Bab 26 - Abang Samad

Romance Series 17902

Riz dan Dee menuju ke restoran sambil berpegangan tangan.

"ingatkan dah tak boleh bangun dah..." usik Umi ketika mereka berdua dah duduk . Turut ada bersama umi Lisa, nisa, Ash dan Ray

"Umi...." jawab Dee tersipu malu.

"Bro... sihat alhamdulillah juga ke..???" tanya Ash pada Riz.

"Well.. seperti yang u lihat.. I sihat alhamdulillah.." Riz tersenyum penuh makna menjawab pertanyaan Ash.

"Mestilah Sihat alhamdulillah.. anak umi kan... Power rangers biru..!!!" Umi meninggikan suara ketika menyebut Power rangers tu sehingga membuat Dee terkejut.

"Ya.. Go..Go Power rangers..." Dee melatah lalu menyanyikan lagu power rangers.

Pecah tawa mereka semua.

"Umi.. belum Dee sampai 24 jam jadi menantu umi... dah kena dera.." Dee pura-pura merajuk.

"Alalala.. cian nya.. Anak menantu siapa lah ni.. " lalu Umi memeluk Dee. 5 pasang mata itu memerhati saja gelagat anak menantu dan ibu mertua tu.

"Ni mesti kes dah lama hidup bujang ni.... takpe.. nanti Dee kenalkan Umi dengan abang samad.. bujang terlajak di kampung Dee.. Hendsome Umi.. " Usik dee pada umi yang dah jadi ibu mentuanya.

"Kalau Hendsome... napa tak kahwin-kahwin... ke.. tak cukup sifat....??? tanya umi seolah-olah berminat.

"Dia pun macam umi juga.. lepas tunangnya mati lemas.. dia tak kahwin-kahwin lagi.." jelas Dee

"Umi bukan tak nak kawin.. tapi takde yang berani nak mengorat umi..." tiba-tiba Riz menyampuk..

" Takpe.. nanti Dee kenalkan dengan umi yerr...." sambung Dee sambil bergurau.

"Dia ada kapal selam ke...???" tanya umi bergurau. Riz dah senyum mendengar perbualan antara umi dan Dee.

Tersedak Dee mendengar. Riz cepat-cepat mengambil air dan memberi pada Dee sambil menggosok belakang Dee.

"Tak perlu kapal selam Umi.. sebab abang Samad lagi pakar menyelam dari kapal selam..." Jawab Dee.

"kerja dia apa...???" tanya umi mula menarik minat.

"Scuba Diving.. " jawab Dee selamba.

"Haaa... dah ngam lah tu... Umi kan minat Scuba.." kata Riz.

"Betul ke....??? tanya mereka serentak.

"eehh... itu dulu.. masa umi masi muda.. sekarang ni umi dah tua dah.." jawab umi.

"Umi masih anggun lah.. cantik.. menawan dan bergetah laaa.. eeehh.. salah cakap.. bertenaga....macam Power rangers Pink" puji Dee sambil bergurau.

Tiba-tiba umi... "ahrrrrr...!!!" Apa lagi Dee terkejut lah.

"Ahrrrrrr..... power rangers pink bergetah....!!"

Mereka semua ketawa sekali lagi. Riz dah tak tahan melihat Dee melatah. Sebab setiap kali Dee melatah, Dee kelihatan sexy dan comel di mata Riz yang boleh menaikkan nafsu Riz sehingga Riz ingin saja memeluk dan mencium Dee. Selama 4 bulan dia menahan rasa itu akhirnya semalam dah dilepaskan nya sepuas-puasnya. Dan lepas sarapan ini sudah semestinya dia tidak akan bagi peluang Dee untuk berehat.

"Bro.. honeymoon kat mana...??" tiba-tiba Ash tukar topik cerita.

"Kami honeymoon kat bilik jerr.. sebab nanti dah kerja.. seminggu sekali outstation ke luar negara dan negeri.. kira honeymoon juga.." jawab Riz

*****

Dah seminggu mereka kawin dan seminggu juga lah mereka berkurung honeymoon di bilik di condo mewah milik Riz. Sama-sama baru merasa nikmat dunia yang membuat mereka jadi ketagih.

"Selama seminggu ni.. hubby tak benarkan sayang pakai baju.."

Baru Dee merasa apa yang Ash maksud geerrrr tu. Riz telah menerokai seluruh tubuh Dee sepuas-puasnya. Dee juga turut memainkan peranan nya.. semua yang telah diajar oleh Lisa Dee lakukan pada Riz dan membuat Riz Ketagih dan tak puas-puas.

"Sayang... hubby nak lagi.. "

"Sayang .. hubby dah ketagih dengan badan sayang.."

"Sayang... I love you so much.."

Itulah yang keluar dari mulut Riz setiap kali mereka melakukan hubungan seks.. dan.. entah berapa puluh kali perkataan ini keluar dari mulut Riz.

Dee betul-betul praktik kan semua yang telah diajarkan oleh Lisa padanya. Dia berharap biarlah apa yang keluar dari mulut Riz semasa mereka melakukan hubungan akan terus berkekalan pada setiap kali mereka melakukan hubungan intim dan bukan hanya pada manis pengantin baru.

*

Hari ini Riz dan Dee mula bekerja. Dee dah tak sabar nak melihat office barunya. Masuk saja mereka berdua di perut bangunan Indah holding tu, mereka telah di sapa hormat oleh staff di bahagian penyambut tetamu.

"Good morning Mr. Rizman and Mrs. Rizman..." sambil berdiri dan tunduk hormat pada mereka.

Dee berhenti lalu.... "Hubby... sayang belum biasa lah dengan panggilan tu.... boleh tak mereka panggil sayang macam dulu.. cukup Miss Dee.." pujuk Dee pada Riz.

Riz tak menjawab permintaan Dee malah dia melangkah menuju ke pintu Lif. Dee terkejar-kejar anak mengajar Riz. Mereka berdua pun melangkah masuk ke dalam lif khas untuk CEO.

"Mereka dah tunggu di bilik mesyuarat.. " Riz bersuara ketika pintu lif mula nak tertutup. Dee menahan pintu lif itu lalu keluar dari lif tersebut. Setelah keluar Dee lalu berpusing menghadap Riz dan berkata.. " Ok Boss.." lalu pintu Lif pun tertutup.

Terkejut Riz dengan tindakan Dee yang spontan tu tanpa dia sempat menghalang Dee tadi. Kini hatinya seperti cacing kepanasan. Dia tak sabar nak cepat sampai ke tingkat 15. Mujur pejabat Dee yang dulu sama tingkat dengan pejabat nya.

*

Dee masuk ke Lif untuk staff dan umum. Dia pun menekan tingkat 15. Mujur dia seorang saja yang naik. Lif naik terus tak berhenti. Dee lupa yang panggilan hubby tu hanya untuk diluar pejabat atau luar kerja. Kalau dalam pejabat atau kerja dia mesti ikut produser etika ketika bekerja. Dia mesti profesional ketika kerja. Dee berfikir walaupun dia dah jadi isteri Riz, tapi bila sudah di pejabat dia adalah Chef manager Customer service, Staff Riz.

*

Lif berbunyi 'Tingg' ertinya dah sampai ke tingkat 15. Terbuka saja pintu lif, Riz terus meluru keluar dari lif, melangkah dengan cepat menuju ke lif umum. Riz berdiri di depan pintu lif. Dia melihat lif baru di tingkat 12. Tinggal 3 tingkat lagi dia tunggu.

tak sampai seminit lif sudah di tingkat 15 tapi Riz rasa seperti menunggu sejam. Menunggu Lif terbuka pun Riz rasa terlalu lama rasanya.

Akhirnya pintu Lif pun terbuka... "Sayangggg...!!"

"oiii boss ku.. sayang menyayang... cinta di Kenang..." terkejut Dee terus melatah.

Setiap kali Dee melatah, Riz geram sangat melihatnya. Membuat cinta Riz semakin kuat pada Dee.

Riz masuk ke lif, memegang tangan Dee dan membawanya keluar dari Lif lalu memeluknya dan mencium bibir Dee . Mujur masa tu tiada staff yg lalu.

"Hubby..." lalu Dee cepat cepat keluar kan tisu dan menyapu bibir Riz yang dah terpalit gincu Dee.

"Sayang marahkan Hubby ke...?? Sambil merangkul pinggang Dee dan membawanya menuju ke ofisnya.

"Tak.. cuma sayang lupa.. " jawab Dee.

"Lupa apa...??? tanya Riz

"Sayang lupa .. bila masa kerja.. sayang ni kan staff hubby.." selamba Ja Dee menjawab. Riz terus dapat menangkap maksud ayat Isteri kesayangan nya.

"Sayang.. sampai begitu sekali fikiran sayang pada hubby.... " Dee hanya diam.

"Kerana sayang dah fikir buruk pasal hubby.... hubby nak denda Sayang...!!" suara Riz meninggi sikit.

"Terkejut Dee... "Denda....???" lalu memandang suami kesayangan nya.

Mereka kini sudah berada didalam pejabat Riz. Riz menelefon Ray dan memberi tahu mesyuarat di tunda 2 jam kemudian.

"Kenapa...???" tanya Dee.

"Sayang kena bayar Denda sayang..." jawab Riz lalu merangkul pinggang Dee dan membawanya ke belakang Rak buku. Dee terkejut melihat ada sebuah pintu. Riz membuka pintu tersebut dan tambah Dee terkejut melihat sebuah bilik tidur yang mewah, lengkap dengan kamar mandi dan tandas. Dee melihat ada almari pakaian dan meja solek. Dee mendekati meja solek itu dan terkejut semua jenis krim, bedak dan make-up nya ada dan masih dalam kotak.

Riz hanya memerhati. Kemudian Dee membuka almari pakaian tersebut. Lagi membuat nya terkejut kerana ada seluar dalam dan bra sizenya dan banyak pakaian perempuan dan lelaki, juga sizenya dan Riz dan tuala mandi. Dee melangkah ke kamar dan melihat set mandian dan pencuci mukanya serta Riz juga ada.

"Sayang.... what a surprise....!!!" sambil berjalan ke arah Riz.

"Sayang nak tahu.. lepas sayang cakap 'Yes I Do' tu.. Hubby terus suruh orang ubah suai dah office Hubby dan pindah kan office sayang... hubby buat ni Semua untuk sayang..." Jawab Riz beri penjelasan.

Dee dah faham apa Denda yang dia harus bayar. Dia pun memeluk suaminya. Kedua-dua tangannya bergayut di leher suaminya.

"Bila nak bayar denda....???" Tanya Dee menggoda suami nya.

Tanpa berlengah Riz terus menyambar bibir Dee dengan penuh nafsu. Tangannya mula merayap ke seluruh tubuh Dee dan terhenti di dua gunung Dee yang montok dan padat tu. Tangan Dee pula mula membuka butang baju Riz. Kelakuan mereka seperti suami isteri yang dah lama terpisah sedangkan jam 6 tadi pagi mereka baru siap bertarung sebelum membersihkan diri dan bersiap nak pergi kerja.

"Sayang.. Hubby nak 2 round untuk merasmikan bilik kita ni ...."

"5 round pun sayang layan hubby..." jawab Dee lalu memberikan layanan 5 bintang pada suaminya dengan penuh ghairah.

***

tepat 11 pagi, Riz dan Dee masuk ke bilik mesyuarat. Ray, General Manager serta semua Chef-chef Manager setiap Section dan Branch manager setiap cawangan juga ada.

Dee baru nak melangkah menuju ke kerusinya tapi Riz menarik tangan Dee dan membawa duduk di kerusi yang telah di sediakan di sebelah nya.

Setelah semua sudah sedia. Riz pun memulakan mesyuarat.

"Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Tujuan saya panggil awak semua dalam mesyuarat ini adalah kerana ada beberapa perubahan yang saya buat"

"pertama.. seperti mana yang kamu semua dah tahu.. Cik Dee dah jadi isteri saya.. So kamu semua boleh panggil dia Puan Dee atau Mrs. Rizman. Tak perlu lah nak panggil dengan gelaran keluarga saya

Dee tersenyum walaupun tak tertunai semua tapi dia berpuashati. Dia kena hormat keputusan suaminya sebab dia juga harus menjaga nama baik suami dan keluarganya.

"Point utama saya panggil mesyuarat ni ialah.. saya nak mengumumkan.. Isteri saya, puan Dee sebagai timbalan CEO Indah Holding Sdn Bhd.."

Semua mereka bertepuk tangan tanda setuju. Cuma Dee yang terkejut mendengar.

"Hubby...." tapi Riz cepat-cepat menjawab.."Later sayang.." kemudian menyambung semula.

"HR department dan Customer service department akan berada di bawah jagaan dan tanggungjawab timbalan CEO. Manakala Projek dan pembangunan infrastruktur masih tetap berada di bawah kuasa dan tanggungjawab Ray dan Akaun dan marketing masih di bawah kuasa saya. Dan kamu semua kekal dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.."

"Sebelum saya nak dengar laporan dari setiap department.. ada sebarang pertanyaan... atau sebarang bantahan .... saya sedia mendengar..."

Tiba-tiba Dee angkat tangan dan memandang Riz. Ray dah tersenyum melihat riak wajah Dee yang tak puas hati tu.

"Tuan CEO.. Saya rasa.. saya tak layak pegang jawatan timbalan CEO... yang paling layak pegang jawatan ini ialah En. Ray..." Dee bersuara.

"yerr.. betul tu.. saya rasa saya yang layak jadi timbalan CEO sebab saya yang dah lama bersama Boss.. Sejak dari tingkatan 5 lagi.." jawab Ray dengan senyum kambing nya.

"Yaa... saya sokong..." sokong Dee.

"Boss pilih kasih lah.. tak aci lah macam ni.. saya bersama susah senang dengan Boss.. Baru kawin seminggu dah lupakan kita... disini kecewa tau..." sambil menepuk-nepuk dadanya.

Dee keliru melihat riak wajah Ray. Suaranya seperti marah tapi riak wajahnya ada terselit senyuman. Lalu dia melihat semua yang ada di bilik mesyuarat. En. Hasnol dah tunduk menahan senyum nya.

"Ray.. awak jangan lah marah-marah suami saya.. last-last kita yang gaduh ni ..." tegur Dee.

Tiba-tiba... "Hahaha.. sorry En. Riz.. saya dah tak tahan dah..." En. Hasnol terlepas ketawanya.

"Puan Dee... for your information.. kami dah bincang hal ini dalam mesyuarat 2 minggu yang lalu.. kan puan Dee dah kena bagi cuti sebulan.. jadi perkara ni dah di persetujui oleh semua.. dan yang bagi cadangan tu ialah Ray..." En. Hasnol memberi penerangan.

"Saja nak buat surprise pada Dee..." sambung Ray.

"Ni bukan nak buat surprise... ni nak naikkan darah tinggi saya sampai kepala ni..." jawab Dee.

"Sayang... " panggil Riz dengan lembut lalu menggenggam tangan Dee dan memandang nya dengan penuh cinta. Lama mereka berpandangan.

"Hello.. ni masih dalam bilik mesyuarat yerrr..." tegur Ray bergurau menyedarkan Dee dan Riz.

"Ok.. Saya terima.. " Kata Dee dan mereka bertepuk tangan tanda gembira.

Selepas itu mesyuarat di sambung semula dengan mendengar laporan dari setiap department. Mesyuarat selesai tepat jam 1 petang.

****

Hari ini Dee dan Riz balik ke rumah setelah seminggu mereka tinggal di kondominium mewah Riz. Kebetulan umi juga baru balik dari bercuti ke Dubai.

Dee terkejut dan kagum melihat bilik tidur mereka yang sangat mewah dan besar. Terdapat satu ruang seperti bilik untuk pakaian mereka dan satu ruang yang terdapat cermin besar seperti dinding rumah untuk ruang mereka bersolek.

Tiba-tiba pinggang Dee di peluk dari belakang dan dia mula rasa kehangatan tubuh Riz dan minyak wangi Riz mula menusuk ke hidungnya.

Riz membisik ke telinga Dee.. "I Love You" lalu mencium leher Dee.

"Hubby.." rengek Dee.

"Sebelum kita turun makan malam.. hubby nak makan sayang dulu.." lalu memusingkan badan Dee dan mencium Dee. Riz kemudian membawa Dee ke katil dan terjadi lah pergelutan yang hebat sekali lagi.

Setelah selesai bergelut di katil mereka menyambungnya di kamar mandi. Itulah yang dinamakan pukulan pengantin baru.

Mereka turun setelah selesai menunaikan solat maghrib.

Umi sudah duduk di meja makan tunggu mereka berdua.

"Assalamualaikum umi..."

"walaikumsalam.. ingat dah lupa jalan nak turun..." perli Uminya kerana menunggu lama.

"alolololo... ada orang marah rupanya...." jawab Dee.

"Petik berdua mohan maaf ya tengku.. " sambung Dee lalu mencium pipi Umi.

"Dah.. duduk cepat.. umi dah lapar ni..."

mereka berdua pun duduk dan mula menjamu selera. Setelah selesai makan malam mereka bertiga duduk di ruang tamu.

"Riz.. hujung minggu ni umi nak melawat Ainur. dia balik kampung sebab Ibunya kena langgar motor. Budak baru nak belajar motor, mujur tak laju..."

"Nak ikut..." cepat Dee menjawab.

Riz terus memandang Dee.

"Urrrmm.. Riz pun nak ikutlah.."

"Laaa.. biarlah umi dengan Sayang je..."

"tak boleh.. hubby mana tahan berjauhan dengan sayang walau seminit pun..."

"urmmm... harap sampai tua lah kasih sayang kamu berdua ni..." sampuk umi.

"Dee.. cepat-cepat bagi umi cucu... biar meriah sikit rumah ni.. " sambung umi.

Tiba-tiba Dee teringat kata-kata nya dulu. Dia tersenyum sendiri.

"haa.. apasal senyum tu.. dah ada isi ke.. ??? kamu berdua dah buat sebelum nikah ke...???"

"Eeehhh... tak lah Umi.. jauh-jauh simpang 44 tu.. Dee lucu ingat apa yang Dee pernah cakap sewaktu baru menjejakkan kaki di rumah ini.. akhirnya kena pada Dee sendiri..." jawab Dee.

"apa yang lucu tu.. cuba ceritakan pada umi..."

"ahh.. hubby pun nak tau juga..." lalu Riz mendekatkan lagi dirinya pada Dee.

"Hurmm.. macam mana nak mula ahrr.. " sambil jari telunjuk bergerak-gerak ke dagunya.

"Umi ingat tak first time Dee datang ke sini sebab kena denda masak ikan patin tu...??"

"ya.. tu umi takkan lupa..."

"masa tu Dee turun ja dari kereta.. Dee terpegun melihat rumah agam ni yang cantik dan besar.. tiba-tiba terdetik di hati Dee.. ' rumah cantik.. besar.. tapi penghuni 2 orang saja.. urmm.. siapa lah gadis malang yang akan jadi Mem besar di rumah ni.. terpaksa lah jadi mesin untuk melahirkan anak yang ramai.. baru meriah rumah ni... eehh.. kesian nya..' itulah perkataan yang keluar dari mulut Dee masa tu.."

terlepas ketawa umi dan Riz.

" Kesian gadis yang malang ni yerr.. terpaksa lah bagi hubby anak dan umi cucu sampai cukup buat satu team bola..."

" ahrrrr... !!!" terkejut beruk Dee.

pecah lagi ketawa dua beranak tu.

***

Mereka kini berada di rumah Ainur, yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah agam itu. Umi membawa banyak barang-barang dapur dan beberapa buah tangan untuk ibubapa dan adik-beradik Ainur. Umi juga memberikan Ainur cuti sebulan untuk menjaga ibunya serta memberi kan duit belanja untuk keluarga nya dan duit poket pada Ainur selama sebulan. Ainur serta ibu dan bapanya menangis terharu dengan kebaikan Umi.

Dee turut terharu melihat betapa mulianya hati ibu mertuanya. Dalam hati dia berdoa bersyukur pada Allah kerana telah memberikan dia ibu mertua yang sangat mulia dan suami yang sangat mencintai nya.

Mereka kini berada di kota Melaka bandaraya bersejarah. Mereka masuk ke sebuah Restoran untuk makan tengahari. Sedang menjamu selera, Dee terlihat sosok seseorang yang dia kenal yang baru masuk ke restoran itu dan sedang mencari-cari tempat duduk yang kosong.

"Abang samad....!!" panggil Dee.

Samad berpaling ke arah Suara yang memanggilnya..

"DD..." sahut samad.

Dee memanggil Samad untuk duduk bersama mereka. Disebabkan tiada meja yang kosong dan perut samad pun dah berkeroncong dia pun menerima pelawaan Dee.

Dee pun mempelawa Samad duduk di sebelah Umi.

"Waaaahhhh.. DD..dah besar panjang kau sekarang ya.. abang hampir tak kenal tadi..." Samad memulakan bicara.

"Dee dah jadi isteri orang pun.. " jawab Dee.

"Abang samad.. kenalkan yang hensem ni suami Dee.. Rizman.. dan yang sebelah abang Samad ni.. wanita Anggun ni.. ibu mertua saya.."

Riz dan Umi pun mengangguk tanda perkenalan.

"Assalamualaikum.. salam perkenalan dari saya.. nama saya Samad.. sekampung dengan Arwah ayah DD ..." sopan saja Samad memperkenalkan dirinya. Terlihat di situ samad mula menarik perhatian Umi padanya.

"Abang tak tahu pun yang DD dah kahwin.. lagipun Abang dah 2 tahun tinggal di Melaka ni.. ayah mertua DD tak ikut sekali ke....??"

"Ayah mertua saya dah lama meninggal.. sebelum saya kenal suami saya .. ni ibu mertua saya ni single available lah.."

"Oh.. " singkat ja jawab samad.

"Abang samad dah kawin ke...??? kejap... biar Dee teka.. ni mesti isteri orang Melaka kan...??"

"Siapa lah yang nak bujang terlajak macam abang ni.. Janda pun reject abang tau ."

Tiba-tiba Riz teringat perkataan Dee yang Melati Zero pun reject dia. Riz terketawa.. Umi pun turut ketawa..

"Lelaki kacak, sado macam awak ni pun kena reject oleh Janda.. merapu lah Samad ni... mungkin awak yang terlalu memilih kot" tiba-tiba umi bersuara.

"Bukan terlalu memilih puan.."

"panggil saya Nur saja .. "

Dee dan Riz terkejut dan saling berpandangan. Umi perasan perkara itu.

"Salah ke...??" tanya umi pada mereka berdua.

"Suka..." jawab Dee Sambil menunjukkan emoji ibu jari 'GOOD'.

"ok Nur.. sebenarnya Saya yang tak pandai nak ngorat perempuan.. arwah tunang saya .. dia yang ngorat saya dulu.." jelas Samad

"Saya pindah ke Melaka ni sebab nak jaga tanah peninggalan arwah tunang saya.. saya taktau dia dah pindahkan tanah tu atas nama saya.. "

"Kenapa nak jaga tanah tu.. ada orang kacau ke..?? tanya Riz

"Sebenarnya tanah tu kerajaan bagi untuk orang kampung usaha kan.. nak buat homestay ke.. kedai ke ... ada 3 lot semua nya.. Arwah ibubapa tunang saya dan arwah tunang saya punya.. semua dia dah pindahkan atas nama saya.. ni lah saya tengah kerja keras nak tabung duit untuk bangunkan 3 lot tu.. kalau tahun ni belum ada pembangunan di buat di tanah tu.. kerajaan nak tarik balik dan bagi dengan orang yang lagi memerlukan..." jelas Samad.

Umi, Riz dan Dee saling berpandangan. Mereka seperti berbicara dari hati ke hati. Tiba-tiba umi bersuara.

"Kalau Samad tak keberatan.. saya boleh labur model.. kita boleh jadi rakan kongsi.. berapa besar satu Lot tu..." tanya Umi

"Setiap satu lot tu 2.5 ekar... jadi ada 3 lot semua 7.5 ekar.. " terang Samad.

"Ok ... sekarang ni kita makan dulu..dah lapar sangat ni... lepas makan kita pergi tengok tanah tu..." Riz memberi cadangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience