"Tampannya En. Rizman tu.. " Luah Lisa setelah Riz dan Ray dah balik dari menghantar Dee.
"Ray pun handsome lah.. lesung pipit nya tu yang mahal..." Sampuk Nisa.
"Dah berkenan dengan Ray ke nisa....??" Soal Dee.
"Masih bujang kann... " Tanya Nisa penuh Yakin.
"Dah kawin.. Isteri 4...." Gurau Dee.
"Napa nak Ray.. Napa bukan Riz...?? Tanya Dee pula.
"Riz mahal nak tackle...." serentak Lisa dan Nisa menjawab.
suara ketawa mereka bertiga memenuhi ruang tamu condo tersebut.
"Tapi kan Dee... aku tengok kan.. En. Rizman tu lain macam jerr dia pandang kau.."
"Lain macam yang macam mana tu Lisa...??? tanya Dee.
"Aku ni ada six sense tau.. deria ke 6 ku dapat merasakan yang En. Rizman dah mula menaruh minat pada dee..dari pandangan matanya aku dapat tau lah..." Jelas Lisa.
"Apa lah kau merepek ni Lisa.. tunang En. Riz tu seorang model tau.. siapa nama dia tu ahrr.. aku dah lupa lah.. hurmm.. ahhrrr Rozana.. ekkk... bukan lah.. macam nama dia ada huruf M juga.. tapi dekat-dekat dengan Rozana..."
"Ramona ke...??" sahut Nisa.
"Aahh.. Ramona.. " jawab Dee sambil angguk-anggukkan kepalanya.
"Eeehhh Model gedik tu.. yang banyak kontroversi tu.. tunang En. Rizman...!!!??" terkejut Lisa
"Yerrr lerrr... Beza jauhnya dengan saya seperti bumi dengan planet Pluto tau.."
"Banyak lah planet Pluto kau tu Dee.. Dee dah pernah tengok dia ke.. eeehhh maksud saya Ramona....???" Tanya Nisa.
"Belum lagi.. tapi bagi aku.. asal model mestilah cantik.. " jawapan polos dari Dee.
Lisa pun mula menekan sesuatu di handphone nya.
"Ni lah Ramona..." Sambil Lisa menunjukkan handphone nya pada Dee.
"Awak lagi cantik dari dialah Dee.. kulit awak pun lagi putih.. lagi halus.. lagi gebu .. dari dia.. peluk pun sedappp.... " tambah Lisa.
"Eeeehhh... Lisa... mulut tu.. tak sabar nak kawin..."
Serentak mereka ketawa lagi.
"Oh ni Ramona.. tak juga berapa tinggi sangat.. tapi kenapa selalu kena panggil ke luar negera ...????"
"Dia ni modal tambahan jerr.. taraf local-local jerr pun.. bukan model antarabangsa... " Jelas Lisa.
Dari tadi Nisa diam ja sebagai pemerhati. Setelah melihat Wajah Ramona tadi dia berfikir di mana dia pernah nampak wanita tersebut.
"kau napa Nisa....?? dari tadi diam jerr...??" tanya Nisa.
"Eerrkk... aku tengah mengingat ni.. rasa-rasanya aku pernah terserempak dengan Ramona ni.. tapi aku lupa di mana...." jawab nisa.
"Aku bukan nak cakap tak baik yerr.. ni kita-kita ja yerr.. Ramona ni pernah ada scandal dengan seorang yg bergelar Datuk.. isteri datuk tu datang serang Ramona.. esoknya dia buat kenyataan media bersama ibu tunang dia.. tapi tunangnya takde ikut bersama.. Rupanya itu lah pula Ibu En. Rizman.... tapi kan Scandal tu betul .. Datuk bayar semua staff hotel untuk tutup mulut mereka..." terang Nisa.
"Eeehh Nisa.. betul ke.. takut jadi fitnah nanti.." jawab Dee.
"Kebetulan hotel tu tempat Zita kerja.. Zita cari saya di tempat kerja nak belanja saya makan tengahari... masa tu lah dia cerita pada saya..." terang Lisa lagi.
"Haaaa....!!!!" tiba-tiba Nisa bersuara.
Terkejut Lisa dan Dee lalu serentak memandang Nisa.
"Aku baru ingat dimana aku pernah terserempak dengan Ramona..." kata Nisa..
"Masa aku nak hantar laporan kewangan pada Boss.. baru nak ketuk pintu.. aku dengar suara seorang perempuan.. suara Boss lagi lah.." sambung Nisa.
"Kenapa dengan suara tu Nisa...?? tanya Dee.
"Perempuan tu cakap 'harder baby' nanti boss balas 'oh you're good baby' ... " jawab Nisa.
Lisa terus ketawa terbahak bahak.
"Mereka tengah gitu.. gitu lah tu.." sambil tangannya buat gaya seperti senario yang gitu-gitu tu.
"Itulah.. dalam masa sejam baru boss interkom saya tanya laporan kewangan..masa aku hantar laporan kewangan dalam bilik boss.. aku nampak ramona baru keluar dari tandas yang ada dalam bilik boss...."
"Eeehhhh... Kesiannya omar borkan aku.. "
"Ramona tu yang bodoh.. tunang dah billionaire.. handsome lagi tu... masih nak selingkuh.. aku heran lah..." Kata Nisa dengan geram.
"Dah lah.. cukup-cukup lah cerita pasal Ramona .. naik geram pula aku... " kata Dee
"Sakit pula hati kita yeee.....!!" sambung Nisa dan Lisa serentak.
"Ok.. tukar topik... "
"Sabtu ni aku dah nak balik kampung.. aku dah mula cuti 2 minggu urus urusan di kampung.. aku nak nikah di kampung.. aku nak bekas suami aku tengok pernikahan aku... " sambung Lisa lagi.
"Waaahhh Lisa.. nak buat pembalasan c Pitong ohhhh.... " Sahut Dee.
"Sebenarnya mama yang nak aku nikah kat kampung.. nak cuci mulut joyah joyah kat kampung tu.. " jelas Lisa.
"Kamu berdua jangan tak datang pula.. masa aku nikah hari sabtu tu.. takde alasan tak boleh datang yerr..." sambung Lisa.
"Ai ai Boss... " sambil Dee buat tabik hormat seperti menghormat seorang kapten.
*****
"Aku terima nikahnya NurLisa Binti Baharuddin dengan Mas kawinnya 1 juta ringgit malaysia"
Dengan sekali Lafaz Lisa dan Sah jadi isteri Ash. Lisa kelihatan sangat anggun mengenakan tudung dan baju kurung warna putih.
Ash pula sudah handsome tambah handsome mengenakan baju melayu warna putih dan songkok.
Dari jauh kelihatan bekas ibu mertua Lisa dengan bekas suaminya dan isteri baru suaminya, sangat terkejut nendengar mas kawin Lisa 1 juta ringgit.
Orang kampung yang hadir pun ternganga mendengar 1Juta.
"Waahh.. bertuahnya Lisa.. dah lah dapat suami millionaire.. handsome pula tu... "
Kedengaran bisik-bisik orang kampung dari belakang.
Tiba-tiba....
"Hem..hemm... "
"Eeehhh engkau hem.. hemm.. aku..." Terkejut Dee lalu cepat-cepat pusing melihat ke belakang.
"Assalamualaikum..." Ray dan Riz dah menahan ketawa dari tadi.
"Walaikumsalam sayangku..." jawab Dee masih dengan latahnya.
"Boss.. ! Ray.. !! asyik nak kenakan Dee sajalah.
Riz dan Ray serentak ketawa.
"Bila Boss sampai...??? tanya Dee.
"Tadi lagi kami sampai.. " Seperti biasa Ray yang jadi jurucakap untuk Riz.
"Dee.. bawa lah boyprend awak tu makan.. kesian.. dari tadi di orang di luar tu.." tegur papa Lisa.
"yerr lah uncle...." Dee layan saja usikan papa Lisa.
Tiba-tiba Papa Lisa mendekat pada Dee, Riz dan Ray.
"Mana satu Boyprend Dee ni.. dua-dua handsome uncle tengok.. "
Ray cepat-cepat menunjuk ke arah Riz.
"Waahh.. Dee.. pandai awak cari boyprend yang macam Omar Borkan pula tu..."
"Uncle.. Omar Borkan ni...." terhenti Dee bila Riz memegang tangannya dan memberi isyarat supaya biarkan saja.
"Assalamualaikum uncle...." Riz memberi salam lalu bersalam dan mencium tangan papa Lisa, di ikuti oleh Ray.
"Walaikumsalam.. " salam di sambut oleh papa Lisa.
"Uncle.. Lisa pening lah.. rasa nak muntah dah ni... tiba-tiba ada orang tu sopan sangat..." gurau Dee.
Ray dah terketawa , Riz hanya tersenyum saja.
"Eeehh... Dee ni.. tak kenal dek untung... dah dapat omar borkan.. sopan pula tu.. kalau tak nak bagi dengan Nisa saja lah.." Papa Lisa tersebut Nisa kerana Nisa sedang berjalan menuju ke arah mereka.
"Eeehh.. uncle ni.. suka-suka nak main pas-pas pula... boyprend Nisa dia ni..." Lalu Dee menunjuk ke arah Ray.
"Haa.. ya.. dia ni boy friend Nisa..." kali ini Riz menyokong Dee.
"Haa.. Nisa bawa boyprend awak pi makan.. awak juga Dee .. layan baik-baik omar borkan awak tu.. jangan keluarkan gaya awak yang gila-gila tu.. kang lari omar borkan awak tu.. " padu pesan papa lisa, Sementara Nisa terpinga pinga dalam kekeliruan tak tahu cerita hujung dan pangkalnya.
"Boss.. Ray. mari lah ke ruang meja makan.." pelawa Dee.
"Bawa Saya jumpa Ash sekejap..." arah Riz.
Dee pun membawa Riz dan Ray berjumpa dengan Ash.
Sampai saja di atas pelamin, Ash dan Riz saling berpelukan dan lepas tu Ray. Hampir 10 minit mereka bercerita. sekali sekala mereka bertiga memandang Dee.
Kelihatan Ash dah duduk semula di pelamin sementara Riz dan Ray mula melangkah menuju tempat Dee. Dee pun membawa mereka berdua ke ruang meja makan. Di sana Nisa telah menyediakan hidangan di atas meja.
"Boss nak makan guna sudu ke atau guna tangan.." Tanya Dee
"Hari ni mood aku nak makan guna tangan.. " jawab Riz.
Dee mengambil teko dan tempat cuci tangan lalu menyuruh Riz meletak tangan di tempat cuci tangan dan Dee menuangkan air ke tangan Riz.
Riz rasa bahagia sekali, Uminya pun tak pernah buat begitu padanya.
"Dee duduk sebelah teman kan saya makan..." Arah Riz.
Ray bagi isyarat supaya turut duduk bersama mereka.
Dee pun duduk di sebelah Riz lalu meminta Nisa duduk di sebelah Ray.
Dee pun melayan Riz makan seperti melayan seorang suami. Nisa juga turut melakukan perkara yang sama seperti Dee.
Ray dapat melihat kebahagiaan Riz di layan oleh Dee. Dia pun turut rasa bahagia. Dia berdoa dalam hati agar ada keajaiban berlaku dalam hidup Sahabat baik nya tu.
Share this novel