Bab 24 - Perempuan Gila

Romance Series 17902

"Riz Hentikan......!!!!! Ramona tiba-tiba masuk dan berteriak menyuruh Riz berhenti.

Syam dan umi serentak berdiri. Riz merenung tajam pada Ramona.

Sunyi sepi tanpa satu suara dari para jemputan.

Ramona melangkah maju ke depan.. Syam cepat-cepat melangkah untuk menghalang Ramona. Dia kini telah mendapatkan Ramona, menarik Ramona untuk keluar dari Ballroom itu.

"Abang.. Trust Me...izinkan sayang buktikan sesuatu.. please... " Rayu Mona.

Syam dapat melihat Kejujuran di mata Ramona.

"ok.. Abang ikut... " Ramona mengangguk.

Syam memberi isyarat pada Umi untuk tunggu dan bersabar.

Syam memegang tangan Ramona dan mereka berjalan bersama. Syam ingat Ramona hendak menuju ke tempat Riz, rupanya tidak. Dia melangkah menaiki tangga menuju ke singgahsana di mana pengantin perempuan sedang duduk.

Ramona kini berdiri di sebelah pengantin..

"Awak nak buka penutup ni sendiri atau saya yang buka..." Tanya Ramona. Tapi pengantin tu hanya duduk berdiam.

Riz yang memerhati keheranan dari tadi pun berdiri dan mula melangkah menaiki tangga pelamin itu. Setelah sampai di atas pelamin tu.. "Biar I yang buka.." kata Riz, lalu Riz membuka kain yang menutup wajah pengantin perempuan. Setelah di buka, terkejut Riz dan Ramona.

"Zila...!!!????

"Awak buat apa duduk sini... Dee mana...!!!!???? Darah Riz mula nak mendidih melihat Zila yang duduk di pelamin dan bukan Dee.

Terkejut Semua orang melihat pengantin perempuan bukan Deera Deerlina. Terutama Umi, Ray dan Ash. Mereka pun cepat-cepat memanjat tangga naik ke atas pelamin.

"Dee yang suruh saya gantikan dia.. dia dah lari dengan kekasih nya dan mungkin sekarang ni dia tengah berseronok dengan kekasih nya.." jawab Zila gugup.

Ramona memandang Riz. Berharap Riz tak percaya dengan kata-kata Zila.

"Riz awak jangan percaya cakap perempuan ni... Tadi saya keluar pi tandas.... saya dengar staff awak sedang bercakap pasal pengawal peribadi yang jaga Dee.. mereka sedap tidur depan pintu.. saya mula syak ada yang tak kena. Saya minta kunci pendua dan pergi ke bilik tunang awak.. saya terkejut melihat..mereka Semua sedang tidur. Tapi tunang awak tiada..." Jelas Ramona.

"Siapa yang jemput Mona hadir ke akad Nikah I ni..??" tanya Riz serius.

"Umi yang jemput Mona dengan suaminya Syam.." Umi yang menjawab ketika kakinya baru melekat di atas lantai pelamin itu.

Lalu Syam menghulurkan tangan bersalam dengan Riz... "Syam suami Mona..." syam memperkenalkan diri pada Riz.

Riz menyambut huluran salam dari suami Ramona.

Nenda, pak long ayah Zila, mak su dan Fika turut bergegas naik ke atas pelamin.

"Apa yang kau buat ni Zila... !!" lalu Pak long menampar pipi Zila.

"Ini semua rancangan Dee.. dia yang suruh saya bagi mereka kopi yang dicampur dengan ubat tidur supaya dia boleh lari dengan kekasih nya dan dia yang suruh saya gantikan tempat dia" Terketar-ketar suara Zila menjawab. Dia sangat berharap agar Riz percaya padanya.

"Saya tak percaya Dee ada kekasih lain, selain anak saya Riz.. dan Dee tak kan sanggup memalukan keluarga di kedua belah pihak... awak jangan nak buat fitnah...." Umi membela Dee.

"Nenda tahu pasti ini perbuatan awak Zila.. Nenda kenal kau zila.. Dari kecil kau memang dah tak suka DD kan..." Nenda lagi memarahi.

Riz memandang tajam pada Zila.

"Riz.. percaya dengan saya.. apa yang saya cakap ni betul.. Dee yang rancang ni semua..." zila cuba memujuk dan mengambil kepercayaan Riz.

"Perempuan tu penipu...!!!!" Tiba-tiba satu lelaki muncul di depan pintu dan diikuti oleh 3 orang lagi lelaki dibelakangnya. Semua mata tertumpu pada mereka semua.

"Siapa pula Lelaki ni semua.???" Bisik hati Zila.

Lelaki itu berjalan dengan pantas menuju ke tempat Riz. Diikuti oleh 3 lelaki dibelakangnya.

"En. Riz.. " tanya Lelaki itu.

"Saya.. " Jawab Riz.

"Saya Daniel... " berubah riak wajah Riz.

"Dee mana...???" tanya Riz tak sabar.

"Sabar En Riz.. tunang En. Riz selamat.. Sebelum tu.. Izinkan saya menceritakan perkara sebenar.. " jawab Daniel

"kebetulan saya terdengar perbualan perempuan ini dengan 2 lelaki di sebuah restoran. Saya duduk di sudut. Mungkin di orang tak perasan saya ada disitu. Dia mengarahkan 2 lelaki itu menculik tunang En. Riz dan merogolnya. Dia juga mengarahkan agar dua lelaki itu mengambil video dan gambar dan hantar ke tempat En. Riz.. saya terlambat kerena menunggu 3 kawan saya untuk membantu saya. Mujur kami sempat melihat mereka masuk ke satu bilik di hotel ini juga.. dan 2 lelaki itu kami telah serahkan pada Polis... Sekarang tunang En. Riz sedang di jaga oleh 3 staff En. Riz. Doktor juga sudah ada di bilik untuk memeriksa keadaan tunang En. Riz.."

"Riz.. jangan percaya.. mereka ni yang penipu.." lalu Zila hendak memegang tangan Riz tapi Riz cepat-cepat menarik tangannya.

"Don't touch me.. bitch...!!!! Riz separuh berteriak.

tiba-tiba..

"panggg..." satu tamparan kuat hinggap di pipi kanan Zila sehingga mahkota untuk Dee yang di pakainya terlepas lalu terpelanting.

Semua yang ada di dewan itu terkejut. Umi lagi lah terkejut tapi dia puas hati tindakan yang Riz buat.

"Ini sebab kau dah menyakiti wanita kesayangan aku..."

"pangg..." satu lagi tamparan kuat hinggap di pipi kiri Zila.

"Dan ini kerana.. kau telah memalukan keluarga Zulkarnain dan keluarga awak sendiri..."

"Pangg.." satu lagi tamparan di pipi kanan Zila.

"Ini kerana kau telah mencabar kesabaran aku...!!!! Riz melepaskan amarahnya.

Pak Long pun mendekati zila.

"mula saat ini ayah tak nak anggap zila sebagai anak ayah lagi .. Zila betul-betul dah buat malu dengan keluarga kita dan keluarga ternama Zulkarnain.. " Lalu dia membelakangkan Zila dan berdepan dengan Riz.

"En.Riz saya benarkan En. Riz sumbat dia dalam penjara .. biar penjara beri pengajaran padanya..." luahan pak long yang penuh kekecewaan pada anaknya Zila.

"Ayah..... Zila sukakan Riz.. Dee tak layak untuk Riz.. hanya Zila yang layak untuk Riz.. tolong kahwinkan Zila dengan Riz ayah.."

"Astaghfirullah-alhazim... Zila.. zila.. " lalu pak long turun dari pelamin dan berjalan keluar dari ballroom untuk menenangkan fikirannya tanpa menoleh memandang Zila.

"Ayah....!!!" teriak Zila.

"Riz.. Saya tau awak sukakan saya.. saya dapat rasa perasaan awak pada saya.. " zila kini seperti wanita yang betul-betul dah ketandusan lelaki.

"Ya Allah... rendahnya maruah awak.. "

"Awak dengar sini...!!! Cinta dan hati saya, hanya ada nama wanita bernama Deera Deerlina Binti Muzaffar..!! itu nama awak ke...??? .. Dan lagi... Saya sudah biasa melayan karenah wanita-wanita yang tergila-gilakan saya.. tapi awak ni dah mencabar kesabaran saya dan Saya akan tunaikan permintaan ayah awak..."

"Riz biar umi uruskan perempuan gila ni.. Riz tunggu di sini.. umi akan datang dan bawa Dee duduk di pelamin ini.. "

Umi dapat rasa Riz dah tak boleh kawal rasa marahnya, bencinya dan meluatnya pada Zila.

"Terima kasih umi..." lalu Riz memeluk umi.

"Riz bawa bersabar ya.. kita bersyukur Dee selamat... Riz uruskan keluarga kita disini dan para tetamu.."

"ok Umi.."

"Ray... Ash.... temankan kan Umi.. bawa sekali Dr. Afifi.. dan 3 orang Staff.. Kutip mahkota yang jatuh tu dan buka baju tu.. perempuan tu tak layak memakai baju tu..." Arah Riz

"Awak dengar sini.. kain ni daripada kain satin yang paling mahal dan berkualiti.. saya pilih warna suci putih berlian kerana yang akan memakainya adalah seorang gadis yang masih suci dan tulen murni sifatnya. Taraf awak dengan Dee.. bagai syurga dengan nereka.

"Daniel boleh kawan awak bawa perempuan ni pergi dari sini ikut dengan umi saya...??" pinta Riz

"Takde masalah En. Riz .. " jawab Daniel.

"Terima kasih banyak-banyak kerena telah menyelamatkan tunang saya.. terlalu besar jasa yang Daniel dan kawan-kawan Daniel dah buat untuk saya dan tunang Saya..."

Daniel terus memotong percakapan Riz

"En. Riz.. saya dan teman-teman buat ini dengan ikhlas.. kami tak mengharapkan apa-apa balasan.. Kami lakukan ini pun untuk menebus kesalahan kami yang dulu pada Dee.. Sampai kan salam maaf kami pada Dee ... kami pergi dulu..."

"Daniel.. datang malam dengan kawan awak yang 3 orang lagi tu.. di ballroom 1, jam 8 malam ni.." Jemput Riz.

"ok... En. Riz.. terima kasih kerana sudi menjemput kami.."

Baru mereka mula nak mengatur langkah...

"Daniel..." panggil Riz lagi. Daniel dan 3 orang rakan menoleh kembali menghadap Riz.

"Dee dah lama maafkan awak dan kawan-kawan awak.. (berubah air muka mereka berempat).. Terima kasih kerana menyelamatkan Dee hari ini."

"Terima kasih juga En. Riz.. kami gerak dulu.." jawab Daniel.

Mereka pun mengheret Zila keluar melalui pintu belakang. Sampai di belakang hotel sebuah Van polis sudah sedia menunggu. Di dalam Van tu sudah ada 2 orang lelaki siap gari ditangan yang diupah Zila untuk menculik dan merogol Dee.

Mereka sengaja meminta polis ke belakang hotel demi mengelak Publisiti dari Natizen. setakat ini wartawan yang di jemput pun sudah di uruskan oleh General Manager Riz En. Hasnol.

Mujur tetamu yang di jemput hanya keluarga terdekat dari belah keluarga lelaki, staff dan belah keluarga perempuan hanya Nenda, pak long, mak su dan Fika saja.

Resepsi perkahwinan sebelah malam baru lah jemputan untuk keluarga, ahli-ahli perniagaan, ahli-ahli politik dan sahabat handai.

"Terima kasih Mona... kalau bukan kerana mona.. I dah kawin dah dengan perempuan gila tu..Dan I minta maaf pasal tadi i sempat mengesyaki u.. ."

"Takpe En. Riz.. kami faham.. " jawab Syam suami Ramona.

"Inilah masalahnya kalau orang terlalu tampan.. macam Kes Omar Borkan.. gadis -gadis jadi hesteria waktu dia menghadiri satu event.. hingga dia di halau dari event tu kerana tak dapat mengawal gadis-gadis yang ingin menyerbunya..." jelas Syam.

"En. Syam pun tahu ni cerita ke...?? tanya Riz

"Tahu.. dia pernah mendapat gelaran Lelaki terkacak di dunia.." jawab Syam. kemesraan mula terjalin antara mereka.

"Saya ingat Dee sengaja nak takut-takut kan saya .. sebab dia cakap wajah saya dengan omar tu hampir sama .. cuma saya takde jambang katanya.." Riz sambil tersenyum mengingatkan pertemuan pertama mereka.

"Pasti En. Riz sentiasa ceria bila bersama Dee kan.. Sebab kami dengar cerita umi pun kami turut tergelak kelucuan mendengar.." Balas Syam.

"Itu yang buat saya kali-kali jatuh cinta padanya.."

**

Dee diangkat dan dibaringkan di katil yang bersaiz king size di bilik suite yang di tempat kan untuknya. Sementara Lisa, Nisa, Mak Andam, jurumakeup profesional dan 3 orang pembantu diangkat dan ditidurkan di atas tilam single yang telah di angkat dan di urus oleh staff hotel.

Pengawal peribadi Dee pula hanya dibaringkan dan dibagi bantal.

Mujur ubat tidur yang dicampur di minuman bukanlah jenis ubat tidur yang kuat. Kerana tadi sebelum Zila di bawa ke Balai polis mereka telah membongkar beg tangan Zila dan bekas ubat tersebut masih ada didalam beg nya dan ukuran yang di bagi hanya untuk seorang saja dan Zila telah gunakan untuk memberi minum 10 orang.

Mengikuti masa yang di tunjukkan dalam CCTV . Pengawal peribadi Dee mula terlelap pada jam 10.05. Dan Dr. Afifi menjangkakan bisa ubat tu hanya 2 jam saja. Mereka mungkin akan tersedar pada jam 12 lebih.

*

Jam 12. 15 minit Umi telah duduk di sisi katil Dee. Dia menunggu dengan sabar. Sayu hatinya melihat Wajah Dee yang suci dan bersih itu. Dia terfikir kalaulah Daniel tak menyelamatkannya, pasti sekarang ini dia telah di rogol dan gambar serta videonya di hantar pada Riz. Pasti Riz percaya dan kecewa yang amat sangat.

Umi tak dapat terima sepupu sendiri sanggup buat perbuatan khianat dan terkutuk itu untuk sepupunya sendiri.

Ray, Ash, Dr. Afifi dan 3 orang staff hotel juga berada dalam bilik itu.

Tiba-tiba Dee bergerak kemudian dia perlahan-lahan membuka matanya. Dee mula menggeliat. Dee terkejut melihat Umi sedang duduk di sebelahnya. Dee bangun dari pembaringanya...

"Apa ni Umi.. malam pertama kita pun nak skodeng ke...???" perkataan Pertama yang keluar dari mulut Dee.

Umi memeluk Dee dan mencium pipi Dee sebelah menyebelah. Airmatanya mula mengalir keluar.

"My Dee is back..."

mereka yang ada di bilik itupun ketawa.

"Dee.. Dee.. buka mata saja.. mulut pun mula beraksi..." kata Ash.

lonceng pintu berkali-kali di tekan. Jelas kedengaran suara pengawal peribadi memanggil nama Dee. Ertinya mereka pun dah sedar.

Lisa, nisa dan yang lain pun dah tersedar akibat terkejut mendengar bunyi lonceng pintu yang di tekan berkali-kali.

Ray pergi membuka pintu dan memberi tahu Dee selamat tapi dia juga memberitahu pada mereka bahawa pandai-pandailah mereka menjawab di depan Riz nanti.

Ash terus memeluk Lisa.. "Honey... I miss you babe..." lalu mencium pipi lisa berkali-kali.

Ray pula mendekati Nisa.. "Are you ok dear..?? tanyanya.

"Kenapa dengan kamu semua ni...?? Umi sampai nangis peluk saya.. Saya dah kurus ke...??? atau... eeeehhhh... kejap.. Suami kesayangan hamba mana umi...??? Tanya Dee.

Umi masih ketawa sambil menangis... "Banyak lah suami kesayangan Dee... Dee belum nikah lagi lah... yang Dee pi tidur buat apa...??? nasib Riz tak kahwin dengan orang lain... " jawab Umi.

"Macam mana kita boleh tertidur semua ee... ??" Mereka saling bertanya keheranan.

"Dah .. dah .. Dee nak kahwin dengan Riz tak...??? Cepat Dee mengangguk.

"Haa... pergi cepat pakai baju.. dan tolong touch up balik wajah Dee ni... ada air liur lah.. busuk.. lepas nikah baru kita cerita..." arah umi.

" Yang rasa diri tu lelaki tulen .. Sila lah mengeluarkan diri dari bilik ini yer... " kata mak andam

Dr. Afifi dan 3 staff hotel mula melangkah keluar dari bilik... "Saya lelaki tulen..." kata Dr. Afifi

"Kami pun Lelaki tulen..." Kata Ray dan Ash yang keluar dari bilik Itu sambil berlenggang-lenggang.

pecah ketawa mereka semua.

mereka semua ketawa melihat gelagat Ray dan Ash.

**

Dee masuk ke dalam Ballroom. Di sebelahnya Umi dan mereka saling berpegangan tangan. Diikuti oleh Nisa dan Lisa di belakang mereka. Umi dapat rasa perasaan gemuruh Dee kerana tangan Dee sejuk.

Mereka mula melangkah menuju ke singgahsana yang telah dihias seperti taman firdausi.

"Semua ahli keluarga dan para jemputan terpegun melihat keayuan wajah Dee yang terpancar kesucian dan keaslian pada wajah. Riz memandang Dee dengan penuh rasa cinta.

Dee Kini sedang duduk di singgahsana seorang diri. Menunggu sang Raja datang menjemput nya.

"En. Riz.. kita boleh mulakan....?? Tanya tok imam.

"Boleh.." jawab Riz.

"Sila pastikan dulu .. betul kah gadis yang duduk di atas tu bakal isteri Riz...??? Tanya tok imam sambil bergurau.

"Betul tok imam.. " jawab Riz.

"kalau betul .. boleh lah kita mulakan.." tanya Imam lagi.

"Boleh tok ..." jawab Riz

Tok imam pun menghulurkan tangan pada Riz dan Riz menyambut huluran tangan tok imam dan menggenggamnya dengan erat.

"Sejuk tangan En. Riz ni.. tangan saya pun turut bergegar dah ni... " Tegur tok imam. Ash dah tersenyum di belakang Riz. Dia sudah lalui apa yang Riz rasa sekarang.

Tok imam menggenggam tangan Riz.

"Shah Rizman Bin Zulkarnain AL-Rahsyid.. "

"Saya..." jawab Riz.

"Sekali lagi saya bertanya.. adakah En. Riz pasti wanita yang duduk diatas singgahsana tu wanita yang En. Riz cintai yang akan jadi Isteri En. Riz...?? sekali lagi Tok iman bertanya..

Kali ini bukan jawapan yang didengar oleh tok imam tapi gelak ketawa dari Riz, Ray dan Ash.

Hampir 5 minit baru keadaan Reda.

"Dah hilang dah nervous tu...?? tanya Tok imam.

"Dah..." jawab Riz.

Tok imam sengaja bergurau untuk menghilangkan perasaan takut, gemuruh dan macam-macam lagi perasaan Riz masa ni.

"Shah Rizman Bin Zulkarnain AL-Rahsyid..."

"Saya..."

"Aku nikahkan di kau dengan Deera Deerlina Binti Muzaffar dengan mas kawinnya 10 juta ringgit Malaysia Tunai...."

"Aku...!!! terrr....." baru saja Riz nak menerima.. tiba-tiba...

"Eehhh . aku engkau terima nikahnya...????" Dee terkejut dengan suara Riz yang menekankan 'AKU' tadi lalu melatah dengan gaya nya sekali.

Ni kali pecah ketawa satu dewan. Tadi kerana Dee sunyi sepi satu dewan, Sekarang kerana Dee juga jadi riuh satu dewan.

Makin geram Riz memandang Dee yang kelihatan sangat comel waktu dia melatah tadi. Tak sabar dia memeluk dan mencium puas-puas malam ni.

Dee menyusun sepuluh jari nya sambil berdiri dan menunduk meminta maaf pada semua. Lalu dia membuat 'Flying Kiss" pada Riz dan Riz membuat gaya seperti menyambutnya dengan tangannya lalu mencium tapak tangan nya.

"Dah boleh mula ke.. Saya dah nak balik ni..." tanya tok imam sambil bergurau.

mereka ketawa lagi.

"ok mula kan lah tok imam..." jawab Riz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience