Bab - 28

Romance Series 17902

Berita kehamilan Dee dikhabarkan oleh Riz pada Ash dan membawa mereka sekali makan di restoran seafood dan Ash sampaikan pada Lisa dan Nisa.

Riz dah buat tempahan sedia supaya apabila mereka sampai makanan tinggal dihidangkan dan tak perlu tunggu lama. Dia dah tak sanggup lihat keadaan isteri kesayangannya yang dari tadi asyik telan air liur tak sabar nak makan lobster.

Tepat jam 3 mereka pun sampai ke restoran seafood di tepi laut itu. Dee dahulu keluar dari kereta.

"Dee...!!! pelan-pelan jalan tu.." tegur umi yang risau dengan Dee.

Riz memegang tangan Dee dan mereka pun jalan beriringan. Sementara Umi dan Ray jalan beriringan di belakang mereka.

"Umi... ni baru nak makan lobster dah kecoh.. kalau Dee tiba-tiba nak makan dinasour ... botak kepala Riz tu memikirkan nya umi... hahaha..!! gurau Ray.

"eeeehhh kau ni Ray.. kalau masin mulut Ray ni.. haa.. kang Ray juga yang ke sana ke mari cari dinasour tau..." Jawab Umi mengenakan Ray.

"wahai cucu atok dan nenek.. kasihanilah hamba mu ini dari di dera.. hamba mu tarik balik kata-kata hamba sebentar tadi...." Ray berjalan sambil menunduk-nunduk.

"Haaa... tau takut... " jawab umi.

Riz membawa Dee duduk di meja besar yang boleh memuatkan 10 orang.

"Hubby besar sangat meja ni .." tegur Dee

"Nanti ada lagi yang join kita... " jawab Dee

"Siapa....???" tanya Dee

"Kalau hubby bagi tahu.. takde lah surprise..." lalu mengenyit kan mata pada Dee.

Dee masih ingat kerana kenyitan mata itulah yang buat hatinya bergetar. Tapi kali ini lain pula. Kenyitan mata itu membuat bulu roma Dee ni berdiri ertinya dia menginginkan sesuatu dari suami nya.

"Hubby.. jangan lah buat kenyitan mata begitu.. sayang tak tahan lah...." rengek Dee.

"Sayang nak muntah ke...." tanya Riz mula risau.

"Takkk.. Sayang tak tahan nak bawa hubby masuk bilik..." jawab Dee sambil tersenyum.

"Sayang.... tahan ya.. lepas kita makan.. hubby akan tunaikan..." lalu mengenyit kan mata sekali lagi pada Dee.

"Hubby..." rengek Dee

"kenapa dengan Dee ..Riz..." tanya Umi yang baru tiba lalu melabuhkan punggungnya dan duduk di sebelah Dee.

"takde apa-apa umi.. Saya tengah melayan permintaan nya yang pelik-pelik ni.."

"Mengandung anak pertama memang ada cerewet dan pelik-pelik sikit mengidamnya.. Riz kena turuti semua demi anak yang ada di dalam tu.." jelas umi.

"Riz akan tunaikan apa saja demi isteri kesayangan saya ni dan demi anak kami dan cucu umi ni.." lalu mengusap perut Dee.

Meja yang mereka tempah sudah di set sedia oleh pihak restoran.

Tak lama datang seorang pelayan menghantar minum untuk mereka.

"Assalamualaikum...."

"walaikumsalam..." jawab mereka bertiga.

Dee terkejut melihat Lisa, Nisa, Ash dan ayah Lisa. Dee berdiri lalu mendapatkan Lisa dan Nisa dan mereka saling berpelukan.

"Saya tak nak peluk ke.... ?? gurau Ash.

"Pakcik pun nak juga.. " sambung ayah Lisa bergurau.

mereka semua pun tergelak bersama.

*

Mereka dah pun selesai makan dan kini sedang menikmati pencuci mulut.

"Pakcik.." Ray tiba-tiba bersuara

"Ya.. napa tu Ray..." jawab ayah lisa.

Ash yang perasan ada sesuatu yang Ray nak katakan lalu dia pura-pura menjawab chat di handphone nya tapi sebenarnya dia merakam video.

"Saya suka sangat dengan Nisa dan dah buat keputusan nak jadikan dia isteri saya.. saya nak tanya pakcik adakah saya perlu merisik atau naik meminang terus....??"

Nisa ternganga mendengar dan melihat betapa beraninya Ray terus terang di depan pakciknya dan mereka semua.

Riz, Umi dan Dee pun turut terpaku di situ.

"Tak perlu merisik dan tak perlu nak tunang..." jawab ayah Lisa.

"Pakcik. .." Nisa bersuara.

"Amboi nisa.. pakcik belum habis cakap lagi lah.. dah tak sabar nak kahwin ke..." usik ayah Lisa pada nisa. Nisa tersipu malu.

"alaaa.. pakcik ni.. pura-pura dalam perahu.. sudah gaharu cendana pula.. sudah tahu Nisa dah gahru-gahru.. bertanya lagi.. " tambah Dee mengusik Nisa.

"Peribahasa mana awak pakai ni Dee..." tanya ayah Lisa.

"ni peribahasa P. Ramlee pakcik..." jawab Dee

"Banyak lah peribahasa P. Ramlee awak tu Dee..." kali ni Nisa bersuara.

"Baiklah .. Kalau Ray dah cakap begitu.. hujung bulan ni nikah ja terus... tak perlu risik atau tunang bagai... menghabiskan boreh jee.. " jelas ayah Lisa.

"Betul ke pakcik ...??" tanya Ray minta kepastian.

"Tak caya ke... atau nak saya tarik balik ke..."

"Eeehhh... jangan... Syukur Alhamdulillah.. terima kasih pakcik kerana sudi menerima saya jadi sebahagian dari keluarga pakcik..."

Akhirnya Nisa juga akan berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan jujur dan ikhlas mencintai Dia Serta kaya.

Akhirnya Doa mereka bertiga telah dimakbulkan Allah.

"Ray.. awak jaga Nisa baik-baik.. jaga dengan penuh kasih sayang.. kalau kita tau awak abaikan Nisa... Nanti pusing kepala tu kebelakang jalan nengok punggung nanti...."

"Amboi Dee... dah pandai copy paste ayat umi.."

***

Hari ini Umi, Riz dan Dee ke Melaka untuk berjumpa dengan arkitek dan kontraktor yang sudah terpilih.

Ray dan Nisa pula sudah mula sibuk dengan persiapan perkahwinan mereka hujung bulan ini. Mereka buat di kampung Nisa. Seperti Lisa dulu. Itu permintaan ayah Lisa.

Riz tak membenarkan Dee ikut disebabkan kandungannya masih di peringkat awal, tapi Dee berkeras nak ikut dan janji takkan ikut ke site. Dia cuma ingin ikut perbincangan dengan arkitek. Dia nak pastikan apa yang mereka bincangkan sebulan yang lalu dapat di buat dengan baik oleh arkitek tersebut.

Umi sudah menyewa 2 lot tempat pejabat sementara dan sudah mula beroperasi sebulan lalu. Agak susah juga memujuk Samad untuk jadi pengurus pentadbir di pejabat itu namun pujukan demi pujukan dari umi akhirnya samad bersetuju.

Jam 7.30 pagi lagi Samad sudah menyediakan bilik mesyuarat. Dia akan memastikan mesyuarat penting itu berjalan dengan lancar. Dia juga sudah memesan makanan dan minuman untuk minum pagi dan makan tengahari.

Tepat jam 9 pagi Riz, Dee dan Umi pun tiba di pejabat.

"Assalamualaikum Mad..." Umi memberi salam sebaik saja memasuki ruang mesyuarat pejabat.

"Walaikumsalam... Nur apa khabar.. ??" tanya samad.

"Sihat alhamdulillah mad.. Mad dah sarapan ke.. penyambut tetamu cakap sebelum jam 8 Mad sudah ada ...."

"Mad tunggu Nur, Riz dan Dee lah ni.. kita sarapan sama-sama.. "

"owh.. kalau gitu.. mari lah kita pergi restoran yang ada kat depan tu.." ajak Umi

"Tak perlu Nur.. Mad dah order Sarapan.. ada di coffee room.. Saya tau kamu gerak dari KL subuh lagi.. mana ada masa nak sarapan.. lagipun saya tak nak lah Nur sakit kena gastrik nanti.. mari lah kita ke coffee Room.. "

"Amboi Abg. samad.. prihatinnya.." usik Dee

"DD berapa kali nak bagitahu.. panggil uncle.. pakcik dah tua.. dulu masih muda.. boleh lah DD panggil abang.. sekarang ni dah tak sesuai panggil abang.. " pinta Samad.

"Dee dah biasa panggil Abang Samad dari umur Dee 13 tahun lagi.. takpelah .. Dee usaha pelan-pelan..."

mereka pun sama-sama menuju ke coffee Room.

"Waaahhh.. Nasi lemak lah... " Dee mula menelan air liurnya.

"Waah.. DD.. makin comel uncle tengok..."

"Orang dah berbadan dua Mad.. syukur takde morning sickness..." Jelas umi.

"Waah.. Tahniah Riz dan DD.. semoga semua nya sihat dan selamat ya..."

"Terima kasih uncle..." jawab mereka serentak.

*
Arkitek dan kontraktor yang terpilih pun datang.
Mereka pun mula membincangkan pelan untuk Resort tersebut.

"Ini pelan bahagian restoran dan bilik yang di dalam laut tu.. Syukur Alhamdulillah.. kedalaman laut hanya 20 kaki.. Kelebihan nya bila air laut surut.. air laut hanya akan berada 1 kaki di Atas bumbung kaca dan penginap yang tengah duduk santai di restoran atas akan dapat melihatnya.." lalu menuju kan pelan tersebut pada Dee.

Dee dan Riz meneliti kesemua pelan reka bentuk yang telah di reka oleh arkitek itu. Sebenarnya yang pakar itu ialah Riz. Dee hanya ingin melihat bahagian yang dia cadangkan tu. Tiba-tiba dia mendapat idea lagi.

"Hubby... Sayang nak kita pasang pagar di sepanjang lot yang dalam laut ni.. kita boleh ternak berbagai jenis ikan yang cantik-cantik, warna-warni.. mencantikkan lagi pemandangan restoran di bawah laut tu... ini juga boleh buat tarikan pelancong.. hurrrmmm.. boleh tambah lagi ke...??? sayang nak buat laluan kaca untuk pelancong melihat keindahan dan hidupan laut.. kalau orang nak masuk ke laluan tu mesti kena bayar... " Dee menambah ideanya.

"I love you sayang.. brilliant idea.. apa saja yang buat sayang happy.. hubby akan setuju.." lalu Riz mencium tangan Dee.

"En. Riz.. kalau begitu saya kena ubah rekabentuk di bawah laut tu.. dan untuk pengetahuan .. saya dah anggar kos keseluruhan sebanyak 20 juta.. kalau nak tambah laluan yang puan Dee minta tu termasuk pagar dan hidupan laut dalam 30 juta semuanya... " jelas arkitek tersebut.

"30 juta... !!! banyak tu Nur.. Mad ingatkan 2,3 juta saja.. " Samad tiba-tiba bersuara terkejut mendengar 30 juta.

"kalau nak buat macam tu memang memerlukan modal yang banyak uncle.. uncle jangan risau.. kami memang dah sedia kan modal yang lebih dari itu.." jelas Riz.

"Umi pun setuju dengan cadangan Dee... soal penambahan modal takde masalah.." sambung Umi.

"Ok.. saya nak pelan rekabentuk yang baru siap minggu depan. Sebab saya nak pecah tanah tu 2 minggu dari sekarang. Dan saya nak kontraktor mula buat pagar untuk 3 lot tu .. dan jangan risau hari ini kami ada sediakan cek... " Ketrampilan Riz sebagai seorang ahli perniagaan yang sangat profesional terserlah. Ketika dia bercakap tadi Dee melihat saja wajah suaminya.

Perbincangan mereka selesai tepat jam 1.00 petang. Mereka pun makan tengahari bersama-sama .

"Napa sayang tengok hubby je dari tadi...??? ada yang tak kena ke...??" tanya Riz ketika mereka sedang menikmati makan tengahari. Dee memandang Riz.

"Nak peluk.... " Dee separuh berbisik pada Riz. Riz tersenyum mendengar permintaan isteri kesayangannya tu lalu dia memeluk Dee. Dee pula mula mencium bau badan Riz.

"Kenapa dengan DD.... ??" tanya samad Penuh kerisauan. Arkitek dan wakil kontraktor turut sama melihat kehairanan.

"Pembawaan ketika mengandung .. asyik nak peluk dan cium bau badan Suaminya saja.. nasib tak menyusu dengan suaminya... "

"Umi.... " sahut Dee.

"Ohhh... " Sahut mereka serentak.

*

Umi tak membenarkan Riz ke tapak projek. Dia meminta agar Riz menemankan Dee di hotel. Biar dia, samad dan arkitek serta wakil kontraktor saja yang pergi.

Samad memberitahu pada wakil kontraktor tu dimana sempadan-sempadan tanah itu. Umi hanya duduk di pondok yang telah samad buat beberapa bulan yang lalu.

Setelah Samad selesai memberi penerangan dan penjelasan kepada arkitek dan wakil kontraktor tersebut, mereka pun meminta diri untuk balik ke pejabat. Tinggal Samad dan umi .

"Nur.. ada baiknya kita balik ke pejabat atau saya hantar Nur ke hotel.. panas sangat ni.. "

"Kita balik ke pejabat dulu lah Mad.. sebab beg saya tertinggal di pejabat.. lepas tu Mad hantar saya ke hotel.."

Mereka pun berdiri bersama. Ketika umi hendak melangkah, tiba-tiba kaki kiri umi kejang.

"Aduhhhh.." Umi mengerang kesakitan dan hendak jatuh. Mujur Samad sempat bertindak dan dia merangkul pinggang Umi untuk menahannya dari jatuh dan Umi pula kerana takut terjatuh dia tak sengaja memeluk Samad. Lalu mata mereka pun bertemu pandang.

Jantung Samad berdegup dengan kencang. Tiba-tiba timbul satu perasaan yang sudah lama hilang dalam jiwanya. Dan umi pun timbul perasaan yang sama dengan samad. Lalu mereka tersedar yang mereka kini sedang berpelukan.

Samad terus mendukung Umi dan membawanya ke kereta. Umi merasa di layan seperti ratu. sedangkan arwah suaminya pun tidak pernah mendukung nya begitu.

Wak Ali pemandu umi terkejut melihat umi di dukung oleh Samad. Dia cepat-cepat membuka kan pintu kereta.

"Wak ali.. Kaki Nur kejang.. boleh tolong cari spray dalam beg saya.." kata samad meminta pertolongan dari wak ali.

"Wak.. cepat... saya dah tak tahan sakit ni.." arah umi dengan muka nya merah menahan sakit.

"Nur cuba gerakkan kaki Nur pelan-pelan ya.. dimana posisi yang Nur rasa selesa.. Nur berhenti di situ ya..." lembut suara samad seperti memujuk kanak-kanak yang sedang merajuk.

Tidak lama Wak Ali datang dan memberi kan spray tersebut kepada Samad.

Samad menyambut spray tersebut dari huluran tangan Wak Ali lalu menyerahkan nya pada Umi.

"Nur spray di tempat yang Krim tu.."

"Nur tak dapat gerak Mad.. sakit sangat..Mad tolong Nur..." suara umi merengak kesakitan. lalu menyerahkan semula spray itu pada samad.

"dekat mana yang krim tu Nur..." tanya samad

"tadi dekat paha Nur sekarang dah melarat sampai betis Nur... " beritahu Umi

"kalau betis Mad boleh tolong spray tapi kalau paha.. Mad tak boleh..." jawab Samad.

"Buat aja.. Nur rasa nak pitam dah ni... tak tahan sakit... " rayu umi yang dah berpeluh menahan sakit.

"Samad buat saja .. saya ada.. tapi saya akan membelakangkan kamu berdua..." Wak Ali bersuara.

Samad pun menyelak skirt umi hingga ke paha. Jantung Samad semakin kuat berdebar saat melihat paha umi yang putih mulus itu. Dia terus spray paha umi dan terus ke betis. Lalu cepat-Cepat menurunkan Skirt umi semula. Dalam masa 2 minit kejang di kaki umi reda.

Umi mula membetulkan kedudukan nya dari berbaring kepada duduk.

"Nur dah ok....?? kalau dah ok ada baiknya saya hantar Nur ke hotel dulu untuk berehat..." kata Samad.

"Nur dah ok.. terima kasih ya sebab bantu Nur tadi.." jawab Umi.

"Wak.. kita gerak sekarang.. " Arah umi.

Di dalam perjalanan balik umi dan samad masing-masing berdiam diri dan hanya melayan perasaan masing-masing.

Umi sebenarnya saat pertama kali melihat samad, Dia dah pun tertarik dengan samad. Setelah selalu berjumpa dengan samad kerana urusan tanah, Umi mula jatuh hati dengan samad kerana kejujuran, keikhlasan dan kebaikan samad. Sewaktu Samad mendukung dia tadi makin bertambah dia jatuh cinta pada Samad.

Samad pula dengan kejadian sebentar tadi, saat mereka tak sengaja berpelukan dan bertentangan mata Dia jatuh cinta dengan Umi. Kebetulan Samad jenis orang yang bila dah suka atau jatuh cinta terus cinta separuh nyawa dan tak dapat berjauhan walau sehari. Dia sentiasa ingin melihat atau berjumpa.

Sampai di hotel samad tak membenarkan Umi berjalan. Dia terus mendukung umi dan wak Ali berjalan beriringan disebelahnya.

Sampai di suite executive family room. Wak Ali scan kad di pintu lalu pintu terbuka. Samad masuk dahulu. kebetulan Riz sedang menemani Dee makan. Mereka terkejut melihat umi sedang di dukung oleh Samad.

Dee terus berdiri dan mendapat umi ketika samad hendak mendudukkan umi di sofa.

"Umi kenapa uncle.. " tanya Dee penuh risau.

"Dee tak perlu risau.. jaga kandungan tu.. umi ok lah.. umi saja nak minta mad dukung umi..." jawab umi bergurau.

"Dah sakit hampir nak pitam pun nak bergurau lagi... saya risau ni Nur.. " samad pula yang menjawab.

"Wak.. umi kenapa...??" tanya Riz.

"kaki teng...?? (umi melihat wak ali).. eehhh.. kaki puan tiba-tiba kejang.. nasib ada samad .. kalau tak dah jatuh dari pondok..." jelas Wak Ali.

Umi sudah memberi tahu pada mereka semua supaya tidak memanggil nya tengku. Dia tidak mahu Samad mengetahuinya. Dia tidak mahu samad membataskan pergaulan nya dengan nya nanti.

"masih sakit ke umi...???" jelas terpancar di wajah Dee yang penuh kerisauan. lalu Dee duduk dekat dengan umi.

"Umi ok.. dah boleh jalan pun.. tapi samad tak benarkan umi jalan.. " jelas umi.

"Ada baiknya saya dukung Nur.. daripada Nur terhinjut-,hinjut jalan..." jawab Samad.

"Nur rehat ya.. saya nak balik ke office dulu. Nanti petang saya datang hantar barang Nur ya.. " makin bertambah perasaan Umi pada samad.

"oh.. ya.. nanti sebelum jam 6 Nur mandi ya.. sebab nanti saya datang bawa orang urut badan Nur.. nak buang angin yang dalam badan nur tu dan untuk bagi lancar peredaran darah Nur... saya jalan dulu.. Assalamualaikum..."

"walaikumsalam... " jawab mereka serentak.

Setelah Samad keluar dari bilik..

"Wow... Umi... so sweet... " usik Dee.

"Sweet apanya.. dia hanya hormat umi sebagai Bos dia ja pun.." jawab umi.

"Umi.. Riz dapat rasa yang uncle samad tu ada perasaan dengan umi... " kali ini Riz bersuara.

"Rasa je..." jawab Umi selamba.

"Umi Riz ni lelaki.. hanya lelaki dengan lelaki saja yang tahu ... " jawab Riz.

"eeehhh hubby ni.. sayang geli lah.. apa pula hanya lelaki dengan lelaki saja yang tahu... lain jerrr sayang dengar..."tegur Dee.

"Sejak mengandung ni.. fikiran sayang ke situ jerr.. tapi takpe.. hubby suka..." jawab Dee

"Dah..dah.. awak tu Riz.. Dee tu baru mengandung peringkat awal.. kena tahan sikit.." tegur umi.

"Umi.. kalau isteri dah nak.. suami kena bagi... kesian isteri bergolek-golek atas tilam nak minta.. Dosa tau..." jawab Riz bergurau lalu duduk di sebelah Dee dan memeluk nya.

"Kan....!!!" Riz mengejutkan Dee.

"Eeehhh kan saya bergolek-golek diatas katil..."
katanya melatah.

"Haaa kan dah melatah.. " kata umi.

"Haa kan aku dah melatah bodoh... .. ehhh... " sambung Dee melatah.

pecah tawaRiz dan Umi. Riz mengeratkan pelukannya pada Dee lalu mencium pipi Dee.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience