"Nak saya bagi markah persembahan tarian tadi ke..." ayat pertama keluar dari mulut Dee. Mereka semua ketawa termasuk Riz.
"jujurnya.. tarian persembahan kamu tadi adalah yang terbaik dan terhebat yang pernah saya lihat live didepan mata saya.. terutama lelaki yang last muncul tu.." Lalu Dee memandang Riz, Riz pula pura-pura nak nenciumnya. Dee terus menutup mulutnya dengan tangan yang sedang memegang mikrofon. Semua staff ketawa mendengar dan melihat gelagat mereka.
"Dan jujur lagi... ketika anda semua buka mask.. pertama yang menarik minat saya dan buat saya terkejut melihat En. Hasnol ada menari bersama... Tak terlintas langsung di fikiran saya yang tu semua untuk saya.. masa tu saya fikir Indah holding nak buat promosi.. dan saya tertanya-tanya.. 'kenapa saya tak tahu..." Mereka semua ketawa lagi..
"Terima kasih buat anda semua yang dah jadi penari terhebat hari ini.. mungkin tanpa bantuan anda semua .. Misi melamar gadis idaman tuan CEO kita ni (Lalu menunjuk dirinya sendiri) takkan berjaya dengan cemerlang..." Semua staff bersorak.
"Dan buat Umi.. yang culik saya dan bawa ke london.. Rupanya team power rangers kalau bergabung betul-betul power.." Riz dan Umi ketawa dan saling berpandangan.
"Terima kasih kerana memilih saya tanpa memandang kedudukan saya, mempercayai saya, menyayangi saya seperti anak Umi sendiri.." tiba-tiba Riz menarik tangan Dee yang sedang memegang mikrofon ke tempat nya...
"Umi saya cemburu..." katanya. Riuh lagi ballroom itu oleh ketawa mereka semua. Dee menyambung semula ucapan nya.
"Terima kasih buat nenda, pak long dan mak su yang telah menjaga saya selepas saya kehilangan baba dan Umi... dan..."
"Buat Omar Borkan saya (lalu Dee menghadap memandang Riz).. Selama 5 hari kita berpisah.. baru saya sedar.. yang selama ini.. Awak telah mencurahkan cinta awak, kasih sayang awak pada saya melalui perbuatan dan layanan awak pada saya.. OMG... bodohnya saya... dan 5 hari berpisah baru saya sedar betapa saya tidak boleh berpisah dengan awak walau sehari.. perasaan rindu ingin jumpa awak, ingin berada di sisi awak menyeksa saya.. dari rindu terbit perasaan sayang dan cinta pada awak.."
"Selepas ni.. kita akan saling menjaga, saling menyayangi, saling memahami, saling mempercayai.. untuk kebahagiaan kita..." Lalu Dee mencium pipi Riz.
Riuh lagi ballroom oleh tepukan tangan.
***
Berita pertunangan Riz trending no. 1 di Malaysia. Video dia melamar Dee juga sudah tersebar di seluruh malaysia. Ramai gadis-gadis yang kecewa dan ramai juga yang tumpang gembira dengan Dee dan ada yang tak boleh terima terutama sekali Noreen dan juga 2 orang sepupu Dee yang baru mendapat berita itu.
"Eeehhh aku tak puas hati lah.. kenapa pula budak gemuk tu boleh dapat lelaki yang tampan dan kaya...di lamar dikhalayak ramai lagi.. ahrrrrr.... !!!!!" teriak zila sepupu Dee.
Ramona pula menangis ketika mendapat berita pertunangan Riz. Pedih hati nya lebih pedih dari ditusuk oleh pisau belati. Dia ada terfikir nak merosakkan pertunangan Riz tapi dia ingat balik videonya ada dalam simpanan Umi.
"Dah lah tu mona.. salah awak sendiri.. tak sedar dek untung.. dah dapat permata awak tak jaga.. sekarang agensi model pun takde nak ambil awak lagi.. baik awak lebih mendekatkan diri pada Allah.. Doa yang baik-baik untuk diri sendiri.. cari lah kerja yang elok-elok.. awak pun bukan takde sekolah.. gunalah sijil-sijil awak tu cari kerja..." teguran dan nasihat dari ibu Ramona.
"ya ibu.. mona dah sedar.. tapi bila mona ingat balik perbuatan mona selama tu.. hati mona sakit ibu.. mona menyesal bu... " luah Ramona.
Komen-komen natizen, ramai yang memuji dan mengatakan Dee sebagai gadis yang bertuah.
"Aku takkan membenarkan kau bahagia Deera... aku tetap akan rebut Riz dari kau.. biarpun kau dah jadi isteri nya... Kau tunggu Deera.. aku akan rosakkan nama kau.. " Noreen bercakap sendiri dalam bilik nya.
*
"Wah bertuahnya gadis yang jadi pilihan En. Rizman... tak semua orang kaya akan memilih yang sama taraf dengan mereka.. mesti gadis ni seorang yang sangat baik, jujur dan ikhlas.. kalau tak... takkan En. Rizman boleh jatuh cinta dengan nya.. sehingga uminya pun membantu untuk memikatnya..."
"saya kenal gadis ini .. dia sangat sederhana tapi bersikap profesional bila bekerja.."
"seorang gadis yang jujur dan tidak bersikap plastik seperti gadis-gadis yang nak menggoda En. Rizman..."
"Betul tu.. saya lihat wajahnya pun Suci dan bersih..."
Antara komen-komen Natizen.
Tiba-tiba masuk satu komen dari seorang Natizen.
"Suci ke kalau merosakkan hubungan.. En. Riz putuskan pertunangan pun gara-gara dia lah... "
"Betul ke...???"
"Sudah lah tak cantik.. gemuk.. kamu semua ingat En. Riz boleh suka dia ke...?? kalau dia tak guna-guna......??
"Awak jangan nak tuduh-tuduh tanpa bukti.. ke awak kecewa sebab En. Riz reject awak hahaha...??" jawab dari seorang Natizen
"kompom lah dia tu yg salah seorang gadis yang terkejar-kejar dengan En. Riz..." lagi komen dari seorang Natizen.
"mulut bau longkang.. siapa yang nak...??" balas komen seorang lagi Natizen.
Tiba-tiba Ramona masuk memberi komen.
"Kes kami putus tunang tiada kena mengena dengan Cik Deera, memang kami dah takde jodoh.." Komen Ramona
Ramai natizen memuji pengakuan ikhlas dari Ramona dan mendoakan semoga Ramona menemui kebahagiaan.
**
Hari ini Riz dan Dee mengikuti kursus nikah. Sewaktu Riz menjemput Dee dirumahnya, Riz terpegun melihat keayuan Dee mengenakan tudung dan baju kurung.
"you look so beautiful sayang..." Riz memuji Dee
"Jadi selama ni saya tak cantik ke...???" balas Dee bergurau.
"No... maksud I.. sayang kelihatan cantik, ayu dan anggun dengan berbaju kurung dan bertudung.." Jelas Riz.
"jadi.. selama ini saya tak ayu lah.. tak anggun lah kannn...." jawab Dee lagi.
"Sayang....." lalu Riz menggenggam tangan Dee.
Dee tergelak ketawa...
Mereka pun tiba di bilik kursus. Semua mata tertumpu pada mereka berdua.
"Waah.. pasangan viral dan trending pun adalah... boleh ambil gambar tak...?? tanya seorang peserta kursus.
"Waah bertuahnya saya... selama ini saya hanya melihat En. Rizman di media-media sosial... sekarang dah depan mata.. macam tak percaya pula... bertuahnya Cik Deera dapat En. Rizman yang Sangat kacak ni..." Fira salah seorang peserta kursus. Dee hanya mengangguk dan tersenyum.
"Sebenarnya saya yang bertuah dapat cik Dee.. Susah saya nak dapat dia ni.. Satu KLIA saya sewa untuk pujuk dia terima saya..."
"wow.. Romantiknya En. Rizman.. "
"Bila nikah ....?? tanya seorang lagi peserta.
"hujung bulan ni... " jawab Riz dengan ramah
"Cik Dee diam je..." tanyanya lagi.
"Oh.. sebab soalan tu yang layak jawab pihak lelaki.. sebab bukan saya yang melamar ... tapi yang dilamar ... " jawab Dee.
"Ahrr.. betul tu cik Dee.. " sampuk seorang peserta kursus. mereka semua ketawa.
"Saya jemput awak semua datang masa hari perkahwinan kami.. nanti lepas ni tolong bagi nama dan no telefon dalam satu kertas ya..."
"Betul kah En. Rizman...???" tanya mereka
"betul ni..." jawab Riz.
'Waaahh.. first time lah ni saya menghadiri majlis perkahwinan seorang billionaire..."kata seorang lagi peserta kursus.
****
Dalam masa 3 hari Riz dan Dee telah mendapat sijil kursus nikah dan surat keputusan ujian HIV.
Hari ini mereka akan ke butik pengantin menempah baju Nikah dan 2 baju persalinan masa resepsi perkahwinan mereka.
Dee dan umi dah sampai dahulu ke butik. Riz lewat sikit kerana masih ada mesyuarat.
Setelah hampir 30 minit mereka berada di butik, tak lama Riz pun sampai. sewaktu Riz tiba, Dee sedang khusyuk melihat rekaan fesyen baju pengantin yang di reka sendiri oleh pemilik butik tersebut.
"Dah lama tunggu ke....!??" Riz mengejutkan Dee dari belakang.
"Hey.. jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama dia dipetik orang...!!"Latah Dee.
Tergelak ketawa Riz dan Umi. Pn. Emelia pemilik butik tersebut dan beberapa staff nya juga tergelak kelucuan mendengar latah Dee.
"Amboiiii... sukanya dia kejut kita... takpe.. ada lori ada bas.. lain kali .. sayang naik lori.. saya naik bas ye... " kata dee bergurau.
Riz cepat-cepat memeluk Dee yang sedang duduk membelakangi nya.
"Sorry sayang.. I tak sengaja..." jelas Riz
"kalau sayang masih merajuk.. i betul-betul akan belikan sayang satu jet peribadi..." ugut Riz tapi Dee masih mendiamkan diri.
Umi hanya duduk memerhati gelagat anak dan bakal anak menantunya. Pn. Emelia pula dan staffnya sudah terkejut mendengar Jet peribadi.
Dee masih mendiamkan diri dan masih duduk membelakangi Riz. Riz mengeluarkan handphone nya lalu mula mendail seseorang.
"Hello Ray... tolong atur pembelian jet peribadi..." belum habis kata-kata Riz, Dee terus bangun dan merebut handphone dari tangan Riz.
"Ray.. saya nak jet peribadi boeing 737..." Lalu mengembalikan handphone itu pada Riz.
"Ray proses...." Sambung Riz bercakap dengan Ray di talian. Dee cepat-cepat merebut kembali handphone dari tangan Riz.
"Ray.. order jet peribadi yang paling mahal di dunia..." lalu menyerahkan kembali handphone tu pada Riz. Umi dah tahan nak gelak tengok gelagat Riz dan Dee.
"Ray proses... " sambung Riz.
Terbeliak mata Dee mendengar. Dia cepat-cepat datang pada Riz dan terus memeluknya.
"Sayang.. cancel semua tu.. " Rayu Dee.
"Marah lagi..???" Dee menggelengkan kepalanya
"Nak merajuk lagi..???" sekali lagi Dee menggelengkan kepalanya.
"Kiss.. " lalu Riz menunjuk pipinya. Dee pun mencium pipi Riz.
"Dah.. cukup-cukup nak peluk bagai.. bebulu biji mata umi melihatnya.. " tegur umi bergurau.
"Lepas kita nikah.. Umi pula Nikah.. nanti Dee tolong cari lelaki yang no. 2 malaikat untuk Umi.." jawab Dee bergurau.
"lama lagi tu... umi nak sekarang..." jawab umi.
"Amboi umi.. macam kes parah dah miang tu... " jawab Dee lagi.
Mereka semua tertawa.
"wow tengku.. I like her style.. bertuah tengku dan Riz dapat wanita seperti Dee.." bisik Emelia ke telinga umi.
"That's why Riz ikat cepat-cepat.. takut di rebut orang..." balas Umi.
Tiba-tiba....
"Assalamualaikum... "
"Walaikumusalam..." salam disambut oleh mereka semua.
Salah seorang staf datang melayan 2 orang pelanggan tersebut.
"Ya Cik.. apa boleh saya bantu...??" tanya Staff tersebut.
"Kami nak jahit baju Dress... kami nak pakai masa pernikahan sepupu saya 3 minggu dari sekarang... sempat ke...??" tanya pelanggan tersebut.
"mungkin sempat.. cik berdua ikut saya untuk lihat design dress.." lalu melangkah membawa pelanggan tersebut masuk ke ruang untuk pelanggan duduk. Dimana Riz, Dee dan umi sedang duduk disebelah meja.
"DD....!?" panggil kedua-dua pelanggan itu.
"Zila....Fika... ???" sahut Dee.
"Sayang kenal ke...??" tanya Riz. Dee sekadar menggangguk.
Zila dan Fika terus berjalan mendekati Dee dan Riz. lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Riz.
"Hai.. saya Zila..sepupu DD.. anak Pak Long... " huluran salam disambut oleh Riz
"Dan saya Fika... juga sepupu DD .. anak mak su.." sekali lagi Riz menyambut huluran salam
Riz dan umi sedar perubahan wajah Dee. Zila pula dah tunjukkan gayanya yang nak menggoda Riz.
"Zila.. Fika.. kenalkan ni Umi Riz..." Dee memperkenalkan Umi pada mereka berdua. Mereka hanya bersalam biasa tanpa mencium tangan Umi.
"Zila dan Fika nak jahit baju juga ke...??" tanya Dee.
"Yala.. kami nak pakai masa hari perkahwinan DD.. " jawab Fika.
"Sebenarnya.. untuk keluarga belah perempuan.. kita mengenakan tema warna peach dan belah lelaki tema warna kuning... " Jelas Dee
"DD sengaja tak bagitahu kami kan.. supaya masa tu kami berdua saja yang lain warna.. sengaja nak malukan kami kan... !!??" tengking Zila.
Riz baru nak bersuara tapi di tahan oleh Dee.
"Nenda, pak long dan mak su dah tahu dah.. cuma tunggu kain sampai je..." Jelas Dee lagi.
"Pak long dan Mak Su takde bagitahu Zila dan Fika ke ..???" Tanya Dee
Zila dan Fika saling berpandangan, lalu menggelengkan kepala mereka.
"Nak tunggu kain sampai dari mana... ?? lain lah kalau order kain sutera yang termahal tu.. apa tu sutera Mulberry sutera murbei....??? Perli Fika
Tiba-tiba datang salah seorang staff membisikkan sesuatu kepada Emilia. Emilia hanya mengangguk-anggukkan kepala.
"Good News Tengku.. Kain Sutera Mulberry yang tengku order dah sampai dah.. jadi tak lah saya kalam kabut nanti..." Beritahu Emilia.
Zila dan Fika terlopong mendengar perkataan 'Tengku' dan 'Sutera Mulberry' tu.
"Keturunan Raja rupanya..." Fika berbisik ke telinga Zila.
Riz mempelawa Dee Duduk disebelahnya tanpa mempedulikan Zila Dan Fika. Mereka mula memilih design yang telah di reka oleh Emilia.
"Riz.. !!" Ray muncul dengan tiba-tiba
"Eehh Riz ku sayang terpelanting ke syurga....!!! Dee terkejut lalu melatah.
"Amiinnn...." sahut Riz.
Umi dan Ray serentak ketawa. Zila dan Fika hanya jadi pemerhati.
"Alololo.. Menantu limited edition umi ni.. ciannya... " Meluat dan sakit hati Zila dan Fika melihat Dee disayang begitu.
"Ray.. ingat.. lain kali bagi lah salam dulu.. " Dee bersuara.
"Sorry Dee..." jawab Ray
"Apa hal ni Ray....??" tanya Riz.
"Ni lah.. kes yang Riz call tadi.. tiba-tiba putus.. nak proses lagi ke pembelian Jet peribadi yang paling mahal untuk Dee...??? tanya Ray
Terlopong sekali lagi zila dan Fika mendengar. mereka berbisik sesama sendiri sekaya mana bakal suami DD sehingga sanggup nak belikan DD Jet peribadi.
"Ray.. cancel.. saya tak perlukan tu semua.. lagi pun Umi dah ada satu.. Riz pun dah ada satu.. saya nak buat apa dengan jet peribadi tu...??? jawab Dee.
Ray masih menunggu jawapan dari Riz. Mereka saling berpandangan.
"Sayang....!"suara merayu Dee .
" Ok Ray.. cancel..." jawab Riz.
Zila dan Fika pun sama seperti Noreen, tidak dapat menerima hakikat yang Dee dapat seorang bakal suami yang kacak dan sangat kaya.
"Masa ada 3 minggu untuk merebut hati Rizman.. dan yang akan berkahwin dengan Rizman 3 minggu akan datang ni ialah aku...."Bisik hati Zila dan Fira.
Hai semua.. Sis minta maaf banyak-banyak sebab lambat update.. terima kasih semua kerana support dan bagi sokongan dan semangat buat Sis.
Share this novel