"Ramona..... !!!!!! Teriak Umi.
2 makhluk itu terhenti melakukan aksi terkutuk itu.
"Umi... Riz....???"
Ramona terus menutup tubuhnya dengan selimut, manakala pasangannya menutup keseluruhan tubuhnya sehingga wajahnya tak kelihatan.
Sha sudah mengambil gambar dari tadi. Riz hanya diam terkaku tak berkata apa-apa.. Umi melangkah menghampiri Ramona lalu menampar pipi Ramona kiri dan kanan dengan sekuat hati.
"Sha tolong video ni... " arah umi.
"Saya putuskan pertunangan awak dengan anak saya dan segala kemudahan yang telah saya beri, seperti kereta, rumah dan credit card saya tarik balik.." kata umi dengan amarahnya
"Esok cerita awak akan tersebar satu malaysia..." Tambah Sha.
"Umi.. saya tunggu dekat bawah..." Baru Riz bersuara.
Ray memberi isyarat agar Dee menemani Riz.
Ketika Riz hendak melangkah pergi....
"Riz i can explaine... jangan putuskan pertunangan ini.. please.." Rayu Ramona.
"Tak cukup jelas ke.. apa yang umi saya kata tadi..." Riz menjawab membelakangi Ramona dan terus melangkah pergi. Dee mengikutinya dari belakang.
**
"Ray... umi risaukan Riz..."
"Umi tak perlu risau.. Dee kan ada dengannya.. " jawab Ray.
Ketika mereka keluar dari bangunan hotel, mereka melihat Riz dan Dee tengah duduk di kerusi yang berdekatan dengan tempat meletak kereta.
"Boss.. Are you ok..." tanya Dee penuh risau.
"First time u cakap english dengan saya Dee..."
"Boss bila saya risau saya akan terguna bahasa lain.. syukur saya terguna BI.. kalau saya tersasul cakap tamil... macam mana..."
tersenyum Riz dengar Celotehan Dee.
"Saya harap boss tersenyum seperti ini..." sambung dee lagi.
"U risau kan saya ke...??? tanya Riz
"Of course lah .. boss kan boss saya... "
Riz diam lagi..
"Boss.. boss tau tak apa beza boss dengan bulan...??
"Bulan bulat... saya hensem...."
"Salah.. Bulan jarang-jarang boleh nampak dan tak dapat nak sentuh...tapi boss saya boleh jumpa hari-hari dan boss saya boleh sentuh..." sambil jari telunjuk Dee menyentuh lengan Riz...
Alamak boss lengan boss ada magnet lah.. jari dee dah lekat kat lengan boss.. tak aci lah.. napa tak lekat kat hati boss jerrr..." gurau Dee
akhirnya pecah juga ketawa Riz dan Dee pun turut sama ketawa.
"See... saya dah cakap umi.." Ray, umi, sha dan Alex memerhati dari belakang.
"Puteri kayangan jatuh dari langit.." kata Sha
"Boss... boss nak tahu tak...???
"Apa dia...?? lalu Riz berpaling menatap wajah Dee.
Tiba-tiba jantung Dee berdebar-debar melihat wajah bossnya yang cukup sempurna tampannya.
"Kisah saya lagi sedih dan tragis dari tuanku CEO..."
"Ceritakan..."
"Panjang kalau saya nak ceritakan dengan boss ni.."
"Pendekkan..."
"Boss nak tahu tak.. saya memang cute dan comel dari kecil.. semua orang sayang saya.. manja kan saya.. waktu saya sekolah rendah.. kawan-kawan ada juga ejek ejek saya.. 'C gendut.. c gendut.. ' balik rumah saya bagitau mumy and dady.. tapi mereka nafikan.. mereka tetap yakinkan saya cute dan comel... budak sekolah rendahlah katakan.. belum berapa tau apa-apa.. ketika saya naik sekolah menangah.. mumy dan dady tinggalkan saya buat selama-lamanya.. (Terkejut Riz, lalu berpaling menatap wajah Dee) bila kawan-kawan kutuk dee.. takde sudah kata sokongan dari kedua orangtua dee yang memuji Dee cute.. dee comel.. Disebabkan Dee malu dengan keadaan fizikal tubuh dee yang gemuk.. Dee mula jadi pemalu dan pendiam... "
"U sekarang dah tak cute dah.. dah tak comel dah.. (Dee dah jeling Riz) tapi u lebih cantik dan seksi dari beyonce.. "
"Hahahaha.. wow boss.. first time boss puji saya... ikhlas ke...??? tanya Dee..
"Saya pernah tipu u ke...??
Dee memandang Riz.. Riz juga memandang Dee.. pandangan mata mereka bertembung.. cepat-cepat Dee mengalihkan pandangan matanya.
Umi, Ray dan Sha.. Berada dibelakang tidak jauh dari mereka berdua tapi masih boleh dengar dengan jelas apa yang mereka katakan. Sayu hati Umi mendengar.
"Masuk U.. kawan-kawan semua ada couple.. Dee jerr takde.. Takde satu pelajar lelaki pun yang tengok Dee atau tegur Dee.. Habis u .. Dee dapat kerja dan kerja Dee sebagai Ketua bahagian marketing.. 3 tahun Dee kerja.. Dee diberi seorang pembantu.. dia dari bahagian admin.. tapi di pindah ke bahagian marketing.. nama dia daniel..." Sambung Dee
"Jadi Daniel tu boyfriend u lah..."
"Boss dengar dulu sampai habis...."
"Sebulan jadi pembantu saya.. dia mula goda saya.. setiap hari bagi saya bunga dengan berbagai maksud, dia tau semua warna yang saya suka.. makanan yang saya suka.. hobi saya... apa jerr yang saya suka semua dia tahu.. Dee pun tidak tahu macam mana dia tau semua pasal dee.. Sewaktu dia meluahkan perasaan dia pada saya dan meminta saya jadi teman wanita dia... Dia beri saya 33 kuntum bunga beserta kata-kata yang sangat romantis.. sambil berlutut depan saya di dalam pejabat saya.. perempuan yang dah biasa couple pun akan cair jika dapat layanan yang begitu.. ini kan pula Dee.. selama 24 tahun hidup.. baru dapat rasa perasaan dicantai dan mencintai.. mesti lah Dee teruja...."
"2 bulan kami couple .. Dee rasa bahagia sekali... seminggu sebelum kejadian tu.. dia mula berubah.. bila nak ajak lunch mesti macam-macam alasannya.. Pada hari itu alasannya tak dapat lunch dengan Dee kerana sepupunya ada masalah.. Dee pun keluar lunch dengan Nisa.. kami lunch di restoran Jepun .. Dee ambi bilik sebab hati Dee dah tak senang dah.. waktu kami dah selesai makan.. bilik sebelah kami baru ada pelanggan masuk.. mereka masuk je dah bising ketawa.."
"Tiba-tiba suara seorang lelaki minta duit kemenangannya 3k.. Dee kenal benar dengan pemilik suara itu.. bila mereka sebut ja nama Dee.. masa tu Dee langsung tak dapat bergerak.. Dee seperti kena kejutan Elektrik.. Rupanya Mereka bertaruh seorang 1k. Kalau Daniel dapat goda aku dan kami boleh couple dalam 2 bulan.. Dee tak tahan dengar kutukan Daniel terhadap Dee.. "
Riz berpaling menatap wajah Dee semula. Ingin saja dia memeluk Dee saat ini.. Dia dapat rasakan betapa sakitnya hati Dee masa itu.
Umi yang mendengar dari belakang dah mula menitiskan airmata.
"ketika kami keluar.. kebetulan pelayan sedang membawa dulang makanan mereka.. Dee minta Dulang tu.. Dee buka pintu dan lempar dulang yang berisi makanan tu ke arah Daniel.. Dee cakap simple jerr.. 'Semoga Allah merahmati hidup u.. assalamualaikum..' "
"Hari tu juga Dee resign.. seminggu selepas tu Dee terbang ke Australia.. Sepupu Lisa yang banyak membantu Dee.. bagi motivasi pada Dee.. kembalikan semangat dan keyakinan Dee yang telah hilang.. Kembalikan sifat sebenar Dee yang dee telah kubur bersama semenjak kematian kedua orangtua Dee.. Jess kata dia ada tambah bahan perisa sikit.. tu sebab boss kata saya gila-gila sikit.. ahrrr.. tu lah perisa tambah yang Jess bagi.."
"Seminggu sebelum Dee balik malaysia.. Daniel Nikah.. duit hantaran 50k dia dah bagi dah pada pihak perempuan.. sekali.. tunggu punya tunggu.. punya tunggu... perut dah berkeroncong pengantin perempuan tak juga datang- datang.. tau-tau perempuan tu dah bawa lari duit 50k tu... hahahaha.... "
"Prinsip Dee simple jerr.. 'Allah itu maha adil..' Daniel menyakiti saya dan menang 3k.. tapi akhirnya Orang lain menyakiti dia dan dia kehilangan 50k.. Berganda-ganda dia rugi.. "
"Saya harap boss doakan yang baik- baik saja untuk Ex-tunang boss.. mungkin kejadian yang berlaku ni ada hikmah di sebaliknya.."
"Saya suruh pendekkan.. ni macam mengarang karangan dah... " Riz sengaja berkata begitu untuk menutup perasaan sedih dan terharunya mendengar perjalanan hidup dee.. Dan dia bertekad akan mencari lelaki yang bernama Daniel tu.
"Boss kalau saya panjangkan.. kita sampai malaysia pun belum habis saya cerita..."
****
Esoknya tersebar seluruh malaysia " SEORANG MODAL TEMPATAN DITANGKAP BASAH OLEH BAKAL IBU MERTUANYA DAN TUNANGNYA"
Terpampang gambar yang di kaburkan. Video penangkapan juga dah tersebar di Youtube dan laman-laman media sosial tapi wajah di kaburkan.
Walaupun tak diberitahu siapa nama model berkenaan tapi rata-rata netizen dapat meneka siapa modal berkenaan.
"Ni mesti modal yang gedik tu.. dulupun dah pernah kena serang oleh isteri Dato.. "
"Lawa sangat ke model tu.. mak aku lagi lawa.. lagi suci murni.. "
"Merosakkan dunia permodelan.. bagus jadi pelac..... jerrrr..."
"Jadi model pun kerana jual body dengan orang tu. ... tu pun tahap simpanan local-local jerr....
Antara komen-komen Netizen di laman sosial.
****
SELEPAS SEMINGGU...
"Dee Boss suruh masuk officenya... " suara tania terdengar di interkom.
"Apa lagi lah boss nak ni...???
Dee pun segera pergi ke pejabat Riz. PA Riz dah tak pernah tanya apa urusan jumpa CEO kerana sejak balik dari Finland hampir hari-hari Dee akan ke pejabat Riz. Hanya Ray dan Dee saja staff indah holding yang tahu Riz dah putus tunang.
"Assalamualaikum tuanku CEO..."
Nampak saja wajah Dee, wajah Riz dah tersenyum ceria..
"Walaikumsalam.... " Salam Dee disambut oleh Umi Riz.
"Umiii...." terkejut Dee. Umi berdiri terus memeluk Dee dan melagakan pipi mereka kiri, kanan dan kiri lagi. Umi mengajak Dee duduk di sofa di sebelahnya.
"Umi.... Anak umi ni sejak putus tunang.. wayar buminya pun turut putus mungkin tu umi.. baik umi carikan dia calon isteri cepat-cepat.. saya ni Ketua manager perkhidmatan pelanggan.. tapi sekarang kerja dah seperti PA dia jerr.. " Luah Dee pada umi.
"Hahahaha... Dee tolong sambungkanlah wayar buminya yang putus tu.. Umi...." belum habis apa yang umi nak katakan tiba-tiba Ramona masuk.
"Riz.. tolong dengar penjelasan mona.. mona di perangkap.. minuman mona di simpan sesuatu.. tu yang buat mona hilang kawalan diri masa tu.. mona jadi khayal dan tak tahu apa yang mona buat... "
Riz duduk di kerusinya lalu memusing kerusinya membelakangi Ramona.
"Hey perempuan...." Umi bersuara.. terkejut Ramona melihat umi. Dee hanya duduk diam jadi pemerhati. Dalam hatinya dia akan bertindak jika Ramona mengasari Umi atau bossnya.
"Sudah-sudah lah menipu tu.. 5 tahun mona tipu Umi.. 5 tahun juga Umi menyeksa hati dan perasaan anak Umi... pandai betul mona berlakon jadi gadis yang baik.. bersopan santun.. suci.. sehingga umi tertipu oleh lakonan mona dan memaksa Riz bertunang dengan mona... Riz terpaksa terima demi menjaga hati umi.. Riz langsung tak menyintai Mona..."
Terkejut Dee mendengar kenyataan dari Umi. Terbit perasan kasihan dihatinya pada Riz yang terpaksa mengorbankan perasaannya selama 5 tahun demi uminya.
"Aku tak nak lah bermenantukan perempuan ular dan kotor macam awak.. tak perlu nak bagi alasan kena perangkap lah.. awak nak saya sebarkan gambar dan video awak yang dah kegatalan dan tak tahan nak kena cucuk dikhalayak ramai.. tempat orang lalu lalang pun awak sibuk geser-geserkan barang awak yang dah barai tu... masa tu 3 hari sebelum aku tangkap kau...!!!
Terkejut Ramona mendengar. Riz pusing ke depan menghadap Ramona.
"Dah dengar apa yang umi aku katakan.. ni awak dengar apa yang saya nak cakap.. Sebelum kita bertunang.. aku dah kenal kau siapa.. dan selama 5 tahun ni.. aku tau semua perbuatan jijik kau tu...Aku berdiam kerana Umi....aku tak pernah ada perasaan pada kau.." Lalu Riz menekan interkom memanggil sekuriti dan PA nya.
Share this novel