Bab 14 - Because I Love U

Romance Series 17902

"Deera....!!!???"

Riz dan Dee serentak menoleh kebelakang..

"Noreen...?? tanya Dee ingin kepastian.

"Ya.. saya lah... Reen .. awak dah lupa ke.. princess kat U dulu.. " Lalu memandang Riz dan melemparkan senyuman pada Riz.

Riz hanya angguk tanpa membalas senyuman Reen.

"perkara dah lama.. saya dah tak ingat dah cerita dongeng masa kat U dulu..."

Terkejut Noreen dengan perubahan Dee yang makin berani. Bukan macam dulu pemalu, pendiam dan penakut.

"Mestilah awak tak ingat.. awak kan dulu... "

"Reen .. saya kan tak suka nak busy body hal-hal di U dulu.. saya hanya fokus study jerr..." Dee terus potong percakapan Reen.

Noreen makin sakit hati.. Kemudian dia mengalihkan pandangannya yang nak mengoda pada Riz. Riz langsung tak berminat melihat Reen.

"Hai .. saya Noreen.... kawan Deera sama- sama di U dulu.. " Lalu menghulurkan tangannya nak bersalam dengan Riz.

Riz menyambut huluran tersebut tapi hanya menyentuh hujung jari tangan Noreen.

"Wajah u macam familiar lah... kejap.. ahh..u .. pemilik Indah holding.. right..?? sambil gayanya nak menggoda Riz.

"Rizman.. Boyfriend Dee " lalu Riz merangkul pinggang Dee dan menarik dekat dengannya lalu mencium dahi Dee. Gaya dan perbuatannya seperti seorang kekasih yang amat mengasihi dan menyintai kekasihnya.

Dee terkejut dan terus memandang Riz. Riz hanya mengenyitkan mata pada Dee

Berubah wajah Noreen. Terbit perasaan cemburu, iri hati dan sakit hati pada Dee. Dia tidak percaya Dee boleh dapat teman lelaki setampan dan sekaya Riz. Riz salah satu jejaka yang Top dan Hot di perkatakan di media media sosial masa kini. Bujang, bergaya, tampan dan kaya. Dan jadi buruan oleh para gadis.

Sewaktu di U dulu.. Noreen lah dan 3 lagi kawannya yang selalu membuli dan mengejek Dee. Dia berperasan bahwa dia lah Princess di U masa tu. Pernah mereka mengurung Dee di tandas satu malam hanya kerena Dee terjeling teman lelaki Noreen masa tu. Dan perkara itu membuat Dee trauma selama beberapa bulan.

"Wow.. how suprise... Deera Deerlina yang comel .. yang tak pernah di pandang lelaki.. dah ada boyfriend.. ??

"Ada masalah ke ....?? suara tegas Riz .

"Eee..tak.. i'm happy for that..." jawapan palsu dari Noreen.

"kami jalan dulu... nice to meet u.... oh ya.. tolong doakan supaya kami cepat nikah ya.. " Riz masih merangkul pinggang dan lalu membawanya jalan meninggalkan Noreen disitu.

"Awak tunggu Deera.. saya akan rebut Rizman dari awak.. awak tak layak dengan Rizman.. yang layak hanya aku seorang..." Reen bercakap seorang diri ketika Riz dan Dee dah melangkah jauh dari dia, lalu dia melangkah dengan cepat nak mengejar mereka berdua.

**
Riz membuka kan pintu kereta buat Dee.

"Boss...??

Riz terus menarik Dee menghadapnya, tangannya dah di pinggang Dee.

"Nak i cium u kat sini ke... ?? lalu mula merapatkan bibirnya ke bibir Dee.

"Riz...." lalu Dee cepat-cepat masuk dalam kereta.
Riz tersenyum kemenangan. Riz pun masuk ke tempat memandu

Bertambah sakit hati Noreen melihat kemesraan mereka berdua dari jauh.

"Boss.... " Dee bersuara memecah kesunyian. Tapi Riz hanya membisu, fokus dengan pemanduannya.

"En. Riz ku sayang... " Riz tersenyum ..

"ya.. napa...??? Jawab Riz tapi masih fokus memandu.

"Tentang handphone tu...... "

"Tu i bagi hadiah kat u.. I ikhlas.. tapi kalau nak bayar juga.. u bayar dengan satu ciuman pada saya.."

"eehh.. daripada bagi ciuman baik aku terima dengan ikhlas jerr..." jawab Dee

"Ahhrrr... that's my girl..." puji Riz

"Tapi saya ni bukan girlfriend Boss.. atau wanita kesayangan boss.. saya ni hanya pekerja Boss.. boss tak fikir ke ... satu hari nanti boss kawin dengan wanita kesayangan boss.. saya nak letak muka kat mana boss..... mesti tadi tu.. Reen berabis kutuk saya.. 'ehh.. langsung tak padan dengan En. Rizman lah.. dah lah gemuk.. tak sedar diri lah..' mesti dia akan cakap begitu.. saya kenal Reen tu.. Dia tak nak orang lebih dari dia.. ni tiba-tiba saya yang dia selalu buli di U dulu.. dapat boyfriend handsome.. billionaire... mesti dia cungkil habis habisan.. kalau dia tau hal sebenar yang saya bukan girlfriend boss... satu malaysia ni dia jaja cerita kutuk saya. Boss tu pun... ikut suka hati boss saja pegang-pegang saya.... cium dahi.. Aduiiiya... ampun bang jago.... !!! Hurmm...Deera Deerlina.. mengapa lah kau gatal sangat ni.. biarkan boss kau sentuh-sentuh kau.. " Bebel Dee

Riz ketawa kelucuan mendengar celoteh Dee.

"Dah habis...??? atau nak sambung lagi.

"Ada lagi boss... dan walaupun saya ada bgitau boss yang saya sukar nak percaya lelaki... tak semestinya saya takde hati dan perasaan boss.. boss jangan lah usik dan ganggu hati dan perasaan saya dengan layanan plastik boss tadi.. walaupun saya ni selalu berangan-angan nak jadi Cinderella.. tapi saya tau itu takkan terjadi dalam hidup saya.. itu hanya cerita dongeng .. cuma tu cara untuk saya bahagiakan hidup saya sendiri... ok boss noktah.... " Riz ketawa lagi.

"ok dah noktah ya.. ok... Sekian terima kasih.." Lalu Riz ketawa lagi.

"Boss saya serius ni...."

"U nak i berhentikan kereta ni and cium u ke...???"

"Ok.. ok... Riz... " lalu dee buat gaya seperti Zip mulutnya.

Riz betul-betul berasa bahagia setiap kali bersama Dee. Fikiran kusut dan berat oleh kerja akan hilang dan terbang bila bersama Dee. Ada saja perkataan lucu yang keluar dari mulut Dee.. buat dia bahagia, gembira dan selesa dengan Dee.

Selama ini Riz mencari seorang wanita bukan dari paras rupa atau bentuk badan yang seksi. Baginya itu tak menjanjikan kebahagian. Dia mencari wanita yang boleh bahagiakan dia dan uminya. Wanita yang tak gedik.. bukan bersifat plastik, wanita bertudung atau tidak yang penting ada pegangan agama. juga wanita yang boleh buat dia tersenyum dan gembira. Dan ciri-ciri yang di carinya semua ada pada gadis yang bernama Deera Deerlina.

*

Riz meletakkan keretanya di tempat lot Lisa.

"Boss.. terima kasih kerana telah hantar saya..." Dee baru nak memegang handle kereta untuk membuka pintu....

"Dee memang sengaja nak cabar saya ke..??.. dee ingat saya bergurau ke bagi hukuman tu...?? Dee fikir saya tak berani cium dee ke...??? Riz dengan wajahnya yang serius.

"Hahahaha.. boss.. boss.. saya tau lah boss takkan cium saya.. maksud saya boss mana nak cium perempuan macam saya.. saya tau lah test dan standard perempuan yang Boss nak.. boss kalau nak ugut saya.. bagi ugutan yang seram sikit.. dan yang releven sikit.. hahahaha..."

Sedang Dee asyik ketawa, Riz membuka tali pinggang keledarnya lalu tangannya menarik tengkuk dee perlahan lalu mencium bibir Dee dengan penuh rasa cinta.

Dee terkejut dan tak dapat berbuat apa-apa kerana Riz bertindak terlalu cepat dan dia hanya membiarkan Riz menciumnya kerana dia telah terbuai oleh ciuman Riz yang sangat romantis tu.

Riz mengulum bibir dee, tangannya yang satu lagi sudah memeluk pinggang Dee.

Perlahan-lahan Riz melepaskan ciumannya. Dahi mereka masih bersentuh.

"Boss..." Dee bersuara, tapi Riz mencium Dee semula. Kali ini agak lama sikit dari ciuman yang pertama.

"nak saya cium lagi...???" Suara Riz penuh romantik menusuk ke jantung Dee entah yang ke berapa kali.

"En. Riz..." kali ini pandangan mata mereka bertemu... hanya Tuhan yang tahu perasaan mereka saat ini.

"mungkin Riz rasa ciuman ni untuk denda saya.. tapi bagi saya... (Dee terdiam sekejap menahan sebak di dada) Riz.. dah curi ciuman pertama saya yang saya simpan untuk bakal suami saya.. uhuhu.." Dee menangis perlahan.

"Shuu... stop crying... i'm sorry..." lalu Riz mengusap pipi dee yang dah basah oleh airmatanya tapi dalam hati Riz tersenyum gembira.

"Dee tenang dulu ya.. nanti i ada something nak jelaskan.."

"Jelaskan...???

"Ok.. saya dah tenang.. tolong jelaskan..." ni kali Riz dah tak dapat tahan tawanya.

"Hahaha.. how sweet..."

Berkerut dahi Dee.

"How sweet.... apa yang Riz nak jelaskan.." Sekejap saja Dee boleh bertenang.. Kerana Riz dah tahu bagaimana nak mencuri perhatian Dee.

"Dee... apa yang terjadi sebentar tadi.... bukan kerana i bagi u hukuman... tapi....???" Dee berpaling memandang Riz.

"Because... I Love You Dee... jom kawin.. sebab i dah curi ciuman pertama u.."

Terkaku Dee.. mereka saling bertentangan mata.. tiba-tiba Dee ketawa..

"Hahaha... Boss. boss... ni tak lawak ok.. ni sakitkan saya.. sebab boss cuba mainkan hati dan perasaan saya..."

Lalu Dee keluar dari kereta, terus masuk ke lif.. kebetulan pintu lif terbuka sebab ada orang keluar dari lif.

Riz keluar dari kereta dengan tenang dan tersenyum serba sedikit dia boleh membaca isi hati Dee dan dia dapat rasa Dee masih trauma dengan apa yang daniel lakukan padanya. lalu dia membuka pintu penumpang belakang dan mengambil beg bagasi dan handphone serta free gift yang di tinggalkan oleh Dee.

Ketika Dee melangkah masuk ke rumah.. Dee terkejut melihat Lisa ada di situ bersama suaminya Ash.

"Lisa...!!! Dee berlari anak ke tempat Lisa lalu terus memeluk Lisa.

"Lisa ja ke...?? saya Dee tak nak peluk...??" gurau Ash.. mereka pun ketawa bersama.

"Bila sampai ....??" tanya Dee

"Baru je.. tu haa Lisa tu.. rindu dengan beyonce dan lady gaga katanya..." Ash menjawab.

"Lisa.. aku ke yang lady gaga tu..." Tanya nisa

"kau beyonce.. aku yang lady gaga..." jawab Dee.

pecah lagi ketawa mereka semua.

"Dee nisa cakap u outstation dekat rumah Boss u.." Tanya Ash.

"ya.. Dee ada buat salah.. Boss denda Dee masak kat rumah dia.. umi pula minta Dee tidur .. anak beranak tu kalau dah bergabung macam kuasa power rangers .. mana Dee dapat lawan..." Jelas Dee.

"Hahahaha.. Dee.. Dee.. apa salah yang u buat sampai Riz denda u..." tanya Ash lagi.

Lisa dan Nisa pun dah tak sabar nak dengar jawapan dari Dee.

"Minggu lalu kami outstation ke Finland, umi dan seorang kawannya pun ada bersama... umi dapat tangkap basah ramona dengan lelaki di hotel..."

" Ahrrr... jadi mereka tengah gitu-gitu ke dee... " tanya Lisa.

"Yala... Rupanya ramona pun ada di finland.. masa tu Riz tenang saja.. Baru Dee tahu.. sebenarnya Ramona tipu umi.. pura-pura jadi wanita baik sehingga umi paksa Riz bertunang dengannya. Riz kerana tak nak mengecewakan uminya turut saja.. dan sebenarnya Riz pun dah tahu siapa Ramona. Silapnya.. saya kali-kali suruh Riz kawin cepat-cepat dengan Ramona. Ray dan Riz suka sangat nak sakat saya.. asyik nak sakat saya.. panggil saya sayang.. tu sebab saya suru dia kawin cepat-cepat.."
"Syukurlah umi dapat tangkap Ramona.. kalau tak.. kesian lah boss aku dapat isteri macam tu..."

Tiba-tiba lonceng pintu berbunyi, mereka semua menoleh ke arah pintu lepas tu Dee dan Nisa berpandangan. Tiba-tiba mulut Dee dah membentuk 'O', Dee terus bangun dari tempat duduk dan berlari ke arah pintu dan membukanya

"Astagafirullahalhazim..... Boss...!! anak cucu nak minta maaf.. " Dee terus minta maaf dengan Riz sebaik saja dia membuka pintu.

Ash terus angkat punggung dan menuju ke pintu sebaik mendengar Dee memanggil boss, diikuti oleh Lisa dan Nisa.

Dee mengambil begnya dari pegangan tangan Riz tapi Riz menariknya ..

"Tak jemput saya masuk ke...???" tanya Riz

"hurmmm... " Dee tak tau nak kata apa

tiba-tiba....

"Hey Riz... what a suprise....!!"

Dee mengambil beg dan dua lagi beg kertas dari tangan Riz. Ash terus memeluk Riz dan mengajak Riz masuk.

Nisa melihat salah satu beg kertas yang Dee telah letak atas meja makan. Dia tahu tu mesti handphone.

"Ada orang beli handphone baru ke...???" tegur Nisa.

"Ada orang tu nak jadi pandalela renong.. sekali dengan handphone di bawa terjun dekat kolam..." Sampuk Riz yang sedang melangkah masuk ke ruang tamu. Dee menjeling pada Riz

Terkejut Nisa.. "Ahrrr.. Dee ok ke.. Dee kan tak tau berenang... yang Dee terjun di kolam buat apa..." risau nisa.

"Aku tergelincir lah.. gila aku nak terjun kolam tu.. dalam tu..." jawab Dee

"Siapa yang selamatkan Dee..?? tanya Lisa pula

"Aku yang selamatkan dia..." sampuk Riz

"Tapi boss tak aci tau.. adakah patut boss peluk saya..." terlepas cakap Dee.

Lisa dan Nisa dah ketawa mendengar.

"Ya ampun Dee.. mesti orang akan peluk.. kalau tak.. macam mana dia nak bawa Dee berenang ke tepi...hahahaha.." Lisa beri penjelasan pada Dee.

"Ya ke.....???? tanya Dee...

"Ya lah... sekarang ni Dee dah berhutang nyawa dengan En. Riz .. " sambung Lisa.

Mereka semua tergelak bersama.

Nisa pula dah tak tahan gatal tangan ingin melihat apa jenis handphone yang Dee beli.

"Dee aku tengok ya..."

Belum Dee menjawab beri keizinan, Nisa dah menyelongkar beg kertas yang ada handphone.

Terkejut Nisa melihat handphone huawei keluaran terbaru dan bil juga ada terikut.. "Dee... 12,999.00 ribu lebih harga handphone yang kau beli ni satu sen lagi dah 13k.. Wahhh.." Nisa teruja melihat handphone tersebut.

Dee dan Riz saling berpandangan. Lisa perasan ada sesuatu di antara Riz dan Dee.

"Boss yang beli..." ringkas jawapan Dee.

"Wow... First time i dengar my BFF ni beli sesuatu for girl.. Ramona pun tak pernah ... " Kata Ash.

Ash sebenarnya dah tahu yang Riz dah jatuh hati pada Dee. Ash pun tahu kisah Riz yang dipaksa bertunang oleh Uminya. Selain Ray, Ash juga tempat Riz meluah rasa. Sekarang ni lagi Ash dah ada isteri.. selalu Riz bertanya pada Ash pasal perempuan.

"Hadiah buat wanita kesayangan hamba..." Riz bersuara.

"ahharrr...." serentak Lisa dan nisa lalu memandang Dee.

"ee.. boss.. mulut tu tak habis-habis nak mainkan saya.. Boss cepat-cepat lah cari girlfriend.. " Dee bersuara.

"Dah ada depan mata.. buat apa nak cari..." Riz menjawab.

"Sudah-sudah lah bergurau tu boss.. " jawab Dee lagi..

Ash, Lisa dan Nisa hanya jadi pendengar dan pemerhati saja dari tadi.

Lalu Riz membuat bentuk Love lalu meniup ke tempat Dee. Dee pula pura-pura menyambutnya dan membuangnya ke tandas.

"Hahahahaha..." pecah jua akhirnya tawa Ash, Lisa dan Nisa melihat gelagat mereka berdua.

Ash membisikkan sesuatu ke telinga Riz..

"Kuat Aura Dee mengubah u.. i am happy for that.."

"She is my puteri kayangan jatuh dari langit... i love her so much..." jawab Riz membisik ke telinga Ash.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience