Bab 3 - Dapat Kerja

Romance Series 17926

Hari ini adalah temujanji Dee untuk temuduga jawatan Manager marketing di syarikat kawan tunang Lisa. Dee duduk di sofa menunggu gilirannya untuk di panggil.

Hari ini Penampilan Dee sangat menawan. Dee memakai skirt vintage retro paras lutut warna biru. Baju di dalam warna putih tanpa lengan dan di padankan denga kot wanita warna biru, panjang lengan sampai siku. Di padankan pula dengan beg sandang bertali pendek warna putih. Rambut di sanggul style wanita english, simple, Elegan dan cantik.

"Cik Deera Deerlina... sila ikut saya..." seorang wanita dalam lingkungan umur 30an memanggilnya. Penampilannya cukup kemas dan Ayu. Dee meneka wanita ni mesti PA Manager atau CEO.

Dee mengangkat punggung dari sofa dan mula mengatur langkah mengikuti wanita yang memanggilnya. Mereka menuju ke bilik yang tertulis GENERAL MANAGER di depan pintu.

Wanita tersebut membuka kan pintu dan mempersilakan Dee masuk.

"Assalamualaikum.. " Dee memberi salam

"Walaikumsalam... Sila duduk..."

Seorang lelaki yang dalam lingkungan 40an, menjawab salam dan menyuruh Dee duduk tapi pandangannya masih tertumpu pada Fail yang di pegangnya tanpa mengangkat wajahnya memandang Dee.

"Miss Deera Deerlina Binti Muzaffar..." Tanya Manager yang sebenarnya sedang membaca fail Dee yang di beri Lisa pada tunangnya dan menyerahkan pada sahabatnya CEO Indah Holding S/B. Lalu mengangkat Wajahnya memandang Dee.

"Saya Tuan... " jawab Dee sopan

Manager tersebut terkejut melihat Dee.

"Owh.. I thought you were not Muslim... "

"Ayah saya Asli melayu muslim.. Ibu saya pula mix melayu irish..."

" ohhh.. no wonder lah you look like minah mat salleh..."

Dee tersenyum mendengar.

"yaka....?? baru seminggu lalu saya dengar orang panggil saya minah mat salleh..."

"Owh... ?? but Why...???

"Mungkin dulu saya tak pandai hias diri kot..."

"owh.. before that... u can speak English ...???

" Boleh tuan... tuan dapat tengok dalam fail saya.. saya baru balik dari Australia ambi course business marketing..."

"But why you answer my question in malay...???

"owh Sorry tuan.. saya dah terbiasa... dari kecil ayah selalu berpesan.. walaupun saya boleh bertutur dalam beberapa bahasa .. bahasa melayu mesti di utamakan.. selagi kita tinggal di malaysia.. Sebagai contoh jika kita pergi Jepun .. orang jepun tak bertutur BI sesama orang jepun.. mereka menggunakan bahasa ibunda mereka.. ayah pesan hanya bertutur dalam bahasa lain jika orang tu langsung tak faham BM.. Kan kerajaan malaysia telah buat kempen CINTAILAH BAHASA KITA... jadi sebagai rakyat malaysia .. mari kita sahut cabaran kempen CINTAILAH BAHASA KITA.. "

Dee melemparkan senyuman pada manager tersebut.

"wow.. I Like you style... owh.. sorry.. tersasul BI.."

" Wow.. tahniah tuan..."

"Ok sebelum kita masuk ke topik yang serius.. nama pendek you apa..?? sebab nama you panjang sangat...Saya taktau nak panggil mana satu...??"

Dee tersenyum lagi.

"Panggil saya Dee ja tuan..waktu saya masih kecil dulu.. saya juga pernah marahkan umi saya sebab bagi nama panjang.. tapi panggil saya dengan nama pendek je..."

"Haa tu lah... Nama saya pendek Je.. Hasnol B. Hassan..cik Dee boleh panggil saya Hasnol.."

"ya Tuan Hasnol... dan tuan panggil Dee ja.. tak perlu cik.. "

"Ok Dee .. panggil En. Hasnol je... sebelum saya nak mula kan interview.. saya nak tanya awak sesuatu.. sekadar nak minta pendapat.... "

"Jika sebuah hotel tu.. contohlah hotel 5 bintang.. tapi kurang mendapat sambutan dari orang ramai... Apa masalahnya tu dan bagaimana cara menanganinya..."

"Aduhhhh... kalau pasal bab ni saya tak berapa arif.. sebab ni lebih kepada customer service... saya ni lebih kepada marketing.. tapi kalau saya fikir balik.. perkara ni tidak jauh juga dari marketing.."

"selalu perkara begini terjadi dari pekerja bawahan yang tidak memberikan servis bertaraf 5 bintang.. Bermula dari bell boy, receptionist, house keeping atau dari Pelayan F&B dan makanan. Dan ini mungkin terjadi kurangnya pemantauan dari pihak atasan, seperti supervisior atau manager di setiap section... dan mungkin komplen dari customer tidak sampai kepada pihak paling atas lagi.. hanya sampai kepada supervisior atau manager setiap section... kesalahan paling besar apabila pihak atasan cakap.. " Kali ini aku cover kesilapan kau.. tapi lain kali saya dah tak tolong lagi " tanpa mengajar atau memberi latihan pada staff tersebut macam mana memberikan servis yang terbaik pada pelanggan.. bak kata pepatah melayu Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga.. "

"Dan cara menangani masalah ini.. CEO harus setiap hari meminta laporan perkembangan dari COO atau Manager dan mereka minta laporan dari ketua setiap section.. Dan pihak atasan juga tak perlu terlalu bergantung pada laporan yang di beri ... dia seharusnya selalu turun padang melihat sendiri para staffnya bekerja.. adakah selari dengan laporan yang di beri. Dan bagi pendapat saya .. kalau hotel 5 bintang ni.. harus lah memberi latihan atau kursus sehari buat semua staff yang baru nak masuk kerja.. bagi latihan atau kursus etika etika kerja.. apa yang boleh mereka lakukan dan tidak boleh mereka lakukan.. ingatkan mereka bahawa "Customer always Right". Agar mereka faham skop kerja mereka macam mana.."

"Dan untuk menarik balik supaya customer datang menginap ... pihak hotel kena buat promosi .. turun kan harga bilik dalam sebulan.. kalau ada restoran boleh buat buffet Lunch tapi turun kan harga juga.. Contoh nama hotel Indah.. The New Indah Hotel, Special promotion for One Month.. dan tulis lah harga-harga bilik dan buffet lunch dan perkataan yang perlu di highlight "WE SERVE YOU WITH 5 STAR SERVICE". .

"ini pendapat saya En. Hasnol.."

Handphone Hasnol tiba-tiba bergetar menandakan ada chat masuk. Hasnol pun membuka dan membaca chat tersebut. Suasana sepi seketika. Dee hanya diam memerhati En. Hasnol sibuk membalas chat dan tak lama masuk lagi chat.

"Ooohh.. sorry... buat Dee menunggu lama.."

"Ok.. Dee.. saya tertarik dan kagum dengan penjelasan Dee .. jadi interview kita dah selesai.."

Terkejut Dee mendengar.

"En. Hasnol kata tadi nak minta pendapat je.." kata dee seperti tak puashati.

"Cik Dee diterima bekerja di Indah Holding. Jawatan Cik Dee ialah Sebagai Ketua Pengurus Perkhidmatan Pelanggan dan Cik Dee punya 10 orang pengurus Perkhidmatan Pelanggan di 10 cawangan Mega Mall dan Hotel milik indah Holding.."

"Aahhr... Betul ke...?? Dee masih tak percaya.

En. Hasnol menyerahkan satu dokumen yang punya 10 muka surat pada Dee dan Dee menyambut dokumen tersebut.

"Cik Dee baca dulu Skop Kerja Cik Dee dan undang undang Syarikat .. Gaji 8k sebulan, Elaun perjalanan.. ni termasuk minyak kereta dan penginapan 4k sebulan dan setiap kali cik Dee outstation takde claim claim lagi dah. kalau Cik Dee setuju terima jawatan ini .. Cik Dee boleh tandatangan terima jawatan... " jelas En. Hasnol.

"Tapi En. Hasnol saya mohon jawatan sebagai marketing Manager.. Bukan Manager Customer service.."

"Tapi CEO ada bagi notis di fail cik Dee untuk jawatan Chef Manager Customer Service... So macam mana.. Cik Dee terima Ke..??

"Bagi Saya 10 minit untuk baca dan faham skop kerja saya dan undang undang ya En. Hasnol."

"Take your time..."

Dee pun mula membaca dengan teliti, kadang kadang dahi Dee berkerut.

"Saya kena outstation tiap tiap minggu bersama sama dengan CEO...??? Saya tak faham..."

Dee tiba-tiba bersuara.

"Oh.. tu.. sebab CEO akan membuat lawatan ke setiap cawangan hotel seminggu sekali. Maksud.. minggu ni CEO buat lawatan ke Hotel Hilton, minggu depan pula CEO buat lawatan ke Hotel Perkasa.. dan begitu lah seterusnya.."

"Ok ni saya faham.. tapi.. takkan saya berdua saja dengan CEO..." terpancar rasa takut dan gusar di wajah Dee.

"Oh... Cik Dee tak perlu Risau lah.. Chef Manager HR dan Chef Akaun Manager akan ada bersama sama.... jangan risau Manager HR tu perempuan.. " Jelas En. Hasnol.

"Oohhh.. ok.."

Dalam hatinya berbisik "Siapa yang bagi kau 12k setiap bulan... 3x ganda dari gaji tempat kerja aku dulu.."

Dee pun mengambil pen dan menandatangani surat terima kerja itu lalu Dee pun menyerahkan surat terima jawatan tu semula pada En. Hasnol. En. Hasnol pun menerima surat tu dengan senyuman kegembiraan.

"Selamat datang ke Indah holding S/B.. sebentar saya akan tunjukkan bilik pejabat Cik Dee... sebelum tu Cik Dee ada apa-apa soalan...?

"Ada.." pantas Dee menjawab

"Siapa nama CEO Indah Holding.... ??

"Oh.. nama CEO kita Rizman Syah.. "

"Ooohhhh...."

Tanpa Dee sedar sebenarnya dalam bilik En. Hasnol telah di pasang kamera yang terus tersambung ke bilik CEO dan semua perbuatan dan percakapan boleh di lihat dan di dengar oleh CEO. Dan Chat yang masuk di handphone Hasnol tadi tu adalah chat dari CEO yang menerima dee bekerja.

"Oh ya Cik Dee.. saya lupa nak bagi tadi.. Esok Cik Dee mula bertugas dan ni senarai nama-nama cawangan dan lokasi.." En. Hasnol pun menghulurkan 2 keping kertas pada Dee.

Dee pun menyambut huluran kertas tersebut dan terus membacanya. Tiba-tiba

"OMG.. London, Switzerland dan Canada....!!! Napa yang 7 lagi tu tak letak kat USA, Paris, Finland, Jepun , Korea, Italy dan Sweden ...Tiap minggu juga saya pergi melancong..." gurau Dee.

"Ohh.. Coming Soon di Paris dan Finland... sekarang masih tengah dalam renovation..CEO hanya memilih negara yang mata wang nya tinggi..."

Ternganga Dee dan mata tak berkelip.

"Ni bukan millionaire... ni dah Billionaire ni.." bisik hati Dee.

"Dah.. mari saya bawa Cik Dee ke bilik pejabat cik Dee..."

En. Hasnol pun membawa Dee ke bilik pejabatnya. Dari jauh Dee dah melihat satu pintu yang tertulis Chef Manager Customer Service. Tiba-tiba Dee terpandang wanita yang memanggilnya tadi sedang Duduk di meja yang berdekatan dengan Biliknya.

"Dee perkenalkan Pn. Tania.. PA Cik Dee.. "

"Haaaa... saya ada PA...??? terkejut Dee.

Hari ini berbagai kejutan yang dia dapat.

"Iya Cik Deera ... apa-apa mengenai kerja Cik Deera dan jadual kerja Cik Deera... Cik Deera boleh refer saya...."

"oh.. Hai Pn. Tania.. panggil saya Dee je.. tak perlu Cik atau Deera..."

"Dan panggil saya Tania saja.."

mereka berdua pun terus berpelukkan.

"Saya taknak peluk ke..?? En. Hasnol tiba-tiba bersuara meleraikan pelukkan mereka. Dee dan Tania memandang En. Hasnol lalu serentak ketawa.

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience