Dee sudah di beri cuti oleh Riz sehingga hari pernikahan mereka, alasannya sebab pejabat Dee di pindahkan berdekatan dengan pejabatnya dan kini sedang dalam pembinaan.
Umi pula melarang Riz dan Dee selalu berjumpa sebelum nikah nanti takde manis nya sudah orang pandang masa kawin. Sebab orang dah biasa tengok bersama. Mula-mula Riz membantah, tapi setelah dipujuk oleh Dee, dia akhirnya bersetuju.
Dee tengah menunggu Umi menjemputnya untuk pergi berjumpa dengan Nazariff. Keluarga Umi memang dari dulu menggunakan perkhidmatan nya kerana dia adalah yang terbaik diantara yang terbaik. Tak sabar rasanya Dee, kerana dia akan berjumpa Riz. Dah 3 hari mereka tak jumpa. Sehari tak jumpa bagaikan setahun.. ni kan pula 3 hari.
"Ting Tong....." lonceng pintu berbunyi.
Dee mencapai beg tangan nya lalu menuju ke pintu. Dee pun membuka pintu. Dee terkejut kerana bukan driver Umi yang datang tapi zila dan Fika.
"Oh... jadi sini rupanya awak tinggal..." sergah Zila ketika pintu baru terbuka.
"Nenda yang bagi alamat rumah saya pada kamu...?? tanya Dee
"Tak ajak kami masuk ke...???" tanya Zila tanpa menjawab soalan Dee.
"Masuk lah.. tapi kejap lagi Umi Riz akan jemput saya... " jawab Dee memberitahu.
"Riz pun ada sekali ke...??" tanya Zila lagi
"Addd.... " belum sempat Dee menghabiskan katanya, Zila dah masuk dengan menolak Dee sehingga Dahi Dee terhantuk ke dinding. Diikuti oleh Fika.
"Aduh... sakitnya... " Dee kesakitan.
"Boleh tak masuk rumah orang bersopan sikit.. "
"Amboiiii.. dah berani kau erk... mentang-mentang dah nak kahwin dengan lelaki turunan Raja.. Tapi kau ingat erk.. kau tu tak layak kahwin dengan Riz.. kesian jer laki kau kena kutuk kerana kahwin dengan perempuan macam kau.. dah lah tak cantik.. gemuk pula tu....!!! Zila mengutuk Dee.
"Terus terang saja.. sebenarnya kamu berdua ni cemburu kan..." Balas Dee
"Dah berani melawan kau sekarang erk...!!" Lalu Zila menolak Dee dengan kuat sehingga Dee jatuh ke lantai dan sekali lagi Dahi Dee terhantuk ke lantai. Barang-barang yang dalam beg tangan Dee juga bertaburan di lantai. Handphone yang baru di beli Riz juga terhempas ke lantai dan pecah. Fika pula menarik rambut Dee untuk Dee bangun. Keluar Airmata Dee menahan kesakitan. Zila perasaan pintu belum kena tutup, cepat-cepat dia menutup pintu.
"Kami akan rampas Riz dari kau DD.. yang layak kawin dengan Riz hanya aku ataupun Zila... " kata Fika yang masih menarik rambut Dee.
Tiba-tiba Lonceng pintu rumah berbunyi.
"Lepas lah.. itu umi Riz datang jemput saya..." Fika melepaskan rambut Dee.
Dee pun bangun lalu mengutip barang-barang dari dalam beg tangan nya yang bertaburan dilantai termasuk handphone nya. Airmatanya mula mengalir bukan kerana kesakitan yang dirasainya tapi hatinya yang sakit melihat handphone pemberian Riz pecah terbelah 2. Kemudian Dee pergi membuka pintu sambil mengesat airmata nya
"Cik Dee dah siap.. " tanya driver Umi
"Dah... " jawab Dee lemah kerana badan dan kepala masih berdenyut-denyut sakit.
"Dee kami ikut sekali.." kata Zila.
"Saya dah nak jalan ni.. keluar lah cepat..." jawab Dee.
*
Sampai di kereta, Drive membukakan pintu buat Dee tapi Zila memotong Dee dan masuk dahulu, diikuti oleh Fika dan terakhir Dee.
"Assalamualaikum Umi.. Umi tak marahkan kami ikut sekali temankan Dee..." pinta Zila yang duduk disebelah Umi.
"Boleh.. apa salahnya.. tapi boleh zila duduk sebelah Fika.. sebab ni tempat duduk Dee.." jawab Umi. Merah padam muka zila menahan malu.
"Owh .. saya duduk sini kerana nak minta izin dari umi.. terima Kasih Umi..." lalu Zila berpindah tempat duduk di sebelah Fika dan Dee berpindah di sebelah Umi.
Umi dapat rasa kelainan pada Dee hari ini. Selalu dia seorang yang ceria dan sentiasa buat dia tersenyum.
"Dee sihat...?? Napa dari tadi Dee diam saja.. ??
"pening kepala sikit umi.. mungkin tak cukup tidur .. " jawab Dee.
Umi melihat wajah Dee, dia terkejut melihat ada bengkak di dahi Dee.
"kenapa dengan dahi Dee ni...?? lalu menyentuh dahi Dee.
"Auww.. sakit umi... "
"Sorry sayang... " lalu Umi mengusap kepala Dee.
"Auwww... " Dee kesakitan. Umi terkejut.
"Dee jatuh tadi Umi..."
lalu Umi melihat siku Dee ada lebam. Umi menyentuh lutut kerana Dee memakai jeans.
"Sakit umi..."
"Tengku.. boleh kita gerak sekarang...?? tanya Wak Ali Driver Umi.
"Ali.. waktu awak jemput Dee tadi.. macam mana keadaan nya...??? tanya umi pada Wak Ali dengan menggunakan bahasa Arab.
"Waktu dia buka pintu tadi.. saya nampak dia baru mengesat airmata nya.. dan mukanya seperti menahan kesakitan.. " jawab Wak Ali dalam bahasa Arab juga.
"Waaahh.. Umi guna bahasa power rangers untuk membawang ya.. " walau masih dalam kesakitan Dee masih sempat bergurau dengan umi.
"Hahaha.. nanti Dee kena belajar bahasa power rangers ni baru kita boleh membawang sama-sama..." jawab umi.
"Kejap.. umi nak call Riz.. " lalu umi mendail no Riz. dua kali bunyi Riz dah sambut call umi.
"Riz tunggu umi di tempat doctor Afifi.. sekarang.." lalu Umi memutuskan panggilan.
"Wak Ali .. kita ke tempat Doctor Afifi ..." Arah umi.
"baik tengku...."
Zila dan Fika berpandangan sesama sendiri.. mereka tidak faham kerana Umi menggunakan bahasa Arab.
*
Setelah mendapat panggilan dari Umi, Riz seperti cacing kepanasan. Dia kali kali mendail No Dee tapi tak dapat.
Dia dan Ray pun cepat-cepat menuju ke tempat Doctor Afifi yang berada di sebelah bangunan sahaja.
Sesampai mereka Di Klinik Dr. Afifi, Riz terus meminta jururawat menyediakan bilik rawatan Vip. Tak lama Dr. Afifi pun keluar.
"Siapa yang sakit Riz..." tanya Doctor Afifi.
"Saya pun tak tau .. umi menyuruh saya tunggu sini saja..." jawab Riz.
setelah menunggu hampir 20 minit, Umi pun sampai. Riz terus menuju ke kereta umi nya. Ketika pintu kereta terbuka. Alangkah sakitnya hati Riz melihat bengkak di dahi Dee.
"Sayang... " Lalu membawa Dee keluar dari kereta. Selepas tu dia menghulurkan lagi tangannya untuk membawa Umi keluar dari kereta.
Riz pun merangkul pinggang Dee, sementara sebelah tangan nya memegang tangan umi nya dan membawa mereka masuk ke dalam klinik.
Zila dan Fika pun cepat-cepat turun mengikuti mereka dari belakang.
Dr. Afifi terkejut melihat dahi Dee.. "Riz cepat bawa tunang ke bilik rawatan VIP..." Arah Dr. Afifi
Riz membawa Dee masuk ke dalam. Dalam 10 minit Riz keluar.
"Dee macam mana...?? tanya Umi
"Afi dah suntik tahan sakit.. dia perlu berehat dalam 30 minit untuk ubat tu bertindak balas pada tubuhnya.." jawab Umi.
"Alahhhh... jatuh sikit saja pun dah macam orang sakit tenat.. menyusahkan betul lah Dee ni..." Sampuk Fika.
Darah Riz mendidih mendengar kata-kata Fika.
"So waktu Dee jatuh kamu ada disana...!! i'm I right...!!??? Ke... awak berdua yang tolak Dee...!!??? Suara Riz yang tinggi tu memenuhi semua ruang di luar menunggu tu.
Umi dan Ray hanya berdiam. Mereka tahu benar jika Riz marah.
"Dee tu kan sepupu kami.. takkan lah kami sanggup buat macam tu.." jawab Zila dengan suara dan gayanya yang nak menggoda Riz.
"sikunya dan lututnya lebam.. dahi bengkak.. di kepalanya ada benjolan... Handphone di pecah terbelah dua.. itu semua tanda dia kena tolak dan dikasari.. !!! Boleh bagi saya penjelasan... kebetulan kamu bersama Dee dirumah...!!!" Riz dah tak dapat tahan amarahnya.
"Tadi wak Ali beritahu Umi.. waktu Dee membuka pintu dia sempat melihat Dee mengesat airmatanya dan seperti menahan sakit..." Jelas Umi.
"Awak berdua boleh jelaskan apa yang berlaku ...!!!???
"Kami cuma datang melawat dia....." jawab Fika.
Riz tak menjawab. Dia mengeluarkan Handphone nya lalu mendail seseorang.
"Assalamualaikum... Ash.. tolong check CCTV Di kondo Lisa...."
"Dahi Dee bengkak, kepalanya ada benjolan, siku dan lututnya lebam..."
"Ok.. tolong Bro.. as Soon as possible.. saya di klinik Afi..." lalu Riz menamatkan talian.
"Umi.. saya nak tengok Dee sekejap..." Lalu Riz masuk semula ke dalam bilik.
Zila dan Fika tidak tau apa yang Riz cakap kerana Riz menggunakan bahasa Arab.
*
Riz mendekati katil tempat Dee berbaring rehat. Dee tersedar akan kehadiran Riz.
"Sayang... " panggil Dee.
"Shuuuu..." Riz melekapkan 2 jarinya di bibir Dee.
Dee menakan suis katil lalu katil itu bergerak sehingga ke posisi Dee duduk. Lalu Riz duduk di katil dengan posisi berhadapan dengan Dee.. jarak mereka sangat dekat.
"I miss you..." lalu Dee memeluk Riz.
"I miss you more.. sayang.." Riz mengeratkan lagi pelukan mereka.
Kerana terlalu rindu.. Riz mengucup sekejap bibir Dee. risau juga jika Dr. Afifi tiba-tiba masuk.
"Sayang tell me the truth... zila dan Fika yang sakitkan awak kan.. " rayu Dee setelah melepaskan ciumannya.
"Mereka tu sepupu Dee.. tak baik saya burukkan sepupu sendiri.. " jawab Dee.
"I tak paksa sayang... I akan cari jawapannya sendiri.. " Lalu Riz memeluk Dee kembali
"I dah tak sabar kita disatukan supaya i boleh melihat dan menjaga u hari-hari.." Lalu Riz mencium dahi Dee.
tiba-tiba handphone nya berbunyi menandakan ada chat masuk. Lalu Riz membaca chat tersebut yg beserta Video. Air muka nya berubah seperti kecewa.
"Sayang rehat dulu ya.. I ada hal nak settle kan sekejap di luar... " Lalu Riz menekan suis katil sehingga posisi Dee kembali berbaring seperti tadi..
*
Riz pun keluar dari bilik rawatan tersebut.
"Macam mana keadaan Dee.. ???" tanya umi Penuh kerisauan.
"Ubat baru nak bertindak balas di badannya.. kita tunggu Afi ..." jawab Riz.
Tiba-tiba Lisa, Nisa dan Ash datang.
k
"Riz... Dee mana...?? Dia ok ke...?? tanya Lisa penuh kerisauan.
"ubat baru nak bertindak balas dengan badannya.. kita tunggu 20 minit lagi..." jawab Riz.
"Jatuh sikit saja pun, macam yang teruk sakit dah tu kerisauan.." Zila bercakap perlahan kerana benci melihat layanan mereka pada Dee.
Riz melangkah menuju ke tempat Zila dikuti oleh Lisa dan Nisa.
"Apa awak cakap Tadi..." tanya Riz
"Rizzz.. saya pun risaukan Deee... " lalu Zila berdiri dan melangkah nak mendekati Riz.
"Awak nak buat apa nak dekat dengan saya ni...!" tinggi suara Riz. Terkejut Zila. Tapi sudah biasa buat muka tak tahu malu dan membohong.
"Saya nak berdiri sekejap.. penat duduk menunggu dari tadi... Dee ni pun ... jatuh di rumah tadi ok jer.. depan Umi dan Riz .. mengada-ngada pula.." Mulut puaka Zila bersuara.
Lisa dan Nisa mendekati Zila.. "Awak Zila kan.. dan awak Fika kan.. "Tanya Nisa.
"Kenapa...???"
"Awak berdua buat apa datang mencari Dee di rumah ahrrrr......!!!! Hampir 4 tahun Dee membawa diri kerana fitnah Mulut kamu berdua.. Kenapa baru hari ini nak cari dia...!!!?? Nisa melepaskan geramnya.
"DD kan sepupu kami...." jawab Fika.
"Kalau Dee tu kamu anggap sepupu.. tak lah kamu halau dia dari rumah dengan cara menfitnah dia... Kamu cemburu sebab Dee dapat masuk U kan.. dan kamu hanya Setakat Sijil SPM saja.... sekarang baru terhegeh-hegeh nak mengaku sepupu...!! oh .. i know... sebab Dee dah nak kawin dengan seorang lelaki yang kacak, kaya dan ternama... Jadi awak berdua tak boleh terima.. atau nak caras tunang Dee...??? nak buat fitnah lagi....!!!!!" Kali ini Lisa melepaskan marahnya yang dah bertahun di simpan.
"Itu semua Fitnah .. DD pandai-pandai buat cerita.. dan awak pun jangan nak suka-suka fitnah kami... Kamu belum kenal perangai DD sebenar.. dia tu lagi plastik tau..." Zila mula menabur fitnah.
Riz memandang tajam ke arah Zila.
"Awak berdua ingat.. saya baru kenal Dee semalam ke...???" Tanya Nisa. Berubah air muka Zila dan Fika.
"Kami 4 tahun sama-sama di universiti.. habis U .. kami tinggal bersama sehingga sekarang.. Saya dah dekat 8 tahun bersama Dee.. " Jelas Nisa.
"Habis U.. mereka tinggal bersama dengan saya..." sambung Lisa.
"Riz .. mereka berdua ni dah tabur fitnah dengan kami... " rengek Zila minta perhatian.
Umi melihat rasa nak muntah dengan gaya Zila.
"Riz.. umi nak masuk tengok menantu kesayangan Umi..." lalu Umi berdiri dan menuju ke pintu bilik rawatan VIP.
Riz tahu Uminya tak selesa dan tak suka dengan kehadiran Zila dan Fika. Riz juga merasa yang sama.
Ash datang menghampiri Lisa.. "Honey.. jangan lama sangat berdiri tu.. mari duduk dekat bee.." Lalu Ash merangkul pinggang Liza dan membawanya Duduk.
Giliran Ray pula.. "Dear... mari duduk sebelah abang...." Panggil Ray bergurau.
"Abang...." serentak Nisa, Lisa, Riz dan Ash.
Mereka berpandangan dan tersenyum sesama sendiri.
"Selama 4 bulan bersama Dee... dia tak pernah ceritapun pasal awak berdua. Dia cuma ada bagitahu saya yang dia ada 2 sepupu perempuan... " jelas Riz.
"Itu lah DD sebenar nya...orang yang tak kenang budi.. anak yatim piatu yang tak sedar diri... dah menumpang di rumah orang, menumpang kasih sayang ibubapa kita orang.. lepas masuk U .. lari entah ke mana.. " kali ini Fika pula mengeluarkan mulut puakanya.
"Betul lah apa yang Dee cakap pasal awak berdua.. kali ini perkataan itu keluar sendiri dari mulut awak.. sepatutnya awak berdua ni tak layak di klasifikasikan sebagai manusia.. gelaran yang sesuai untuk anda berdua ialah B.I.N.A.T.A.N.G... Sudah lah Dee tu anak Yatim Piatu.. kamu dera dia, buli dia dan hina dia.. Dee membesar dan bersekolah 10sen pun dia tak guna duit ibubapa korang berdua.. duit yang dia guna adalah duit pencen peninggalan arwah ibu dan ayahnya sehingga dia habis belajar di Universiti.. " jawab nisa.
Riz hanya memerhati dan mendengar saja. Otak Riz sedang memproses apa yang mereka perkatakan. menolak, mencampur, mendarab dan menolak sehingga dia dapat jawapan yang tepat.
"Kami membesar dari kecil bersama.. awak apa tahu... !!" suara Zila mula meninggi.
"Dee tinggal bersama dengan kamu 3 tahun saja pun.. bukannya dari kecil. Selepas tu Dee dengan saya dan Lisa sehingga hari ini..." jawab Nisa lagi.
"Rizzz.. Beza DD dengan kami berdua terutama saya sangat jauh perbezaannya..." Zila mula nak menggoda Riz setelah Riz berdiam dari tadi dan disangkakan nya Riz lebih percaya pada mereka
"DD tu tak padan langsung dengan Awak Riz.. Entah apa yang awak semua nampak dengan DD sehingga kamu semua seperti dipukau oleh DD sehingga kamu tak dapat nilai mana kaca dan mana permata... Riz please open your eyes... awak tak nampak ke betapa jauhnya perbezaan antara I dan DD...." sambung Zila yang mula tak sedar diri tu.
"Oh.. jadi inilah rupa sebenar sepupu Dee..." Riz mula bersuara.
Zila dan Fika berpandangan sesama sendiri. Entah apa maksud Riz bercakap begitu.
"Awak nak tahu apa perbezaan awak dengan Dee.. ??? Allah.. ada juga orang yang tak sedar diri rupanya..... Bezanya.. awak ni saya tak perlu nak petik jari pun.... awak sendiri yang datang terhegeh-hegeh, terkejar-kejar dan melutut di depan saya. Rendahnya maruah awak dan awak Juga (lalu menunjuk Fika) tapi Dee.. baru seminggu mengenalnya... perasaan saya tersiksa... menyintai dia dalam diam.. merindui dia dalam diam.. selama 4 bulan saya pikat... goda dia.."
"Umi tahu saya mencintai Dee... kemudian Umi membawa Dee ke Finland.. hanya untuk ingin mengenali Dee dan Umi sangat menyukai dan menyayangi Dee sehingga Umi membantu saya agar Dee jatuh cinta dengan saya dan menerima cinta saya.. Kerana terlalu cintakan Dee... Satu KLIA saya sewa hanya untuk melamar dia... Belum pernah saya rasa perasaan takut yang sangat-sangat menakutkan ketika menunggu jawapan Yes.. I do .. dari Dee...dan kerana Dee.. saya membuat semua perkara yang pertama kali saya lakukan dalam hidup saya .. Demi dia wanita yang saya amat saya cintai dalam hidup saya.."
Riz tanpa malu meluahkan semuanya pada Zila dan Fika agar mereka tahu betapa dia sangat mencintai Dee.
"Bro.. jangan lupa.. kami pun ada bantu..." Ash dan Ray berdiri mendekati Riz.
"Thanks Bro..." ucap Riz lalu mereka berpelukan.
"Ohh... jadi yang selama tu bee sibuk-sibuk tanya honey pasal Dee.. sebab nak bagi maklumat pada Riz lah.." tanya Lisa serius.
Ash berpaling memandang Lisa... " Honey marah ke...??" Tanya Ash.
"Takk... thanks Bee.. I Love You..." Lalu Lisa membuat Flying Kiss pada Ash.
Zila dan Fika masih dengan Ego mereka.. mereka tak nak Dee bahagia.. mereka sangat membenci Dee. Otak mereka masih diarah memproses untuk cari jalan macam mana nak menyingkirkan Dee dari sisi Riz.
Umi pun keluar dari bilik rawatan bersama Dee dan Dr. Afifi. Lisa dan Nisa terus meluru mendapatkan Dee dan memeluk Dee. Riz, Ray dan Ash mengikuti dari belakang.
"Dee ok sudah ke...?? teruk bengkak dahi awak ni.. " tegur Lisa
"setakat ni ok.. kan dah masuk ubat tahan sakit.." jawab lisa.
"Saya nak peluk juga...." Gurau Ash.
"Dah.. dah.. nak kenduri kat balai ke...???" Soal Riz bergurau. Mereka semua ketawa.
"Umi tahu mereka berdua yang tolak dan cederakan Dee..." Kata umi dengan menggunakan bahasa arab
"Riz pun rasa begitu umi..." jawab Riz
"Upah lah 2 orang pengawal peribadi untuk Dee.. saya rasa bukan sepupunya yg dua ketul ni saja yg cemburu dan sakit hati dengan Dee sekarang ni.." Ash memberi cadangan.
"Nanti saya yang cari..." Kata Ray.
"Waah.. Ray dan Ash pun tahu ni bahasa power rangers juga yerr...." Gurau Dee.
Mereka semua ketawa sekali lagi..
"Dee is back... " Kali ini Ray bersuara.
"ok Riz.. ni ubat untuk cepat mengurangkan bengkak di dahi dan kepalanya... untuk siku dan lutut.. ni ada ubat gosok .. Ada baiknya Riz upah pengawal peribadi untuk tunang u.. Risau keselamatan nya sejak Viral video Riz melamar dia..." nasihat Dr. Afifi.
"Saya pun tak expect sayang sewa 1 KLIA untuk melamar saya.. bagi saya cukup lah Umi, Ash, Lisa, Ray dan Nisa yang jadi saksi...tapi yang jujur.. saya Suka... Thanks sayang....." Luah Dee dengan jujur.
"I love You sayang..." balas Riz pada Dee Lalu merangkul pinggang Dee dan mencium dahinya.
Sakit hati Zila dan Fika melihat Dee disayang oleh Riz
"Bee.. come.. find the room... " Balas Lisa..
"Alaa.. orang baru I Love You dah jelouse....Umi lagi jelouse tau..." lalu Dee memandang Umi.
"Riz.. tunang awak ni dah kena gegaran otak ni.. dari tadi nak kenakan Umi..." Jawab umi bergurau.
Mereka semua tergelak bersama.
Dee memeluk umi... "Sayang Umi..." lalu mencium pipi umi.
"Umi lagi sayang Dee.....Dee ni sekarang akan masuk ke keluarga Umi dan keluarga arwah ayah Riz.. Keturunan bangsawan.. bukan orang biasa-biasa.. mula hari ini Umi nak Dee belajar cara orang bangsawan... jangan senang kena buli oleh orang-orang yang tidak sama taraf dengan Dee sekarang. Jangan jatuhkan maruah keturunan Zulkarnain AL-Rahsyid...!!! " Umi sengaja tekankan suaranya supaya Zila dan Fika dengar dengan jelas.
"Betul tu apa yang Umi cakap tu Dee.. mulai saat ini Dee kena menjaga maruah dan kedudukan keluarga Umi dan ayah Riz... dan Yang paling utama Demi Riz.. " Tambah Ray menyokong kata-kata Umi.
"Dee jangan ikut perangai orang yang low class tu.." Sindir Lisa pada Zila dan Fika.
"Sayang dengar cakap umi ya.. " lembut suara Riz. Dee hanya mengangguk.
"that's my girl.."
"Esok seorang pelatih dari istana akan latih dan ajar Dee menjadi Isteri seorang bangsawan... isteri kepada Rizman Zulkarnain AL-Rahsyid... " sambung umi lagi.
Setelah hampir 5 mint mereka berbual dengan Dr. Afifi... "Afi.. kami gerak dulu.. jangan lupa tutup klinik masa wedding saya nanti..."
"ok Riz.... bye umi..."
mereka pun keluar dari kelinik dan melangkah menuju ke mall di mana butik pengantin Nazariff berada.. Mall tersebut hanya berada di belakang bangunan klinik Afifi sahaja.
Nazariff ialah Designer yang selalu di gunakan perkhidmatannya oleh golongan orang bangsawan yang kaya dan ternama. setiap sentuhannya pasti tidak mengecewakan, malah sentiasa trending no. 1.
Umi dan Riz menyerahkan sepenuh kepercayaan pada Nazariff untuk menjadi Wedding Planner mereka.
Share this novel