Bab 10 - Puteri kayangan jatuh dari langit

Romance Series 17902

"oi kopi ke milo yang engkau mahu...!!!" keluar latah dee kerana terkejut sambil melontar ke atas stick minuman 3 in 1 yang di bawa keluar dari dapur tadi seperti melontar bunga pengantin.

Cepat-cepat Umi Riz pergi mendapatkan Dee.

"Alolo.. Dee ku sayang.. umi minta maaf..." lalu memeluknya.

Riz terkejut melihat perlakuan uminya pada Dee.

"Ray.. Riz kutip lah kopi-kopi tu semua... " Arah uminya.

Mereka berdua bergegas mengutip semua stick minuman 3 in 1 yang sudah berselerak di atas lantai.

"Umi pun dah nak ikut macam Riz dan Ray.. suka sangat nak sakat Dee... " Dee pura-pura merajuk.

"eehh .. umi tak.. cuma umi terkejut ja melihat ada speghetti tersedia di atas meja... umi ingatkan puteri kayangan jatuh dari langit yang sedia kan semua ni...." jelas umi sambil memujuk Dee.

"Dee dah biasa bangun awal Umi.. Dee nak solat.. Dee lupa yang kita ada kat finland.. lambat lagi masuk waktu.. jadi..Dee masuk dapur.. kosong.. nasib ada market 24 jam kat bawah.. haa... jadilah speghetti puteri kayangan..ni.." jelas dee sambil bergurau.

"Dee solat....??? soal Riz terkejut.

"Amboi.. amboi.. Boss... saya tau lah hidung boss tu mancung.. tapi jangan lah teñgok orang guna hidung..."

riuh rendah jadinya condo tu oleh Dee, sehingga Sha yang masih di buai mimpi terkejut mendengar suara gelak ketawa mereka.

"Dee pergi market seorang diri ke tadi...?? tanya Riz

"Yala.. napa boss.. perlu punch card lagi ke...??? balas dee

"Hahahaha... Boss dee tu risaukan keselamatan Dee.. umi pun risau.. ni kan negara orang..." terang Umi.

Tanpa mereka sedar Sha sudah berdiri di belakang mereka.

"Apa yang kecoh-kecoh ni..." Sha tiba-tiba bersuara dari belakang.

"hey.. kecoh-kecoh puteri kayangan turun nak cari speghetti..." Keluar lagi latah dee bila dia terkejut.

Penuh lagi satu condo oleh gelak tawa mereka. Setelah keadaan reda baru umi bersuara.

"Ni haa.. Dee ni.. saya ingatkan puteri kayangan mana yang turun siapkan breakfast.. Rupanya Dee.. yang kecoh tu dia pi market seorang diri.."

Lalu Sha melangkah menuju ke meja makan. Dia sangat teruja melihat sarapan yang sudah tersedia dan tersusun dengan rapi.

"Wow... Amazing... ni calon menantu Limited Edition Ni... jarang dah jumpa gadis macam ni..." puji Sha.

"Ya.. i agree with you..." sokong Umi

Mereka pun mula mengambil tempat masing-masing di meja makan. Riz yang membaca kan Doa makan.

Mereka pun mula menikmati speghetti kayangan buatan Dee. Sementara Dee masih masih sibuk menuangkan air panas di setiap gelas minuman dan memberikan stick minuman 3 in 1 kepada mereka.

"Waahh.. sedap lah speghetti Dee ni.. Di mana Dee belajar masak speghetti ni.. ??" puji Umi.

"Di Australia Umi.. " jawab Dee.

"Dee ambi course business marketing di Australia umi..." Sampuk Riz.

"Eerrkk.. Boss skoding saya ya....??" Soal Dee keheranan.

"Laaa.. Dee kan ada hantar Resume mohon kerja.." jawab Riz.

"Yala.. lupa pula.. haa.. nasib borang yang aku isi hari tu takde nak minta size pinggang dan berat badan.. kalau ada.. itu lah boss guna untuk sakat saya.."

"Dah.. makan dulu.. " tegur umi.

**

Jadual kerja Riz bermula esok, jadi pagi ini mereka rehat di rumah saja. Kecuali Sha lepas sarapan dia terus keluar, nak ambi angin katanya.

Dee dah minta izin tidur sekejap katanya. Ray dan Riz pun dah berehat di bilik masing-masing. Tiba-tiba Umi Riz muncul di balik pintu bilik Riz.

"Boleh umi masuk.." tanya uminya minta izin.

"apa pula yang tak boleh... " jawab Riz sambil bangun dari pembaringan dan duduk menyandar di dinding katilnya.

Uminya melangkah masuk lalu duduk di birai katil.

"Riz.. Sejak Dee kerja dengan Riz umi tengok Riz banyak berubah.. Riz dan boleh tersenyum, ketawa dan bergurau.."

"Umi... "

"Riz dengar dulu apa yang Umi nak katakan... "

Riz mula takut.Dia takut uminya tak suka dia rapat dengan Dee. Dia takut uminya nak suruh dia berhentikan Dee. Dia mula takut kehilangan Dee.

"ahrrr.. kenapa aku boleh jatuh cinta dengan Dee.. kenapa aku boleh sangat sayang padanya.." bisik hati Riz.

"Riz... umi minta maaf kerana paksa Riz bertunang dengan Mona.. kenapa Riz tak bantah saja jika Riz langsung takde perasaan dengan Mona...??? uminya menggenggam tangannya dan mula menangis.

"Umi.. hanya umi yang Riz ada.. Riz tak pentingkan kebahagiaan Riz.. jika umi bahagia .. itulah kebahagiaan Riz... " luah Riz.

"Riz silap sayang ... kebahagiaan seorang ibu ialah apabila melihat anaknya bahagia dan berjaya..."

"Riz buat umi jadi seorang yang berdosa pada anaknya.. jadi ibu yang tak berguna... jadi ibu yang pentingkan diri sendiri..."

"Umi..." Lalu Riz mendekat dengan uminya dan memeluknya.

"Riz tak bermaksud begitu.. Riz lakukan kerana Riz sayangkan umi.. Riz taknak di katakan anak derhaka... " Airmata yang di tahan jatuh jua akhirnya.

"Sekarang ni.. umi nak Riz jujur dengan umi.. umi nak dengar luahan hati Riz.. boleh...???

Riz hanya mengangguk.

"Umi nak tahu perasaan Riz dengan Mona...??

Lama Riz berdiam, baru dia bersuara.

"Riz tak pernah cintakan Ramona.. semua tentang Ramona Riz tak suka umi..." Luah Riz terus terang dengan uminya.

"Jadi selama 5 tahun ni Riz sanggup korbankan hati dan perasaan Riz demi umi... ???? Riz mengangguk.

Uminya memukul dada Riz dengan perlahan.

"Kenapa Riz jahat dengan Umi..."

Riz menahan tangan uminya lalu memeluk kembali uminya.

"Maafkan Riz umi..."

Uminya masih menangis dalam pelukan Riz. Setelah uminya tenang dia mula bertanya kembali.

"Jujur dengan Umi.. Riz suka dee kan...??

Riz mengangkat wajahnya dan memandang uminya.

"Umi tak suka ke...?? Riz menyoal kembali.

"Jawab dulu pertanyaan umi...."

"Rasya cinta pertama Riz.. saat Riz jatuh cinta pada Rasya tidak sehebat macam mana perasaan Riz saat jatuh cinta dengan Dee.. Dee mempunyai Aura yang sangat kuat hingga membuat Riz terlalu mencintai dan menyayangi dia.. Sehari tak jumpa dia.. Riz rasa lemah dan tak bertenaga.. setiap celotehnya buat Riz bahagia dan makin bertambah cinta Riz padanya...."

"Riz tahu dee tidak punya perasaan pada Riz.. di sebabkan Riz dah bertunang dan Dee ingat Riz sangat mencintai Ramona..."

"Tapi Riz tak kisah jika Dee tak punya perasaan pada Riz.. yang penting Riz boleh melihat wajahnya, senyumannya dan celotehnya setiap hari..."

Riz berdiam sekejap dan mula mengukir senyuman sepertinya membayangkan saat indah bersama Dee.

"Pernah.. waktu Majlis Ash.. Dee melayan Riz seperti seorang suami.. dia tuangkan air untuk Riz cuci tangan.. dia sendukkan Nasi dan lauk buat Riz.. dan Setiap kali kami lunch bersama dia akan melakukan perkara yang sama.. walaupun Riz tahu dia buat semua tu sebab Riz boss dia.. tapi Riz sangat bahagia bila dia menjaga Riz.. melayan Riz begitu umi..."

Uminya turut tersenyum mendengar luahan Riz..

"Umi akan betul kan kesilapan yang telah umi buat... Umi akan putuskan pertunangan Riz dengan Mona... sebelum umi tutup mata.. Umi nak lihat satu-satunya Anak umi bahagia.."

"Umi pun suka sangat dengan Dee.. sejuk mata umi memandang Dee.. betul lah apa yang Sha cakap.. She's cute and smart... dan dia calon anak menantu limited edition..."

"Betul kah Umi.." Riz minta kepastian.

"Iya sayang... umi juga akan tolong Riz pikat Deera Deerlina.

"Thank you very big umi.. Riz bertuah sangat umi jadi ibu Riz.. "

"Dah.. Riz rehat dulu.."

*****

Sha kini sedang mengambil video dan gambar pada pasangan sejoli yang sangat mesra di depannya. Pasangan itu merasa seolah olah mereka saja makhluk yang ada di situ. Langsung tak mengindahkan orang yang lalu lalang di situ.

"Dah gatal sangat betina ni.. balik hotel lah kalau dah tak tahan.. " Sha bercakap sendiri.

"apa yang ko cakap ni sha..." tegur Alex pengintip yang di upah Umi Riz.

Alex orang malaysia tapi tinggal di finland. Sebaik saja Ray memberitahu umi yang Ramona pergi ke finland dia terus menghubungi Alex. bangunan Hotel dan mall yang Riz baru beli juga mereka dapat info dari Alex.

Alex sudah dapat tahu hotel mana Ramona menginap. Dia mula mengekori Ramona sejak Ramona dari Airport lagi.

"Tu haa.. betina tu.. dah tak sabar nak mengawan.. Kesian lah lelaki yang kawin dengannya ni.. dapat yang dah hancur barai..." geram Sha.

"Bila umi nak tangkap basah di orang ni...?? Tanya Alex.

"Tunggu Riz selesai kerjanya baru kita terjah.. sekarang ni.. kita kumpul bukti dulu..." jawab Sha.

****

Riz dah pun selesai membuat tinjauan pada hotel dan mall miliknya. Temuduga pekerja di serahkan sepenuhnya pada Dee dan Ray.

"Insyallah.. kita akan rasmikan pembukaannya seminggu sebelum krimas..."

Riz sangat berpuashati oleh sentuhan Designer yang dipilihnya. Insan yang lagi teruja melihat mestilah Dee.

"OMG.. Boss.. Cantik.. menarik.. kau memang the bomb..... Boss pindahkan saya kerja sini lah..."

"Alang-alang .. Dee terus pindah masuk ke hati saya..."

"Wow tahniah boss.. dah pandai main pickup line pula..."

Ray dan uminya dari tadi jadi pemerhati saja.

"Boss .. boss tahu tak apa beza boss dengan omar borkan.. " soal Dee.

"Aku lagi hensem dari dia..." jawab Riz dengan Yakin.

"Salah... omar borkan saya tengok dekat Youtube saja... tapi boss.. hari-hari depan mata saya..."

"Hurmm.. bagi lah pickup line yang power sikit..."

"Kalau saya bagi power sikit.. takut hati boss cair.. nanti boss lupa pula tunang boss.. "

"Takpe lah.. Dee ganti lah jadi tunang saya
.. tebus kesalahan kerana mencairkan hati saya. "

"Umi sokong anak Umi..." tiba-tiba umi menyampuk dari belakang.

****

Mereka sudah dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang. Tiba-tiba Umi mengajak singgah sekejap ke satu hotel. Nak jumpa kawan sekejap katanya.

Alex sudah menunggu di depan pintu bilik hotel siap dengan akses kad untuk membuka pintu bilik tersebut. Nak tau macam mana dia boleh mendapatkan Kad tersebut, Ada duit semua boleh dapat lah.

Riz terkejut melihat Alex, Ray dah Sha sudah sedia maklum sebab mereka yang bantu umi. Hanya Ray dan Dee saja yang tak tahu.

Alex pun Scan Kad ke pintu.. maka terbuka lah pintu bilik tersebut. Cepat tangan Alex menekan suis lampu .. Maka terlihat lah aksi dua makhluk yang sedang memadu asmara di penuhi nafsu yang buas.

"Ramona...!!!!!!!" teriak umi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience