2 orang sekuriti telah pun membawa Ramona keluar dari pejabat Riz. kini semua staff telah tahu yang Boss mereka telah putus tunang dengan Ramona. Setelah mendapat berita tu.. ramai staff wanita yang gembira mendengarnya.
"Boss.. saya minta maaf.. selama ni saya paksa boss kawin cepat-cepat dengan tunang boss.. saya tidak tahu cerita sebenar.... mohon ampun tuanku CEO..." Dee bersuara setelah keadaan sudah tenang.
"Kalau nak saya maafkan awak.. Esok awak datang rumah saya .. i nak u masak ikan patin asam pedas tanpa tulang..."
Ternganga Dee mendengarnya.
"Alaaa boss setakat ikan patin ja.. small the matter lah.. tapi...esok sabtu boss.. saya masih kerja sampai tengahari..." jawab Dee.
"Dee tak perlu turun office esok.. Esok Dee outstation di rumah ya.. ertinya Dee kena tidur di rumah .. pagi wak Ali akan jemput dee.. umi boleh sediakan bahan- bahannya.." Cepat umi mendapat ideanya
"waahhh.. kalau dah anak beranak bergabung nak kenakan orang.. macam power rangers dah kuasanya..."
Riz dan uminya serentak ketewa kelucuan.
**
Esoknya jam 7 pagi Dee dah siap dan sedang menunggu Wak Ali.
"Dee.. hari ini nak outstation ke mana pula..??" Tanya Nisa melihat Dee dengan bagasinya.
"outstation kat rumah boss.." jawab dee bersahaja.
"Napa tak nikah terus..." balas Nisa. Dee faham maksud ayat Nisa.
"Aku ada buat salah.. denda aku masak.. umi pula ajak aku terus tidur di rumah.. apa lagi boss.. senyum kemenangan lah..." beritahu Dee.
Tak lama wak ali pun tiba menjemput Dee.
"Nisa aku jalan dulu ya.. nanti aku suruh Ray datang temankan awak ya..." gurau Dee sebelum keluar dari pintu.
"Suruh dia bawa rombongan meminang terus.." balas Nisa. Dee berpaling memandang Nisa.
"Amboi Nisa.. Gatal tu tutup sikit.. jangan bagi ketara... "
**
Dee kagum melihat rumah agam 3 tingkat tersergam indah seperti istana di depan matanya.
"Tinggal 2 orang jerr.. tapi rumah boleh muat 100 orang.. eee.. aku tak faham lah .. orang gaji entah.. berapa orang.. patut lah Ramona tak nak lepaskan boss.. hurmm.. siapa lah gadis yang bertuah jadi Mem besar di rumah ni selain umi... tapi mesti ada anak satu dozen baru meriah rumah ni... eee...Siapalah wanita yang malang yang akan jadi mesin keluarkan anak tu.... " Dee bercakap seorang diri.
"Awak nak berdiri kat luar sampai esok ke..??? Tegur Riz yang sedang berdiri di muka pintu.
Terkejut Dee melihat Riz..
"Boss takde carpet merah..?? Tanya Dee bergurau.
Tersenyum Riz mendengar gurauan Dee Awal pagi. Itulah yang membuat hidup Riz ceria bila bersama Dee.
"Belum pasti masak sedap ke tidak... dah nak demand..."
"Keyakinan tu mesti ada boss.. walaupun ni first time saya masak ikan patin..."
"Ahrrrr...??? terkejut Riz..
"ya la.. ikan patin pun saya tak pernah nampak.. tapi demi boss dan umi.. saya sanggup tak tidur satu malam search internet sebab nak kenal c ikan patin ni tau..."
"How sweet...."
"Boss tak pejabat ke..?? tanya Dee
"Hari ini saya nak jaga satu staff yang dah kena denda semalam.. takut dia curi tulang pula.."
"Hey.. siapa lah staff yang malang tu yerr..
yang dapat boss namanya En. Rizman... " jawab Dee.. lalu melintasi Riz di depan pintu dan terus masuk ke dalam.
"Assalamualaikum Umi... " Dee memberi salam sebaik saja memasuki rumah agam tersebut.
"Walaikumsalam... mari Dee .. sarapan bersama umi..." Umi membawa Dee ke ruang meja makan.
Tak lama, Riz pun datang dan duduk di sebelah Dee.
**
Jam 10 pagi Dee sudah memulakan tugasnya di dapur. Semua bahan-bahan sudah di siap oleh 3 orang pembantu rumah Riz.
Dee sedang membuang tulang ikan patin yang sudah di siang oleh salah seorang pembantu tadi. Hari ini Dee akan masak seperti yang Riz minta tapi Dee kena masak lagi kerabu pucuk paku permintaan dari Umi.
Dee asyik menyanyi sambil membuat kerjanya tanpa dia sedar Riz berada di belakangnya.
"Hey sayangku hari ini aku syantik,
Syantik bagai bidadari,
bidadari di hatimu...."
"Hey sayangku perlakukanlah diriku,
seperti seorang ratu,
ku ingin di manja kamu.."
"Emang lagi manja..
lagi ingin dimanja....
ingin berduaan....."
Tiba-tiba...
"Apa yang ingin berduaan tu....!!! Riz mengejutkan Dee.
"hey... ingin berduaan dengan boss saja... " lalu Dee memusingkan badannya menghadap Riz hampir tersentuh bibir mereka berdua.
Lalu kiri dan kanan tangan Riz berpegang di sinki dan kini Dee tak dapat bergerak kerana dah terkunci oleh Riz.
"Sekarang ni kita hanya berdua di dapur ni..." cukup romantik suara Riz Dee rasakan.
Dee masih diam terkaku seperti patung cendana dan matanya tak berkedip memandang mata Riz.
"Sedar diri tu Dee... awak tu bukan test En. Rizman..." Bisik hati Dee..
"Errr... Boss.... " lalu Dee berpusing semula menghadap Sinki.
Riz melepaskan tangannya tapi masih berdiri di belakang Dee.
"Ada yang saya perlu tolong..." suara romantis Riz menusuk ke jantungnya.
"harrr... ada... boss tolong jangan ganggu saya kerja boleh tak....?? Kalau boss terus ganggu saya.. alamat esok baru kita makan tengahari... " jawab Dee yang berusaha mengawal rasa gemuruhnya.
"Di rumah don't call me boss.. panggil Riz saja.." Riz mendekatkan mulutnya ke telinga Dee seperti berbisik.
"Kalau saya tak nak...?? jawab Dee yang sudah tak tau nak buat apa disebabkan rasa gemuruhnya menyerang kembali.
"Call me sayang... " Riz tambah mendekat dirinya ke belakang Dee sehingga Dee boleh rasa kehangatan tubuh Riz.
"Ok Sayang... ahhrrr... tak.... ok.. En. Riz... ermmm... Boss.. boleh tak boss undur 3 langkah... saya rasa boss dah terlalu rapat dengan saya ni.. "
"Call me Riz..." Riz masih berbisik ke telinganya.
"Ya Allah.. kuatkan lah imanku.." bisik hati Dee.
"kalau saya terus panggil Boss....??? Dee taknak mengalah..
"I kiss u...." ugut Riz
"eerr... Riz ... boleh undur 3 langkah please... " rayu Dee.
Riz pun mengundur 3 langkah seperti yang Dee minta. Dee pun memusing badanya menghadap Riz.
"Boss ni... " belum habis ayat Dee, Riz dah melangkah 2 langkah. Dee terus menekup mulut nya.
"Riz ni tak habis habis nak sakat saya lah.." Riz pun mengukirkan senyuman jambu pada Dee dan senyuman itu boleh membuat jantung Dee gugur.
**
Umi dan Riz pun dah duduk di meja makan. Dee masih berdiri bersama 2 pembantu Dapur yang sedang memegang sesuatu.
"Oleh kerana hari ini ada gangguan ketika saya hendak masak.. jadii.. saya terpaksa tukar menu.." terkejut Riz dan Umi
"Ini ikan patin tercekik masak asam pedas..." lalu pembantu dapur tersebut melatakkan pinggan yang berisi ikan patin.
"Ikan patin tercekik...???.. hahahaha... Dee.. dee.. ada saja lah..." Umi ketawa kelucuan.
"Dan ini Kerabu pucuk paku kena tukul.." lalu pinggan yang berisi kerabu pucuk paku di letakkan di atas meja.
"Lain kali tukul lah hati saya sekali... " gurau Riz.
Dee baru nak melangkah menuju ke dapur.
"Dee nak ke mana tu... ??? tanya umi.
"Nak ambil tukul lah.. " jawab Dee
"Hahahahahaha...." serentak umi dan Riz ketawa.
Riz berdiri lalu menuju pada Dee, dia memegang tangan Dee lalu membawanya ke meja makan dan menyuruhnya duduk.
"Kita makan.. saya dah lapar sangat ni.." Dee seperti terpukau dan hanya mengikut.
Mereka pun mula menikmati makan tengahari mereka.
"Waahhh sedap nya ikan patin tercekik ni... " puji Riz.
"Kerabu kena tukul ni pun sedap.." puji umi.
***
Petang tu Umi keluar beli barang. Nak masak special katanya.
Dee sedang berjalan di tepi kolam renang sambil menari nari mengikut irama lagu Syantik yang di pasang dari handphone nya.
Riz curi-curi melihatnya di balik tabir pintu yang keluar menuju ke kolam renang. Sungguh cute dan comel Riz melihat Dee begitu.
Tiba-tiba.. Dee tergelincir dan terjatuh dalam kolam renang. Dee terkapai kapai sebab tak tahu berenang. Riz melihat kejadian itu terus berlari dan terjun ke dalam kolam renang mendapatkan Dee.
Riz merangkul pinggang Dee lalu membawanya ke tepi kolam. Dee pula kerana masih dalam ketakutan merangkul leher Riz dengan kedua tangannya dan memeluk Riz dengan erat.
"Rizz.. Dee takut.." suara dee lembut menusuk ke hati Riz.
"Dee dah selamat dah.. " jawab Riz perlahan.
Lalu pelukan mereka di erat kan lagi.
"Terima kasih sebab selamatkan saya..."
"Lain kali hati-hati..."
Dee lalu mengangkat wajahnya memendang Riz. Mereka masih dalam keadaan berpelukan di tepi kolam renang itu.
"Saya tak nak kehilangan awak....sebab awak banyak buat salah dengan saya..."
"Salah...??? berkerut dahi Dee.
"Dan sekarang awak berhutang dengan saya..."
Tiba-tiba....
"Riz...!!! Dee...!! " Mereka serentak memaling kan muka Ke arah suara tersebut.
"Umi....!!!" serentak mereka berdua memanggil Umi.
"Apa dah jadi....???" umi bertanya.
"Ada orang tu nak jadi pandalela Renong Umi.. tapi tak tahu berenang... mujur lah Riz sempat selamatkan dia dari lemas...." Jelas Riz
"Astagafirullah-alhazim...!!!" terkejut Umi. airmukanya berubah jadi risau..
"Dee ok ke...???" tanya umi Risau.
"Riz bawa lah Dee tu naik..." arah Umi.
"Ros... bawa 2 towel ke sini.. cepat...!!!!" Arah Umi.
Dee pun mula menaiki tangga kolam tersebut. Tanpa Dee sedar baju dan seluarnya melekat di badannya dan terbentuk lah bentuk tubuhnya yang montok yang sangat menggiurkan. Sebagai lelaki yang normal.. Riz menelan air liurnya melihat keadaan Dee begitu. Terserlah kejelitaan Dee walaupun tanpa make up.
**
Malam itu.. Setelah Berbual dengan Dee di ruang tamu.. Umi pun masuk ke biliknya untuk tidur.
"Belum tidur lagi ....?? Riz datang lalu duduk di sebelah Dee. Dee pun heran kenapa dia sangat suka dan selesa bila Riz dekat dengannya.
"Belum.. saya nak habiskan dulu saringan pertama pencarian maskulin ni...." jawab Dee
"Dee sukakan tengok lelaki yang kacak, macho, badannya tough..." tanya Riz dengan sedikit perasaan cemburu.
"Pandainya anak Umi... " jawab Dee bergurau.
"Tapi boss..."
"Riz ... " potong Riz
"Dee panggil boss lagi lepas ni.. saya cium awak." ugut Riz.
"Are you serious Boss ....?? Dee bertanya dengan serius.
"Dee..." Lalu Riz mula nak memeluk Dee.
"Ok.. ok.. Boss Riz..." kata Dee
"You still call me boss...." Kali ini Riz dah memeluk Dee.
"Ok.. ok.. Riz....!!!" Lalu Riz meleraikan pelukannya pada Dee.
Tanpa mereka sedar umi sedang tersenyum gembira memerhati gelagat mereka dari tadi.
"Ok.. saya akan panggil Riz ketika di luar kerja.. macam sekarang.. tapi masa kerja.. walaupun kita berada di luar office.. saya akan panggil u Boss..... ok.."
"That's my girl... " puji Riz.
"But.. Dee belum jawab soalan saya tadi.." sambung Riz...
"Yang mana....????... oh.. pasal lelaki kacak tu.. ???" Riz mengangguk
"Bo... uppss.. Riz cemburu ke...???
"Of course I cemburu.. saya lagi hensome dari peserta tu semua.. napa tak suka saya saja.. ??? jawab Riz..
"Alolo.. makin handsome kalau Bo.. eehh Riz merajuk.. "
"Sebenarnya suka atau minat tu berbeza dengan cinta.. terjatuh cinta dan menyintai.. saya memang suka tengok lelaki yang handsome, kacak , tampan macam boss.. uppss Riz.. apa lagi kalau punya badan maskulin gitu.. macam boss... uppss.. Riz.. Ehh.. susah lah.. saya dah biasa panggil boss.."
"Biasakan... " jawab Riz.
"Saya suka tak semestinya saya cinta.. bagi saya melihat lelaki maskulin ini untuk terapi mata, minda dan hati.. dan buat saya bahagia dalam hidup saya sendiri... bak ada kata pepatah melayu.. menyukai tidak semestinya mencintai dan mencintai tidak semestinya memiliki..." jelas Dee
"Itu bukan pepatah lah.. itu hanya ungkapan atau kata orang" jawab Riz
"oh.. sudah tukar kah.. " balas Dee sambil meniru gaya dan slang Ravi dalam pi mai pi mai tang tu.
Umi menutup mulutnya takut terdengar suara ketawanya.
"Kalau lah... ada seorang lelaki setampan saya.. maskulin seperti saya.. (anak mata Dee dah naik ke atas).. menyatakan rasa cintanya pada Dee.. Dee terima tak.. hurmm. maksud saya lelaki tu memang Dee dah kenal dan rapat.. Dee percaya dan terima ke...???
"Takkk..." cepat Dee menjawab.
Share this novel