Cukup ke modal yang DD dan Nur nak labur tu untuk bangunkan tanah dan laut tu.." sambil menunjuk ke arah laut.
"Soal modal samad tak perlu risau lah.. " jawab Umi.
"Riz.. Suruh Ray buat agreement untuk ni.. bagi 2 agreement yang berlainan.. nanti umi akan pilih yang terbaik.. Umi nak malam ni Agreement dan peguam syarikat ada di Melaka. Suruh juga Ray bawa peralatan.. mana tahu dua-dua agreement tak berkenan di hati umi.." Arah Umi.
Samad belum tahu siapa sebenarnya Suami Dee dan ibu mertua nya. Dia hanya nampak dari penampilan saja dia dah tahu mereka orang kaya tapi sekaya mana dia tak tahu.
"Samad.. malam ni boleh tak kita jumpa bincangkan pasal beberapa perjanjian.. untuk bangunkan tanah ini.. " tanya Umi.
"Saya takde masalah.. di mana kita nak jumpa..??" tanya samad.
"Sebenarnya.. kami lepas makan tengahari tadi tu .. dah nak balik KL tapi terjumpa dengan samad.. jadi lepas ni kami cari hotel dulu.." jelas umi.
"Umi.. Swiss-Garden Hotel..." Riz memberi tahu pada uminya.
"Riz dah boking...??" tanya Umi.
"Dah.. Suite Executive.. " jawab Riz.
"Haa.. Samad.. nanti jam 7 malam ni datang ke Swiss-Garden hotel... Nanti kalau dah sampai call saja.. " lalu umi menulis no telefonnya di sekeping kertas dan memberikannya pada Samad.
Samad menerima huluran kertas itu sambil mengangguk. Dia masih tak percaya dengan apa yang dialami sekarang. Dia juga masih ragu-ragu dengan semua itu. Tapi dalam hatinya berkata ' mustahil DD pun nak tipu dia'. Dia juga terkejut mendengar mereka menginap di Swiss-Garden hotel. Salah satu hotel bertaraf 5 bintang dan termahal di Melaka.
****
Tepat jam 7 malam Samad sudah tiba di Swiss-Garden hotel. Dia pun mendail no telefon umi.
"Assalamualaikum Nur.. Saya dah di lobi hotel ni.."
"ok.. saya tunggu..."
Dalam masa 5 minit, datang seorang lelaki menghampiri nya.
"En. Samad...??" tanya lelaki itu.
"Ya.. saya..." jawab samad.
"Saya Ray... anak angkat Umi.. " Ray memperkenalkan diri.
"Umi tu.. Nur ke...??" tanya samad takut.
"iya.. En. samad boleh ikut saya..." pelawa Ray penuh sopan.
Samad ikut saja walaupun hatinya berasa curiga dan takut.
Masuk saja mereka di bilik suite executive itu Samad terpegun melihat bilik hotel yang sangat mewah dan besar. Umi sudah menunggu di ruang tamu dengan peguam syarikat mereka.
"Sila kan duduk samad.. kita tunggu sekejap.. Riz dan Dee belum sampai.. kita makan bersama dulu lepas tu baru kita bincang.." kembut suara umi berbicara dengan Samad.
Dee dan Riz pun muncul dari bilik sebelah.
"ahrrrrr.... panjang umur..." sergah Ray yang memang sengaja nak kejut kan Dee.
"eehh .. anu kau besar dan panjang..." latah Dee.
Terkejut Riz mendengar. Dia terus cepat-cepat menutup mulut Dee dengan telapak tangan nya lepas tu memeluk nya.
Ray, umi, samad dan En. Airiel peguam syarikat ketawa serentak. Lucu mendengar perkataan melatah yang keluar dari mulut Dee.
"Ray... !!" lalu Dee memukul perlahan belakang bahu Ray.
"Sorry puan timbalan CEO...." gurau Ray.
"Dah.. mari.. kita makan dulu... " lalu umi menjemput Samad duduk di meja makan.
Semasa makan Umi melayani samad dengan ramah dan mesra. Samad pula kelihatan malu-malu. Dee senyum melihat keramahan umi melayan Samad. Riz dan Ray sekali sekala mereka akan berpandangan.
Selama ini Riz tidak pernah menghalang jika umi nya berkahwin lagi. Dia tidak kira siapa pilihan umi nya yang penting lelaki tu baik dan jujur dan yang paling utama lelaki itu menyintai umi. dengan sepenuh hati nya tanpa ada niat lain.
Selesai makan malam, mereka pun berpindah duduk dekat sofa. Perbincangan mereka pun bermula. Umi menghulurkan surat perjanjian pada samad.
"Samad.. ni surat perjanjian .. Samad baca dulu.. kalau samad setuju.. samad boleh tandatangan. Kalau ada yang Samad nak ubah boleh beritahu jangan segan ya...." tutur umi penuh sopan seperti selalu.
Samad pun menyambut surat tu lalu membuka dan membacanya. Dia mengambil Masa yang agak lama untuk memahami semua isi kandungan surat perjanjian itu. Samad agak terkejut membaca isi kandungan surat perjanjian itu, Dalam surat perjanjian itu tiada tanda-tanda atau isi kandungan nya yang hendak menipu dia. Dan dia dah yakin yang Ibu mertua dan suami Riz orang yang jujur. Dan setelah hampir 30 minit mereka menunggu, akhirnya...
"Nur.. betul kah isi kandungan surat perjanjian ini...?? Samad bersuara
"Betul.. kenapa Mad.. ??" tanya Umi.
"surat perjanjian ni seperti berat sebelah.. saya tak keluarkan duit sepuluh sen pun tapi kenapa syer saya sama banyak dengan Nur... ?? DD pun ada labur modal.. kenapa syer dia kurang dari saya..?? Saya tak boleh terima ni.. lagipun tanah tu saya tak beli pun.. biar syer tu Nur dan DD sama banyak.. biar saya kurang sikit.. bagi saya.. asal tanah tu dapat di bangun kan saya dah bersyukur sangat.. " jelas Samad.
"Kami dah bincang dan saya pun bersetuju .. " Dee bagi penjelasan.
"Tapi saya tak setuju.. saya tak boleh terima.. Nur ubah tentang pembahagian syer tu saja.. yang lain tu saya setuju.. " pinta samad.
Mendengar penjelasan dari samad, Riz dah tahu samad seorang yang baik dan jujur dan tidak suka ambil kesempatan.
"Ray tolong ubah syer kami sama rata..." Arah Umi.
"Nur.. " terhenti samad sebab Umi dah angkat tangan nya untuk menghentikan dia.
"Samad nak tak tanah tu di bangun dan di usahakan.. ??" tanya umi.
"Nak.. tapi..."
"takde tapi-tapi... sekarang ni.. samad sign surat tu tanda setuju.." Ray menyerahkan surat perjanjian baru yang baru dia ubah . Samad mengambil surat tu.. tanpa membacanya semula, dia terus turunkan tandatangannya selepas itu surat perjanjian itu beralih tangan ke tempat Umi. Setelah menurunkan tandatangan, umi menyerahkan pada Dee untuk Dee turunkan tandatangan.
Setelah mereka bertiga siap turunkan tandatangan, Kini giliran peguam Syarikat untuk menandatangani surat perjanjian itu. Surat perjanjian itu ada 4 set semuanya. lalu En.Hairiel membahagikan surat perjanjian kepada mereka bertiga.
***
3 BULAN BERLALU...
Pagi ini Dee dan Riz bangun lewat sikit. Seperti biasa setiap Ahad mereka akan bangun lewat dari kebiasaan. Lagipun setiap kali malam minggu Riz tidak akan benarkan mereka berdua tidur awal. Malam minggu adalah malam honeymoon buat mereka berdua.
Jam 9 pagi Riz tersedar dahulu. Buka saja matanya dia terus melihat isteri kesayangannya sedang enak memeluknya. Dia mencium dahi isterinya dengan penuh rasa cinta. Kemudian dia berdoa dalam hati agar Allah memberkati dan memelihara ikatan perkahwinan mereka ini sehingga tutup usia.
"Sayang... " Riz mengejutkan Dee lalu mencium bibir Dee.
"hubby.... " rengeken Dee menaikkan nafsu Riz. Lalu Riz naik semula ke atas badan Dee dan Riz mula mendayung sekali lagi.
11 pagi mereka berdua turun ke bawah.
"Lewat turun hari ni....???" tegur umi.
"Dee ni .. pening kepala kata nya.. lepas tu nak makan lobster pula..." beritahu Riz.
"Riz suruh lah Wak Ali pi beli lobster tu.. beli 10 ekor terus.." arah Umi.
"Tapi umi.. Dee nak makan lobster di restoran yang atas laut tu.." rengek Dee.
Umi senyum pula mendengar permintaan Dee tu.
"oh restoran tu.. tapi restoran tu jam 2 baru mula buka.. sementara tu Dee minum fresh oren dulu lepas tu makan bubur untuk alas perut sehingga jam 2 petang.."
Dee mengangguk lemah lalu memeluk Riz dan mencium-cium badan Riz. Makin lebar senyuman umi melihat gelagat Dee.
Tak lama Ainur datang membawa Fresh oren lalu meletakkan di depan Dee.
Dee meminumnya dengan sekali teguk saja.
"Dee nak fresh oren lagi.."
Riz melihat gelagat Dee dengan perasaan terkejut dan kehairanan.
"Ainur buat lagi satu gelas fresh oren dan bawa bubur sekali ya..." Arah umi.
"baik tengku..." jawab Ainur.
"Hubby tak nak sarapan ke...??? tanya Dee.
"Hubby tunggu sayang habis sarapan dulu baru hubby sarapan..." jawab Riz.
"sayang tak nak sarapan lah.. " rajuk Dee
"ok.. kita Sarapan sama-sama.. " pujuk Riz.
lalu mereka berpindah duduk ke meja makan.
Selesai mereka sarapan, Dee membawa piring dan gelas ke dapur lalu meletakkan di dalam sinki. Kebetulan masa tu salah seorang pembantu sedang mengupas bawang putih.. Dee tiba-tiba pening kepala.
"Hubby....!!" panggil Dee.
Riz segera mengajar Dee ke dapur.
"Napa sayang...??
"sayang pening lah.. " tiba-tiba Dee muntah, mujur Dee masih berdiri dekat sinki.
"Sayang... sayang dah kenapa ni....??? tanya Riz penuh risau.
"Sayang tak tau.. sayang cuma tak suka cium bau bawang putih tu..." jawab Dee. Dia pun memeluk suaminya dan mencium badan Riz.
"Sayang rasa tenang peluk dan cium bau badan hubby..." luah Dee.
Riz membawa Dee yang sedang memeluk nya ke ruang tamu di mana umi sedang duduk disitu.
"Umi.. saya rasa.. saya nak bawa Dee ke klinik lah.. tadi dia mengadu pening kepala.. lepas tu muntah..." Riz memberitahu umi. Jelas terpancar di wajahnya yang penuh dengan kerisauan.
"Tak perlu.. umi dah call Afi.." jawab umi.
"Sekarang Dee nak muntah lagi ke..??" tanya umi.
"Dah ok dah umi.. Dee pun heran napa dee tiba-tiba tak suka cium bau bawang..???"
"sebentar lagi bila Afi datang.. tau lah tu apa sakit Dee. ." kata umi.
"Dee sakit apa ni umi.. Dee kena buatan orang ke...?? yang tak suka bau bawang ni Jin umi... yang kuat makan dan nak makan macam-macam ni jin .. jangan dalam badan Dee ni ada jin tak....???"
pecah ketawa Umi. Rasa lucu mendengar kata-kata Dee.
"jin pakai tonceng kali... hahaha..." umi masih ketawa kelucuan.
"Kejap lagi Afi datang.. tau lah tu jin apa yang kacau Dee...." kata umi.
"Hebat pula doktor Afi ni ya Umi.. sampai sakit yang disebabkan makhluk halus pun dia tau ..."
pecah lagi tawa umi.
Riz dan Dee kehairanan.
Tak lama Dr. Afi pun tiba bersama seorang jururawat nya.
"haa.. Afi.. tolong check anak menantu saya ni.. jin mana yang dah buat dia pening-pening, muntah, nak hidu badan suami dia jee.." sambil umi tersenyum-senyum melihat Doctor Afi.
"Ok.. tengku.. " jawab Afi dan membalas senyuman Umi seperti nya pandangan mata mereka seolah berbicara.
Doctor Afi membuka begnya lalu memberikan sesuatu pada jururawat.
"Nana bawa Puan Dee pi check...." Nana mengangguk.
"Mari puan.. ada baiknya kita check dekat bilik puan lah... " kata nana sambil mempersilakan Dee jalan dulu.
Dee seperti tidak mahu berenggang dengan Riz. Lama Nana menunggu Dee berdiri.
"Ya ampun.. anak ini.. nak makan lobster tak....??? Dee pun mengangguk.
"haa.. kalau nak bawa cik nana ni ke bilik untuk buat pemeriksaan..." arah umi. Dee meleraikan pelukan nya pada Riz dan mula mengangkat punggungnya. Riz pun nak ikut bersama..
"Riz nak ke mana tu...??" tanya umi
"Nak temankan Dee..." jawab Riz.
"Tak perlu.. nanti Riz mengganggu kerja cik Nana..." arah umi.
Riz pun duduk semula.
"Hubby tak perlu risau.. sayang ok..." pujuk Dee pada Riz yang kelihatan merajuk pada uminya.
Dee dan Nana pun mula melangkah meninggalkan Riz, umi dan Dr. Afifi.
*
Setelah menunggu hampir 30 minit akhirnya Dee dan Nana pun turun dari bilik yang berada di tingkat 3 dengan menggunakan Lif.
Riz terkejut melihat air muka Dee yang seperti baru selesai menangis. Dia terus pergi mendapatkan Dee dan terus memeluknya.
"Sayang kenapa... ??? ada apa-apa masalah ke...??" tanyanya penuh kerisauan. Sementara Nana memberikan semula benda yang Dr. Afifi berikan padanya tadi.
"Hubby.. betul lah ada jin yang sangat tampan dan macho kacau sayang... dia lah penyebab sayang pening dan muntah tadi..." jawab Dee
makin bertambah kerisauan Riz.
"Afi.. kenapa dengan isteri saya....??"
Umi dan Dr. Afifi dah tergelak melihat keadaan Riz. Riz pula berasa hairan.
Dr. Afifi bangun berdiri dan melangkah menuju ke tempat Riz lalu mengganding bahu Riz.
"Tahniah Riz.. 9 bulan dari sekarang U akan jadi Seorang ayah..." beritahu Dr. Afifi.
"Dan umi akan jadi seorang nenek..." sambung umi penuh kegembiraan.
"Ertinya.. yang buat Dee pening-pening, nak muntah tu dan asyik nak peluk hidu badan saya.. Dee pregnant lah Afi....??? tanya Riz minta kepastian lagi.
"iya ... kalau ikut perkiraan.. dah 6 minggu dah usia kandungan nya..." jawab Dr. Afifi.
Jelas terpancar kegembiraan dan rasa bersyukur di wajah Riz. Dia pun memeluk Dee dan mencium pipinya Dee kiri dan kanan. Inilah berita yang ditunggu-tunggu Riz dan Uminya sejak sebulan yang lalu.
"Jadi Jin yang jahat kacau Dee tu.. Hubby lah kan.... "
pecah ketawa mereka semua termasuk Ainur dan 3 orang bibik yang ada di situ.
"Thanks sayang.. i love you so much.. come.. kita pi makan lobster..."
'
Share this novel