"But why..." tanya Riz
"Dulu saya dah pernah bagitahu.. saya hanya percaya pada cinta seorang lelaki yang buta.. sekarang ada kedua... saya bagi kelonggaran sedikitlah.. sebab saya suda boleh terima tidak semua lelaki sama.. cuma lelaki yang setia tu .. itu limited Edition... " jelas Dee
"Saya lah tu..." Lalu Riz merenung wajah Dee dan mengenyitkan sebelah matanya dengan senyumannya yang tepat menusuk di hati Dee.
"Wow.. masuk bakul angkat sendiri..." gurau Dee.
"Kedua.. jika lelaki itu berani meluahkan cintanya atau melamar saya dikhalayak ramai.. biar semua orang.. saudara mara dan kawan-kawan tahu. Dan itupun hanya lelaki limited edition saja yang berani buat... " Sambung Dee lagi.
"Saya sudah jera dengan kes daniel dulu.. bawa 33 kuntum bunga, melutut depan saya tapi cuma kmi berdua saja dibilik pejabat saya.. tiada saksi.. Sekurang-kurangnya bila bnyak saksi.. ada juga boleh ingatkan..." tambah Dee.
"contohlah dia curang .. ada juga saudara atau kawan tolong nasihatkan dan ingatkan sumpah setianya masa melamar saya.." Dee tersenyum puas dengan penjelasannya sendiri.
"Jika ada lelaki yang berani buat begitu pada u.. u terima tak....??? Soal Riz tak sabar nak dengar jawapan dari Dee.
"Itu bergantung dari hati dan perasaan saya.. tak kan lah saya terima jika saya langsung takde hati dengan dia..."
"Napa boss .. ehhh Riz tanya semua ni pada saya...???" soal Dee keheranan.
"Dah.. ayuh tidur.. esok kita nak cari pengganti handphone u yang dah mati lemas dekat kolam tu.. " jawab Riz mengalihkan soalan Dee.
Dee mengubah posisi duduknya memusing sedikit badannya menghadap Riz.
"Boss... .. terima kasih kerana telah menyelamatkan saya tadi.. mungkin saya dah jadi arwah dah jika Boss takde tadi" Riz tiba-tiba ingin mencium Dee tapi Dee cepat-cepat menutup mulutnya dengan bantal sofa yang kecil.
"Hahahahaha Boss..." Dee tergelak ketawa, kali ini Riz memeluk Dee ingin menciumnya sambil ketawa tapi Dee kali ini menutup keseluruhan wajahnya dengan bantal kecil sofa.
"Boss.... ." kali ini suara Dee agak tinggi sedikit. Tapi kali ini Riz menggelitik Dee sehingga Dee ketawa terbahak bahak.. ketika Riz ingin menciumnya..
"Ok... Riz....!!!" teriak Dee.
"Harr.. nak cabar saya lagi...???"
Dee masih tak dapat menghentikan tawa. Berserabut rambut Dee seperti orang yang baru kena rogol.. Riz menyuruh Dee pusing membelakanginya lalu mengemaskan rambut Dee dan mengikatnya semula.
Bergetar hati Dee dengan perbuatan Riz. Ini pertama kali seorang lelaki memperlakukannya sedemikian. Dee mengubah posisi duduknya seperti asal tadi.
"thanks...." kata Dee.
"Riz.. sejak putus tunang ni... Riz makin miang lah.. " sambung Dee.
"Sebenarnya sejak putus dengan Ramona.. saya rasa... saya terlepas dari memikul beban yang sangat berat saya rasa.. selama 5 tahun tu.. kadang-kadang saya rasa saya tak mampu dah memikulnya tapi demi umi saya bertahan.. saya ada juga beri dia peluang untuk memikat hati saya... tapi bila Saya melihat kecurangannya di depan mata.. berkali-kali.. perasaan benci dan jijik tu menemani saya selama 5 tahun.. "
Umi yang mendengar di belakang.. dah mula mengalirkan airmatanya.
"Riz pun tahu kecurangan Ramona selama ini...??? tanya Dee terkejut.
"Napa... ??? u tahu juga ke....??? soal Riz
"Lisa dan Nisa tahu.. mereka kenal Ramona.. Nisa pernah tertangkap Ramona dan bossnya dalam bilik bossnya.. mereka yang beritahu saya.. tapi takkan lah saya nak busy body dengan personal life Riz..." Jawab Dee..
"Memiliki tapi tak mencintai sebenarnya lagi sakit dan derita daripada mencintai tapi tak memiliki..." Luah Riz.
Mata mereka bertemu...
"Selama 5 tahun tu Riz ada kekasih ke...?? soal Dee memecah kebisuan mereka berdua.
"Takde...." cepat Riz menjawab.
"Wah.. handsome macam ni takde kekasih...!!!!???? " soal Dee terkejut.
"saya tak suka perempuan plastik.. " jawab Riz
"Tapi kan first jumpa Riz... Riz dingin sangat.. lama juga baru rapat dan Riz bergurau dengan saya.. tapi dah rapat.. kuat pula sakat saya... Ni mesti dah ada buah dalam hati kan.. " Dee cuba mencungkil.
"Kalau saya kata saya jadi begini disebabkan u.... u percaya tak...????" Riz merenung tepat ke mata Dee.
"Kalau perangai gila-gila tu.. mungkin lah.. tapi kalau gaya miang dan gatal ... tu bukan ... saya Good girl lah..." jawab Dee
"Hahahaha... " Riz ketawa kelucuan.
"I like the way you are.. tu yang buat i selesa dengan u.." tiba-tiba Riz serius dan merenung Dee dengan renungan yang menggoda.
"Riz...!! janganlah renung saya macam tu.. tak menggoda tau..."
Riz ketawa ... "Hahahaha.. ada rasa hati atau jantung bergetar getar ke...???"
"Tak... rasa sesak nafas .. adalah... "
"Hahaha.. that why i like you..." lalu Riz mengenyit mata pada Dee.
Dee pula buat gaya seperti menangkap kenyitan mata Riz lalu meletaknya di atas meja lalu memukulnya.
Riz pula pura-pura kesakitan sebelah matanya yang buat kenyitan pada Dee..
Dee ketawa.. lalu pura-pura mengutip kembali mata Riz lalu meniupnya dan menciumnya..
"I nak yang real .... " Riz merayu..
"in you dream...hahahaha.." Dee ketawa .
Umi dari tadi tersenyum saja melihat gelagat mereka berdua.
"Dah.. ayuh tidur.. dah dekat jam 11 malam dah.. saya tak sabar nak mimpi yang u cium i "
Umi cepat-cepat melangkah masuk ke bilik nya yang berada di bawah.
"Good night Boss... Saya nak mimpi kenakan boss... " Lalu Dee cepat-cepat berlari masuk ke biliknya.
Riz tersenyum ..
"Aku akan pastikan yang kau akan jadi milikku jua.. " Riz bercakap seorang diri sambil berjalan menuju ke biliknya.
Malam itu.. Dee tak dapat tidur lena. Dia asyik terbayang senyuman Riz, kejadian di dapur tadi pagi, kejadian di kolam renang tadi petang dan ketika mereka di ruang tamu tadi..
"Ahhrrr.. Aku dah jatuh cinta pada Riz ke ni...?? tak.. tak.. Aku takkan jatuh hati pada Riz dan Riz lagi lah tak mungkin jatuh hati pada aku... aku ni bukan test Riz... aku kena terima hakikat tentang kekurangan diri aku.. siapa lah nak kan perempuan gemuk seperti aku....dia layan aku baik pun sebab aku pekerja dia dan sebab umi ... tapi kalau memang betul aku jatuh cinta macam mana...??? ahrrr.... !! biar lah Dee.. Biar lah kau mencintai dan menjaga dia dari jauh.. itu sudah cukup buat kau bahagia walaupun tidak memiliki.. " Dee bercakap seorang diri.
**
Esoknya selepas makan tengahari Dee pun nak berangkat balik ke rumahnya.
"Umi .. Dee balik dulu ya.. Umi jaga diri ya.." lalu Dee mencium tangan umi. Umi terus memeluk.
"Saya hantar Dee dulu ya Umi.. " kali ini giliran Riz pula yang minta izin.
"Riz.. jangan lupa singgah kedai jual handphone.. belikan Dee handphone.." pesan umi
"Umi.. tak perlu lah susah-susah.. itu kesilapan Dee sendiri.. " jawab Dee
"Umi tak nak ada penolakan...." tegas umi.
"hurrmm... kuasa power rangers bergabung .. susah lah nak lawan..." rajuk Dee
Umi dan Riz tertawa bersama.
"So cute..." puji umi.
"That my girl umi.." bisik Riz ke telinga uminya.
**
Riz dan Dee kini sedang berada di dalam kedai handphone yang ada didalam mall milik Riz. Tapi para pekerja di situ tidak mengenali siapa Riz.
"Waaahhh... huawei ni pun ada kat sini...??? jelas terlihat keterujaan di wajah Dee melihat handphone tu.
"Sedap ke.. i tengok macam sedap ja u pandang handphone tu..." gurau Riz.
"Harganya yang sedap aku tengok..." jawab Dee.
Para pekerja di situ tersenyum mendengar. Riz melihat senyuman itu seperti mengejek sepertinya mereka tak mampu nak beli.
Riz melihat harga Huawei Mate Xs Rm12,999. Patutlah dee kata harganya sedap.
"Saya nak yang ni.." Lalu Riz menunjuk Huawei Mate Xs tersebut.
Dee baru nak bersuara tapi Riz cepat-cepat memotong.
"No objection... "
"Hurmm.. dah tunjuk kuasa power rangers.." Riz tersenyum.
"Encik nak yang ni ke..?? harganya RM12,999.." Jelas pekerja tersebut.
"ya.. dan saya tak buta lagi lah.." jawab Riz tegas Lalu menyerahkan Satu Kad warna Emas dan dalam Kad tu tertulis SPECIAL VVIP .
Berubah air muka pekerja tersebut.
"Bagi kad ni pada boss awak.." Arah Riz.
Pekerja tu pun masuk ke dalam sebuah bilik kecil. Tidak lama selepas tu keluar seorang perempuan Cina dalam lingkungan 30 Keatas.
"En. Rizman... how suprise..." tegur wanita
Semua pekerja disitu terkejut dan saling berpandangan antara satu sama lain.
"Hello sweetie... I'm madam Lee " tegur wanita itu pada Dee.
"Hello madam Lee... I'm Dee.. nice to meet u.. " jawab Dee lalu menghulur tangan bersalam dengan Mdm. Lee.
"So.. Mr. Riz.. This is a first time you bring a beautiful women here... so let me guess.. she is.. ??
"Oh Dia wanita kesayangan saya..." Cepat Riz menjawab dan merangkul pinggang Dee.
Dee terus memandang Riz.. terdetik di hatinya
dia harus menjaga air muka Riz.. jangan kerana perkara kecil begitu boleh membuat Maruah Riz jatuh. Lalu Dee pun memberikan senyuman pada Mdm. Lee
"Wow.. u mesti ada mix blood kan.. " tanya Mdm. Lee
"Melayu + Irish tapi darah lebih kepada melayu.. sebab ibu saya mix malay and Irish.." jelas Dee.
Riz hanya memerhati Dee bercerita dengan Mdm. Lee. Pandangan matanya pada Dee seperti seorang kekasih yang terlalu cinta pada kekasihnya.
"Ahrr.. no wonder lah your skin, white, smooth and fluffy..." Puji Mdm. Lee.
"So Mr. Riz.. how can i help you...?? sambung Mdm. Lee
"owh.. Saya nak beli handphone ni untuk wanita kesayangan saya ni...." Lalu Riz memandang Dee dan mengenyitkan sebelah matanya pada Dee.
"Owh.. So Sweet..." Lalu Mdm. Lee mengarah staff nya untuk mengambil handphone itu di dalam kaca dan memberikan pada Riz. Riz mengambil handphone tersebut dan memberikan pada Dee.
Dee mula menekan nekan handphone tersebut.
"Sayang suka...?? tanya Riz dengan penuh romantis. Dee hanya menganggukkan kepalanya.
"Ok Mdm. Lee.. Saya beli....oh. ya.. and give me a Simcard VVIP No... " lalu Riz mengembalikan handphone tu pada staff untuk urusan selanjutnya.
"Ok Mr. Riz...." Lalu madam Lee masuk ke biliknya dan membawa seorang staffnya.
Tiba-tiba Dee memusing separuh badannya dan tangannya merangkul pinggang Riz. Tersentuh Dada Dee ke lengan Riz Lalu Dee membisik ke telinga Riz.
"Boss.. nanti potong gaji saya saja yerr.. " tersenyum Riz lucu mendengar apa yang Dee katakan.
"U nak i cium u kat sini ke...???" Lalu menarik Dee merapat ke tubuhnya . Dapat Riz rasa Degupan jantung Dee. Riz tersenyum..
"Lemah juga rupanya awak ni.. " Bisik hati Riz
sambil tangannya mengemaskan rambut Dee lalu menyisipkan ke belakang telinga Dee.
Semua pekerja yang ada situ memerhati saja. Selepas 5 minit Mdm. Lee pun keluar dari bilik tersebut dengan staffnya yang membawa beberapa barang.
"Mr. Riz ni handphonenya ya.. simkad saya dah letak dalam.. ini no nya..." Riz melihat no tersebut.
"Waah .. beautiful and lucky no.. " Puji Riz.
"And ini Free gift .. Jam pintar huawei Gt-2 and beg bonia.." Lalu madam Lee membuka jam dan beg bonia yang masih di dalam kotak.
"Wow.. " Dee teruja melihat jam tangan dan beg bonia itu.
Jam tangan dan beg bonia itu di masukkan semula dalam kotak dan disimpan dalam beg kertas. Setelah semua di masukkan dalam 3 beg kertas berasingan lalu menyerahkannya pada Riz.
"Mdm. Lee.. esok akaun manager saya akan urus semua ya.. "
"Ok.. Mr. Riz... kalau kawin jangan lupa jemput ya..."
Riz memegang tangan Dee lalu mereka berjalan bersama keluar dari kedai tersebut.
"Staff... tadi tu Mr. Rizman.. pemilik mall ini.. termasuk hotel di mall ni.. dia tu billionaire.. next time dia datang bagi dia service 5 star.." Lalu madam Lee masuk ke bilik pejabatnya.
Dari jauh kelihatan seorang wanita terkejut melihat pasangan sejoli berjalan saling berpegangan tangan. Wanita itu mengajar pasangan tersebut...
"Deera .... !!!????"
Share this novel