"Eeehhhh... benci...benci...benci... kenapa mereka semua sayang sangat dengan DD tu.. Riz tu satu.. apalah yang dia suka sangat dengan c panda tu.. aku ni lagi cantik dan slim dari c panda tu.... ahrrrrr... sakitnya hati......!!!!! Teriak Zila melepaskan marahnya.
"Dah lah tu Zila.. kita biarkan saja lah DD tu.. aku takut lah.. keluarga Riz tu pengaruhnya kuat.. silap-silap.. kita boleh kena sumbat dalam penjara... " lalu Fika masuk ke biliknya.
"Aku takkan benarkan kau berkahwin dengan Riz.. Deera..." Zila bercakap sendiri setelah ditinggalkan oleh Fika.
****
Hari ini Ramona ada temuduga Sebagai Sales Executive di sebuah syarikat yang menjual kereta terpakai.
"Cik Ramona sila masuk...." panggil salah seorang kerani di situ.
"Terima kasih Cik..." jawab Ramona.
pintu diketuk, kedengaran suara lelaki dari dalam menyuruhnya masuk.
"Masuk..." Ramona pun memusing tombol pintu dan menolak pintu tersebut lalu melangkah masuk.
"Assalamualaikum dan Selamat pagi Tuan.. " Ramona memberi salam.
"Waalaikumssalam.. sila duduk..." salam di sambut oleh lelaki tersebut tapi masih menunduk membaca sesuatu yang berada di atas mejanya. Kerani yang memanggilnya tadi.. masuk dan membawa borang permohonan kerja yang telah dihantar Ramona minggu lalu. Lalu meletakkan di atas meja lelaki tersebut.
Lelaki itu mengangkat wajahnya dan kini mereka saling bertentangan mata.
"Mona...??? kata lelaki tersebut.
"Syam...??? jawab Ramona.
"Betulkah apa yang saya lihat ni.. Awak Ramona kan...??" tanya lelaki itu lagi. Ramona hanya mengangguk.
"OMG Mona... manis dan Ayu nya awak bertudung.. Puas saya cari awak.. tapi tak jumpa.."
"buat apa nak cari saya...?? tanya Romana
"Mona.. sejak kejadian tu.. saya dah janji kan dengan awak dan pada diri Saya sendiri.. saya akan jadikan awak isteri saya.. tapi bila malam terakhir kita bersama ..saya bangun ..pagi tu... awak dah pergi.. Saya berusaha cari awak sebelum saya terbang..tapi hampa.. Kemudian 5 bulan saya di England.. saya dengar awak dah bertunang dengan seorang billionaire.. saya kecewa sangat.. sehingga saya ambil keputusan tak nak balik Malaysia.. lepas habis belajar saya terus kerja disana.." Syam merenung wajah Ramona.
"Kemudian ayah saya sakit.. saya terpaksa balik mengambil alih menguruskan syarikat ini.. dan 2 bulan lalu saya terbaca awak dah putus tunang.. masa tu saya berusaha cari awak lagi.. Saya ingin tunaikan janji yang saya telah lafazkan 5 tahun yang lalu.." Luahan hati Syam pada Ramona.
"Saya tak layak untuk awak Syam.. saya bukan gadis yang suci lagi..."
"Saya yang meragut kesucian awak.. Saya yang merosakkan awak mona.." Kata Syam memotong percakapan Ramona.
"Maksud saya ... saya ni gadis yang kotor.. selepas awak menodai saya malam tu dan kita bersama Selama seminggu..Pagi itu Saya bergegas balik kampung kerana ibu jatuh tangga.. bila saya balik KL.. awak dah pergi ke England.. selepas awak tiada.. saya jadi ketagih.. saya sentiasa terbayang dan teringat saat kita bersama Selama seminggu tu.. Ketagihan Saya tu membuatkan saya bertukar-tukar lelaki.."
"So.. tunang awak...???
"Tunang saya tak pernah sentuh saya.. cium saya pun tidak pernah.. dia juga tak pernah menyintai saya.. Umi dia yang paksa dia bertunang dengan saya... dan saya kena tangkap basah oleh tunang saya sendiri Dan uminya..."
"Syam.. saya tak layak untuk awak.. mungkin ibu atau ayah awak dah dengar dan tahu cerita saya.. Memang saya dah insaf atas segala perbuatan terkutuk saya tu.. tapi belum tentu orang boleh terima saya... " Luah Ramona.
"Saya mencintai awak Mona.. saya tak kisah dengan kisah silam awak.. saya tahu.. saya yang bersalah merosakkan awak.. sehingga awak jadi begitu.. dan saya pun bukan lelaki yang baik sebelum ini.. saya pun bertukar-tukar pasangan juga waktu di England.. tapi saya berfikir sampai bila saya harus jadi begitu...??"
"Mona.. kita kahwin..." ajak syam.
"Saya takut kedua ibu bapa awak tak terima saya.. " jawab Ramona
"Mereka dah tahu kisah kita yang dulu.. Mummy sampai hari ini asyik membebel suruh saya cari awak..."
"Betul ke...?? tanya Ramona.
"iya... " jawab Syam.. lalu syam berdiri dan melangkah keluar dari mejanya dan mendekati Ramona. Lalu syam menarik tangan Ramona dan Ramona pun berdiri berhadapan dengan syam. Syam terus memeluk Ramona lalu membisikkan sesuatu ke telinga Ramona.
"I miss you so much..."
Ramona teringat kembali kenangan mereka bersama selama seminggu itu. Bulu roma nya mula berdiri. Aura kuat dari syam membuat ketagihan nya datang semula. Ramona cepat-cepat meleraikan pelukan dari syam.
"Why...??? tanya Syam.
"Aura awak sangat kuat hingga saya terbayang masa kita bersama dulu.. " jelas Ramona.
"Kita Nikah .. nak tak.. ?? saya pun tak dapat tahan Dah ni.."
Ramona seperti di pukau oleh Syam sehingga dia mengikut saja kata-kata Syam.
Mereka pun pergi ke klinik untuk membuat saringan HIV. Syukur Alhamdulillah kedua-dua keputusan mereka Negative.
Malam itu Syam nengajak Ramona berjumpa dengan kedua ibubapa nya dan mereka menerima Ramona dengan senang hati. Ramona bersyukur sangat kerana akhirnya dia dapat juga berjumpa dengan seorang lelaki yang betul-betul menyintainya dan bukan sekadar nak kan tubuhnya saja. Walaupun Syam tidak sekaya Riz tapi Ramona tak pernah rasa setenang dan sebahagia yang dia alami sekarang.
Esoknya Ramona dan Syam mengikuti kursus nikah. Sementara Ayah Syam dah menguruskan imam yang akan menikahkan mereka sebaik saja mereka habis mengikuti kursus nikah dan mendapat sijil nikah.
Tepat jam 9 malam.. Ramona sah menjadi Isteri Syam. Ramona menitiskan airmata ketika Syam menyarungkan cincin ke jari nya dan mencium dahinya. Ramona berdoa agar ikatan dan kebahagiaan ini kekal hingga akhir hayat mereka. Ibu Ramona pun menitiskan airmata kegembiraan nya. Akhirnya ada juga lelaki yang menyintai dan sudi memperisterikan anaknya.
Malam itu mereka bergelut dengan dahsyatnya. Sama-sama melepaskan ketagihan mereka tanpa ada rasa malu-malu kerana mereka sama-sama berpengalaman. Syam menyerang dan Ramona membalasnya. Berbeza dengan 5 tahun yang lalu, Syam menyerang dan Ramona hanya menerima serangan dari Syam.
"Sayang jadi pembantu abang di pejabat ya.. abang nak sayang sentiasa disisi abang..." Pinta Syam sebelum mereka terlena kerana telah bertarung panjang di gelanggang.
***
Hari ini.. sampai lah hari yang di tunggu-tunggu oleh Riz dan Dee. Dalam beberapa jam lagi Dee akan menjadi isteri Riz. Mereka kini berada di hotel 5 bintang milik Riz dan akad nikah akan di buat di situ juga di ballroom 2. Ballroom 2 sederhana kecil yang hanya boleh memuatkan 200 orang kerana malam mereka akan buat majlis sanding di ballroom 1 yang boleh memuatkan 500 orang.
Riz berada di suite room 1, sementara Dee di suite room 2.
seawal jam 7 pagi bilik Dee dah di datangi oleh Mak andam, jurumakeup profesional dan ada 3 pembantu. Kerana jam 11 pagi mereka akan Nikah.
Lisa dan Nisa dah tidur semalam lagi menemani Dee di bilik suite tu.
*
Di bilik Riz pula ada Ray , Ash dan mak andam lelaki.
"Bro.. malam ni jangan gelojoh sangat.. slow and steady jerr.. faham-faham lah ni first night and first time untuk awak berdua.. Lisa bagitahu.. For men memang seperti terbang ke syurga.. tapi For women yang first time.. memang sakit.. dan jika nak tahu still virgin or not.. tengok cadar.. Kalau ada percikan darah.. she still virgin.." Ash dah jadi seperti cikgu bagi penerangan pada muridnya.
"Wow... good info.. "Sahut Ray bergurau.
"So.. Ash ... First night you macam mana .?? tanya Riz separuh bergurau.
"Tak dapat nak cakap.. well.. Lisa kan berpengalaman.. she is a good player.. dia buat saya jadi ketagih... hari-hari nak...."
Terlopong Riz dan Ray mendengar.
"I tell the Truth lah... " jawab Ash . lalu mereka ketawa termasuk mak andam.
"I dah suru Lisa ajar Dee.. " sambung Ash.
Riz menoleh ke arah Ash... "Bro.. great job.. thanks Bro..." Lalu buku dan buku mereka dihantukkan.
"I harap .. malam ni.. hotel 5 bintang you ni takde lah gempa bumi ya.. badan wanita yang chubby sikit ni .. sedap tau... lemak berkrim... " tambah Ash lagi.
"Amboi-amboi.. En. Ashraff.. sengaja kan bagi dengar kami yang masih single ni.. Iman I tergoda tau.." Marzuki tiba-tiba bersuara menyampuk perbualan mereka.
"Mar.. awak bila lagi...?? belum jumpa ke...??? Tanya Ash.
"Macam mana nak dapat En. Ashraff.. sekali jumpa yang berkenan di hati.. saya yang jadi mak andam.. " jawab Marzuki.
"Kesian u ni Mar.. lain kali.. kalau dah jumpa yang berkenan di hati.. jangan kasih lama.. terus saja ikat baru tak terlepas.." Ash memberi Nasihat.
"Ash.. suruh Lisa ajar Nisa Juga. ." Ray tiba-tiba menyampuk dan pecah lagi tawa mereka.
*
Sementara di bilik Dee..
tepat jam 10 pagi.. Dee telah siap di makeup dan di rias secantik cantik nya. Tinggal baju lagi belum tersarung di badan dan hiasan kepala.
"haaa.. Dee... !!"
"Eehh engkau ter haa.. hiii... huuu... " jawab Dee melatah.
"Lisa.. nanti tercabut bulu mata kita tau..."
mereka semua ketawa.
"Dee tinggal sejam awak akan sah jadi isteri Riz.." Lisa mula bersuara. Mereka semua memandang Lisa.
"tapi apa yang saya nak cakap ialah pasal malam pertama Dee malam ni..." sambung Lisa.
Dee memandang Lisa tak berkedip.
"Masih ingat apa yang dah saya ajar Dee semalam..?? tanya Lisa.
"Masih Sifu kungfu hustle... " jawab Dee bergurau.
Tiba-tiba pintu Lonceng berbunyi. Seorang pembantu juruhias pergi ke pintu lalu melihat di skrin CCTV seorang pekerja hotel sedang membawa meja sorong yang diatas ada gelas dan teko.
"Pekerja Hotel membawa minuman.." kata pembantu itu.
"Bagilah dia masuk.. saya pun dah haus ni.." arah Lisa.
setelah pintu di buka, pekerja itupun masuk. Dia pun mula menuangkan minum di semua gelas dan memberikan pada mereka satu persatu.
"Silakan minum..." kata pekerja itu sebelum dia meminta diri untuk keluar. Tiba-tiba dia berpusing kembali.
"Maaf.. boleh tak saya pinjam tandas.. saya ni ada masalah buang air kecil. Bila nak membuang terus nak buang. Saya dah tak sempat nak pergi ke tandas staff ni.. " Rayu pekerja itu.
Dee pun membenarkan pekerja itu menggunakan tandas di suite itu.
"Cantiknya tandas ni .. tidur pun boleh di tandas yang secantik dan sebersih ini.." kata pekerja itu. lalu dia pun duduk santai di tandas itu hampir 5 minit. Setelah dia dah berehat sekejap dia pun keluar. Bila dia membuka pintu tandas itu, dia melihat mereka semua sudah tertidur dibuai mimpi yang indah. Pekerja itu tersenyum lalu ketawa seorang diri.
***
10.50 pagi di Ballroom 2
Dee telah sedia duduk di singgahsana yang sangat cantik. Dia tunduk dengan wajahnya yang tertutup oleh selendang putih yang akan di buka oleh Riz. Akad Nikah mereka bertemakan warna putih yang suci dan bersih. Bunga-bunga juga semua warna putih.
Umi yang memilih tema putih ini. Kerana sebelum memilih apa warna tema untuk Akad Nikah, Umi telah memanggil Imam istana untuk menyoal Riz dan Dee adakah sebelum ini mereka pernah tidur dengan mana-mana lelaki atau perempuan dengan bersaksikan Al-Quran di depan mereka. Syukur Alhamdulillah kerana kedua-dua mereka masih suci.
Riz memandang Dee yang sedang duduk di singgahsana. Seminggu tak jumpa, dia terkejut melihat sosok tubuh Dee yang ada kurus sikit.
Ash dan Ray yang duduk di belakang Riz tercari-cari Lisa dan Nisa. Akad nikah dah nak mula tapi mereka belum ada.
*
Ramona pun datang menghadiri Akad Nikah Riz.
2 hari selepas Pernikahan Ramona. Ramona membawa Syam berjumpa Umi.
flashback..
"Assalamualaikum Umi.."
"Walaikuuuumsalam... " terhenti sekejap umi menyambut salam Ramona. Terkejut melihat perubahan Ramona yang sudah berhijab.
"Mona... Syukur Alhamdulillah... " lalu umi memeluk Mona.
"Umi.. perkenalkan suami mona....Syam.. "
Syam menghulurkan tangan pada umi. Umi sambut huluran tangan Syam lalu Syam mencium tangan Umi.
"Umi bahagia sangat tengok mona dah berhijab, cantik sangat.. Semoga Mona dan suami bahagia hingga akhir hayat...amin..."
"Amin... terima kasih umi.."
"Ahrrr.. baru umi ingat.. Datang masa akad nikah Riz Sabtu minggu depan ya.. mesti datang tau.." Ajak umi.
"Oh.. yaka.. ok umi.. nanti Mona datang dengan Syam..."
"Bertuah Riz dapat Deera.. Mona pernah jumpa sekali.. masa tu mereka sedang makan tengahari dengan Ray. Dia tunduk hormat dengan Mona.. dia bagitahu yang dia tu Chef manager Customer service Riz.. dia profesional sangat.. walaupun mona sengaja kutuk dia sebab masa tu Mona dah nampak dah Riz suka dia... " Cerita Mona.
"Yahhh... Dia buat Riz sentiasa tersenyum.. sebenarnya hari pertama Dee kerja lapor diri Riz dah jatuh hati padanya.. Ray yang bagi tahu Umi.. umi ingat umi dah kenal dengan Riz.. rupanya tidak.. Ray lebih mengenali Riz.. Ray kata selama 7 tahun.. itulah first time dia melihat Riz ketawa terbahak-bahak hingga tak kisah orang sekeliling pandang mereka.."
"Apa yang buat Riz ketawa umi..." tanya mona yang mula tertarik dengan cerita umi.
"Ray dah tahu yang Riz dah jatuh hati dengan Dee.. Ray pura-pura tanya kalau dee dah ada boyfriend ke tidak.. jawab Dee.. 'jangan kan boyfriend.. Melati yang raja lawak pun reject saya...' Riz dah mula ketawa.. 'saya kan ada ' tanya Riz.. jawab Dee . 'eeeeehhh jauh simpang 44 .. Nanti tunang En. Riz kerat saya 18 ketul.. masuk dalam bagasi buang di tengah laut...' pecah ketawa Mona, Syam dan umi. Setelah reda dari ketawa..
" itulah yang buat Riz tak tahan dari ketawa.
End flashback..
"Abang.. Mona nak pergi tandas sekejap ya.."
"Nak abang teman sayang ke.."
"eehh... tak perlu lah.. nanti lain pula jadinya kalau abang temankan.. "
Ramona pun keluar dari ballroom itu. Sampai di luar ketika hendak menuju ke tandas dia terdengar perbualan 2 orang staff.
"Pengawal peribadi yang menjaga Dee tu. Dua-dua tertidur di luar bilik suite 2 tu.. tak boleh harap langsung... tadi Dee jalan seorang diri saja.. Nisa dan Lisa pun takde temankan.. tapi Dee dah kurus sikit lah ..Semalam dia check in badan dia masih montok...."
Tiba-tiba terdetik di kepala Ramona ada sesuatu yang tak baik. Dia cepat-cepat mendekati 2 staff tu.
"Adik..." katanya
"Cik Ramona..." jawab mereka.
"Bawa saya ke bilik suite Dee tapi sebelum tu tolong ambi kunci pendua untuk bilik itu.. saya rasa ada yang tak baik ni.." Arah Ramona.
"Baik cik Ramona.." kata satu staff tu.
Mereka telah pun tiba di depan pintu bilik Dee, kelihatan 2 orang pengawal peribadi yang menjaga Dee sedang lena. Ramona pun membuka pintu bilik itu.
*
Di Ballroom 2
Acara Akad nikah pun di mula kan..
"Kita mulakan sekarang.. ?? tanya Imam
"Boleh.."jawab Riz.
Tok imam pun menghulurkan tangan dan disambut oleh Riz.
"Shah Rizman Bin Zulkarnain AL-Rahsyid.."
"Ya saya..."
"Aku nikahkan di kau...."
"Hentikan.....!!!!!!" Tiba-tiba Ramona masuk dan berteriak menyuruh menghentikan.
Share this novel