Bab 19 - Yes.. I Do

Romance Series 17902

Kerana asyik melihat tarian. Dee sampai lupa yang Umi dah lama pergi tandas dan belum balik lagi. Orang ramai mula berkumpul di ruang itu. Para pelancong juga dari luar negara juga turut berada disitu menyaksikan persembahan tarian tu.

Masuk rangkap Keempat, para penari mula maju ke depan menuju ke tempat Dee. Lalu penari yg yang di depan mula membuka ruang di tengah diikuti oleh penari yang di belakang dan penari seterusnya sehingga mereka membentuk 2 kumpulan dan terbentuk lah ruang panjang di antara 2 kumpulan penari itu.

Waktu masuk lirik lagu ' Cause It's a beautiful night..' tiba-tiba muncul seorang lelaki di ruang tengah yang penari tu kosongkan. Lalu lelaki itu ikut menari dengan penari-penari tersebut. ketika masuk ke Lirik ' i think i wanna marry you' Semua penari tersebut membuka topeng mereka lalu menunjuk ke arah Dee. Tinggal lelaki yang di tengah saja tak menanggalkan topengnya.

Terlopong Dee melihat Rupanya para penari tu, mereka semua staff indah holding. Termasuklah chef-chef manager dan general manager yang interview Dee dulu.
"Wow.. indah holding tengah buat promosi apa ni...???.. Kenapa aku tak tau....???" Dee bertanya pada diri nya sendiri.

Pandangan mata Dee terfokus pada sosok tubuh lelaki bertopeng yang mula maju ke depan menuju kepadanya sambil Menari. Dee melihat sekeliling nya, mungkin ada orang lain dan bukan dia yang dituju. Tiba-tiba Tasya PA nya muncul membawa jambangan bunga dan memberi pada lelaki tersebut.

Sampai kepada rangkap yang terakhir dan lirik yang terakhir "i think i wanna marry you" Lelaki itu membuka topeng nya lalu menunjuk ke arah Dee. Alangkah terkejutnya Dee melihat lelaki itu.

"Riz...???"

penyanyi buskers tadi datang dan memberikan Riz mikrofon.

Riz mengenyit kan mata pada Dee. Dee tersenyum.

"4 bulan lalu seorang gadis yang cute, comel, chubby dan sifat semulajadinya yang tulen, serta perwatakannya yang slumber telah berjaya membuka kunci di pintu hati I yang telah bertahun-tahun terkunci.. dan gadis itu... ???" Riz berhenti sekejap lalu melangkah mendekati Dee.

"adalah u .. " Lalu menyerahkan jambangan bunga rose sebanyak 108 kuntum pada Dee. Dee masih dalam keadaan yang terkejut hanya terkaku melihat Riz.

"Sayang...??? Riz mengejutkan Dee.

Dee teragak-agak menyambut jambangan bunga tersebut tanpa berkata.. Dia tidak tau menggambarkan perasaan nya masa itu.. dia hanya duduk diam terpukau dengan kata-kata dan penampilan Riz yang sangat Tampan hari ini.

"Hari yang i selamat kan u jatuh kolam.. u ingat tak..?? i ada cakap i tak nak kehilangan u sebab u banyak buat salah dengan i.. ingat tak..?
Dee mengangguk.

"U bersalah kerana buka pintu hati i... setelah u buka.. u bersalah kerana buat i sakit merindu..U bersalah lagi kerana buat i sakit pendamkan perasaan i.. "

"Hari ini I nak buktikan i lelaki limited edition yang U cari ... I bawa banyak saksi.. semua staff HQ Indah, reporter yang akan menyebarkan kisah kita ke media media sosial sehingga satu dunia akan tahu, orang ramai yang ada disini termasuk pelancong dari luar negara... and this is First time in my life i menari demi seorang wanita.. OMG... (Tergelak semua Staff indah).. biar mereka jadi saksi..I nak bagitahu satu dunia betapa i sangat mencintai u ... I Love You... i really really love you... "

orang ramai serta semua staff HQ yang hadir bersorak dan bertepuk tangan kerana teruja.

"Wow....!!!.. so romantic...!!"

"Bertuahnya gadis tu...!!"

kedengaran beberapa suara gadis-gadis yang ada di situ.

"Memang ramai perempuan tergila-gilakan i.. terkejar-kejar kan i.. mereka bukan hanya cantik dan seksi.. tapi itu tak menjanjikan kebahagiaan.. I cari seorang wanita yang sederhana.. jujur dan ikhlas dalam setiap perkataan dan perbuatannya.. wanita yang boleh buat I tersenyum setiap hari, buat I bahagia setiap hari.. dan semua ciri-ciri itu ada pada U. Sifat dan gaya u yang hanya bersahaja dan kadangkala terselit gila-gila sikit tu.. buat i berkali-kali jatuh cinta pada u..."

Staff indah dan orang ramai yang ada disitu turut terharu mendengar kata-kata Riz. Dee sudah berusaha menahan airmatanya supaya tidak mengalir dari tadi.

Riz melangkah lagi mendekati Dee. Jantung Dee makin kuat berdegup. Lalu Riz berlutut di depan Dee...

"Deera Deerlina Binti Muzaffar... Will you marry me...?? Lalu membuka kotak kecil baldu merah di hadapan Dee.

Semua yang ada disitu diam tak sabar menunggu jawapan dari Dee.

Dee memandang sekeliling nya.. lalu memandang Riz semula..

"Boss ... ni bukan prank kan...??? tanya Dee bergurau.

Tergelak semua staff indah holding dan orang ramai yang sedang menyaksikan hari paling bersejarah tu.

"Tidak sayang... ni lah kenapa i boleh jatuh cinta pada u berkali-kali..." luah Riz..

"Cik Dee.. kami Semua.. dalam 4 hari ni.. kerja kami belajar menari saja.. semua demi Cik Dee.. " En. Hasnol general manager yang interview dia dulu bersuara.

Riz masih berlutut menunggu jawapan dari Dee.

"Kalau berat badan saya naik sampai 100kg.. adakah awak masih mencintai saya...??? mereka semua jadi saksi sumpah setia awak pada saya pasal ni....."

"Kalau dia lupa janjinya.. umi akan ketuk kepala nya..." tiba-tiba muncul di tengah-tengah staff indah holding.

"Umi..." Sahut Dee

"Selagi bumi berputar pada paksinya.. begitu jugalah I tak akan berhenti mencintai u sampai ke nafas terakhir I... biar berat badan u 200kg sekalipun I tetap menyintai dan menyayangi u.. Will you marry me...?? Dee masih berdiam

"Wow... so sweet..."

"Say yes....!!!"

kedengaran beberapa suara dari belakang Dee.

"Ke awak nak i butakan mata i baru u percaya...??? tanya Riz. Dee mengangguk tapi sebenarnya dia hanya bergurau dengan Riz.

"Ray.. tolong ambilkan i garfu..."

Cepat-cepat Dee menghulurkan tangan nya dan berkata.. " yes .. I Do... "

Riuh ruangan menunggu itu oleh suara sorakan dan tepuk dari orang ramai yang ada di situ serta semua staff HQ indah holding.

Riz tersenyum kemenangan dan kegembiraan lalu dia menyarungkan cincin bertatahkan berlian tu ke jari manis Dee dan terus mencium tangan Dee.

Riz mula mengangkat dirinya untuk Berdiri dan Dee membantunya dan mereka sama-sama berdiri.

Riz memeluk pinggang Dee lalu mencium dahi dee.

"I love you..." Dee berbisik ke telinga Riz..

Akhirnya ayat keramat yang di tunggu-tunggu oleh Riz keluar juga dari mulut Dee. Riz mengukir senyuman yang terus menusuk ke jantung.

"What....?? say it again sayang..."

"I love you and i miss You ... " luah Dee.

"Call me Sayang.. " pinta Riz

"I love you sayang..." luah Dee sekali lagi.

Suasana Riuh rendah masih berlegar-legar di ruangan itu. Orang ramai dan para pelancong yang ada disitu mengambil kesempatan untuk bergambar dan mengucapkan tahniah. Dah seperti artis mereka berdua.

Umi datang memeluk Dee lalu mencium pipinya sebelah menyebelah.

"Terima kasih kerana sudi terima anak umi..."

"Umi.. perempuan gila saja yang tolak anak Umi.. saya walaupun umi dan Riz kata perangai saya gila-gila sikit.. tapi saya tak gila..."

Tergelak Umi dan Riz. Riz lalu memeluk Dee dan sekali lagi mencium dahi Dee.

"That why .. i love you.. again and again.."

Tak lama Ash, Lisa dan Nisa pun muncul.

"Tahniah Dee.. " ucap mereka berdua.. lalu mereka saling berpelukan

"Akhirnya Dee dapat juga seorang lelaki yang ikhlas mencintai Dee.. kami tumpang gembira untuk kau Dee..." kata Nisa.

"kau bila lagi Nisa.. jangan dating lama-lama.. " sindir Dee.

"Hey.. aku tak tau pun Nisa dah ada boyfriend..." sahut Lisa terkejut.

"Mana ada.. Dee ni saja nak kenakan saya..." jawab Nisa.

"Sayang.. boleh tolong panggil Ray tak..." pinta Dee pada Riz.

"Dee....!!!!" teriak Nisa.

"Congratulations Bro..." ucap Ash pada Riz.. mereka pun saling berpelukan.

"So .. bila nak kahwin..." Tanya Ash..

"Esok...." slumber je Dee menjawab.

"Amboi Dee.. dah tak menyempat dah..." usik Umi.

"saya takut lusa saya ubah fikiran umi.." gurau Dee pada Umi.

"Sayang....!!!!" teriak Riz perlahan..

pecah ketawa mereka semua.

Para wartawan mula datang mengerumuni Riz dan Dee.

"Bro.. kami gerak duluan ke hotel ya.. "

"Dee kami jalan dulu ya.. jumpa di hotel nanti.."

Dee terpinga-pinga tak tau apa-apa.

Mereka mengambil gambar Dee dan Riz dan bertanya beberapa soalan. Riz menjawab dengan profesional dan memberi kerjasama kepada semua wartawan.

"Riz .. kita dah lambat ni..." tegur umi.

"Kita nak kemana lagi ni umi... ??" Tanya Dee.

"ikut ja.. nanti Dee tau lah ... " jawab umi.

"Riz umi gerak duluan ya.. Yusuf dah tunggu kat depan.. takut kena saman pula.."

"ok umi.." jawab Riz

Riz menggenggam tangan Dee dan membawanya berjalan keluar menuju ke tempat letak kereta. Mujur Riz meletakkan keretanya di tempat yang agak terlindung. Sesampai di kereta, sebelum masuk ke kereta Riz memeluk Dee.

"I miss you.. really really miss you.. " luah Riz yang sedang memeluk dee dengan erat.

"I miss you too.. " jawab Dee lalu membalas peluk Riz.

Perlahan-lahan Riz menarik dagu Dee lalu mencium bibirnya. Dee membalas ciuman Riz. Mereka Saling melepaskan rindu. pelukan mereka makin erat.. ciuman mereka juga semakin hangat.

Perlahan-lahan mereka meleraikan ciuman mereka..

"i love you sayang.. " ucap Riz

"I love you more..." jawab Dee

"Kita masuk dalam kereta dulu.. risau ada paparazi tengah skoding kita ni.." lalu Riz mrmbukakan pintu kereta buat Dee dan Dee pun masuk dalam kereta. Lepas tu baru Riz berpusing dan membuka pintu dan maauk ke bahagian pemandu.

Lalu Riz menghidupkan enjin kereta dan membuka penyaman udara.

"sayang nak tahu...?? Tadi I risau sayang tolak lamaran I .. masa sayang tanya.. ni bukan prank .. I dah tak sabar nak cium sayang.. sayang cute sangat masa tu.."

"Sayang..."

"ya..." jawab Dee.

"Do you really love me...??? tanya Riz.

"kalau saya tak cintakan sayang.. saya takkan terima lamaran sayang tadi.." jawab Dee.

"Hug me.." pinta Riz lalu memusingkan badannya berdepan dengan Dee. Dee memandang Riz lalu menggerakkan tubuhnya lalu memeluk Riz. Dagunya di letakkan di bahu Riz.

"Saya sangat mencintai sayang dan bagai nak tercabut dah nyawa ni menahan rindu nak jumpa sayang selama 4 hari tak jumpa sayang..." luah Dee.

"Kiss me sayang..." Riz membuat permintaan lagi.

Perlahan Dee mengangkat dagunya dan kini wajahnya dah berdepan dengan Riz lalu pelan-pelan dia mendekatkan bibirnya ke bibir Riz lalu mencium bibir Riz sekejap. Saat Dee nak melepaskan tautan bibirnya, tangan kiri Riz terus memeluknya manakala tangan kanannya menarik tengkuk Dee tidak ingin melepaskan ciuman Dee. Riz membalas ciuman Dee, kali ini ciuman mereka lebih lama dari yang tadi. Tangan Riz mula nak merayap di badan Dee

Dee melepaskan tautan bibir mereka.. "Sayang... stop.. " Suara Dee menyedarkan Riz.

"Sorry sayang.. i tak dapat kawal perasaan i.. " kata Riz.

"Sebelum sayang hilang kawalan.. ada baiknya kita gerak ke hotel sekarang.. jangan saja hotel lain sayang bawa saya yerr...."

**

Dee terkejut melihat Pakcik, makcik dan nenda ada bersama dalam ballroom hotel 5 bintang milik Riz termasuk semua staff Indah HQ yang jadi penari tadi. Dia terus pergi mendapatkan mereka lalu memeluk mereka satu persatu dan airmatanya mula mengalir membasahi pipinya.

"Bila nenda , pak long dan mak su sampai.. ?? tanya Dee.

"Semalam.. tu bakal suami DD jemput dengan jet pejuang nya..." jawab nenda.

"mak.. bukan jet pejuang.. jet peribadi.. " jelas mak su.

"Mak tu.. dari semalam sebut jet pejuang.." sambung pak long nya..

mereka ketawa bersama. Tak lama Riz datang..

"Riz... " panggil Dee.

"Tadi sayang.. sekarang Riz pula..." tegur Riz.

Dee menutup mulutnya.

"Sayang.. U ada berapa jet peribadi...??? tanya Dee ingin tahu.

"Satu..." jawab Riz.

"Satu...??? kan ada di London.. Macamana boleh ambil nenda lagi...??? soal Dee keliru.

"Yang bawa Sayang ke london.. tu Umi punya..." Jelas Dee.

"Ooohhh... Kalau begitu... saya pun nak satu lah...hihihihi..." gurau Dee pada Riz.

"Eeehhh DD.. awak ingat jet pejuang tu rm10 ja ke..?? macam mainan kapal terbang..." tegur Nendanya.

"Takpe nenda.. Saya akan beli untuk hadiah perkahwinan nanti.. yang penting Dee bahagia.. " jawab Riz.

"Eeehhh... saya gurau ja lah.. saya tak nak tu Semua... saya nak sayang selalu di sisi saya je... saya tau sayang mampu belikan apa saja untuk saya.. tapi masa sayang untuk saya tu yang mahal..." Luah Dee dengan jujur. Teruja Riz mendengar. Dia tau kata-kata itu ikhlas dari hati Dee. Ingin saja dia mencium Dee saat itu.

"Macam tulah cucu nenda ... " puji nenda Dee

Pak long dan mak su hanya diam saja mendengar perbualan mereka. Mereka berdua bersyukur kerana anak buah mereka yang selalu di ejek dari kecil kerana gemuk oleh budak-budak termasuk anak-anak mereka, akhirnya dapat seorang bakal suami yang sangat tampan, terkenal dan Kaya.

"Demi cinta I pada u.. I tetap akan hadiahkan u jet peribadi..." Riz dengan nada seriusnya.

Terlopong nenda, pak long dan mak su mendengar.

"Daripada sayang buang duit nak beli jet peribadi.. baik sayang masukkan duit tu dalam akaun saya.. boleh juga saya nak sedut lemak ke, potong usus ke... buat pembedahan plastik ke.. " gurau Dee.

"Amboi.. menantu limited edition umi ni.." Umi tiba-tiba muncul.

"Eeh... umi.. kenalkan.. ni nenda Dee sebelah arwah ayah Dee.. ni pak long dan mak su dee"

Mereka pun saling bersalaman.

"jemput duduk.."

Mereka pun duduk bersama di meja yang sama.

*

Setelah selesai menjamu selera, kelihatan En. Hasnol dah ada berdiri di atas pentas.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ini kita amat bersyukur kepada Allah kerana CEO kita En. Rizman dah pun selamat bertunang dengan wanita idaman nya iaitu cik Deera.. uppss.. Sorry Mrs. CEO .. Cik Dee. Saya masih ingat waktu interview Cik Dee dulu. Awal-awal dia dah minta saya panggil dia Cik Dee saja.. Dua minggu Cik Dee kerja .. En. Rizman dan selalu bertutur dalam bahasa melayu.. sebulan Cik Dee bekerja .. hampir semua Staff di HQ guna bahasa melayu.. Tapi saya dah tahu En. Rizman dah mula suka dengan cik Dee setelah seminggu cik Dee kerja.. well.. orang lama lah katakan.. sekilas ikan di air dah tahu jantan ke betina.."

Semua mereka yg ada di ballroom tu ketawa.

"Baiklah tanpa membuang masa... Oleh itu saya ingin menjemput En. Rizman dan Cik Dee untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya mengumumkan bila tarikh nikah mereka. But.. i hope... No More Dancing.. " Riuh terus ballroom oleh ketawa para Staff.

Riz berdiri diikuti oleh Dee. Riz memegang tangan Dee dan membawanya naik ke atas pentas.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga.. pertama buat Umi saya.. satu-satunya wanita yang sangat saya sayangi dan hormati.. "

Tiba-tiba Dee mengalihkan Mikrofon ke arahnya.. 'Umi.. saya cemburu..." kata Dee bergurau.

Pecah ketawa semua orang termasuk umi. Nenda, pak long dan mak su hanya diam keheranan.

"Sorry sayang.. teruskan.." kata Dee lagi. Riz tersenyum.

"Terima kasih umi kerana dari saya lahir.. saya tak pernah merasa kekurangan kasih sayang sedikitpun dari umi.. terima kasih kerena membantu Riz mendapatkan wanita idaman Riz (Dee berpaling memandang wajah Riz lalu melihat Umi) dan merestui hubungan ini..You are the bestest mom in the world"

Riz membalas pandangan Dee tapi Dee buat isyarat suruh teruskan.

"Untuk semua staff yang telah membantu saya hari ini.. You all the best dancer today. Saya rasa ini dah boleh masuk Malaysia book of record sebab untuk First time seorang boss minta bantu staff-staff nya memikat seorang wanita.."

kali ini lebih kuat ketawa mereka semua.

"takpe boss.. Demi boss yang hensem.. kami ikhlas.." kedengaran suara staff wanita.

"ya boss... kami semua ikhlas boss..." terdengar lagi beberapa suara dari beberapa staff.

"Terima kasih semua.."

Lalu Riz memandang Dee dengan penuh rasa cinta.

"For My beloved fiance.. I Love you..." lalu mencium dahi Dee.

"wow... boss kawin lah cepat-cepat...." satu suara staff lelaki.

"As soon as possible..." jawab Riz sambil tersenyum.

"Dee banyak mengubah anak saya.. dulu semua staff segan dengan dia.. tapi Aura Dee kuat sehingga sekarang semua staff dah jadi seperti sahabat dan saudara.... Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkan dia dengan sempurna... " Ucap Umi pada Nenda Dee.

Ketika Riz dan Dee nak melangkah turun dari pentas, tiba-tiba satu suara kedengaran..

"Miss Dee tak nak say something ke...?? suara menghentikan langkah kaki mereka berdua. Dee mengambil mikrofon sementara sebelah tangan nya masih di genggam oleh Riz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience