Bab-17 - Kritikal

Romance Series 17902

Dee dan Umi dah selamat sampai Ke london setelah terbang di udara 12 jam 50 minit. Beza masa London dan Malaysia 4 jam. Mereka kini menginap di Condo hotel mewah yang mempunyai 3 bilik. 2 bilik Katil king size dengan kamar mandi dan tandas peribadi untuk Dee dan Umi. dan satu bilik mempunyai 2 katil queen juga mempunyai kamar mandi dan tandas peribadi untuk 2 bodyguard yang di upah oleh Riz.

Riz dah macam cacing kepanasan kerana belum dapat menghubungi Dee atau Umi nya dari semalam hingga ke pagi ini.

"Riz.. Alam Wakaka, semua manager dan staff dah ada di dewan.. tunggu boss lagi.. " Ray tiba-tiba masuk mengejutkan Riz.

"Ray awak dah atur dengan KLIA 2 ke...??? tanya Riz

"Dah.. u kenapa Riz.. Lemas ja...??? soal Ray pula.

"Aku belum dapat menghubungi Dee dan Umi..." jawab Riz.

"Dah kes parah u ni Riz.. sekarang ni baru jam 9 pagi.. Di london 5 pagi.. mereka masih tidur lah.. tunggulah di london jam 10 pagi.. Dee mesti call u tu.."

"Ok.. mari kita ke dewan.. " ajak Riz.

Di tempat lain, Noreen sedang berfikir mencari jalan bagaimana nak menjadi kan Riz miliknya. Dia berusaha mencari nombor telefon Riz dan akhirnya dia berjaya mendapatkannya.

"Kau tak boleh mengalahkan aku Deera.. kau tak layak untuk Riz.. hanya aku yang layak untuk Riz... Hahaha.." Noreen bercakap sendiri seperti orang yang kurang siuman.

Jam 10 pagi di London.

Ting tong.... Lonceng pintu bilik mereka berbunyi.

Jack dan Alex pengawal peribadi yang di upah Riz menoleh ke pintu.

Jack berdiri lalu berjalan menuju ke skrin untuk kamera CCTV. Kelihatan 2 Staff hotel sedang berdiri di depan pintu untuk menghantar sarapan.

Jack pun membuka pintu dan membenarkan staff itu masuk.

Satu staff tu membawa masuk troli yang berisi sarapan dan satu staff lagi membawa jambangan bunga.

"Enjoy your breakfast Sir..." kata staff yang membawa sarapan

" And this Flower for Miss Dee.." kata staff yang satu lagi lalu meletakkan bunga tersebut diatas meja.

"Have a nice day Sir... " kata staff tersebut sebelum keluar.

Jack mengambil jambangan bunga rose merah tersebut untuk memberikannya pada Dee. Dia baru melangkah 3 langkah, Dee dah keluar dari biliknya.

"Panjang umur Cik Dee.. ni ada orang bagi cik Dee bunga.. " lalu menyerahkannya pada Dee.

"siapa yang bagi..." umi yang juga baru keluar dari bilik bertanya..

"Entah umi.. saya belum tengok lagi..." jawab Dee

"Waah.. saya baru 16 jam berada di london dah ada peminat.. kalau dah 5 hari.. tak dapat nak bilang dengan jari dah ni umi..." sambung Dee lagi.

Tergelak umi. Bangun pagi saja dah buat senaman muka.

Dee mengambil bunga itu lalu menciumnya. Lalu dia mengambil kad yang ada di bunga itu. Dia mula membaca isi kad tersebut.

MORNING SAYANG.....

DAH CIUM BUNGA...??? ERTINYA U DAH KISS I DAN I DAH KISS U...

Dee terkejut lalu membuang bunga tu ke sofa.

"Napa Dee....?? umi mendekati Dee..

"Saya dah cium bunga tu umi.. ertinya saya dah cium orang yang bagi bunga ni pada saya..." sambil mengelap mulutnya.

"Siapa yang hantar....??? tanya umi..

"Entah.. saya belum habis baca... sebab ayat mukadimah nya saja dah buat Dee seram..." jawab Dee.

Umi ketawa kelucuan. Lalu umi mengambil bunga tu dan menyerahkannya pada Dee.

"Baca lah dulu siapa gerangan pengirim bunga ni.." lalu Dee menyambut jambangan bunga tersebut dan dia pun menyambung membaca.

SELAGI BUMI NI TERUS BERPUTAR BEGITU LAH AKU TAK BERHENTI UNTUK MERINDUIMU SETIAP HARI.

TAK BERHENTI MENCINTAI MU.. RIZ

"OMG... " Dee mengukir senyuman. Lalu mencium bunga tu berkali-kali.

"Haa.. tadi main buang-buang.... sekarang.. main cium-cium.. layu lah bunga tu kena air liur dee..siapa yang bagi... " tanya umi.

"eehh.. Dee malu lah.. tak perlu lah umi tahu dulu ya.. " jawab Dee.

Umi hanya tersenyum. Sebenarnya umi tahu siapa pengirim bunga tersebut.

"Umi.. Dee masuk bilik sekejap ya... "

"Urmm.. nak call lah tu..." perli umi.

**

Riz masih menunggu panggilan dari Dee atau Uminya.

"Dia dah dapat kah bunga tu.. kalau dah kenapa dia tak call.. ?? bisik hati Riz

Tiba-tiba handphone Riz berbunyi. Tertera di skrin nama 'Kesayanganku' berubah ceria dan berseri-seri wajah Riz. Cepat saja tangannya menekan butang terima.

DEE : "Assalamualaikum boss..."

RIZ : "Walaikumusalam sayang..."

DEE : " Sudah tukar kah..." Dee menggunakan loghat Ravi..

RIZ : "Hahaha.. ini yang buat i kali-kali jatuh cinta dengan u dan yang buat i rindu... panggilan sayang lagi romantik.. sayang dah sarapan...?

DEE : "Macam mana nak sarapan.. pagi-pagi dah ada orang hantar bunga dengan mukadimah yang menyeramkan.. "

RIZ : "Ertinya bunga tu u cium dulu.. baru baca kadnya kaaannn... "

DEE : "Pandainya boss aku ni.. lepas tu ..boss nak tau saya buat apa....???

RIZ: " u cium berkali-kali ... "

DEE : "Saya buang bunga tu.. mujur sangkut dekat sofa.. kalau tak sangkut dah keluar tingkap jawabnya..

RIZ : "Sayang.... "

DEE: "Siapa tak terkejut.. saya dah cium bunga tu.. sekali baca kad.. 'dah cium bunga tu ertinya u dah cium i.. saya terus buang lah.. entah-entah alien yang hantar bunga tu.. masa tu saya tak tau boss yang hantar bunga..."

RIZ : "So.. u dah baca habis lah kad tu.. ???

DEE : "Kalau belum.. tak lah saya call boss.."

RIZ : " I miss you so badly right now... "

DEE: "Hurmm ya lah tu.. ayatan power rangers... "

RIZ : "i know you miss me too... "

DEE : "Hurmm .. boss.. umi dah panggil sarapan dah.. Thanks for the flower... bye... "

RIZ: " I Love You.. bye.."

"Dah lepas rindu.....??? Ray tiba-tiba bersuara dari belakang.

"Mereka dah tunggu dah..." sambung Ray.

**

Hari pertama umi dan Dee hanya rehat di condo. Hari kedua tepat jam 10 pagi. Dee dapat kiriman 33 kuntum jambangan bunga dari Riz. Hati dee berbunga bunga menerima jambangan bunga itu. Dia mula merindui Riz. Akar-akar cintanya pada Riz dah menjalar dengan subur dalam hatinya.

Alunan Chat Dee pada Riz juga dah mula berirama.. "Thank u for the flower.. Miss U..."

Apa lagi Riz ketika menerima chat tu, dia terus memeluk Ray.. " She miss me.." lalu mencium pipi Ray.

Ray tersenyum gembira dan bersyukur. Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan sahabat baiknya itu.

"Dah tahap kritikal u ni Riz... dulu dengan Ras pun u tak begini...." tegur Ray.

"I pun rasa keadaan i dah kritikal ni.. hanya satu doktor saja boleh selamat kan dan sembuh kan saya ni..." jawab Riz bergurau.

"Dr. Deera Deerlina Binti Muzaffar..." sahut Ray

Mereka berdua pun ketawa bersama.

**
Hari ini Umi bawa Dee berjalan-jalan di kota London. Umi belikan Dee beg, kasut dan baju untuk kerja dan untuk santai-santai. Dan umi juga hadiahkan Dee cincin emas putih.

"Umi.. umi cakap nak shopping kat London.. ni.. umi shopping semua untuk saya jerr... Dee malu lah umi.. nanti apa kata staff yang lain.. gaji baru 13k... tapi pakai barang yang puluhan ribu.. nanti orang ingat saya ada sugar daddy pula.." bebel Dee pada umi.

Umi dari tadi ketawa saja mendengar bebelan Dee. Masuk satu kedai Dee akan membebel, masuk lagi satu kedai membebel lagi.

"How sweet.. ni yang buat umi sayang sangat dengan Dee..."

"Umi jangan cakap ni depan Riz.. nanti Riz lipat lapan Dee ni.. takde lah lagi jadi tukang bebel umi..."

Tambah kuat gelak umi.

"Esok kita pergi new Castle.. jumpa adik umi..."

"Wow.. new castle..."

**

Hari ketiga Dee menerima lagi jambangan bunga dari Riz. Kali ini 40 kuntum bunga yang membawa maksud 'CINTAKU PADAMU IKHLAS DAN JUJUR'. Makin bercambah akar-akar rindu dan cinta di hati Dee pada Riz. Kali ini alunan irama chat Dee dah ada perubahan.. " Thanks for the flower.. Take care... Miss u..."

"bawa umi balik .. i dah kritikal rindu u.." Dee tersenyum membaca chat Riz. Wajahnya berseri-seri.

"Ada orang dah angau dengan pengirim bunga tu... " Umi mengejutkan Dee.

"Umi.. nak balik awal boleh tak.. ???" Dee beranikan diri bertanya, mana tahu tiba-tiba umi nak balik hari ini.

"Umi nak stay seminggu lagi kat sini..." Terlopong Dee mendengar.

Umi ketawa terbahak-bahak.

"Yang sana pun dah macam tak siuman dah.." lalu Umi menjeling Dee.

Terkejut Dee.. "Umi tahu....???" tanya dee ingin tahu.

"Dia anak umi.. mestilah umi tahu ... " jawab umi sambil membuat mimik muka seperti tak suka.

Dee makin takut melihat riak wajah umi.

"Dee nak minta maaf umi.. Saya dah jelas kan pada Riz yang saya tak boleh mencintai dia dan terlalu mustahil kami akan bersama kerana jurang kami terlalu jauh dan saya sedar akan hal itu.. tapi Riz tetap goda iman saya setiap hari.. dan saya belum beri kata putus nak terima dia atau tidak.. saya takut seperti kes Daniel.. hanya permainan kan saya.. Saya minta maaf umi.. kalau umi tak suka... saya boleh berhenti kerja atau pindahkan saya ke cawangan yang sangat jauh..." Terketar-ketar suara Dee.

"Oh.. nak berhenti kerja ya.. nak minta transfer tempat jauh ya... Nak tinggalkan Riz lah ni..." Tanya umi masih dengan lakonannya.

Dee hanya menggangguk.

"Dah tak sayang Riz.. sanggup tinggalkan Riz... ???" tanya umi lagi yang sudah menahan ketawa dari tadi..

"Hubungan tanpa restu orangtua tak berkat umi..." jawab Dee ringkas.

"Jadi Dee sanggup sakitkan Riz.. Dee sanggup seksa Riz... ????" tanya umi lagi

"Tak..." jawab Dee sambil menggeleng kan kepalanya.

Sekarang ni Dee takut kehilangan umi ke.. kehilangan Riz....???" lagi pertanyaan maut dari umi.

"Dee tak nak kehilangan dua-dua.. Dee sayang umi... Dee juga sayang Riz.. saya tak kisah umi gelar saya gelojoh ke.. apakah.. ke.. " jawaban berani dari Dee..

"Kalau tak nak kehilangan umi.. Dee janji jangan sakitkan hati Riz.. jangan tinggalkan Riz.. jangan seksa hati dan perasaan Riz.. (Terlopong Dee mendengar) sebab selama 5 tahun ni dia sudah cukup terseksa menjaga hati umi.. jika dia bahagia.. umi juga turut bahagia..." lalu umi senyum dan terus tergelak ketawa.

" Umi...!!! .. (Dee mula menangis).. Sampai hati umi kenakan Saya.... uhuhuhuhu..." Dee menangis tapi tersenyum..

Lalu umi memeluk Dee.

"Baru nak kenakan sikit dah nangis.. (lalu mengesat airmata Dee ).. Dee kan calon menantu limited edition umi.. Sejak kehadiran Dee... Riz banyak berubah.. dia dah boleh tersenyum, ketawa dan bergurau dengan umi... Umi bersyukur sangat Dee hadir dalam hidup Riz.."

"Jadi umi tak marah lah ni....???" tanya Dee minta Kepastian.

"Umi Marahhhh... jika... Dee tak terima cinta Riz."

"Umi...!!" rengek Dee

"Terus terang dengan Umi.. Dee suka dengan Riz ke...???"

Dee mengangguk.. "Gila tak suka umi.. Riz tu omar borkan Dee tau.. Sedap ja mata Dee pandang matanya, hidungnya, bibirnya yang seksi... badannya yang umpphhh... peluk pun sedap tu... " gurau Dee.

"Ya Allah.. gete nya ....!!" teriak umi..

mereka berdua pun ketawa sama-sama.

Tiba-tiba Dee berhenti ketawa... "Betul ke Umi tak marah Dee....????" tanya Dee serius..

"ya sayang... umi harap dee dapat terima anak umi.. tolong jangan kecewakan dia..." Rayu umi lalu menggenggam erat tangan Dee.

"Umi.. esok kita balik ke...???" Tiba-tiba Dee tukar topik.

"Lusa.." jawab Umi.

"Umiiii.....!!!! hurmmm.... lusa pun.. lusa lah... janji umi bahagia..."

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience