Bab 18 - Perangkap Noreen

Romance Series 17902

Malam itu Noreen sengaja memancutkan keempat-empat tayar keretanya. Lalu dia menelefon Riz minta tolong sambil pura-pura menangis.

Ketika menerima panggilan dari Noreen, Riz dah rasa seperti ada sesuatu tapi dia layan kan saja. Dia pun pergi ke lokasi yang Noreen dah hantar.

"Tinggalkan kereta u kat sini.. nanti staff saya yang atur.. mari saya hantar awak balik... " kata Riz sebaik saja tiba di tempat Noreen. Apa lagi Noreen gembiralah kerana rancangan pertamanya berjaya. Dalam hatinya berbisik "mesti dia ada perasaan dengan ku.. kalau tak.. takkan dia sanggup datang tolong aku.. siap hantar rumah lagi.. malam ni kau mesti jadi milikku.."

Setiba di rumah Noreen. Noreen mengajak Riz masuk kerana alasannya dia takut gelap. Dia minta tolong Riz pasangkan semua lampu di rumah dulu kerana hari ini dia berseorangan di rumah kerana kawan serumahnya outstation.

Noreen pun mula memeluk Riz dengan gayanya yang pura-pura ketakutan tu. Setelah semua lampu Riz hidupkan, Noreen minta Riz duduk minum kopi dulu sekejap. Riz hanya ikut rentak permainan Noreen. Tak lama pintu rumah di ketuk.

"Siapa yang datang malam-malam ni.. " Lalu Noreen pergi membuka pintu.

"En. Rizman ada...??" tanya lelaki tersebut. Belum sempat Noreen menjawab, Riz dah bersuara.

"Ray.. masuk lah... " panggil Riz. Jelas kelihatan di wajah Noreen tanda tak suka.

"Hiss.. napa pula ada kawan dia datang ni...!!" bisik hatinya tak suka

Ray pun melangkah masuk menuju ke ruang tamu di mana Riz berada. Dia pun duduk di sebelah Riz.

"Kamal mana...." tanya Riz

"Dia tengah cari parking..." jawab Ray.

"Ray nak kopi .. " tanya Noreen.

"Air putih.." jawab Ray.

Lalu Noreen menuju ke dapur mengambil air putih buat Ray. Tak lama Noreen pun muncul lalu memberikan air tu pada Ray dan duduk di sebelah Riz.

Tiba-tiba pintu rumah di ketuk sekali lagi.

"Oh.. itu mungkin Kamal.." lalu Ray berdiri dan melangkah menuju ke pintu. Apabila pintu dibuka terpacak 3 lelaki dengan pakaian kurta dan berkopiah putih. Terkejut Ray.

"Assalamualaikum...." Salah seorang dari lelaki itu memberi salam.

"Walaikumusalam... " salam di sambut oleh Ray.

"Kami dari jabatan agama Islam.. kami mendapat aduan bahawa ada bukan muhrim sedang berdua-duaan dalam rumah ni... boleh kami masuk.." kata lelaki yang memberi salam itu.

"Oh.. boleh.. apa salahnya.. silakan masuk.. (mereka pun masuk) tapi.. saya rasa tuan-tuan semua ni dah salah rumah ni.. sebab kami dalam rumah ni berempat tapi yang seorang tu masih di bawah, lupa barang tadi.." jelas Ray penuh sopan.

Setelah melihat 3 orang dari jabatan agama islam itu masuk, Noreen pura-pura pening kepala lalu nak menyandarkan Kepalanya di bahu Riz. Riz menyedari perbuatan Noreen itu lalu berdiri dan menuju ke 3 orang tersebut. Cepat-cepat Noreen menegakkan badannya kembali. Riz lalu bersalaman dengan mereka. Tak lama kamal pun sampai.

"Kita ni En.Rizman kan.. Pemilik indah holding Kan...??" tanya salah seorang dari mereka.

"Iya saya..." jawab Riz penuh sopan.

"Saya Imam Syafie.. kita memang tak pernah berjumpa.. saya kenal En.Rizman pun.. saya search di Internet... kerana saya ingin sangat kenal insan yang telah bagi sumbangan untuk pembinaan surau di kampung saya..." Jelas imam Syafie.

"Kampung imam Syafie di mana tu..??" tanya Riz

"Kg. Ayer Hitam Melaka... " jawabnya.

"Jauh imam datang ni... " soal Riz lagi.

"oh.. saya kerja di pejabat agama islam di sini.. Abah yang bagitau saya pasal sumbangan En. Rizman tu.... ehh.. Maaf lah En. Rizman.. mungkin kami yang salah rumah ni.."

"Oh takpe.. kebetulan kami menghantar balik cik Noreen.. dia ni kawan pada bakal isteri saya.. tayar kereta nya empat-empat pancut.. kebetulan.. bakal isteri saya sekarang ada di london sama-sama dengan umi saya.. nak cari cincin nikah dan barang hantaran... tu sebab saya yang tolong hantarkan cik Noreen.. " jelas Riz.

"Waahh.. jauh benar nak cari cincin nikahnya tu.. ni mesti gadis tu istimewa sangat ni En. Rizman..." jawab Imam Syafie.

"Iya imam.. dia terlalu istimewa buat saya.. umi pun sangat sayang kan dia.. kadang-kadang nak cemburu juga.. sebab umi sikit-sikit nak pinjam bawa shopping.." jelas Riz.

"Ibu bapa ni selalunya tau jodoh yang terbaik untuk anaknya.. Saya doakan semoga urusan persediaan perkahwinan En. Rizman dipermudahkan oleh Allah.. Amin.."

"Amin.." Sambut Riz

"Ok lah En.Rizman.. kami minta diri dulu.."

"Kebetulan kami pun dah nak balik juga ni.." jawab Riz.

"kami jalan dulu .. Assalamualaikum..."

"Walaikumusalam...."

Tak lama selepas itu Riz, Ray dan kamal pun menyusul keluar.

"Riz dah nak balik ke ...??.. boleh tak stay sekejap lagi.. Reen takut lah ... lagi pun Riz belum minum kopi yang saya buat ni.." Noreen dengan suara manjanya.

"Cik Noreen.. saya ni bukan budak tadika yang belum boleh faham dengan kejadian yang berlaku tadi.. So.. sedar diri tu sikit.. berlambak lah perempuan macam awak ni yang terkejar-kejar, terhegeh-hegeh dan buat taktik begitu untuk perangkap saya.."

"Sekilas pandang jerr .. saya dah tahu awak perempuan macam mana.. perempuan plastik macam awak langsung tiada tolok bandingnya dengan Dee.. She is pure and naturel.. i tak kisah dia gemuk sampai 200kg pun i tetap cintakan dia.. sebab cinta dan kebahagiaan rumahtangga bukan di ukur dari bentuk badan yang seksi atau rupa paras seperti miss world.. semua tu tak berguna jika punya hati dan sifat plastik seperti awak....!!!"

"Jauhkan diri awak dari Dee.. jika saya tahu awak ganggu atau sakitkan dia .. saya takkan teragak-agak sumbat awak dalam penjara. Mungkin awak lupa saya siapa... nak i tolong ingatkan ke....???

Noreen hanya duduk dan tunduk berdiam di sofa. Tapi dalam hatinya berbisik.. " Saya tak boleh di kalahkan oleh perempuan gemuk itu.. aku akan dapatkan kau Riz biar macam mana cara sekali pun...."

*****

Hari ke-4 mereka di london. Hari ini Dee menerima 99 kuntum bunga rose dari Riz yang membawa maksud 'AKU AKAN MENCINTAI MU SEPANJANG HIDUP KU'

Makin berbunga-bunga hati Dee. Perasaan rindu dan cintanya pada Riz hanya Tuhan saja yang tahu dah tak boleh diungkap dengan kata-kata, tapi dia tak mau tunjukkan tu pada Riz. Lalu menghantar Chat pada Riz... " Hari ini last .. esok balik.. take care.. miss u.."

Riz senyum penuh kegembiraan.. hari ini dia sengaja tak membalas chat Dee. Dia nak tunggu apa reaksi Dee seterusnya.

Hari ini Awal Umi dah keluar sendiri. Ada urusan peribadi katanya. Kebetulan Dee pun malas nak kemana-mana hari ini. Dia dah tak sabar nak balik esok.

Dia akui sehari tak nampak atau tak bersama Riz hidupnya seperti kosong. Dia sangat sunyi dan baru dia sedar dia merindui Riz. Dia rindu layanan Riz padanya. Cara Riz memanjakannya, menjaganya. Selama ini dia tidak sedar itu semua. Tapi bila sudah berjauhan dengan Riz baru dia ingat dan sedar semua Kasih sayang dan perasaan cinta Riz telah luahkan melalui gaya dan perbuatan nya.

"mengapalah aku bodoh sangat tak menyedarinya selama ini..." Dee bercakap sendiri.

"Apa yang bodoh tu Dee....???" Umi mengejutkan Dee.

"Eehhh Aku yang bodoh sebodoh-bodohnya.. " jawab Dee.

"Alolo.. sorry sayang.." lalu umi ketawa.

"Umi.. Umi ni pun nak ikut macam Riz sudah.. "

"Sorry.. Umi tak sengaja.. . cuma Umi tak faham.. cuba jelaskan pada umi kenapa perkataan bodoh ni boleh keluar dari mulut Dee...??" Soal umi minta penjelasan.

"Dee bodoh umi.. selama ni Dee tak sedar dan tak perasan yang Riz dah luahkan rasa cinta, sayang dan rindunya pada Dee melalui gaya dan perbuatannya pada Dee.. lagipun masa tu kan Riz masih bertunang dengan Ramona... jadi Dee ingat Riz layan Dee begitu kerana Dee ni pekerja dia..." jelas Dee

Umi mengambil tempat duduk yang berhadapan dengan Dee.

"Dee nak dengar cerita pasal Riz tak...???" tanya umi. Dee cepat mengangguk kepalanya.. "nak.." jawabnya

"Amboi cepat..." usik umi

"Rasya cinta pertama Riz.. mereka sama-sama belajar di universiti.. tapi hubungan mereka tidak panjang, Rasya meninggal. Dia terlibat dalam satu kemalangan.. Sejak peristiwa tu.. Riz jadi dingin pada semua perempuan. Gurau senda, gelak tawa dan senyumannya juga pun turut hilang.."

"Kemudian muncul Ramona... umi tertipu dengan perangai plastik Ramona lalu umi ambil keputusan tunangkan Riz dengan Ramona tanpa bertanya pada Riz... sikit pun Riz tak bantah.. dan umi ingat Riz setuju rupanya Riz sanggup korbankan kebahagiaan nya demi kebahagiaan umi.."

Dee mendengar penuh minat.

"4 bulan yang lalu... ada perubahan pada Riz.. dia dah pandai tersenyum.. bergurau dengan umi.. bergelak ketawa dengan Ray. Umi tanya Romana dan Ramona kata kalau Riz nak cepat kawin dengan dia.. Riz kena berubah. Umi percaya saja kata Ramona.. Syukur Alhamdulillah.. Ray beranikan diri beritahu hal yang sebenar pada umi.."

"Apa yang Ray beritahu umi...???" soal Dee yang tak sabar nak tahu cerita selanjutnya.

"Ray beritahu sifat dan perangai sebenar Ramona serta bukti-bukti perbuatan terkutuk Ramona. Ray juga bagitau umi.. yang buat Riz berubah disebabkan oleh gadis yang bernama Deera Deerlina.."

Melopong Dee tak dapat berkata-kata.

"Sebenarnya.. Umi ikut ke Finland tu nak jumpa dan nak kenal dengan gadis yang bernama Deera Deerlina.. gadis yang dah berjaya melembutkan hati anak umi yang lebih keras dari batu tu.. yang berjaya membuat anak Umi jatuh cinta sekali lagi.. dan yang berjaya menceriakan hidup anak umi kembali seperti dulu.. First time jumpa Dee.. umi dah nampak kenapa anak umi boleh jatuh cinta dengan Dee.. Dan tujuan kedua umi masa tu memang nak tangkap perbuatan Ramona depan mata umi.. sebab tu umi bawa Sya dan dibantu oleh Alex dan Ray..."

"Tapi Riz tak bagitau umi pasal perasaan nya pada Dee kan.. " tanya dee lagi.

"Hari pertama kita di Finland tu Riz dah bagitau Umi... perasaan Riz jatuh cinta pertama kali dengan Rasya.. Sangat jauh dengan perasaan jatuh cinta dengan Dee.. Riz terlalu cintakan Dee.. perangai gila-gila Dee tu yang buat Riz jatuh cinta dengan Dee setiap hari.." jelas umi sambil ketawa.

"Sedap jer panggil kita gila-gila.. Riz pun cakap benda yang sama.. perangai gila-gila aku ni.. buat dia hari-hari jatuh cinta dengan saya.. tak faham lah Dee. "

"Sekarang jujur dengan umi.. beritahu umi tentang perasaan Dee pada Riz...." soal umi ingin tahu.

"Selama tu .. selama Riz masih bertunang dengan Ramona.. Dee memang jujur anggap Riz hanya boss Dee.. melihat wajah hensem nya hari-hari .. itu kira bonus buat Dee.. tapi sejak Riz putus tunang... perangai Riz jadi lain.. dia layan Dee romantik sangat.. sampai benteng pertahanan terakhir yang Dee buat untuk lindungi hati Dee pun.. Riz berjaya runtuhkan.. Dee mula jatuh hati pada Riz.. saat Riz selamat kan Dee lemas di kolam hari tu.." luah Dee dengan jujur.

"Kawin Dengan Riz ya..." rayu umi..

"Eeehhh.. tak romantik lah umi yang rayu Dee suruh kawin dengan Riz... " gurau Dee .

"Amboi.. dah mula nak demand nampak.. nak restu umi tak...??" ugut umi..

"Nak..nak.." jawab Dee sambil mengangguk-angguk kepala nya.

"Tapi kan umi.. Riz dah janji dengan Dee .. bagi dia masa seminggu untuk dia bukti yang dia lelaki limited edition untuk Dee.. " sambung Dee.

"Apa maksud lelaki limited edition tu...??" tanya umi.

"Lelaki yang setia dengan cinta.. yang berani nyatakan cintanya atau melamar dan bersumpah janji setia di depan orang ramai..." jelas Dee.

Umi tersenyum.. "urmm patut lah..."

"patut lah apa umi..??" tanya Dee

"Patutlah Riz cinta sangat-sangat kat dee.." jawab Umi.

**

Umi dan Dee telah pun selamat mendarat di KLIA2. Walaupun mereka menaiki kapal terbang peribadi tapi mereka harus juga mengikuti prosedur ketibaan dan kena melalui pemeriksaan polis dan pihak kastam.

Dee sebenarnya dah tak sabar nak jumpa Riz. Selama 5 hari berjauhan dari Riz.. baru dia sedar betapa dia sangat mencintai dan merindui Riz.

Mereka kini berada di ruang menunggu untuk orang ramai dan bukan di ruang menunggu untuk VIP.

"Umi.. kenapa kali ni kita landing kat KLIA.. dan tunggu sini...??" tanya Dee

"Umi saja.. dah lama tak bersama-sama dengan ramai orang... "

"Dee lagi suka tunggu sini umi.. lama-lama pun takpe.. dah lama tak dengar dan tengok orang busking..."

Kebetulan di ruangan itu ada team buskers yang sedang mendendangkan lagu kegemaran nya.

"Umi boleh tak kita stay sini sekejap...Dee dah lama tak rasa suasana begini.." Rayu Dee.

"Umi ok ja.. lagipun Riz lama lagi.. sangkut kat jem jalan... " jelas umi.

"Waah.. Thank You Allah.." ucap Dee penuh kegembiraan.

"Dee.. Umi nak ke tandas sekejap.. Dee jangan kemana-mana tau.. tunggu Umi.. faham...??"

"Amboi Umi.. macam lah Dee ni budak tadika lagi.. Umi pergi tandas Lama-lama pun Dee tak kisah umi.. boleh Dee cuci mata tengok yang hensem-hensem.." gurau Dee dengan Umi..

"Amboi.. gatalnya... selama peninggalan umi.. jangan nak menggatal ya..." Lalu Umi berdiri dan melangkah meninggalkan Dee.

"Ai..Ai.. mem... " jawab Dee.

Dee berjalan mendekati tabung untuk team buskers tu lalu memasukkan sekeping wang kertas RM100.

"Thank you beautiful girl..." ucap penyanyi tersebut. Dee hanya mengangguk.

Selesai menyanyi, Datang seorang lelaki memasukkan envelop ke dalam tabung lalu membisikkan sesuatu ke telinga penyanyi tersebut. Penyanyi tu hanya mengangguk.

"Ok..Lagu seterusnya bertajuk Beautiful girl. Ada seseorang menaja lagu ini.. dan lagu ini di tujukan pada gadis cantik yang sedang duduk tepat di depan saya ni.. t-shirt putih dan rambut warna perang keemasan. Sila hayati senikata lagu ini... "

Dee menunjuk dirinya sendiri untuk memastikan adakah dia gadis yang di maksudkan sambil memandang penyanyi tersebut. penyanyi itu menganggukkan kepalanya lalu berkata.. "yes.. it's you baby..'

Penyanyi itu mula menyanyi kan lagu Beautiful girl.

"Beautiful girl, wherever you are
I knew when I saw you, you had opened the door
i knew that I'd love again, after a long, long while
I'd love again.."

"You said hello and i turned to go
but something in your eyes left my heart beating so
I just knew that I'd love again, after a long, long while..
I'd i love again.

Penyanyi itu hanya menyanyikan 2 rangkap lagu saja dan menyambungkan lagu Marry You dari Bruno Mars. Saat mereka mula menyanyikan lagu tersebut, tiba-tiba keluar 2 remaja perempuan menari di hadapan team buskers tersebut dengan memakai tepong mata saja. Sampai pada lirik 'I think i wanna marry you.. kedua-dua penari tersebut menghadap pada Dee dan orang ramai. Kemudian muncul lagi 2 orang penari juga memakai topeng mata saja. Dee mula teruja melihat tarian mereka.

Masuk rangkap kedua muncul 6 penari sekaligus , lepas tu masuk 8 orang penari. Mereka semua mengenakan topeng mata saja.

Dee sangat suka melihat gerakkan tarian mereka. Dia pun ikut melenggok-lenggokkan badannya di tempat dia duduk. Dia sudah terlupa Umi yang dari tadi belum balik dari tandas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience