Zila dan Fika memang sengaja datang ke butik itu, mereka tahu Dee dan tunangnya akan datang ke butik tu hari ini.
Dari kecil sehingga mereka dah masuk tingkatan. Mereka berdua selalu buli dan mengejek Dee.
"Awak tu anak yatim piatu.. menumpang kasih sayang dengan ibubapa kita orang.. dah lah gemuk.. ada hati nak kata diri tu cantik.. cute.. sedar diri tu sikit.. awak tu menumpang di rumah kita...." kata-kata pedas dari Zila sewaktu mereka masih di sekolah menengah.
Mujur Dee dapat masuk Universiti, sementara Zila dan Fika hanya sekadar lulus dan dapat sijil SPM saja. Semasa di Universiti setahun 2x Dee akan balik bercuti tapi kebencian Zila dan Fika padanya semakin menebal.
"Tak perlu nak tembirang lah DD.. sekarang ni orang ada ijazah pun masih menganggur.. bagus lagi kita orang dah kerja.. saya dan Fika dah jadi kerani.. tak menghabiskan duit orang tua kita..."
"Zila...!!! DD tak pernah menggunakan duit ayah atau duit mak su kau untuk dia bersekolah. Tu semua Duit Peninggalan Pak Ngah, Ayah DD.. " tengking Pak long yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
"DD ni sepupu kamu berdua.. apa yang kamu benci sangat dengan DD ni... !!!??? keras suara pak long.
"Ayah tu pilih kasih....!!!!" jawab Zila dengan berani.
"Kasih sayang yang Ayah bagi sama saja.. tapi awak tu yang melebih-lebih sangat... apa kawan-kawan awak ada.. awak nak juga.. awak tak nak orang lebih dari awak... !!!" tengking ayah Zila sewaktu Dee di universiti.
Semasa di Universiti Dee kenal Nisa dan jadi sahabat baik sehingga sekarang. Nisa pula Sepupu Lisa. Nisa tahu kisah hidup Dee dan apabila cuti nisa kadang-kadang balik jumpa Lisa dan menceritakan kisah Dee padanya.
Habis U, Nisa membawa Dee tinggal bersamanya di rumah Lisa. Kebetulan masa tu tunang Lisa membelikan Lisa Sebuah kondo dan kereta BMW X6 sebagai hadiah pertunangan mereka.
Sebelum Konvokesyen Dee dan Nisa kerja di Guardian sebagai promoter produk kecantikan. Selepas Konvo dan dapat ijazah. Lisa telah meminta tolong dengan tunangnya mencari kerja untuk mereka berdua. Kebetulan salah satu syarikat kawannya memerlukan Ketua Akaun dan ketua marketing. Sesuai dengan Dee dan Nisa.
Dee sangat bersyukur kerana Allah telah menghantar 3 malaikat untuk jadi sahabat nya dan menjaganya. Setahun lebih Nisa dan Dee bekerja, mereka dah mampu tarik kereta tapi tak semewah kereta Lisa.
*****
Malam ini Dee ingin membuat kejutan buat Nisa dan Lisa. Selepas balik dari butik tadi Dee membeli beberapa barang Dapur untuk dia masak malam ni.
Jam 7 malam Dee telah siap memasak lauk kegemaran Nisa dan Lisa. Ada kerabu pucuk paku dan ayam masak asam pedas.
Sewaktu Dee tengah mandi Nisa dan Lisa balik. Masuk rumah saja mereka dah terhidu bau yang sangat menyelerakan. Mereka berdua cepat-cepat melangkah menuju ke meja makan lalu mengangkat tudung saji yang menutup makanan yang terhidang di atas meja.
"Waaahhhh.. my favourite...." lalu Lisa menelan air liur nya.
"Pergi mandi dulu baru kita makan bersama.." Dee tiba-tiba muncul.
"Thank you... sayang awak.. muuuaahhh...." jawab Lisa.
Selepas 30 minit Nisa dan Lisa pun dah selesai mandi dan kini mereka sedang menikmati makan malam bersama.
"Sedapnya bakal isteri billionaire ni masak.. " Puji Nisa.
"Sebab sayang awak berdua saya masak makanan kegemaran awak berdua lah.." jawab Dee
"Demi awak saya sanggup biarkan suami saya makan seorang seorang malam ni tau..." Sahut Lisa.
"Lisa... Nisa.. terima kasih banyak-banyak tau.. tanpa kamu berdua saya mungkin masih jadi mangsa buli oleh kedua-dua sepupu saya dan rakan-rakan yang lain. Dan tanpa pertolongan Ash saya mungkin takkan jumpa dengan Riz.. saya terlalu banyak terhutang budi dengan awak berdua dan Ash... Hanya Allah yang dapat membalas semua kebaikan kamu pada saya..."
"Saya dah anggap Dee sebagai adik saya .. tak perlu lah rasa terhutang budi.. selama ni pun kita Saling membantu... Dan Doa-doa kita dah Allah makbulkan satu persatu.. tinggal Nisa lagi kita tunggu ni .. " Jawab Lisa.
"Nisa dah ada Assisten billionaire... " gurau Dee.
"Suruh lah cepat-cepat naik meminang.. awak tu bukan sweet 21' lagi... " sampuk Lisa.
"Dah rancang dah.. tapi tunggu selesai dulu hari besar Dee... lepas tu baru kami lagi nak buka langkah...." jawab Nisa.
"Waaaahhhh... betul ke Nisa... ???" Nisa mengangguk. Lalu Lisa dan Dee berdiri dan pergi mendapatkan Nisa dan mereka saling berpelukan.
**
Sementara menunggu Ash datang menjemput Lisa, mereka duduk di ruang tamu sambil bercerita kisah-kisah mereka.
"tadi masa di butik.. Zila dan Fika tiba-tiba datang.. saya macam tak sedap hati lah.. " Luah Dee
"Sepupu awak yang selalu buli dan hina awak ke tu...?? tanya Nisa minta kepastian.
"Yala.. saya mana ada Sepupu lain.. mereka berdua ja... "jawab Dee
"Nasib 2 je.. kalau 10 .. mungkin saya tiada dah di dunia ni ..." sambung Dee bergurau.
"Dee tak bagitahu Riz ke pasal mereka berdua tu... ??" tanya Lisa.
"Tak.. takkan lah aku nak cerita buruk pada sepupu sendiri.. "
"Saya rasa mereka nak rampas Riz dari awak.. Kan mereka tak suka Dee ada kelebihan dari mereka.. tiba-tiba Dee nak kawin dengan seorang billionaire.. kacak pula tu.. mestilah mereka cemburu.. "kali ini Nisa bersuara.
"Saya tak risaukan Riz.. Walaupun Zila tu Ratu kebaya peringkat kampung ... yang saya risau mereka perangkap Riz..." luah Dee lagi.
"Apalah sangat ratu kebaya kampung-kampung tu.. " jawab Nisa lalu ketawa.
"Riz tu bijak lah Dee.. untuk pengetahuan Dee.. masa Dee di london.. Noreen ada cuba nak perangkap Riz.. dia pancutkan Keempat-empat tayar kereta nya lalu menangis-nangis kol Riz minta tolong.. kebetulan Ray bawa driver Riz tengok tapak. Jadi Riz terpaksa datang sendiri ambil Noreen dan hantar di rumah.. Tapi Riz dah Call Ray, suruh cepat-Cepat datang ke rumah Noreen sebab Riz dah dapat hidu permainan Noreen..... kalau tak Riz dah kena tangkap basah dah.. Tapi saya harap Dee tak bagitahu Riz ya.. sebab cerita ni Ray yang bagitahu Ash... Masa tu Riz terus ugut Noreen jangan ganggu dia dan Dee .. dia akan sumbat Noreen ke penjara jika Noreen ganggu Dee... " Panjang lebar Lisa menceritakan.
"Betul ke lisa....??? tanya Dee ingin kepastian. Lisa hanya mengangguk.
"Astaghfirullah.. Lisa.. awak belum tahu betapa jahatnya c Noreen tu dan 3 orang kawan nya tu.. mereka tu.. lebih jahat dari sepupu Dee.. kenapa Riz tak sumbat ja dia dalam penjara masa tu..." jelas Nisa.
*Betul ke ni Nisa...??? Tanya Lisa ingin kepastian.
"Betul.. tu .. mereka lah yang kurung Dee semalaman dalam tandas kerana Dee jeling boyfriend dia ja... mereka lah yang buat Dee trauma dan hilang semangat dan keyakinan diri.." jelas nisa lagi. Dee hanya duduk diam tak berkata apa-apa. Peristiwa itu mengganggu dia lagi. Nisa yang menyedari perubahan Dee cepat-cepat mengejutkan Dee.
"Dee... " Lalu Nisa menyentuh bahu Dee perlahan.
"Saya ok.. " jawab Dee.
Lisa terkejut mendengar dan melihat keadaan Dee begitu.
"Saya dah 2 kali jumpa Noreen.. pertama kali tu.. Saya berdua dengan Riz saja.. masa tu Riz belikan saya telefon.. nampak lah gaya gedik nya nak menggoda Riz.. tapi Riz perkenalkan dirinya sebagai boyfriend saya... Riz peluk pinggang saya dan cium dahi saya.. Berubah lah riak wajah Reen.. nampak sangat dia tak boleh terima.. Masa tu saya fikir Riz buat begitu sebab nak elak dari Reen yang nak goda dia..."
"Wow.. sweetnya Riz..." kata Lisa.
"Yang kedua tu.. sehari sebelum saya pergi London. Ada yang saya lewat balik tu.. malam tu sebenarnya saya makan malam bersama Umi dan Riz. Tiba-tiba Noreen muncul nak duduk semeja dengan kami.. alasan nya kawan dia tak jadi datang.."
"Eehh .. memang muka tak malu betul lah dia tu.." Kata Lisa dengan geramnya.
"malam tu saya nampak dia berusaha sangat nak goda Riz.. tiba-tiba Shila, zetty dan Wati datang.. mula lah mereka memuji Noreen.. cantik lah.. bertuah dapat boyfriend handsom lah.. mula kutuk saya.. Riz terus berdiri dan peluk saya.. lalu cium dahi saya dan dia perkenalkan dirinya boyfriend saya.. terkejut beruk lah mereka bertiga.. tapi wati masih tak puas hati.. terang-terang dia cakap saya tak padan dengan Riz.. Lalu Riz tanya wati semula.. adakah dia padan dengan Riz.. tertunduk Wati.. Lepas tu Dee bawa saya ke kereta.. Dia serahkan pada Umi urus mereka.. saya sempat dengar Umi tegur mereka tentang makeup tebal seinci.. dan pakaian macam tak cukup kain.."
"Tapi saya rasa tu semua Noreen dah rancang tu.. Sebab saya tau.. Noreen sanggup buat apa saja untuk capai kemahuan nya..."jelas Nisa.
"Awak kena berhati-hati dengan mereka semua Dee.. termasuk 2 sepupu awak.. saya risau kan keselamatan awak sekarang ni.. " Luah Lisa
"oh ya.. dan untuk pengetahuan kamu berdua.. minggu depan aku last kerja.. so aku akan jadi datin ja dalam rumah besar tu.. " sambung Lisa.
"Aiiikkkk.. kata hari tu .. tak nak berhenti kerja.. " jawab Nisa
"Ash tu.. masa malam pertama tu.. dah syok-syok .. suruh pula saya janji berhenti kerja.. dah syok.. saya akur ja..." luah Lisa jujur..
Membesar mata Dee dan Nisa mendengar, tidak lama pecah ketawa mereka bertiga.
"Haaa.. hujung bulan ni Dee lagi akan rasa tu.. tengah syok-syok.. kena suruh berjanji dan bersumpah lagi... " Pecah lagi ketawa mereka bertiga.
"Dan aku ada lagi good news untuk awak berdua.." sambung Lisa.
"Apa yang Good News tu.. Awak nak hadiahkan kondo ni pada aku ke .." Gurau Nisa.
"Eeehh ... bukan lah.. .......I'm pregnant...!!!" beritahu Lisa pada mereka berdua
"Syukur Alhamdulillah.. tahniah Lisa.. tak lama lagi, kami dapat anak buah lah ni... "
"Berapa bulan...." tanya Dee
"Baru 6 minggu..." jawab Lisa.
"Ahrrr.. tepat masanya awak berhenti kerja.. jaga baik-baik kandungan tu.. biar awak jadi princess di rumah demi anak buah kami ... " sambung Dee lagi.
mereka berpelukan lagi. Terlalu erat hubungan mereka bertiga. Sepanjang persahabatan mereka.. mereka tidak pernah bergaduh atau selisi faham.. mereka sentiasa terbuka, saling memahami, saling membantu, saling memberi dan menerima. Itulah kunci kekuatan persahabatan mereka.
Tak lama, Ash pun sampai menjemput Lisa. Mereka pun saling berpelukan sekali lagi. Tiba-tiba Ash bersuara.. " Saya taknak peluk ke...??? Gurau Ash.
"Amboi Ash .. nanti Lisa pusing kepala tu kebelakang.. jalan tengok punggung nanti..." Dee menyambut gurau Ash.
Mereka ketawa lagi.
"Dee siapakan tenaga u hujung bulan ni.. sebab bakal suami Dee tu ada campuran Arab... orang Arab ni.. geerrrrr... tenaga batin nya..." Ash menyambung gurauannya.
"Yaka....??? wow... tak sabar nak rasa yang geeerrrr tu..." Dee menyambut lagi gurauan Ash.
"Amboi... tapuk sikit Geeeerrrr awak tu Dee... jangan kasih ketara sangat..." sampuk Lisa
Pecah lagi ketawa mereka.
"Honey.. cepat lah... bee dah tak sabar nak geerrrr dengan Honey ni..." Ash masih menyambung gurauannya.
"Sayang... tunggu i di bilik 501 yerrr...." Dee dengan gayanya yang pura-pura bercakap dengan Riz dalam telefon.
Mereka semua ketawa lagi..
"Ash ni.. dulu sebelum kawin macam suci betul.. dah kawin... ya Ampun.. Miang tu .. tak boleh nak kata....." sambung Dee
"tengok lah siapa isterinya.." sahut Lisa
"pukulan janda super power.. kalau boleh nak Geeerrrrr saja...." sambung Ash.
"Dah... kamu bertiga ni .. asyik nak buat saya jealous.. saya nak jalan lah ni... nak cari Ray..." Nisa tiba-tiba bersuara.
pecah lagi ketawa mereka berempat.
"Ray tu ada campuran Arab juga ke....??" tanya Lisa.
"Melayu Jawa.... Aahhrrrrrr powernya...." jawab Ash.
"Bee dah lah tu.. kesian dah aku tengok 2 ketul.. Risau pula nanti tengah malam ni .. seorang cari Ray.. Seorang cari Riz... "
"Amboiiii.. suami isteri ni.. suka sangatlah nak kenakan kita yang masih remaja ni .... kesiannya kita.. perkataan cinta pun belum kenal lagi ni... " jawab Dee bergurau.
"Ok lah Dee.. Nisa.. kami balik dulu.. dah lewat ni.. bakal pengantin Kena cukup tidur.. baru lah berseri wajah tu masa sanding nanti.." Nasihat Lisa pada Dee.
"Ok Mrs. Ashraff... " jawab Dee
"Kami balik dulu ya wahai adik-adik ku sayang..."
"Ok abang Ashraff.. hati-hati memandu.. moga selamat sampai ke rumah..." jawab Nisa dan Dee.
****
Video Dee di lamar di khalayak ramai oleh seorang jejaka tampan dan kaya telah sampai ke group whatsapp Alumni bekas pelajar Universiti mereka. Seseorang telah menghantar video berkenaan ke dalam group wassap.
"Deera Deerlina Binti Muzaffar.. bekas pelajar universiti *''''''''''''''* gadis bertuah yang telah dilamar oleh seorang ahli perniagaan yang berjaya, muda, kacak dan yang pasti dia seorang billionaire. En. Rizman..."
"Waaahhh.. bertuahnya Deera... Allah itu maha adil.. waktu di U dulu.. Noreen and the geng selalu buli dia.. sekarang lihat nasib dan rezeki yang dia dapat.... harr.. Noreen.. komen lah kalau berani..."
"kawan sebilik aku Dulu pun pernah di buli oleh mereka.. perasaan Princess.." komen seorang lagi .
"Cerita En.Rizman melamar gadis biasa dan merupakan staffnya.. Trending no. 1 sekarang ni.." kata seorang lagi.
"En. Rizman tu siapa...?? sampai gempak satu Malaysia...?? tanya seorang lagi.
"En. Rizman tu mix Melayu Arab.. Ibunya keturunan Diraja *'''''''""""""""* . Tengku Alwiyah. Ayahnya sepupu dengan Raja *"""""""* . Dah boleh bayangkan kekayaan ayahnya kan.. Setelah ayahnya meninggal, Dia pewaris tunggal kepada seluruh harta kekayaan ayahnya.. Mereka ambil keputusan balik Malaysia dengan mendapat izin dari keluarga Ayahnya... " jelas seorang ahli group.
"waaaahhhh... tapi mereka sangat low profile kan.." sampuk seorang lagi.
"bukan macam orang yang gaji baru 6,7 ribu.. dah tunjuk kaya... " sampuk seorang lagi.
"C Deera.. ada tak dalam group ni... ??? tanya seorang lagi.
"Kalau tak silap saya .. dia ada dalam group ni..." jawab seorang lagi.
"Hellooooo... Deera... sila muncul kan diri... banyak kami nak tanya ni...."
**
"Dee .. tengok wassap di group U ... " Nisa memberitahu Dee.
"Napa...???" tanya Dee.
"tengok ja lah... Dee layan lah dulu kawan-kawan kita masa di u dulu..." jawab Nisa.
Dee pun membuka whatsapp dan mula membaca.
*
Setelah hampir 20 minit..
"Mungkin Deera sibuk kot.. " kata seorang lagi.
tiba-tiba...
"Hai semua... sorry.. baru tengok Whatsapp... patut lah dari tadi saya asyik bersin jah.. rupanya nama saya di sebut-sebut.."
"Hai Deera.. saya Rita... share sikit lah macam mana awak kenal dengan bakal suami awak tu.. bertuah nya awak..." tanya salah seorang kawan yang sama kelas dengannya dulu.
"Hai Rita.. saya tak sangka pula video saya di lamar tu tular di media-media sosial... saya pun tak tahu bakal suami saya ni top kalah-kalah artis.. hingga cerita kami trending no. 1.. " jelas Dee.
"Untuk pengetahuan kawan-kawan semua.. saya hanya staff En. Riz saja.. tak masuk di fikiran saya langsung yang saya akan berjodoh dengan boss saya sendiri.. Sebelum dia putus tunang.. layanan Riz pada saya seperti boss dan pekerja saja.. tak lebih dari itu.. tapi selepas putus tunang dan balik dari finland.. layanan dia pada saya berubah.. termasuk Uminya layan saya seperti anaknya sendiri.. Seminggu sebelum dia buat kejutan melamar saya.. Dia telah meluahkan perasaan nya pada saya dulu.. masa tu memang lah saya terkejut habis.. nak pitam pun ada.. sesak nafas pun ada .. semua lah bentuk perasaan ada masa tu.. " sambung Dee lagi.
"Bertuahnya awak Deera.. sebab awak seorang gadis yang baik.. Allah bagi awak jodoh yang terbaik..." Tiba-tiba bekas pensyarah mereka masuk bagi komen.
Noreen yang membaca semua chat tu dah nak naik gila. geram dan benci dengan Dee.
"Ahrrrrrr... aku nak bunuh kau Deera Deerlina..!!!!!" teriak nya..
Share this novel