1 - Kecewa

Romance Series 17902

Tepat 8 pagi, Deera Derlina atau DD sudahpun berada di meja kerjanya, syukur hari ini dia tidak terlambat seperti kemarin. Seperti biasa sebelum DD masuk ke pejabatnya, DD akan melihat wajah kesayangannya untuk memberi semangat dan inspirasinya bekerja setiap hari.

Daniel kekasih hatinya adalah pembantunya di bahagian Marketing, manakala DD pula adalah Ketua bahagian marketing. Hampir 3 bulan mereka berdua telah menjadi pasangan kekasih dan semua staff di bahagian marketing tahu mengenai hubungan mereka berdua.

Ting...!! handphone DD berbunyi menandakan ada chat masuk. Cepat-cepat DD membuka dan membaca chat tersebut dia yakin tu mesti dari daniel kekasih hatinya mengajaknya Lunch.

Sayangku - "Sori.. i tak dapat lunch dengan u, sepupu i ada urgent nak minta tolong tengahari ni... sori sayang...

"hurmm.. dah hampir 2 minggu D bersikap dingin padaku.. kenapa ya....?? Aku ada buat salah ke..?? Aku ada sakitkan hati dia ke..?? DD bercakap sendiri di pejabatnya.

Aku - "ok sayang.. harap sepupu you ok ye..."

Ringkas ja jawapan DD. Nak banyak tanya takut D cakap dia penyibuk. Jadi jalan terbaik diam ja.

DD meletakkan handphonenya di atas meja kerjanya. Walaupun hatinya sedikit terguris namun dia tetap berfikiran positif fikir yang baik-baik saja

DD mengambil beg tangan lalu mencapai handponnya dan memasukkan dalam beg nya yang sudah tersandang di bahu nya lalu keluar dari bilik pejabatnya.

"Hai nisa sahabatku yang tercinta...." tegur DD pada kawan baiknya juga housematenya.

"Hurm.. napa .. wajah kesayangan hamba.. kau tu ada urgent matter lagi ke...??

"Jom lunch..." jawab DD tanpa membalas soalan Nisa.

"Kejap lah.. aku kemas fail fail ni dulu..." Nisa mula menyusun fail fail tersebut di kabinet yang tersedia untuk fail mengikut Abjad. Setelah selesai Nisa mencapai begnya dan mereka berdua pun pergi ke ruang punch card .

"DD .. hari ni kita nak makan dekat mana ..?? Nisa bertanya ketika mereka sudah keluar dari bangunan tempat mereka bekerja.

"Hari ini mood aku nak makan makanan dari negara matahari terbit.. " lalu DD menarik tangan Nisa menuju ke restoran jepun yg berada 100 meter di hadapan mereka.

Mereka pun sampai ke restoran jepun tersebut. Nisa mengambil tempat duduk di sudut agar lebih privasi sikit, tetapi DD menarik tangan Nisa dan membawanya masuk ke bahagian bilik yang lebih privasi.

"Aku belanja ..." tutur DD lalu membawa nisa masuk .

"Bagi 2 set lunch special.." DD membuat pesanan pada pelayan yang bertugas melayan pelanggan untuk bilik tersebut.

Tengah mereka berdua menikmati hidangan makan tenghari special mereka, terdengar suara di sebelah bilik sepertinya ada pelanggan baru masuk ke bilik sebelah dan terdengar suara lelaki dalam 3, 4 orang.

"Hey.. duit kemenangan aku mana...?? Dah janji seorang seribu kan.. "

DD dan Nisa saling berpandangan. Mereka kenal benar pemilik suara tersebut.

"Awak ada tidur dengan dia ke...?? kedengaran suara lain bertanya..

" Kan taruhan kita.. aku kena buat dia jatuh cinta dengan aku dan couple selama 2 bulan ja..." suara lelaki yang mereka kenali tu menjawab.

" Tapi syarat taruhan kau kena cium dia juga.." kedengaran seorang lagi suara lelaki.

"Ni haa.. siap dengan video lagi.." suara lelaki yang mereka kenali tu bersuara. Tidak lama kedengaran suara ketewa di bilik sebelah.

"Daniel.. aku sebenarnya tak suka lah kamu permainkan perasaan DD.. nasib awak cium ja dia.. kalau awak terlanjur dengan dia macam mana...?? DD tu seorang wanita yang baik.. kesian dia... apa salah dia pada awak sehingga awak sanggup buat begitu...???

Saat DD terdengar nama Daniel dan namanya di sebut, dia diam terkaku seperti patung cendana. Nisa yang menyedari perubahan DD cepat cepat mendekati DD.

"Sabar DD.. kita dengar dulu lepas tu aku akan serang c Daniel tu.." Nisa menenangkan DD

"Salahnya sebab dia bodoh.. hahahaha.. dan dia lupa diri yang dia tu gemuk dan tak mungkin ada lelaki sehensom aku yang akan suka dia.. baru kena pujuk rayu sifir satu dan cair.. hahahaha... dan... dan.. siapa yang nak lepas kan taruhan seribu satu kepala...hoiiii..." terdengar suara daniel ketawa seperti dialah hero, dialah yang hebat.

"Nisa.. aku nak balik.. aku dah tak sanggup nak dengar..." suara DD sebak menahan tangis.

Nisa membawa DD keluar dari bilik tersebut. Kebetulan 2 pelayan yang membawa makanan untuk bilik sebelah baru hendak menarik pintu bilik di mana Daniel dan kawan kawan berada.

Tiba-tiba Nisa dapat idea.

"hai adik.. ni makanan untuk bilik ni ke...?? Nisa bertanya

"Ya .." jawab pelayan tersebut.

" Oh.. bawa sini makanan tu.. biar kami berdua yang serve boyfriend kami kat dalam ni.."

2 pelayan tersebut menyerahkan dulang yang berisi makanan dan minuman untuk daniel dan kawan kawannya dan di sambut oleh DD dan Nisa, Lalu Nisa menghulurkan sekeping duit RM100 pada pelayan tersebut.

"Bayaran untuk bilik kami... and... keep the change.."

Nisa memandang DD dan sepertinya DD faham apa yang maksud tersirat pandangan Nisa padanya.

Nisa menarik pintu bilik tersebut dan menyuruh DD masuk dahulu.

"Assalamualaikum sayang..."

Daniel terkejut melihat DD, wajahnya berubah pucat seperti orang yang kehabisan darah di hisap vampire.

Tanpa berlengah, DD melemparkan dulang itu tepat ke tempat Daniel . Bagaimana sakit hati nya begitulah DD melepaskan dulang tersebut pada Daniel.

Prangggg... !!!

"Semoga Allah sentiasa merahmati hidup you.."

Daniel tersentak dengan kata-kata DD begitu juga dengan teman teman nya.

Nisa pun masuk lalu melemparkan dulang kedua kepada mereka.

Prangggg...!!!

"Have a nice day.." ucap Nisa.

"Assalamualaikum...." DD dan Nisa serentak memberi salam lalu melangkah pergi meninggal Daniel dan teman teman nya dengan keadaan tubuh badan mereka basah dan kotor oleh hidangan set lunch special yang mereka order.

***********

Di pejabat, DD hanya diam memendam perasaan kecewa dan sakit hatinya kerana dikhianati dan di permainkan oleh insan yang di sayangi tanpa menitiskan setitis airmata.

"Kau kuat DD..." bisik hatinya..

Nisa masuk ke dalam bilik sahabat baiknya itu. Dia amat kasihan dan simpati dengan apa yang telah menimpa sahabatnya.

"Nisa.. aku rasa .. aku nak ambil semua cuti-cuti aku tertunggak tu.. lepas tu aku nak berhenti kerja.. aku tak boleh lah kerja satu bumbung, satu department lagi dengan orang tu... "

"Aku sokong apapun keputusan yang kau buat DD... sebab kau seorang wanita yang bijak.. kalau kau tak bijak tak lah sales marketing kita meletup tiap tiap bulan kan... Daniel ja tu yang bodoh melepaskan wanita sebijak dan secantik kau.. baik hati pula tu... "

"tapi aku gemuk lah nisa.. aku baru sedar.. lelaki takkan pandang tu semua jika wanita tu gemuk"

Petang itu Daniel tak masuk kerja, dia terus balik rumah disebabkan baju dan seluarnya ikut sekali menikmati hidangan makan tengahari tadi.

***************

DI TEMPAT TINGGAL DD, NISA & LISA

"DD .. apa kau nak buat selama kau jadi tauke ladang anggur ni...?? tanya Lisa housemate DD yang seorang lagi.

Lisa sahabat DD , berstatus janda. Kerja sebagai seorang pegawai bank. Lisa seorang yang ceria dan cepat mesra. Kerana sikapnya tu dia mempunyai ramai kawan tak kurang juga lelaki lelaki kaya yang mengejar dan menagih cintanya. Lisa kini menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan.

"Aku belum fikir lagi lah..." jawab DD

"Daniel ada kol atau chat ko ke...?? tanya Nisa

"Dia ada Kol berapa kali tapi aku tak sambut .. aku terus block no dia..." jawab DD perlahan.

Lisa mendekati DD dan duduk di sebelahnya. Sementara Nisa yang sedang duduk di sebelah sofa yang di duduki DD hanya memerhati saja.

"DD.... sebagai kawan baik kau... kau percaya dengan aku tak...???

DD memandang Lisa dengan penuh keheranan. Dia hanya mengangguk.

"Good girl... oleh kerana aku yang paling tua di antara kita bertiga dan aku mempunyai lebih pengalaman hidup dari kamu berdua.. dan... kerana aku tuan rumah .. jadi.. kau harus dengar nasihat dari aaaakkkuuuuu...." sambil jari telunjuk lisa menuding arah ke dadanya.

DD dan Nisa hanya memandang Lisa dan mengangguk.

"Ok.. DD.. pakej sedia ada awak dah ada.. kau bijak dalam pekerjaan kau.. kau dah cantik dah.. kulit awak putih gebu.. tinggal buang garam sikit dan tambah cukup rasa.."

DD masih tak faham apa maksud Lisa.

"Kita akan buang sikit lemak di badan awak tu.. dan lemak yang tinggal kita bentuk dia elok-elok... juga sifat pemalu dan pendiam awak tu kita buang dan tukar kepada yang ceria, mesra alam dan gila gila sikit... macam aku.. " lagi sekali Lisa tuding jari telunjuk ke dadanya.

"Aku yakin.. sikap awak bukan begini... tapi kerana keadaan fizikal badan kau.. kau jadi pemalu kan..kan..kerana kau malu terus membuat ko jadi pendiam... kaaaannnn..." tambah Lisa lagi.

DD mengangguk.

"DD susah nak kurus ni Lisa.. DD ni sejak lahir begini lah.. tak pernah kurus..."

"Aku tak cakap nak kuruskan badan kau tu.. aku cakap buang sikit lemak kau tu.. yang tinggal tu kita bentuk dia.. jadi chubby .. chubby ni tak terlalu gemuk dan tak juga kurus.. cuba tengok badan beyonce atau jennifer lopez.. ahhhrrr.. itulah chubby.. bentuk badan macam gitar.. lelaki zaman sekarang ni terutama yang VVIP .. wanita begitulah yang mereka cari.. Daniel tu lelaki low class tu sebab bodoh.. nak cari perempuan yang macam papan lapis.. peluk pun tak sedap tau..."

DD masih terkaku diam mendengar kata kata Lisa.

"Awak nak tak memiliki bentuk badan seperti beyonce atau jennifer lopez .....??? Awak nak tak jadi seorang wanita yang ceria, remah dan mesra....???

DD hanya mengangguk.

"Ok.. kalau nak.. minggu depan kau fly ke Australia.. tempat sepupu aku..."

"Whatttt....!!!???" serentak DD dan Nisa bersuara.

"Dulu.. aku lagi teruk dari kau DD.. cuba bayangkan baru 6 bulan kawin dah kena cerai talak 3. 6 bulan tu kira masih dalam musim honeymoon tau.. aku hampir bunuh diri tak sanggup melihat bekas suami aku tengah bahagia dengan wanita lain. Sepupu Aku sanggup fly dari Australia ambil aku kat malaysia bawa ke Australia. 3 bulan aku dah pulih... dan aku ambil kursus perbankkan selama 6 bulan.. hampir setahun di Australia aku balik malaysia. Sekarang bekas suami terhegeh hegeh nak kan aku balik sampai sanggup upah orang jadi cina buta semata mata nak aku semula..."

"Jadi awak setuju lah.. balik dengan bekas suami kau tu...?? tiba-tiba DD bersuara.

"Eeee... jauh jauh lah sial 44 kalau aku balik dengan dia.. boyfriend aku sekarang lagi handsome dari dia tau.. sooo romantik.. sooo caring.. dan lagi kaaaaayaaaa dari dia.. kalau takkk.. mana lah cik Lisa yang anggun dan jelita ni ada kondo dan pandu kereta mewah tauuu..."

"Ok... aku setuju pergi ke Australia..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience