Bab 7 - Cungkil Kelemahan

Romance Series 17902

Mereka sedang menikmati makan malam mereka di restoran nelayan salah satu restoran yang terkenal sabah.

Ray perasan dari tadi Riz selalu curi-curi memandang Dee. Kali terakhir dia lihat Riz berkelakuan seperti itu, waktu pertama kali dia jatuh cinta dengan seorang wanita sewaktu mereka tahun pertama di universiti. Tapi tempoh percintaan mereka tidak panjang kerana kekasih hatinya terlibat dalam kemalangan dan pergi meninggalkan Riz buat selama-lamanya. Kerana kejadian tu Riz berubah menjadi Dingin pada semua wanita.

Dia bertunang dengan Ramona pun kerana desakan umi nya. Walaupun dia tahu Ramona yang berpura pura rapat dengan umi nya dahulu sehingga umi nya tertipu dengan gaya plastik Ramona. Tapi kerana dia sangat menghormati dan menyayangi umi nya, dia turut kan saja.

Ray tahu penderitaan perasaan Riz. Dia sangat sayangkan sahabatnya itu. Mereka bersahabat sejak tingkatan 5 lagi. Masa tu Ray baru kehilangan kedua orangtuanya dan mengikuti adik ayahnya ke kuala lumpur dan bersekolah di sekolah yang sama dengan Riz.

Masih jelas di ingatan Ray saat pertama kali bertemu Riz.

"Assalamualaikum.. Saya Rizman.. Ketua pelajar di sini.." lalu Riz menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Ray dan Ray menyambutnya. Kebetulan masa tu Riz baru juga kehilangan Baba nya. Dan Kerana mereka mengalami perkara yang sama mereka menjadi Sahabat

Riz banyak membantu Ray. Riz juga menanggung semua kos sewaktu mereka di Universiti.

"Riz.. Aku bersumpah demi Allah.. aku akan menjadi sahabat ko dunia akhirat.. kebahagian mu.. kebahagian ku juga dan penderitaan mu penderitaan ku juga.."

Itulah sumpah dan janji Ray.

"Dee.. boleh saya tanya sikit...?? tanya Ray memecah kesunyian.

"Tanya banyak-banyak pun ok..." jawab Dee sambil memasukkan udang yang dah di kupas kulit ke mulutnya.

"Dee dah ada boyfriend...??? terbatuk Dee mendengarnya.

"Siapa yang nak dengan aku yang gemuk ni... Melati raja lawak Zero tu pun reject aku... ni kan pula yang seperti Zul Ariffin..." jawab Dee.

Terhambur tawa Ray. Riz hanya terpinga pinga.

"Zul Ariffin aku tau lah.. tapi melati aku tak tau..." Riz tiba-tiba bersuara.

"Alaa Boss ni.. boss kena juga mengikuti perkembangan semasa tentang dunia hiburan.. sekali sekala kena rileks juga.. jangan bisness saja.. nanti lambat laun boss seperti katak di bawah tempurung.." selamba ja Dee menegur Riz sambil tangan mula menekan skrin handphone nya.

"Ni haa .. Melati Zero.. yang sebelah kiri tu.." Dee mendekatkan jarak antara mereka lalu menghulur handphone pada Riz tapi tak di sambut oleh Riz. Riz hanya memandang saja.

Tanpa di sangka dan tanpa di duga oleh Ray, Akhirnya setelah sekian lama, hari ini tawa itu bergema kembali. Ray pun turut sama ketawa tapi tawanya bukan sebab Melati tapi terharu kegembiraan.

"Saya nak cari cik melati ni.. sampai hati dia reject Manager saya yang gila-gila ni...." Riz mula bergurau.

"Gila-gila tapi smart boss..." Ray pula menjawab dan keriuhan oleh tawa mereka menarik perhatian pengunjung yang ada disitu.
"Amboiiiiii.... sedap jerrr.. kutuk aku.. Aku masih hidup.. terpacak kat sini lah.. "

Makin bertambah kuat tawa mereka berdua.

"Soo.. Ertinya Dee ni single available lah.." Tanya Ray setelah reda tawa mereka.

"Kalau Melati dan reject.. mestilah single..." jawab Dee.

pecah lagi tawa mereka bersama.

"Tapiiii... saya tak kisah orang kutuk saya gemuk.. kerana saya yakin.. saya bukan gemuk.. tapi chubby dan montok seperti Beyonce.." sambung Dee dengan yakin.

"I agree with you...." Sokong Ray.

"Beyonce....???" pecah lagi tawa Riz.

"Boss.. saya tau lah Beyonce tu cantik sikit dari saya... tapi saya cantik banyak dari beyonce..." jawab Dee.

sekali lagi Riz dan Ray sama sama tertawa.

Malam tu Ray gembira sangat melihat Riz tertawa dengan riangnya. Kemunculan Dee membawa sinar kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup Riz walaupun baru 2 hari 2 malam Mereka kenal dan bersama Dee.

Setelah selesai makan malam, Mereka balik ke hotel dan sampai di hotel, mereka pun berpecah masuk ke bilik masing-masing.

"Good Night Deera Deerlina..." Ketika Dee dah mula nak memasuki biliknya.

"Bossss.... " sambil memusingkan badan menghadap Riz.

Riz mula nak mengenal Dee tapi caranya dengan mencungkil kelemahannya dulu.

"Kalau tak nak saya panggil nama penuh.. u kena tolong saya... " sambung Riz

"Boss saya ni kan staff boss .. tak perlu nak minta tolong bagai... boss arah saja... saya akan buat...."

Dee menjawab tanpa berfikir apa yang dikatakannya sebentar tadi boleh menyusahkan dirinya sendiri.

"Haarrr... saya dah rakam dah kata-kata awak tadi.. jadi mula dari sekarang apa saja yang Tuan Riz arahkan.. awak akan buat dan takde penolakkan yerrrr....." Sampuk Ray membantu Riz.

"Saya lupa bawa baju lebih.. tadi dah beli baju tapi belum iron lagi.. boleh tolong iron baju tuan CEO awak ke...??? "

"Ohh.. iron baju saja pun.. small the matter lah my tuanku CEO... " cepat ja dee menjawab.

"Bawa sini baju Boss.. "

Ray pun memberikan beg kertas yang dia bawa sedari tadi pada Dee.

"Kalau terbakar.. jangan salahkan saya ya tuanku CEO.. sebab ni first time saya iron baju lelaki.." sambil dia menyambut huluran beg kertas dari Ray.

Besar mata Riz memandangnya.

"Good night ...." lalu Dee cepat-cepat masuk ke biliknya.

****

Tepat 7 Pagi, Dee mengetuk bilik Riz untuk memberikan baju dan seluar yang telah dia Iron semalam. Tapi kerana terlalu mengantuk dia terlupa memberikannya.

Tak lama, pintu pun di buka. Kelihatan Riz sepertinya baru siap mandi dan hanya mengenakan tuala melilit pinggangnya.

Dee terpegun melihat sosok tubuh boss nya yang sasa dan ada Six pack nya.

"Wow boss.. Zul Ariffin tangkap nangis oh tengok six pack boss.." gurau Dee untuk menutup rasa gemuruhnya berdepan dengan bossnya.

"Dee bila rasa gemuruh, takut, malu dan kurang keyakinan menguasai Dee.. Dee cepat sedar dan mula lah berjenaka untuk hiburkan hati dee
dan untuk singkirkan perasaan tu.. lama kelamaan Dee akan terbiasa dah buat begitu.. " Dee masih ingat nasihat sepupu Lisa.

"Zul Ariffin ke awak...???" perli Riz.

"saya sekarang tengah tangkap leleh ni boss..." lalu Dee buat-buat gaya seperti sedang melihat sesuatu yang sedap.

"Deera Deerlina....!!!!" kuat suara Riz sambil tersenyum melihat Dee.

"Hahahaha.. tau takut.. Naah baju Boss.. " Lalu menyerahkan baju itu pada Riz.

"Tangan saya Sakit.. boleh tolong pakaikan ke..." Riz masih nak kenakan Dee.

"Boss.. tak habis-habis nak kenakan saya lah..." lalu Dee melangkah dan masuk ke biliknya.

****

Mereka telah pun selamat mendarat di KL dalam jam 8 malam. Dee dah pun dahulu keluar dan mencari van yang menghantarnya kemarin dulu.

"Dee .. ayuh ikut boss.. Semua van sibuk angkat pelancong...." Pelawa Ray.

Sebenarnya Ray sengaja tak suruh driver van tu datang ambil Dee. Dia nak Dee join mereka sekali.

"Ray.. saya turun di pejabat ya.. sebab kereta saya ada di pejabat..." Jelas Dee memberitahu.

"Dah lewat ni.. Esok saja ambil kereta u.. " Riz tiba-tiba bersuara.

"Tapi boss...."

"Deerrr....."

Belum habis ayat Dee, Riz terus Potong.

"Ok boss..." Dee cepat-Cepat menjawab sebelum Riz menyebut nama penuhnya.

Riz menyembunyikan senyumannya. Ray mengangkat keningnya melihat Riz lalu tersenyum.

"Dee.. kami hantar Dee sampai depan pintu rumah Dee.. " Ray menawarkan diri sambil tangannya menyiku manja Riz.

"Eehh.. tak perlu risau lah.. sistem keselamatan condo ni terjamin.

"Saya nak jumpa dan kenal Lisa tunang Ash..." Riz pula bersuara kali ini.

" Hurrmm .. Ok lah.. " jawab Dee

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience