Bab 5 - Pandangan Pertama

Romance Series 17902

Kereta yang Dee naiki berhenti tidak jauh dari sebuah kapal terbang yang boleh memuatkan 20 orang.

"Nak kena naik kapal ni ke...?? tanya Dee pada pemandu Van tersebut.

" ya. cik Dee.. ni jet peribadi Tuan Riz.."

"Wooww.. " Dee teruja dan terlopong seketika.

"Ada baiknya cik dee naik cepat ke kapal .. Tuan Riz tak suka menunggu.." arah pemandu tersebut.

Dee pun bergagas turun dari van dan jalan dengan pantas sambil menarik beg bagasinya.

Dee mengenakan Jeans warna biru muda , di padankan dengan t-shirt putih body fit, lengan sampai ke siku dan Beg sikut jenama COACH, dipadankan dengan kasut adidas warna putih.

Dee melangkah dengan cepat menaiki tangga kapal terbang tersebut.

"Assalamualaikum.. " Dee memberi salam sebaik saja mula memasuki ke dalam perut kapal terbang.

"Walaikumsalam.. " salam di sambut lalu pandangan mata mereka bertembung.

Dee terkejut melihat sosok seorang lelaki yang sangat kacak di pandangan matanya. Ketampanan setanding dengan Pelakon dari Dubai, Omar Borkan yang pernah diusir oleh polis pada satu festival kerana terlalu tampan dan menyebabkan festival tersebut kucar kacir kerana wanita-wanita masa itu seperti kena hesteria berlari mengerumuninya. Cuma Beza wajah Rizman putih dan bersih tanpa ada jambang dan misai.

"Ya Allah... kenapa ada lelaki setampan ini yang Engkau ciptakan.. " bisik hati Dee.

Mata Rizman masih tak berkedip memandang Dee.

Tiba-tiba muncul seorang pramugari dari dek belakang lalu cepat-cepat mengambil bagasi Dee dan membawa ke tempat menyimpan barang.

Sebelum dia melangkah pergi, dia menunjukkan dahulu tempat duduk Dee lalu mula mengatur langkah. Tapi Dee cepat-cepat tahan tangan pramugari tersebut.

"Miss.. Tuan Ceo.. errr.. En. Rizman belum sampai ke...?? tanya Dee

"Aku semalam dah tunggu kat sini..." Lelaki tampan tu bersuara.

Pramugari tu memberi isyarat bahawa lelaki tersebut adalah En. Rizman.

Dee terus berdiri dan melangkah dua langkah mendekat dengan Riz.

"Minta maaf tuanku CEO... oppss.. En. Riz.. Saya ingatkan Encik pramugara tadi.. Boss tampan sangatlah...." gurau Dee menutup rasa gemuruhnya sambil menunduk tanda minta maaf.

"kenapa....???

"Awak ingat.."

"saya ni...."

"Buncit...??"

"kepala botak...?? Soal En. Riz satu persatu ayatnya keluar.

Dee masih ingat kata-kata Tania yang En. Riz tak suka rapat dengan staff perempuan. Dan tak suka gaya yang gedik-gedik atau gaya plastik.

"haa iya lah... tak sangka saya ada boss tampan seperti Omar Borkan... bertuahnya saya.. " Dee dah nak biasakan diri dengan boss barunya.

"Omar Borkan....??? berkedut dahi Riz.

"Yala lah.. Omar Borkan.. Boss tak tau ke..?? Lelaki terkacak di dunia.."

"Tak tau..."
"Cuba boss search dekat internet.. "

"Tak minat..."

"Takpe saya tolong boss search ya... " Lalu dee mula menekan Handphonenya.

"Ni haa Omar Borkan.. " Lalu dee melangkah mendekat dan duduk di sofa di sebelah Riz lalu memberi handphonenya pada Riz.

Bergetar hati Riz, timbul satu perasan yang lain dan kenapa dia berasa selesa dekat dengan Dee ditambah lagi oleh haruman wangian rambut Dee dan minyak wangi yang dipakainya seirama wanginya.

Dee pula kerana teruja melihat ketampanan bossnya, tanpa sedar main lantak jer duduk di sebelah Riz.

Riz pun menyambut huluran handphone Dee. Dee sempat menjeling lengan boss nya. Tersusun rapi bulu-bulu tangannya yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, betul-betul maskulin yang jadi idaman para setiap wanita.

Riz melihat sekejap gambar tersebut lalu menyerahkan semula pada Dee.

"Macam mana Boss... sama kan...?? Sambil memandang Riz dan sekali lagi pandangan mata mereka bertaut.

"Eerr... cuma boss takde jambang dan misai..." Lalu melarikan pandangan matanya.

"Aku lagi handsome dari omar Borkan awak tu.." jawab Riz.

"Haa.. mestilah boss lebih handsome .. En. Riz kan boss saya..." lantas Dee melemparkan senyuman pada Riz.

"tak nak dekat lagi ke...???"

Dee baru tersedar yang dia dah terduduk sangat rapat dengan Bossnya.

"Ya ampun boss minta maaf banyak-banyak .. saya tak sedar dah terduduk sebelah boss.. " sambil Dee berdiri dan menunduk minta maaf.

"Dah balik ke dunia nyata ke...??" perli Riz

"Siapa suruh boss tampan sangat... uppsss..." lalu Dee menepuk bibirnya.

Riz tersenyum simpul mendengar celoteh Dee. Buat pertama kali Riz tersenyum ketika bersama staffnya dan Dee staff wanita pertama yang bisa buat dia tersenyum.

Riz dapat rasa kelainan Dee. Sifat yang dia tunjukkan sangat ikhlas dan jujur. Bukan seperti kebanyakkan Staff wanitanya yang lain selalu buat sifat plastik semata mata untuk menggodanya.

Walaupun baru bersama dengan Dee beberapa minit tapi dia sangat selesa dengan Dee.

Raykal PA Riz juga sahabat baiknya yang baru keluar dari ruang depan, dari tadi memerhati gelagat mereka berdua. Dia juga terkejut melihat Riz pertama kali boleh semesra begitu dengan staff wanitanya.

Raykal pun keluar dan menuju ke tempat Riz.

"Riz .. kita dah nak terbang ni..." kata Raykal.

Riz hanya mengangguk.

"Hai cik Deera Deerlina.. Saya Raykal.. PA tuan Riz.." Tegur lelaki tu.

"hai En. Raykal.. panggil Dee je.. janggal lah pula kena panggil dengan nama penuh.. " sambil menghulurkan tangan bersalam dengan Raykal.

"Just call me Ray..." Sambil menyambut huluran salam Dee.

"Napa tak salam saya juga tadi...."

"arggh.. " serentak Dee dan Raykal memandang Boss mereka.

"Ya ampun boss.... boleh ke....??

Dee pun berjalan ke tempat Riz dengan gaya penuh sopan. Seperti seorang anak lalu depan orangtuanya. Lalu menghulur tangan bersalam dengan bossnya.

Ray dah kelucuan melihat.

"Assalamualaikum En. Rizman.. Saya Deera Deerlina Binti Muzzaffar.. boss boleh panggil saya Dee jerr ya.. Chef Manager Customer Service Indah Holding S/B, melapor diri pada boss...." Huluran salam di sambut oleh Riz

"Nak cium tangan sekali ke..?? Gurau Dee. Tersenyum sekejap Riz. Raykal pula dah tergelak mendengar.

"Berani ke...???" cabar Riz.

Terhenti tawa Raykal. Terkejut dengan perubahan gaya sahabat baiknya petang ni.

"Tak kena potong gaji ke...?? tanya Dee bergurau.

"Kerja Free sebulan..." jawab Riz

Ray dah tergelak semula.

"Anak cucu tumpang lalu..."

Lalu Dee perlahan lahan melepaskan tangannya dari genggaman tangan Riz tapi Riz masih menggenggam tangan Dee.

"Kejap..."

Riz memberikan satu dokumen, barulah Riz melepaskan tangannya.

"Ni hotel dan mall kita dekat Sabah.. u baca dulu.."

"Ok Boss.. "

Dee pun duduk di tempat duduknya dan mula membuka dokumen itu dan mula membaca isinya.

Terdengar suara di corong pembesar suara dari Kapten kapal. Memberitahu yang mereka dah nak mula terbang.

"Ray... Manager Akaun dan HR belum ada lagi ni..." Dee bersuara.

"Oh kali ini mereka tak join .. ada masalah sikit.." Raykal beri penjelasan.

"Takkan saya seorang je..???"

"Saya kan ada...." Tiba-tiba Riz bersuara.

Ray dan Dee saling berpandangan dan terus memandang tuan CEO mereka.

" wow... Kena kerat 18 Ketul saya nanti oleh buah hati boss.. lepas tu letak dalam bagasi campak kat laut.... eeehhhh... tak mau aku... "

Kali ini Riz tergelak kelucuan, Raykal lagi lah tergelak kuat dari Riz.

"Kenapa gelak.... betul lah apa yang saya cakap ni..."

"Betul lah tu Dee.. perempuan takkan lari dari cemburunya.. tapi .. tak lah sampai nak kerat 18 ketul... hahahaha.." Raykal masih tak dapat hentikan tawanya.

"Daahhh... " Riz bersuara.

Raykal pun terus diam. Dee pula mula membaca semula dokumen yang di beri padanya.

begitu khusyuk Dee membaca dan memahami isi dokumen itu, tanpa dia sedar Riz curi-curi memandangnya.

"Ok dah selesai .. lagi ada satu jam setengah baru sampai.. jadiii.. saya nak tidur sekejap ya.. mohon izin ya boss..."

"Napa tak minta izin dengan PM terus.." balas Riz.

"Apa kena mengena PM dengan saya.. ?? Ok lah Boss.. saya rehat kejap..."


Setelah menempuh perjalanan 2 jam 30 minit di udara, akhirnya kapal terbang milik Riz selamat mendarat di Kota Kinabalu Sabah pada jam 5.25 petang.

Dee paling teruja sekali, kerana ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke Sabah.

Dalam perjalanan menuju ke Hotel mereka terlibat dalam kesesakan jalan kerana masa orang balik kerja.

Suasana Sepi di dalam kereta, tiba-tiba Dee bersuara.

"jam saya habis bateri lah.."

kemudian Dee melihat jam di Handphonenya.

"Aiikk.. tapi jam di handphone saya sama dengan jam tangan saya.." Dee jadi keliru.

"Kenapa tu Dee... " Ray bertanya.

"Hurmm.. Ray.. jam tangan awak menujukkan sekarang jam berapa...?? tanya Dee.

Riz dah faham dengan kekeliruan Dee, namun dia hanya mendiamkan diri. Dia berusaha agar tawa nya tidak terlepas.

" Jam 5.55.. " jawab Ray.

" Samalah.. mungkin jam tangan awak pun habis bateri kot... " Dee masih dalam kekeliruannya.

"Tak mungkin dah nak gelap.. belum masuk jam 7 petang..." luah Dee.

Riz dah tak dapat tahan dan akhirnya terlepas jua tawannya. Ray akhirnya faham dan turut tertawa.

"Ada cerita lucu ke...?? Tanya Dee.

"Yang lucu tu awak.. Sabah putaran paksinya awal 2 jam dari semenajung.. kalau pagi.. jam 6 pagi dah ada matahari .. Dee jangan fikir jam habis bateri lagi ya..." Ray bagi penjelasan dengan keadaan masih tertawa.

"Oh.. Ertinya bateri jam tangan aku ni masih ok lah kan... " Tanya Dee minta kepastian.

"Hahaha.. ya.. Dee ku sayang... " jawab Ray

Riz hanya berdiam melayan karenah Dee yang sangat cute dia rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience