Bab 9 - Jumpa Umi

Romance Series 17902

Hari ini genap 3 bulan Dee bekerja di Indah Holding S/B milik Riz. Hari ini dia menerima surat Perlantikan Jawatan ke Jawatan Tetap dan kenaikkan 10% gaji.

Hubungan antara dia , Riz dan Ray dah makin rapat kerana seminggu atau dua minggu sekali mereka akan Outstation bersama-sama.

Sejak selalu bersama Dee, Riz dah pandai bergurau dan sentiasa tersenyum dan ketawa bila bersama-sama dengan Dee.

Kerana tak sanggup melihat penderitaan perasaan yang sahabat baiknya alami, tanpa pengetahuan Riz, Ray perlahan lahan memberitahu semua perkara kepada Umi Riz. Siapa Ramona yang sebenar dan termasuk Dee.

"Kerana terlalu menyayangi dan menghormati Umi.. Riz akur saja dengan permintaan Umi.. tapi hakikatnya Riz sakit umi.. berapa kali Ramona tertangkap oleh Riz berselingkuh tapi Riz diamkan saja demi Umi... alasan Riz.. hanya Umi saja yang Riz ada.. tu sebab Riz jadi lelaki yang dingin Umi... " Luah Ray.

"Sebenarnya Ramona memang dah tahu Umi ibu Riz.. Dia yang rancang langgar umi waktu di mall 5 tahun yang lalu.. selama ini dia tipu umi.. Riz tahu semuanya Umi.. " sambung Ray lagi.

"Tapi Umi lihat Riz sekarang dah berubah.. dah boleh tersenyum dan ketawa.. dah boleh bergurau dengan Umi lagi.. Ramona bagi tahu Umi, kalau Riz nak cepat-cepat kawin dengannya .. Riz kena berubah.. katanya.. "

"Itu semua di sebabkan oleh kehadiran Deera Deerlina Umi.. Chef Manager customer service. Baru masuk 3 bulan kerja.. bukan Ramona.. cuma Dee hanya anggap Riz sebagai Bossnya saja umi... " terang Ray.

"Riz suka .. Deerr.. siapa nama perempuan tu..?? Tanya Umi.

"Deera Deerlina Umi.. tapi umi panggil Dee saja.." jelas Ray lagi.

"Ohh.. cantik namanya. Deera Deerlina.. Riz suka dengan Dee ke Ray...??? Soal Umi ingin kepastian.

"Umi lihat sendiri nanti.. tapi .. Dee layan Riz dengan baik kerana Riz bossnya. .." Jelas Ray.

"Hurm.. selalu perempuan akan tergedik-gedik nak mengorat dan menggoda Riz... " Balas umi.

"Tapi Dee tidak seperti itu Umi.. she is pure.. gayanya, perangainya semua tulen.. tak d buat-buat.. Umi tau lah tu bila umi jumpa dia.."

"hurrmmm.. Umi .. esok Riz Outstation Ke Finland .. kebetulan Ramona hari ini terbang ke Finland ada job katanya.. ada baiknya Umi follow dengan Riz esok.. Umi bawa lah kawan umi yang reporter tu.. saya nak Umi lihat dengan mata kepala umi sendiri.. kecurangan Ramona.. " Cadang Ray.

"Boleh.. tapi.. saya nak awak bawa manager tu.. umi nak kenal..." Arah Umi.

"Riz tetap bawa Dee sekali tu Umi.. percaya lah..." balas Ray dengan yakin.

****

Tania tiba-tiba bergegas masuk ke bilik Dee.

"Dee... hari ini boss outstation Ke Finland nak lawat persiapan pembukaan hotel dan mall di sana dan nak interview pekerja.. Dee kena balik rumah packing barang untuk 5 hari. Lepas tu balik ke sini. Nanti satu kali jalan dengan Boss ke airport... " Tania memberitahu Dee.

"Wow.. Finland.. tapi tujuan Boss nak outstation takde kena mengena dengan kerja Dee lah.." jawab Dee

"En. Riz ada di office nya ke..?? soal Dee

"Ada ... " jawab Tania.

"Ok.. saya pergi jumpa dia.

****

En. Riz.. Cik Deera Deerlina nak jumpa boss.. (Cik Dee jerr).. " Riz tersenyum mendengar suara Dee yang tak suka di sebut nama penuhnya.

"Ok.. suruh dia masuk..." Arah Riz.

Tak lama Dee pun masuk ke bilik Riz.

"Assalamualaikum tuanku CEO..." Dee memberi salam.

"walaikumsalam.. " salam di sambut oleh Riz

"Napa Dee....??? any problem...??

Dee melangkah menuju ke meja Riz.

"Boss saya memang teruja sangat nak pergi Finland tapiii.. outstation kali ini tak melibatkan skop kerja saya.. kalau staff lain tahu.. ataupun tunang boss macam mana...???" Luah Dee..

Riz berdiri lalu melangkah menuju ke tempat Dee. Riz mendudukkan sedikit punggungnya di meja tepat di depan Dee sedang berdiri dan jarak mereka sangat dekat.

"Dee nak saya panggil Dee atau DD.. ???"

"Boss.. tak aci tau macam ni.. !!! Luah Dee

"Dulu Dee pernah cakap dengan saya.. 'saya ni kan staff boss.. tak perlu minta tolong bagai.. boss arah saja .. saya akan buat..' Dee dah lupa ke...??? atau nak saya denda sebab Dee lupa ...??" Riz tahu kelemahan Dee.

Selama 3 bulan Riz minta tolong dengan Ash suami Lisa supaya mencungkil semua apa yang Dee suka dan tak suka.

"Ok .. ok.. I follow... tapi.. sebelum tu..saya nak boss jujur dengan saya... napa setiap kali boss outstation boss nak bawa saya jerr.... ??? kali ini Dee berani kan diri untuk bertanya.

Riz mendekatkan wajahnya ke wajah Dee. Sehingga hembusan nafas Dee pun Riz boleh rasa.

"sunyi kalau Dee takde.. dan saya selesa dengan Dee.." Riz dah mula berani meluah.

"yerr lerr tu .. Sunyi sebab takde orang yang boss nak kenakan dan buli kan... kan.." Dee cuba tutup perasaan gemuruhnya.

"Dah.. Dee balik kemas baju untuk 5 hari.. " Lalu jari Riz mencuit hidung Dee

"Boss.. sekarang di Finland dah nak masuk musim sejuk .. saya takde kasut dan baju sejuk untuk musim salji lah boss..." Luah Dee lagi dengan perasaanya hanya Tuhan yang tahu saat ini.

"Yala.. saya pun lupa... sekejap..."

Riz memanggil Ray. Tak lama selepas itu Ray pun masuk ke bilik Riz.

"What's up Bro....?? terjah Ray

"Eehh What's up bro ... i know you love me..." latah Dee lalu menyentuh dada Riz dengan jari telunjuknya lalu membalikkan jari telunjuknya ke dadanya ketika perkataan "Me"

Riuh pejabat Riz oleh tawa dia dan Ray.

Dee nak berpusing menghadap Ray tapi kakinya tersilap dan dia nak terjatuh, mujur Riz cepat bertindak menahan tubuh Dee tapi dengan keadaan memeluk tubuh Dee. Dee dan Riz saling bertentang mata. Ingin saja Riz mencium Dee. Dee pula terkaku dan tergoda dengan haruman maskulin Riz, Sentuhan Riz juga sangat berbeza dengan Daniel.

"Ray...!! kali-kali aku dah pesan bagi salam ..." Dee pura-pura marah Ray.

"Sorry Dee.. i tak tau u ada kat office Riz..."

"Dah.. Ray dan Dee temankan aku kejap.. "

"Nak ke mana boss...?? tanya Dee

"Shopping..."

Ray dan Dee saling berpandangan.

"Dee bagitau tadi takde kasut dan baju tebal untuk musim salji kan.. "

"Tapi Boss.. .."

"Takde penolakan..."

Riz pun melangkah keluar dari pejabatnya diikuti oleh Dee dan Ray.

******

Dee di jemput oleh Van syarikat di rumahnya dan terus menghantarnya ke airport. Driver van memberitahu yang En. Riz lewat sikit kerana ada satu penumpang lagi yang akan turut bersama mereka ke Finland.

Dee dah pun menyimpan barang-barang di tempat penyimpanan barang dan telah pun duduk di tempat biasa dia duduk.

"siapa lah yang seorang lagi tu... mungkin Ramona kot... kalau Ramona.. terpaksa lah aku menahan tengok kegedikkannya selama 12 jam.. " bisik hati Dee.

Masih jelas di ingatan Dee saat pertama kali bertemu dengan Ramona. Kebetulan masa tu mereka bertiga terserempak dengan Ramona ketika mereka nak pergi makan tengahari, lalu Ramona pun turut ikut bersama mereka.

"So i tak perlu risau lah dengan u.. sebab u ni bukan test tunang i.. " Ramona menghinanya di depan Riz.

"Yakin sangat Mona ni... " Sindir Ray.

"Of course lah.. kan bie.. " Balas Ramona dengan egonya lalu memeluk lengan Riz.

"Jaga kelakuan u.. i harap u tak lupa diri..." Lalu Riz melepaskan tangan Ramona dari memeluk lengannya

"Macam mana lah Riz boleh suka dengan Ramona tu.. dah lah gedik.. scandal sana sini.. pakai tak cukup kain lagi.. eehh.. heran aku.." Dee berkata dalam hatinya.

"Assalamualaikum... " Ray memberi salam.

"Walaikumsalam.... haa macam tu lah .. bagi salam.."

"Assalamualaikum..." Kali ini Riz pula yang bagi salam.

"Walaikumsalam....." heran Dee dengan Riz.

"Amboi... sopan nya boss.. dah macam lelaki melayu terakhir pula.." perli Dee.

Dee masih menunggu Ramona. Tiba-tiba muncul seorang wanita yang dah agak berumur dalam lingkungan Umur nak masuk 50 tahun tapi masih kelihatan anggun.

"Assalamualaikum... " wanita itu memberi salam.

"Walaikumsalam ... " Dee menyambut salam tersebut.

kemudian muncul lagi seorang wanita dalam lingkungan 30an.

"Dee... perkenalkan ini Umi saya.. " Lalu Riz mengganding bahu uminya.

"Hai auntie... " Lalu Dee bersalam dan mencium tangan Umi Riz.

"Panggil Umi saja.. macam janggal kena panggil Auntie.. " kata Umi Riz.

"Ok umi.. " jawab Dee.

"Oh.. patutlah ada dua orang tu sopan sangat hingga nak mengalah lelaki melayu terakhir.... rupanya ada Umi... " perli Dee.

"Ye ke...?? Selama ini mereka tak sopan ke..?? umi Riz pura-pura bertanya.

"Dee dah... bawa umi saya tu duduk.. " Riz cepat-cepat menghentikan uminya sebelum mula membawang.

"Oh lupa pula saya.. maaf umi.. sila umi duduk dulu.. dan kawan umi ni ...???

"Saya Sharifah kawan baik umi .. panggil Sha jerr"

Dee pun mengajak umi dan sha duduk. Umi Riz minta agar Dee duduk bersebelahan dengannya.

Setelah hampir sejam terbang di udara. Riz tiba-tiba berpindah duduk di sebelahnya buat Dee terkejut.

"Eee Bossku hijau...." latah Dee.

pecah tawa umi Riz melihat Dee melatah.

"Ya ampun Boss... tak hidup kalau tak kenakan saya.. " luah Dee.

"Kan saya dah cakap.. saya sunyi kalau awak takde... " balas Riz.

"Kalau tak nak sunyi..boss kawin lah cepat- cepat .. karang tunang di curi orang nanti jadi kassim selamat nanti... nangis sampai buta.." umi Riz tergelak lagi.

"Kalau saya dah buta Dee kawin lah dengan saya sebab hari tu Dee kata hanya lelaki buta saja setia dengan cintanya.."

Umi Riz gembira melihat perubahan positif pada anaknya. Sungguh gadis bernama Dee telah memberi impak perubahan yang besar dalam diri anaknya. Dia terharu gembira Riz dah boleh ketawa dan bergurau dan dia sangat menyesal kerana buat tindakan terburu buru 5 tahun yang lalu. Sekarang dalam hatinya sangat benci wanita yang bernama RAMONA. Setelah dia mendapat bukti bukti penipuan dan kecurangan Ramona.

"Umi.. baik kawin kan cepat-cepat anak umi ni.. dah nazak ni...." sambil Dee melekapkan belakang tangannya menyentuh dahi Riz berpura-pura nak periksa suhu kunun.

Kali ini bukan umi saja yang tergelak ketawa tapi ray dan sha sekali.

"She's cute and smart... " Sha berbisik ke telinga umi sahabat baiknya. Umi menganggukkan kepalanya.

Baru 5 jam mereka terbang di udara. Dee dan Sha dah tewas tinggal Riz, Ray dan umi yang masih terjaga. Riz melihat Dee seperti kesejukkan, dia pun meminta selimut pada pramugari yang bertugas. Selepas mendapat selimut, Riz pun berdiri dan melangkah 2 langkah menuju ke tempat Dee lalu menyelimutkan Dee.

Umi dan Ray tersenyum memerhati.

"Prihatin sangat..." tegur Ray

"Saya taknak dia sakit.. She's my best staff" Jawab Riz.

Ray dan Umi saling berpandangan dan berbalas senyuman.

"Riz umi tak nak tinggal hotel umi tak nak pisah-pisah.. Umi nak kita tinggal satu rumah.. Umi nak tinggal Condo Hotel.. "

"Ok umi.. "

Setelah mengharungi 12 jam perjalanan.. mereka pun selamat mendarat di Finland. Ketika mereka tiba jam menujukkan jam 9 malam waktu Finland.

Mereka pun sampai di Condominium Hotel yang telah di urus Ray sebaik saja mereka mendarat di Finland. Condo tersebut kelihatan sangat mewah dan mempunyai 5 bilik. Setiap bilik mempunyai tandas dan bilik mandi peribadi.

*****

Kerana terlalu penat mereka semua bangun lewat pagi tu. tepat 8.30 pagi umi keluar dari bilik lalu pergi mengetuk bilik Riz

"Riz.. wake up.. Umi nak cari breakfast ni..." sahut umi dari luar.

Tak lama Riz pun keluar, Ray juga keluar dari biliknya.

"Eeehhh.. apa yang wangi ni... " Ray tercium sesuatu.

Mereka bertiga pun berjalan bersama menuju ke ruang tamu tapi kosong. Riz terlihat ada sesuatu di meja makan. Mereka pun berjalan menuju ke meja makan. Terkejut mereka melihat ada speghetti elok ja tersimpan dalam satu pinggan besar dan ada 5 piring, 5 gelas dan sudu garfu tersusun rapi di atas meja.

"Ada puteri yang turun dari kayangan Ke....??? Gurau umi Riz.

Kebetulan Dee keluar dari dapur membawa stik minuman 3 in 1.

"Dee.....!!!!???" serentak mereka bertiga terkejut dan memanggil nama Dee.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience