Bab 16 - Penjaga Mu

Romance Series 17902

Tanpa di jemput Reen terus duduk di sebelah Riz. Umi dah biasa melihat gadis-gadis yang tergedik-gedik, terkejar-kejar dan berusaha memikat Riz. Umi tahu hati anaknya hanya untuk Dee.. dia tahu anaknya paling tak suka dengan perempuan yang tergedik gedik dan terkejar kejar dengannya. Jauh berbeza sekali dengan Dee. Dengan sifat aslinya dan wajah asli itu membuat anaknya pula yang terkejar-kejar hingga jadi gila bayang.

Umi melirik ke arah Riz dan Riz membalas lirikan uminya. Kemistri mereka sangat kuat hingga dengan lirikan pun mereka saling memahami.

Pelayan pun datang membawa hidangan yang sudah di tempah oleh Ray lebih awal. Pelayan menyendukkan nasi ke piring yang dah tersedia.

"Cik.. tambah satu piring ya.. untuk dia.." pinta umi lalu menunjuk Reen.

Dee terkejut melihat hidangan malam tu.

"Banyak nya " Dee bersuara.

"U kan sehari tak makan.. " jawab Riz.

"Ahrr.. Dee tak makan sehari..." terkejut Umi..

"Ya umi.. sampai tengok Riz yang tengah memandu pun dia kata sedap..." beritahu Dee..

"Hahaha.. Dee.. how sweet... Kesiannya anak umi ni... " lalu umi mengusap rambut Dee seperti anak kecil. Tambah sakit hati noreen melihatnya.

"Apalah yang Deera guna-guna ni sampai Riz yang begini kacak dan kaya boleh jatuh hati padanya. Uminya pun boleh sayang Dia.. " bisik hati Noreen.

"Kenapa Riz biarkan Dee ... " tanya umi.

"Tadi 10 pagi saya ada sarapan dengan Riz juga umi.. jadi masa rehat tu Dee masih kenyang.. masa Riz sebut makan tadi baru dee rasa lapar sangat..." jelas Dee.

"Waaahhhh.... besarnya lobster ni..." Dee teruja melihat udang galah yang pelayan baru letak di meja mereka.

"Hai Deera.. tak pernah tengok lobster ke.." sindir Noreen.

"Orang dah lapar.. semua pun nampak teruja.." jawab Dee lalu nak mengambil udang galah tersebut tapi di halang oleh Riz.

"Biar i yang kupaskan kulit udang ni untuk u.... u makan dulu ikan ni..." lalu Riz mencarik isi ikan steam tu dan beri pada Dee.

"Thank you .." Dee pun menadah tangan untuk membaca doa makan.

Selesai saja baca doa.. Dee mula meneguk chinese teh dahulu baru dia makan hidangan yang ada di hadapannya.

Riz selesai mengupas kulit udang galah itu lalu meletaknya ke piring Dee.

"Thanks.." ucap Dee ringkas.

"Anything for you my dear..." Umi hanya tersenyum bahagia melihat anaknya bahagia.

"Riz nak mana...?? saya boleh tolong ambil kan..." Noreen sengaja nak sakitkan hati Dee dan cuba mengambil hati Riz.

"Takpe.. saya boleh ambi sendiri..." jawab Riz tanpa menoleh melihat Noreen.

Riz melihat rambut Dee terjuntai hampir mencecah ke piringnya. Dia mengambil rambut yang terjuntai tu dan menyisipkan ke telinga Dee.

Makin bertambah sakit hati Noreen melihatnya.

"Deera awak kerja ke.. " soal Noreen

"Kerja... Reen pula kerja apa sekarang..?? tanya Dee.

"Reen manager sales and marketing... kalau masuk bonus adalah dapat gaji 8k sebulan.." Jelas kedengaran suara nak membanggakan diri Noreen.

"Deera pula kerja apa...?? tanya Noreen lagi. Dia yakin yang kerjanya lebih tinggi dari Dee.

"Ohh.. Dee Chef Manager customer service HQ.. di bawahnya ada 10 branch manager customer service dan ada 50 supervisior... l" Riz tolong jawab.

"mesti gaji pun tinggi lah tu kan...??? soal Noreen. Dia berharap gaji Dee lagi rendah dari dia.

"Mestilah tinggi.. lagipun Dee ni selalu outstation ke luar negara.. 13k sebulan.. " Riz tolong jawab sekali lagi. Berubah riak wajah Noreen. Makin bertambah sakit hatinya. Macam mana Dee boleh lebih dari dia.

"Dear.. lepas kita nikah .. u duduk kat rumah ja.. i bagi u gaji 25k sebulan... "

Dee menganggap kata-kata Riz tu hanya gurauan sekadar nak menyakitkan hati Noreen.

"Tak nak.. saya tetap kerja.. saya nak ganti Ceo indah holding tu.. suka sangat nak kenakan saya..." jawab Dee selamba.

Tergelak Umi dan Riz.

"Betul ke Ceo tu selalu kenakan Dee..." umi melayan gurauan Dee.

"Betul umi.." jawab Dee

Tiba-tiba Riz memeluk pinggang Dee dan bercakap dengan tone suara yang agak tinggi sikit.."I Love you...!!!!" Riz sengaja nak mengejutkan Dee Sambil menghadap memandang wajah Dee. Apa lagi Dee mula lah dengan latahnya.

"eehh I love you terpelanting ke syurga....!!" lalu secara sepontan dan tanpa sedar Dee mencium pipi Riz tapi ciuman tu terkena sikit di bibir Riz. Lalu Riz dengan sedar memberi ciuman ke pipi Dee.

bertambah kuat gelak umi dan Riz. Noreen hanya jadi pemerhati dengan hati yang panas membara, cemburu melihat Dee.

"Rizzz.... !!!! lalu Dee memberi pukulan manja ke bahu Riz.

"Umi.... tengoklah anak umi ni.. suka sangat nak kenakan Dee.. "

"Nak Umi pukul Dia ke....??" cepat-cepat Dee mengangguk.

Umi berpura-pura nak memberi tamparan ke pipi Riz, tapi Dee cepat-cepat menutup pipi Riz dengan kedua belah tangan nya.

"jangan umi.. nanti takde lah untuk saya cuci mata dan hati setiap hari..."

kali ini mereka tergelak bersama.

Tiba-tiba handphone Dee berbunyi tanda ada chat masuk. Dee mengeluarkan handphone nya dan letak di atas meja.

Terkejut Noreen melihat handphone Dee kerana dia tau harga handphone tersebut dan makin bertambah lah sakit hatinya.

"Tak nak baca... " tanya Riz.

"Mungkin dari Nisa..." Lalu Dee membuka chat tersebut dan membaca.

"Nisa pun balik lambat.. nak jumpa kawan katanya..." Dee beritahu Riz.

"Dia jumpa Ray lah tu..." membesar mata dee mendengar

Riz tersenyum melihat Dee. Dia tahu banyak yang akan Dee tanya.

"Mereka baru nak kenal lah.." sambung Riz

"Ray tu baik ke....?? bukan buaya ke..?? tanya Dee

"Ray tu macam anak umi juga... dia anak yang baik.. bertanggungjawab.. jujur... " umi yang menjawab.

"Dan Limited Edition macam i...." sampuk Ray.

"Umi.. Dee macam nak muntahlah... "

"Gastrik lah tu... " jawab umi risau lalu menggosok-gosok belakang Dee.

"Bukan umi.. ni sebab dengar Limited Edition tu..."

"Allah.. menantu limited edition ni.. hahahaha..." umi kelucuan.

*

Setelah mereka siap makan, seorang pelayan datang membawa pencuci mulut.

"Riz.. Umi nak ke London esok.. boleh umi bawa Dee... ?? terkejut dee lalu berpaling kepada umi.

Berbesar mata noreen mendengar London.

"Berapa hari Umi nak bawa Dee...?? kali ini Dee berpaling melihat Riz

"5 hari jer..." Dee berpaling lagi melihat Umi..

"Lamanya umi.. Riz sehari tak jumpa Dee .. dah tak bermaya dah menahan rindu.. ni 5 hari.. " Dee berpaling lagi melihat Riz.

"Stop..." Dee tiba-tiba bersuara

"wahai power rangers pink ( lalu menoleh ke arah Umi) dan wahai power rangers biru (lalu menoleh ke arah Riz)... "

Belum habis ayat Dee.. umi dan Riz dah tergelak ketawa.. "Hahahaha.. Umi power rangers pink lah ni.. dan Riz power rangers biru... hahahaha.." lalu umi mencium pipi. Riz bahagia melihat Uminya gembira bersama Dee.

"Masih sempat boking tiket ke kalau nak fly esok...?? Noreen tiba-tiba bersuara .

Serentak mereka bertiga memandang noreen.. tak lama mereka ketawa serentak. Noreen hanya buat muka tak tahu malu.

"Riz.. macam mana.. boleh ke..?? tanya umi tanpa menjawab soalan Noreen.

Timbul rasa kasihan Dee pada Noreen.. "Reen.. Riz ada jet peribadi.. jadi bila-bila boleh terbang..." jelas Dee

Bukan pula Reen ucap terima kasih pada Dee.. malah menjelingnya.. Riz dalam diam perhati saja gaya Reen.

Noreen sangat benci dan sakit hati melihat Dee dilayan dengan baik.. Dia tak dapat terima gadis gemuk dan tak di pandang lelaki masa di universiti dulu dapat seorang teman lelaki yang sangat tampan dan sangat kaya.

"Dee boleh juga mewakili Riz pergi buat lawatan dekat hotel kita sana..." sambung Umi.

"hem..hem..."

Riz dan umi memandang Dee.

"Amboi.. amboi.. empunya badan yang power rangers sebut-sebut tu ada disini (lalu jari telunjuknya menunjuk ke dadanya) kenapa tak tanya yang empunya badan dulu..." lalu dee memandang umi dan Riz silih berganti.

"Dee tak nak teman umi ke..?? lalu umi membuat muka merajuk.

"Saya memang nak temankan umi.. dah lama nak pergi london.. nak pergi menchester united, liverpool, chealse dan nak jumpa queen elizebath dan .. hurrmm ahrr...omar borkan.."

mula-mula Riz tersenyum mendengar celoteh Dee tapi riak wajahnya berubah setelah mendengar omar borkan.

"kalau u pergi jumpa omar borkan.. malam ni juga i bawa u jumpa tok kadi.. " ugut Riz.

"Omar Borkan di dubai lah hahaha... " Dee ketawa dapat mengenakan Riz.

"Ok umi.. Riz benarkan dengan syarat bawa 2 orang bodyguard untuk menjaga umi dan Dee.."

"Pergi lah berseronok di London Deera..supaya aku berpeluang menggoda Rizman dalam masa 5 hari ni.. aku akan rampas Rizman dari kau Deera...Ini Noreen lah.. belum ada lelaki yang dapat lari dari godaanku.. " bisik hati Noreen.

Tiba-tiba Dee berdiri..

"u nak kemana...???" tanya Riz.

"saya nak ke toilet..." jawab Dee.

"Nak saya teman ke..." tanya Riz lagi.

"Biar umi teman .. umi pun nak ke toilet.."

Mereka pun sama-sama pergi ke toilet.

Masa itu Noreen ambil kesempatan untuk menggoda Riz dan memburukkan Dee.

"En. Rizman nak tahu tak.. Deera dulu masa di U.. tak seorang pun lelaki pandang dia.. dia kan Gemuk.. orang gelar dia gadis montel.. "

Tengah Noreen nak mengayat Riz, tiba-tiba..

"Hai.. Reen.. lama tak jumpa.. u makin cantik lah..." tegur salah seorang dari mereka.

"Hai... " Balas noreen..tanpa dijemput mereka terus duduk.

"Boyfriend u ke Reen.. handsomenya..." kata salah seorang temannya.

"Dia kan princess masa di u dulu.. mestilah layak dapat boyfriend yang handsome..." kata seorang lagi. Noreen tersenyum bangga.

"Kenalkan En. Rizman.. pemilik Indah Holding S/B... "
Riz hanya mengangguk tanpa senyum.

"Wow.. bukan kaleng-kaleng boyfriend u ni Noreen.. padan dengan u yang cantik ni..."

Dee pun muncul bersama umi.

"Eehh macam kenal lah.. awak Deera kan.. gadis montel kat u dulu.. "

Hati Riz dah mula panas.

"Shila... Zetty... Wati... " tegur Dee.

"Deera .. awak dah ada boyfriend ke...?? atau macam dulu juga ke.. jadi tukang tengok ja kita yang ada boyfriend ni.." Wati memang dari dulu suka buli Deera.

"Kenapa awak boleh makan semeja dengan Noreen...??? Mesti awak jadi tukang tengok juga ni.. boyfriend Noreen kan handsome...." Zetty mula nak malukan Dee.

"Zetty tanya lah Noreen.." ringkas dan padat jawapan Dee.

"Well.. Cik Noreen.. can u explain....??" Riz dah bersuara. Wajah Noreen berubah pucat.

"Ok.. never mind.. biar aku yang explain.. " Riz berdiri dan mendekati Dee lalu merangkul pinggang Dee.

"I'm Rizman .. boyfriend Deera..." lalu mencium dahi Dee.

"Dan saya umi Rizman...." tiba-tiba muncul dari belakang.

Mereka bertiga ternganga seperti tidak percaya.

"Lain kali jangan main terjah ja... yang jadi tukang tengok tu ... dia ni haa.. " tegur Riz lalu menunjuk ke arah Noreen.

"Kami mohon maaf En. Rizman. Kami ingatkan En.Rizman boyfriend Noreen.. Sebab En. Rizman langsung tak padan dengan Deera..." Kali ini shila bersuara masih nak memalukan Dee.

Dee hanya tunduk malu. Sepertinya Trauma yang dia alami sewaktu di U datang kembali. Tangannya mula bergegar dan Riz perasan perubahan Dee. Riz menarik Dee dalam pelukannya.

"Awak ingat.. awak padan ke dengan saya...!! kali ini suara Riz agak tinggi sikit. Terkejut shila.

"Umi.. Riz bawa Dee ke kereta dulu... " Umi hanya menggangguk Lalu menghubungi seseorang.

"Awak semua ni dah takde cermin di rumah ke..?? Deera lagi cantik dan lagi layak dengan anak aku. Macam ni nak jadi anak menantu aku.. make-up tebal seinci... pakaian kurang kain.. entah-entah.. kiblat pun tak tau di mana....?? Kecantikan takkan membawa kebahagian kalau perangai buruk..." Umi melepas geramnya

Tiba-tiba datang seorang lelaki..

"Assalamualaikum Tengku.. kereta dah depan jambatan"

Terkejut mereka berempat mendengar .

Umi.pun melangkah pergi meninggalkan mereka.

**

Di dalam kereta Riz..

"Saya dah kata... saya tak boleh mencintai Riz.. saya tak nak kutukan dan hinaan orang terhadap saya .. Riz dan umi terpalit sekali dan itu menjatuhkan maruah dan kedudukan Riz dan Umi.. "

"Shuuu... " Riz melekapkan 2 jarinya ke mulut Dee.

"I tak kisah apa orang nak cakap.. yang I tahu.. I really Love you.."

"Berikan saya masa seminggu untuk buktikan I lelaki limited Edition yang u cari..."

"Indahnya mimpi saya..." Sindir Dee

"Seminggu.. ingat .. seminggu.. " Balas Riz.

"esok u ikut umi tenangkan fikiran u di london.... Selama 4 bulan ni.. boleh katakan kita hari-hari bersama.. kadang-kadang ahad pun saya sengaja suruh awak ke pejabat sekejap.. kerana i tak tahan rindu jika tak jumpa u sehari.. so esok buat pertama kalinya dalam masa 4 bulan ni kita akan berpisah selama 5 hari. Selama 5 hari tu.. i nak u rasa macam mana i takde di sisi u.. takde depan mata u. I nak u ingat semua selama 4 bulan ni.. apa pun yang i lakukan semuanya asal i dapat melihat u walaupun sekejap..."

tiba-tiba handphone Riz berbunyi. Riz jawab panggilan tersebut.

UMI : Riz.. Dee ok...???

RIZ : Ok umi..

UMI : Riz hantar Dee balik... esok 10 pagi nak fly dah...

Riz : Ok Umi...

"Mulai hari ini.. aku takkan benarkan sesiapa menyakiti wanita yang sangat aku sayang ni..." bisik hati Riz.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience