Dee tengah santai duduk di ruang tamu sambil menonton kartun tom and jerry. Suara tawa nya memenuhi ruang condo, memecah kesunyian kerana dia seorang diri saja di rumah. Lisa dan Nisa masih belum balik dari kerja.
"Hahahahaha.. Tom.. tom.. dari aku kecik sampai aku dah besar.. sehingga aku jadi Chef Manager ... kau masih tak berubah..tetap bodoh macam dulu.. nafsu engkau tu besar sangat .. tu yang buat kau bodoh.. hahahaha... tengok Jerry Cool jerrr...." Dee bercakap seorang..
Kerana terlalu asyik menonton tom and jerry dengan gelak tawanya memenuhi segenap ruang di condo sehingga membuat Dee tak perasan dan tak mendengar Nisa dan Lisa dah balik dan kini sedang berdiri di belakang sofa tempat dia duduk.
"Hoiiiiiiii......!!!!!!" Serentak Nisa dan Lisa berteriak mengejutkan Dee.
"Eeehhhh mak engkau hijau terpelanting sampai ke syurga.....!!!!! Dee terkejut Sambil membuat gaya seperti melontar sesuatu.
Pecah tawa Nisa dan Lisa. Sampai merah muka mereka ketawa sehingga mengeluarkan airmata kerana kelucuan melihat gaya Dee.
"Apa ni.. nak kejut kan orang.. "
"Hahahaha.. Dee gaya awak tu seperti mak nyah melontar batu..." Lisa masih tak dapat menghentikan tawanya.
"u tengok karton Tom and jerry.. ??" Nisa lagi bersuara..
Setelah hampir 5 minit baru suasana kembali tenang.
"Haa.. Dee.. macam mana dengan interview kau hari ni.... berjaya tak....??? Lisa tak sabar nak tahu.
"Ya Allah... Lisa... kawan tunang kau tu bukan millionaire tau..."
Belum sempat Dee meneruskan ceritanya, nisa dan Lisa dah potong.
"Haaaa..." serentak nisa dan lisa bersuara seperti terkejut.
"weiiii.. aku belum habis nak cakap kamu dah potong kain lah.. sabar.. sabar ... peminat...."
"Kawan Ash tu billionaire lah.." Terlopong Nisa dan Lisa mendengar.
"Tapi aku tak ditawarkan kerja sebagai marketing manager lah.."
"Jadi....??? serentak Lisa dan Nisa bertanya seperti tak sabar ingin tahu selanjutnya.
"Aku ditawarkan kerja Chef Manager Customer Service..."
"Woww... Tahniah Dee.. pangkat tinggi tu.."
" Tapi aku kena di HQ dan aku ada 10 cawangan nak jaga dan dalam 10 cawangan tu aku ada 10 manager customer service .. aku ada 50 supervisior.. aku kena jaga.. oleh kerana tu.. setiap minggu aku terpaksa outstation dalam 2,3 hari. Jadi dalam seminggu aku mungkin hanya dapat bersama kamu dalam 4 atau 5 hari je... jadi jangan sedih... jangan rindukan Miss Dee yang cubby dan lemak berkrim disukai ramai ni ye..." Masih sempat Dee bergurau.
"Hahahaha.. Dee.. Lemak berkrim disukai ramai ye..." nisa ketawa, lucu mendengar .
"Tapi yang tak best tu.. setiap kali nak outstation CEO ada bersama dan Chef HR Manager dan Chef Account manager.."
"Dee dah jumpa ke dengan Kawan Ash tu.. CEO tu.." tanya Lisa.
"Belum.. tadi yang interview aku General Manager je.. mungkin esok.. "
"Daannn.. !!!! yang aku teruja sangat.. semua cawangan tu bukan di malaysia saja tau... ada di Sabah, sarawak, singapore, London, Switzerland dan Canada... Coming soon Finland dan Paris.. sekarang tengah renovation..."
"Jadi.. ertinya.. aku akan dapat pergi melancong Free.. ke Canada.. London.. Siwss..Finland... dan... oh my Paris... OMG.. baru aku sedar betapa bertuah Dee selepas kematian DD... biarpun aku tak layak jadi pramugari dulu.. . " Sambil Dee berpusing pusing menari seperti bellarina.
"Waaahhh... bertuahnya gadis yang bernama Dee tuu ye.... dan gaji kau berapa lah bos billionaire kau bagi..." tanya Nisa..
"Haaaaa ... gaji... jangan cemburu tau.. gaji aku 3x ganda lebih tinggi dari gajiku yang dulu... Jeng...jeng..jeng... "
"Dengan ini cik dee nak mengumumkan gaji cik dee yang chubby ni adalahhhhhhhh.... 12k sebulan..."
"Waaaahhhhhh... tingginya gaji .... syukur alhamdulilah dee... kami tumpang gembira tau..."
"Gaji pokok 8k je sebenarnya tapi aku ada elaun perjalanan 4k.. tu yang jadi 12k tu.. tapi tu baru percubaan selama 3 bulan... kalau prestasiku ok dan di serap ke jawatan tetap.. ada lagi kenaikkan..."
"Waaahhh Dee.. kami tumpang gembira.."
"Malam ni aku belanja ya.. kita order Foodpanda... malas nak keluar.. sebab esok aku mula kerja..dah.. "
******
Dee sudah pun masuk ke pejabatnya awal 10 minit sebelum jam 8. Semangat kerjanya berkobar kobar pada hari pertama.
Jam menujukkan 9 pagi, Tania masuk ke biliknya.
"Cik Dee.." Dee terus mengangkat tangannya.
"Tania.. kan dah set kemarin .. panggil Dee je.." Dee mengingatkan Tania.
"Owh.. lupa.. Dee.. hari ini jadual CEO outstation ke Sabah.. So.. Dee kena pergi bersama dengan CEO...." Tania mula menjalankan tugasnya sebagai PA Dee.
"Apaaaa...!!! Hari pertama kerja dah kena outstation!!!!?? (Tania terkejut) Wow... bestnya .. Ke sabah pula tu..."
Dee bersorak kegirangan. Tania tambah terkejut, dia ingatkan Dee marah. Dia pun turut ketawa bersama Dee.
"Dee kena balik rumah packing baju dan keperluan Dee selama 3 hari di Sabah.. nanti Dee balik sini dalam Jam 11.30 .. jam 1 kena gerak ke airport.. so Dee masih ada masa 1 1/2 jam untuk Lunch..."
"Urrmm.. Tania.. u dah berapa lama kerja di sini...?? tanya Dee .
"5 tahun.. kenapa Dee..??? soal Tania.
"Ertinya Tania kenal betul lah dengan CEO kita tu kan..?? Tanya Dee lagi.
"Kenal tapi tak rapat lah.. kenal antara bos dan pekerja je..." jawab Tania.
"Macam mana orangnya.. garang ke...?? bengis ke..?? Isteri dia kuat cemburu ke...??
"Bukan apa.. Dee risau nak outstation sama-sama.. suami orang pula tu....."
Tania ketawa...
"En. Riz seorang boss yang baik dan memahami pekerja... dan untuk pengetahuan Cik Dee yang cute ni.. En. Riz.. belum kawin.. baru bertunang.." Jelas Tania.
"Sama lah tu.. tunang dan kawin.. ada bau-bau cemburu di situ.. hahahaha.. " Tania ikut ketawa
"Dulu.. waktu mereka baru bertunang.. Cik Bella selalu datang jumpa boss di pejabatnya. Tapi sejak akhir-akhir ni.. jarang dah dia datang.. orang kata dia selalu outstation ke luar negara.." jelas Tania.
"Waaahhh.. mesti dia bisness women yang berjaya kan... " puji Dee
"Cik Bella tu seorang model bukan bisness women.. " Tania memberitahu.
"Bella.... " Dee seperti berfikir .
"Annabella... " sambung Tania.
"Tania.. u pernah ikut pergi outstation ke..?? Dee menukar topik soalan.
"Pernah.. " jawab tania.
"Boleh bagitau saya apa-apa... macam mana....??
Tania pun mula memberi info untuk persiapan dee pergi keluar outstation buat pertama kali.
"En. Riz tu tak berapa mesra dengan staff perempuan.." lagi tania beri info untuk Dee.
"sebab....???" tanya Dee.
"Selalu staff perempuan kalau dah jumpa En. Riz terus tergedik gedik nak mengoda dia.. siap dengan gaya plastik..." jelas tania.
"Handsome sangat ke En. Riz tu...??? soal Dee ingin tahu.
"Nanti Dee nampak dengan mata dan kepala Dee petang ni... " jawab Tania.
"Tak guna handsome kalau kasanova... hati aku ni masih trauma dengan bab-bab lelaki ni.." jelas Dee.
"Selama aku 5 tahun kerja sini.. cik Ramona seorang saja teman wanita En. Riz takde berganti-ganti... "
"5 tahun bercinta.. kenapa tak kawin-kawin lagi.. nak tunggu sampai cinta tu jadi tawar... lepas tu break.. lepas tu terhegeh hegeh nak couple balik... huuuuu... macam cinta dalam novel..."
Dee dan Tania sama-sama ketawa.
"Sakit pula hati kita ye...." sambung Dee lagi.
Mereka ketawa bersama lagi.
"Ok Cik Tania.. Cik Dee nak balik dulu.. nak mandi air bunga kejap.. sebab cik dee nak jumpa bosd baru petang ni... " gurau Dee.
Selepas itu Dee pun balik ke rumahnya.
Share this novel