Hari ini masuk 3 hari samad tak Jumpa Umi. Rindunya pada Umi hanya Tuhan saja yang tahu. Lalu dia buat keputusan hendak pergi ke KL. Tapi otaknya binggung nak mencari alasan apa agar dapat jumpa dengan Umi. Tiba-tiba dia dapat idea. Dia pun menelefon Dee.
"Assalamualaikum Dee.."
Walaikumsalam... siapa ni...??
"Uncle samad ni... uncle nak turun KL sebab ada barang nak cari.. Dee nak pesan apa-apa tak...??
"Ya Allah.. uncle.. syukur Alhamdulillah Uncle call .. dari pagi Dee mengidam nak makan ayam pencen masak lemak cili api di restoran yang depan pejabat tu.. kalau uncle datang KL.. tak perlu lah Wak Ali turun..."
"Ahh.. patutlah Uncle tergerak hati nak call Dee.. rupanya mengidam nak makan ayam pencen.. nanti Dee send location rumah Dee.. nanti uncle datang hantar...."
mereka menamatkan perbualan. Dee dah mula telan Air liur tak sabar menunggu ayam pencen masak lemak cili api yang akan di bawah samad dari melaka. Dia pun pergi mendapatkan suaminya..
"Hubby.. boleh tak hari ini saya tak masuk office.. sayang nak tunggu uncle samad datang bawa ayam pencen masak lemak cili api dari restoran yang depan office tu....." rengek Dee memujuk suaminya.
"Sayang call uncle samad suruh hantar ke...???" tanya Riz terkejut.
"Takkk.. kebetulan uncle call tadi tanya Dee kalau ada nak pesan apa-apa.. sebab dia nak turun KL.. ada barang nak beli katanya... "
"Siapa yang datang.... ???" umi tiba-tiba muncul menyampuk.
"Ah umi... teruna limited edition umi tu nak datang sini tau.. dia nak hantar ayam pencen Dee..." jawab Dee
"Samad....??" tanya umi.
"Amboi umi... teruna limited edition pula namanya ye.... ???" usik Riz. Dee terus menutup mulut nya dengan tapak tangan nya.
"Tengku orang nya yang baik hati.. sebab tu.. ada anak yang limited edition.. dapat menantu limited edition.. sekarang.. ada teruna limited edition pula... tapi jangan di lupa pemandu merangkap bodyguard limited edition tengku ni...." tiba-tiba wak Ali muncul.
"hahaha.. ada lagi brand limited edition yang baru rupanya... " Sahut Dee
"Dee minta teruna limited edition tengku tu bawa banyak sikit ayam pencen masak lemak cili api tu.. Wak pun nak juga.." kata wak Ali.
Dari pembantu rumah, tukang kebun, pengawal keselamatan, pemandu serta pengawal peribadi, mereka semua sudah dianggap seperti keluarga oleh Umi dan Riz sehingga mereka tidak segan untuk berborak atau bergurau dengan Umi dan Riz dan kini rumah itu semakin meriah sejak kehadiran Dee. Semua pekerja sangat menghormati dan menyayangi Dee. Mereka semua sangat bersyukur dan tumpang gembira dengan Umi dan Riz kerana berjaya mendapatkan Dee.
**
Tepat Jam 12 tengahari, samad sudah berada di depan pintu pagar rumah agam tersebut. pintu Pagar besi setinggi 10 kaki itu terbuka dan samad memandu melintasi pintu pagar tersebut . Dia pun meletakkan keretanya di tempat letak kereta yang kosong.
Hatinya memuji kecantikan rumah tersebut yang bak istana. Terdetik di hati nya berkata..
"Siapakah sebenarnya suami Dee ni...???
"Assalamualaikum uncle samad.. Mari lah masuk.. " Dee yang muncul di balik pintu.
"Walaikumsalam.. " salam di sambut oleh samad.
"Naah.. ini ayam pencen Dee..." Lalu samad menghulurkan bekas tempat lauk yang tahan panas itu pada Dee
Dee menyambut bekas itu... "Terima Uncle..."
Dee terus membawa Samad ke ruang meja makan. Di mana umi sedang menunggu untuk makan tengahari.
Hati samad terus seperti bunga yang subur setelah melihat wajah wanita yang berjaya mencuri hatinya yang telah lama di bawa pergi sesat entah ke mana.
"Assalamualaikum Nur...." Samad memberi salam.
Nur menoleh pada Samad dan pandangan mata mereka bertembung. Hati Umi pun terus berbunga-bunga seperti Samad.
"Walaikumsalam.. " jawab Umi
"Silakan duduk Mad.. kita makan tengahari bersama.. Nur dah tunggu mad dari tadi lagi ni.. jadi takde penolakan ya..." Umi mula bagi hint pada samad.
"ya ke .. wahh lain rasanya ada orang sediakan makanan dan tunggu kita makan ni.. " jawab samad lalu memandang umi dan sekali lagi pertembungan mata mereka berlaku. Lalu Samad mengambil tempat duduk disebelah Umi. Dee hanya jadi pemerhati.
Mereka pun mula menikmati makan tengahari bersama. Dee pula tidak menyentuh mana-mana hidangan. Dia hanya makan ayam pencen masak lemak cili api yang dibawa oleh samad tapi dia tidak lupa menyimpan sedikit untuk suami kesayangannya dan selebihnya dia memberi kan pada wak Ali dan Ainur serta 3 orang lagi pembantu Ainur.
"Lepas ni Mad nak ke mana.. " tanya umi setelah mereka telah selesai makan tapi masih duduk di meja makan menunggu hidangan buah betik yang telah diminta Umi.
"Mad nak cari barang untuk menyelam.. sebab masa pembinaan di dalam laut tu nanti .. Mad nak juga meninjau dekat dalam laut tu .. Dah lama dah Mad tak beli peralatan menyelam.. nak ganti baru sudah semuanya..." jawab Samad.
"Nur temankan Mad.. Nur pun nak beli peralatan menyelam.. lepas tu mad bawa nur pergi menyelam.. dah lama dah nur tak menyelam ni.."
"Nur pandai menyelam...???" terkejut samad.
"masa muda-muda dulu pernah juga sekali pergi menyelam... sekarang dah lupa dah semuanya..." jelas Nur.
"Tadi Mad tengok kolam renang tu besar dan dalam.. lepas kita beli peralatan .. mad ajar Nur menyelam di kolam renang tu dulu ya.. tapi sebelum tu.. Mad nak cari hotel dulu.. sebab mungkin Mad stay 2 hari sini.. " jawab samad.
Berbunga hati umi mendengar yang samad akan tinggal 2 hari di KL.
"Kalau gitu.. samad tinggal di hotel Riz saja.. nanti nur call Riz .. ada baiknya kita gerak sekarang cari peralatan berenang tu.. supaya besok Mad dah boleh ajar Nur.. "
**
Mereka kini berada di Mega Mall milik Riz. Hotel milik Riz juga terletak di Mega Mall ini.
Kebetulan mereka tiba ada production House sedang mempromosikan Telefilem mereka bersama barisan pelakon drama tersebut. Keadaan agak sesak di Mega Mall itu.
Ada beberapa pengunjung merasa teruja apabila mengetahui pelakon pujaan mereka ada di mega mall tu. Tanpa sengaja seorang pengunjung tersinggung bahu Umi dan umi hampir jatuh mujur Samad sempat menahan Umi daripada jatuh dengan lengan nya yang sasa tu merangkul pinggang umi.
Mata mereka bertembung lagi dan rentak jantung mereka saat ini senada seirama.
"Terima kasih Mad..." ucap umi tersipu malu.
"Sesak sangat ni ... Nur pegang tangan Mad.. " lalu Samad menghulurkan tangan kanan nya dan disambut oleh umi. Dia juga mengambil beg tangan umi dan memegang ke tangan kiri nya.
Samad jalan dahulu didepan dengan tangannya menggenggam erat tangan umi yang berjalan di belakang nya. Tengah mereka hendak keluar dari himpunan orang ramai tu.. tiba-tiba para pengunjung mula bersorak dan bergerak seperti mengajar sesuatu. Rupanya pelakon utama Drama tersebut baru tiba.
Samad risau akan keselamatan umi. Dia cepat-cepat menarik Umi dan memeluknya dan membawanya keluar dari himpunan orang ramai itu. Umi bahagia sangat diperlakukan begitu oleh samad. Dia tidak pernah di perlakukan begitu oleh arwah ayah Riz dahulu. Sebab itulah Umi mendidik Riz agar menghormati dan menatang bagai minyak yang penuh wanita yang dia cintai.
"Nur.. saya minta maaf jika perbuatan saya tadi terlebih batas.. saya cuma taknak Nur tercedera..." samad bersuara setelah mereka berjaya keluar dari kesesakkan itu.
"Nur faham .. Mad tak perlu risau.. malah Nur nak ucapkan terima kasih kerana telah menjaga Nur.." jawab Umi lalu melemparkan senyuman pada Samad. Melihat senyuman Nur makin bertambah lah samad jatuh cinta dengan umi
Mereka berdua telah sampai ke kedai yang menjual peralatan untuk menyelam. Umi menyerahkan semua pada samad kerana dia tahu samad lebih arif bab-bab itu.
"Mad.. pilih yang berkualiti tinggi dan jenama yang dipercayai ya.. kali ini Nur belanja.."
"Eehh.. tak perlu lah Nur.. Mad boleh beli sendiri.. Mad tak biasa lah .. apa mereka kata nanti bila Nur yang bayar semua... malu lah perempuan belanja lelaki.. "
"Nur yang ikhlas nak belanja.. bukan mad yang minta belanja dengan Nur.. Kalau mad taknak terima ..Nur taknak jumpa dengan Mad lagi.." Ugut Umi.
"Nur... jangan lah macam ni.. ok.. ok.. Mad terima.."
Umi tersenyum gembira mendengar jawapan dari Samad.
**
Mereka kini sedang berada di dalam kolam renang di rumah Umi. Mereka masih berpegang pada tepi kolam renang itu.
Samad sedang memberikan tunjuk ajar pada umi. Umi kelihatan terangguk-angguk menerima taklimat dari Samad.
"Ok.. sekarang Nur perlahan-lahan lepaskan tangan.. kita menyelam dalam kolam.. Nur tengok saya ya.. "
Umi pun melihat samad dan perlahan-lahan melepaskan tangannya dari tepi kolam. Belum pun umi sempat memasukkan tiub oksigen ke mulutnya, dia terus tenggelam kerana belum berapa arif mengimbangi badannya dengan tangki oksigen yang memberat di belakang nya.
Samad dengan pantasnya menyelam dan menarik dan memeluk umi membawanya naik ke permukaan air. Sampai di permukaan air samad terus mengusap-usap pipi umi denga keadaan masih memeluk umi dengan erat.
"Nur ok...??" tanya samad penuh kerisauan.
Umi hanya mengangguk.
"Nur buat jantung Mad nak tercabut tau.. Mad tak nak ada apa-apa terjadi pada Nur.. Mad tak nak kehilangan Nur.. " kerana terlalu risau sehingga Samad terlepas cakap.
"Apa Mad cakap tadi .. Nur tak berapa dengar.. " tanya Umi minta kepastian.
"hurrmm .. dah.. tak perlu lah belajar menyelam.. Mari naik.. Malam ni Mad belanja Nur makan malam.." Lalu samad naik dahulu dan menghulurkan tangan pada umi. Umi menyambut huluran tangan Samad lalu samad menariknya naik dari kolam.
"Nur pergi bersihkan diri dulu.. Mad nak balik hotel dulu.. nanti jam 7 Mad datang jemput Nur..." kata Samad yang sedang berdepan bercakap dengan Umi dengan tangannya masih menggenggam erat tangan umi. Kini mata mereka saling bertentangan. Cepat-cepat Mad meleraikan pandangan mata mereka.
"Mad jalan dulu.. jangan lupa Mad jemput Nur Jam 7 petang ni.. Assalamualaikum..." Umi terkaku seperti patung menerima layanan yang sangat mesra dari Mad.
"Waaa.... laikum... salam..." salam di sambut oleh Umi.
kemudian Mad pun mula mengatur langkahnya meninggalkan umi berdiri kaku di situ.
Tiba-tiba..
"Wahai Umi ku sayang....!!" Dee mengejutkan umi dari belakang.
"Oiiii.... !!!.. (lalu berpaling ke belakang) Dee... !! dah pandai nak kejut kan umi ahrrr..."
"wow ada orang tengah di lamun cinta di akhir garisan.." lalu Dee menyanyikan lagu chorus cinta di akhir garisan.
"Cinta sebenar..Naluri...
Ada sabar.. serasi..
Tiada getar.. luahkanlah hatimu..
Inilah buktinya...
Cinta yang diakhir garisan..."
Sambil membuat gaya seperti seorang yang sangat merindui kekasihnya.
"Amboi.. sejak mengandung ni Dee kuat sangat nak sakat umi.. ni mesti anak lelaki ni.. "
"haa. .. kalau umi nak tahu.. cucu umi yang kat dalam ni.. keturunan power rangers tau.. "
Tergelak Ainur, Wak Ali dan 3 orang pembantu rumah yang sedang berada di ruang dapur kering mendengar celoteh Dee.
"Puan muda .. puan muda.. ada-ada saja.. patut lah Tuan besar dan tengku sayang betul dengan puan muda... " Ainur bersuara.
"tengku sanggup tolong Riz memikat Puan Muda sebab tak nak Puan muda jatuh ke tangan orang lain.. siap sewa KLIA lagi untuk melamar Puan muda .. bukan cincai maa... " sambung wak ali.
mereka semua ketawa kelucuan mendengar Wak Ali bercakap dalam loghat cina.
**
Tepat jam 7 malam Samad datang menjemput Umi. Samad terpegun melihat penampilan umi yang sungguh Anggun malam itu. Umi pun turut terpegun melihat penampilan samad malam itu yang menyerlahkan ketampanan.
"Kita nak makan dekat mana ni mad...?" tanya umi sewaktu kereta yang di pandu samad mula bergerak.
"Nak bawa orang special.. mesti lah tempat pun special.." jawab samad lalu melirik umi.
"wow.. rasa tak sabar nak sampai ni .." lalu umi membalas lirikan samad.
"Nur jangan lirik macam tu.. hati Mad tak kuat ni.. nanti jatuh takde orang nak kutip..."
"takpe.. sebelum jatuh ke lantai.. Nur sambut dulu..."
"Cepat tadah tangan Nur.. dah nak jatuh ni..."
"Hahaha.. Nur tak sangka Mad pandai bergurau juga rupanya..."
"ini pengaruh dan jangkitan dari menantu limited edition Nur tu lah.."
mereka pun ketawa bersama. Tapi yang sebenarnya kedua-dua mereka pun, apa yang keluar dari mulut mereka itulah yang dalam hati mereka.
Mereka pun tiba di menara KL. Samad meletakkan keretanya yang dia sudah tempah khas dengan pengurusan KL Tower.
"Kita nak makan sini ke Mad...?"
"Nur ikut Mad saja .." jawab samad ringkas.
Samad membawa Umi makan di restoran yang tertinggi di Malaysia. Di restoran berputar Atmosfera 360°.
"Nasib Nur tak pakai baju kelawar dan selipar jepun ... kalau pakai.. hidup-hidup kita tak di benarkan masuk..."kata umi bergurau.
Langkah Samad terhenti lalu berpaling memandang Umi dengan membuka matanya besar-besar. Umi terus menarik Samad masuk lif sambil ketawa.
Mereka kini sudah berada di dalam restoran atmosfera itu. Mereka duduk di meja yang telah ditempah samad tadi siang. Hidangan makanan yang ditempah samad semua makanan kegemaran Umi.
"Waaahhh.. saya baru perasan KL dah tambah maju dan cantik sekarang ni.. last saya naik ke restoran ni 7 tahun yang lalu..." kata umi setelah Restoran membuat pusingan 360°
"Ditambah dengan lauk kegemaran Nur.. susah Nur nak ungkapan kesedapan nya..." tambah Umi.
"Saya first time naik ke restoran ni.. " kata Samad.
terkejut umi mendengarnya.
"yaka.. tapi napa Nur lihat Samad familiar sangat dengan staff di sini...?" tanya Umi.
"oh.. tu mungkin waktu Mad datang sini tadi petang untuk buat tempahan.. " jelas samad.
"Lepas balik dari rumah Nur.. Saya terus datang sini buat tempahan.." sambung samad.
"sebenarnya kalau bukan hujung minggu tak banyak orang.. tengok seperti sekarang ni.. 2 meja di belakang Mad kosong.. 2 meja lagi di belakang Nur ni kosong..." kata nur.
Yang sebenarnya Samad telah membayar 4 meja tersebut supaya lebih privasi. Tanpa umi mengetahuinya.
"Mad buat ni sebab mad bawa orang yang sangat istimewa dalam hidup Mad tau..."
Umi memandang samad.. lalu tersenyum.
"lawak Mad tak lucu lah. haha" jawab Umi.
"Sebab saya tak melawak.. saya serius ni Nur.. " riak wajah umi berubah. Dalam hatinya berkata " Betul ke " tapi Umi berusaha menahan rasa gemuruhnya.
"hahahaha.. nasib baik kita dah habis makan tau.. kalau tak.. habis keluar balik kerabu pucuk paku yang Nur makan tadi... dan ni jangkitan virus dari Dee lah ni.." Umi cuba mengelak.
"Nurrr..." Umi terdiam mendengar Samad memanggil namanya dengan romantis. Umi seperti terpukau dan terpaku menatap wajah Samad. Wajah yang dirindui dan ingin dilihatnya setiap hari.
malam itu samad kelihatan sangat tampan. Berkulit sawo matang seperti Remy Ishak.. bentuk tubuh badannya pun seperti Remy Ishak. Wajahnya pun ada iras-iras Remy Ishak cuma Samad bila senyum terserlah lesung pipitnya dapat membuat hati Umi jatuh saat pertama kali melihatnya.
Tiba-tiba Mad memegang tangan Umi dan memandang umi dengan penuh rasa cinta.
"Nurrr... Saya cintakan awak.. I Love You.." Akhirnya Samad meluahkan perasaan nya pada Umi. Dan kini mereka saling bertentangan mata dan Samad masih memegang tangan Umi.
Umi masih terkaku..
"Saya sangat mencintai dan menyayangi awak Nur.. Sehari tak jumpa Nur.. hidup Mad betul-betul sunyi sepi dan sangat menderita menahan rindu di dada.. Selama 2 bulan lebih ni mad rasa.. mad menderita sangat.. sakitanya menahan rindu.. sakitnya menahan hati dan perasaan cinta ini... dan sekarang Mad sudah tak dapat tanggung penderitaan ini .. Mad ingin kongsikan perasaan cinta dan rindu ini pada insan yang telah buat Mad menderita..."
Umi masih merenung samad.. tapi mata umi mula mengeluarkan mutiara jernih dan jatuh mengalir di pipinya. Dia sangat terharu dan gembira mendengar pengakuan dari samad. Rupanya selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan.
"Nur.. sudikah awak menjadi kekasih saya.. menjadi penawar kepada kesakitan saya.. ??"
Umi tersenyum gembira dengan linangan airmata nya lalu mengangguk tanda setuju..
"Betul kah...??" tanya samad minta kepastian.
Umi hanya mampu mengangguk. Lalu samad menarik tangan Umi dan mencium nya.
"Terima Kasih kerana sudi terima saya.... saya benar-benar takut tadi.. takut Nur reject Mad.."
"Sebenarnya perasaan kita selama ini sama.. apa yang Mad lalui.. Nur juga melalui nya.. tapi.. Nur kan perempuan.. dan tua 3 tahun dari Mad... balu lagi.. malu lah.. " Jelas Nur.
"Saya tak pandang semua tu Nur.. kali ini saya tak mahu terlepas atau kehilangan untuk kali kedua..." jawab Samad memotong percakapan umi.
"Dan untuk pengetahuan Nur.. Mad dah tak boleh berpisah atau berjauhan dengan Nur lagi.. Nur walaupun hubungan kita ini baru terjalin kira-kira 3 minit yang lalu.. tapi saya ingin cepat-cepat menghalalkan hubungan kita ini..."
Lalu samad mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sebuah kotak kecil berbentuk hati berwarna merah meletakkan nya di atas meja. Mata umi tertuju pada kotak itu.
Lalu samad membuka kotak tersebut. Umi teruja melihat cincin emas putih bertatah berlian.
"Nur.. Sudikah awak terima saya jadi imam awak...??"
Airmata umi mengalir lagi..
"Saya sedia jadi makmum awak..." Lalu menghulurkan tangannya pada samad. Samad pun menyambut tangan Umi, lalu menyarungkan cincin di jari manis Umi.
Samad tidak dapat menahan rasa gembira nya dan akhirnya airmata yang ditahan dari tadi jatuh mengalir juga dipipinya sewaktu dia menyarungkan cincin ke jari Umi.
Tiba-tiba semua staff di situ bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah kepada mereka terutama pada Samad membuat umi terkejut.
"Ooohh.. patutlah Mad macam familiar saja.. rupanya mereka semua dah tahu tujuan Mad bawa Nur dinner kat sini yerr... "
seorang Lelaki berpakaian kemas mendekati meja mereka. Dia menghulurkan tangan bersalam Samad.
"Tahniah En. Samad. Semoga segala rencana dan urusan dipermudahkan...kerana semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.. oleh itu saya serahkan memori card ni.. simpan baik-baik.. sebab ni one in a million punya kenangan yang bersejarah tau.. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana memilih Restoran kami... saya minta diri dulu.. " Lalu lelaki itu pun pergi meninggalkan mereka berdua.
"Ok.. explain..." pinta umi.
"Oohh.. tadi tu pengurus di restoran ni.. saya minta mereka rakam moment saya melamar Nur.. saya pesan.. kalau saya kena reject.. delete saja video tu.. tapi kalau Nur terima.. baru lah beri saya rakaman tu..." jelas Samad.
"owhhh....." jawab Umi.
hai semua.. mohon maaf banyak-banyak kerena sis lambat update episod kali ini.. dan terima kasih anda semua kerena terus menyokong karya sis..
Share this novel