Bab 6 - First Movement

Romance Series 17902

Tepat jam 8 pagi Dee sudah berada di bilik mesyuarat. Dia telah meminta staff di situ menyediakan dia OHP dan di sambungkan ke Laptopnya.

Tak lama En. Riz dan Ray pun masuk bersama Branch Manager En. Yakub, Manager customer service En. Ismail, Manager HR En. dan Manager Akaun Puan Nancy.

"Dee dah sarapan ke..?? Tanya Ray.

"Dah.. " jawab Dee ringkas.

"Napa tak join dengan kami sarapan...?? Tanya Ray lagi.

"Saya dah order sarapan dengan food panda..." jelas Dee.

"owh..."

"En. Riz.. Boleh tak saya panggil supervisior setiap section...??" Dee meminta izin dengan Riz.

"Saya dah cakap semalam.. remember...??? Riz mengingat Dee apa yang dia dah bagitau dengan Dee semalam.

"Ooohhh.. ok boss..."

Semalam Riz dah cakap, untuk meting esok dia serahkan sepenuhnya pada Dee dan dia hanya jadi pemerhati.

Riz sengaja buat begitu untuk menguji Dee. Dia nak tengok dan nilai prestasi dan cara Dee bekerja.

"En. Yakub.. boleh tolong panggil semua supervisior setiap section dan manager bahagian Mall.." Dee dah memulakan "FIRST MOVEMENT" Nya.

Setelah hampir menunggu 30 minit, kini semua sudah berada di bilik mesyuarat.

"Assalamualaikum, selamat pagi semua dan selamat sejahtera kepada yang bukan beragama islam.. " Dee memulakan mesyuarat.

"Deera Deerlina, Ketua Manager customer service... Saya teruskan ya... Mengikut info yang saya dapat dalam 3 bulan ini pendapatan hotel kita merosot setiap bulan.. betul tak Pn. Nancy...??"

"Betul Cik Deerlina..." Jawab Nancy.

"Saya panggil awak semua ni .. kerana semalam saya sampai ke sini.. banyak kelemahan yang saya lihat dan mungkin kelemahan itu membuat hotel kita kurang pelanggan.."

"Saya juga ada buat tinjauan di Mall semalam dan bertanya beberapa kedai dan rata-rata mengeluh mall kurang pelanggan.

Aksi pertama Dee sudah mrncuri tumpuan Riz.

"Pertama.. saya bahagian security yang mengawal dan menjaga tempat letak kereta dan kereta yang keluar masuk... "

kemudian Dee memasangkan satu video.. dalam video tu kelihatan beberapa security yang sedang bertugas.

Riz terkejut melihat video tersebut. Dia mula berfikir bila masa Dee merakam video tersebut.

"Dah tengok video yang saya tayangkan...Errr.. Encikkk...?? tanya Dee pada penyelia security.

"Darius ...." jawab penyelia security tu.

"Di mana kelemahan dan kesilapan yang di lakukan oleh anak buah awak...??? Dee menyoal lagi.

Darius hanya diam dan tak tau nak jawab.

"aarrr.. Awak diam ertinya awak taktau nak jawab kan... ??? ertinya awak tak nampak kesilapan anak buah awak semasa bertugas... kan.. dan.. ertinya kelemahan pengurusan bahagian security kesilapan awak sepenuhnya..."

Air muka Darius mula berubah.

"Boleh Cik Deerlina bagitau saya di mana kesilapan atau kelemahannya.. " soal Darius

"Video ni saya ambil dalam jam 6 lebih.. masa tu ada jem sedikit.. tapi anak buah awak langsung tak berganjak dari tempat duduknya untuk meninjau apa punca kesesakan tersebut.. dia hanya duduk dan memerhati kereta saja. Gajinya di bayar hanya untuk duduk saja kah...?? nampak dah sesak dia harus bertindak jadi traffic Man "

"Video kedua ni saya ambil di tempat kereta masuk dan kereta keluar.. sistem ni dah ok dah.. masa ada kesesakan ada security berdiri di sebelah mesin membantu customer memasukkan kad supaya cepat sikit.. tapiii.. tak ada senyuman di wajah.. lepas tu takde komunikasi langsung dengan pelanggan. Sekurang-kurangnya cakap lah 'Terima kasih.. sudi datang lagi...'

"Kedua-dua kes ni mungkin kita nampak kecil tapi memberi impak yang besar di hati customer..."

"sekarang saya nak sentuh bahagian penyambut tetamu... Sila lihat video ini.."

"puaan... ??"

"Christy..." jawab penyelia bahagian penyambut tetamu.

"Oh .. ok puan Christy.. apa kelemahan dan di mana kesilapan anak buah awak dalam video ni.." soal Dee.

"Video pertama tu.. kelemahan dari bell boy tu takde komunikasi dengan customer... dan Video kedua kurang layanan mesra dari staff receptionist dan bercakap agak sedikit kasar bila customer banyak bertanya dan staff receptionist yang 2 lagi sibuk bercerita hal peribadi ketika ada customer..."

"Waahh.. tahniah puan Christy.. tapi yang menjadi tanda tanya saya... kenapa anak buah puan melayan pelanggan begitu...??? sambil Dee menunjuk di layar video tu.

"Saya sudah pernah menegur dan memberi nasihat tapi ada beberapa staff yang masih tak ikut arahan..." jawab Christy beri penjelasan.

"Berhentikan saja.. biar kita kehilangan satu pekerja daripada kita kehilangan 100 pelanggan" Tegas Dee.

"Ni saya setuju.." Riz tiba-tiba bersuara.

"Terima kasih Boss" sambil Dee memandang Riz dengan senyuman.

"Ok.. Seterusnya bahagian House keeping..."

"Saya Rose..." Penyelia House keeping.

"Hai Rose.... bilik kemas dan bersih, towel, selimut semua bersih.. cuma.. bilik saya yang boleh merokok.. kerana saya tak merokok saya masih dapat hidu bau asap rokok... Dan semalam saya sengaja minta tukar towel dan minta tambah nescafe, gula dan susu.. dan.. ada dan disitu... saya mendapat layanan yang kurang baik dari staff housekeeping.."

Lalu Dee menunjuk Video yang di curi-curi rakam dan hanya kelihatan kaki staff tersebut dan hanya kedengaran suara staff dan Dee.

"Saya memang ada dapat aduan pasal staff ni dan ada seorang lagi staff .. dan masalah ini saya sudah sampaikan pada HR department 3 bulan yang lalu untuk di ambil tindakan.."

"Terima kasih atas penjelasan awak Cik Rose.. Masalah ini saya pun tak boleh nak masuk campur.. Tuanku CEO nanti yang selesaikan..."

"Boleh saya teruskan En. Riz...???"

Riz hanya mengangguk. Bukan dia tak nak bersuara tapi mulutnya seperti terkunci memandang Dee. Dee mempunyai Aura yang kuat untuk menarik mata dan hatinya untuk terus menatapnya.

"Baiklah sekarang kita masuk ke bahagian Mall.. Semalam saya masuk ke mall.. Saya nak cari kedai watson dan Mr. Diy.. hampir 30 minit saya pusing baru jumpa watson dan Mr. Diy. Komen saya selaku customer ... penyusunan kedai tidak teratur... Di setiap Mall.. dan perlu ada buat peta untuk menunjukkan kedudukan setiap kedai di depan pintu masuk Mall..."

"Kedua mesin pembayaran tempat letak kereta harus lah di letakkan berdekatan dengan Lif di setiap Tingkat agar tidak ada kesesakan seperti semalam..."

"Dari semua yang saya sudah nyatakan tadi.. semua tu berbalik pada customer service. Perlu saya ingatkan anda semua... Kita menjual Perkhidmatan apabila perkhidmatan kita kurang memuaskan di hati customer .. anda fikir customer nak beli tak...??

"Saya andaikan saya pelanggan yang datang menginap di hotel untuk pertama kali.. Setelah saya mendapat layanan seperti dalam video di atas.. kompom saya tak nak datang lagi ke hotel ini.. Jangan kerana nila setitik Rosak susu sebelanga.."

Riz terpegun dan merasa kagum dengan Dee. Ketika bekerja dia sangat profesional dengan kerjanya. Di luar kerja pula Dee bersikap santai saja.

"Bermula jam 2 petang ni .. saya nak setiap section hantar 2 orang staffnya dan selepas sejam hantar lagi 2 orang... saya nak buat taklimat sikit tapi dengan cara penggiliran.. dan esok pagi sebelum saya berangkat saya nak jumpa semua supervisior setiap section 9 pagi - 10 pagi.

"Hanya ini yang saja dari saya .. dan tempat ini saya serahkan pada En. Ray.

Mesyuarat mereka selesai pada jam 12 tengahari.

***

Riz sedang duduk untuk makan tengahari bersama Ray tapi pandangan matanya tertuju pada Dee yang sedang duduk makan di meja sebelah bersama Puan Nancy.

"She's Smart kan... " Ray bersuara.

"Ya.. " jawab Riz ringkas.

"wow... pertama kali bro..." Ray terkejut kerana buat pertama kalinya sahabat baiknya merangkap bossnya memuji staffnya.

"Eeehhh... no.. tadi i fikir lain.. " Riz cuba berdolak dalik dengan Ray.

"Hurmmm... i know you my boss..."

"Masih awal .. " ringkas ja jawapan Riz tapi cukup di faham oleh Ray.

Jam 2 petang itu Dee mula memberi taklimat dan bimbingan kepada staff setiap section dengan sistem penggiliran. Manakala Riz dan Ray bermesyuarat di dalam bilik Riz bersama pengurus-pengurus setiap section.

Dee telah pun selesai memberi taklimat dan bimbingan pada semua staff di setiap section.

Ketika dia sedang mengemas barang-barang nya, Riz dan Ray masuk ke dalam bilik mesyuarat tanpa di sedari oleh Dee.

"Dee... " panggil Ray..

"Hey.. bossku sayang terpelanting ke syurga.. " Dee melatah terkejut lalu membuang helaian kertas yang di pegangnya ke arah Riz.

"Ya ampun bossku yang tercinta.. ampun kan patik..." Dee separuh sedar dari latahnya.

Ray dah ketawa terbahak-bahak, manakala Riz hanya tersenyum kelucuan melihat telatah Dee.

Dee mendekatkan diri pada Riz dan melihat dengan dekat ke wajah Riz jika ada luka atau tercalar oleh kepingan kertas yang di lempar kepada bossnya.

"Syukur takde luka atau calar.."

"Dah puas tengok... ?? atau nak dekat lagi...?? tegur Riz.

Dee baru tersedar yang jarak muka mereka hanya 4 inci saja. Dee cepat cepat menjarakkan dirinya dari bossnya.

"Ray lain kali bagi lah salam.. bukan main terjah je.. tengok tu.. boss yang jadi mangsa nasib baik saya pegang kertas saja tau.. kalau kebetulan saya pegang pen atau benda keras.. habis lah wajah En. Riz yang tampan ini.. wajah yang mengalahkan omar Borkan ni... " marah Dee pada Ray.

"Dah... " Riz bersuara. Ray dan Dee terus berdiam.

"Malam ni kita makan bersama di Restoran Nelayan.. 7 malam tunggu kat lobi.. "

"Ok boss.. " jawab Dee dan Ray.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience