2 - The New DEE

Romance Series 17902

"Tahniah lah Daniel kerana berjaya gantikan tempat DD.. risau pula aku marketing down di bawah awak.. sebab Daniel yang aku kenal tu hanya seorang lelaki buaya darat yang suka mempergunakan perempuan demi duit... kesiannya wanita yang jadi isteri ko nanti..."

Nisa menyindir Daniel ketika Daniel masuk ke bahagian Akaun menghantar laporan dari marketing.

"Awak jaga sikit mulut awak tu Nisa.. !!!" marah daniel.

""Awuhhh.. takutnya i.. lelaki mata duitan marahlah..." jawab nisa.

Daniel hanya menjeling Nisa dengan tajam lalu keluar dari bilik bahagian Akaun.

8 BULAN BERLALU.

Jam menunjukkan pukul 9 malam, Nisa dan Lisa duduk santai di ruang tamu menonton drama korea lakonan lee min ho. Tiba-tiba lonceng rumah berbunyi.

Ting tong....!!!

"Siapa pula yang datang malam malam ni... Nisa kau ada order apa apa ke..??" tanya Lisa pada Nisa.

"Takde.." jawab Nisa.

Nisa pun mula mengangkat punggung dan berjalan menuju ke pintu. Sebelum membuka pintu Nisa melihat di Skrin komputer yang terlekat di dinding untuk melihat siapa gerangan yang berada di luar. Kelihatan seorang gadis berambut perang yang sedang berdiri membelakangi CCTV depan pintu. Nisa pun membuka pintu.

"Surprise...!!!!" DD berdiri sambil berteriak depan pintu.

"DD...!!!!" lalu Nisa memeluk DD .

Lisa cepat cepat berlari menuju ke pintu sebaik saja dia mendengar Nisa menyebut nama DD. Lalu Lisa pun turut memeluk DD dan mereka bertiga saling berpelukan di depan pintu rumah.

"Weiii.. mari masuk ke dalam.." Lisa menarik DD masuk dalam rumah dan sebelah tangan menarik bagasi DD . Sementara Nisa menarik bagasi DD yang satu lagi.

"DD saya hampir tak kenal kau lah tadi.. dalam hati saya.. siapa minah mat salleh yang sesat tekan lonceng rumah ni... kau makin cantik lah.. dah jadi macam mat salleh dah.. " puji Nisa.

"Wow..!!! sepupu aku betul betul transform kau jadi beyonce..." Lisa lagi memuji.

Mereka saling berpelukan lagi dan saling melepas rindu. Nisa tak henti henti memuji DD.
DD menceritakan semua yang dia lakukan selama 8 bulan berada di Negara Kanggaro tu.

Lisa dan Nisa perasan perubahan besar sifat DD yang dah jadi ceria, mesra dan lebih matang dan tak lupa sepupu Lisa masukkan perangai gila gila sikit seperti Lisa.

"Lisa.. terima kasih sangat kerana paksa aku pergi Australia.. banyak sangat pengalaman yang aku dapat disana terutama bahagian marketing dan customer service.

"DD.. awak nak tahu siapa gantikan tempat kau...?? Nisa bersuara dan memandang DD.

"Siapa...??"

"Lelaki bodoh yang low class tu lah.. yang suka papan lapis tu..." Lisa pula yang menjawab.

"Haaa... tambah botak lah kepala ceo kamu tu kerana sales makin menurun..hahahaha.. " Bukan pula DD marah tapi lucu mendengar.

"haa tu lah tu... marketing ada down sikit.. boss sentiasa membandingkan cara kerja DD dengan LMD tu... " jelas Nisa.

"LMD tu apa.....?? tanya Lisa

"Lelaki mata duitan.... !!!"

serentak DD dan Nisa menjawab

"DD... kau nak dengar cerita hot tak... ?? (DD mengangguk kepala) .. 2 minggu yang lalu Daniel nikah.. semua staff datang sebab dia nikah pada hari ahad. Wang hantaran 50k dah bagi .. last last pengantin perempuan tak datang datang.. lari dengan duit hantaran 50k.."

"Astagafirullahalhazim.. kenapa lah aku lambat balik 2 minggu ahhrr.. kalau tak.. tentu aku dapat tengok Riak wajahnya yang macam kena tampar malaikat tu... hahahaha.. "

Pecah tawa 2 sahabatnya mendengar perkataan "kena tampar malaikat" tu.

"DD... aku cuba bayangkan wajah Daniel tu... isshhh.. macam mana ahrr.. terlalu susah aku bayangkan wajah tu... hahahaha... lawak lah kau ni ... " Nisa masih tak dapat menghentikan tawanya...

"Ok.. ok.. stop kutuk Daniel...kesian lelaki low kelas tu... hahahaha.. itulah balasannya dia mempermainkan kau dengan hanya 3k dia dapat.. kemudian hilang 50k... aduiiiiii... bukan suda jatuh di tanpa tangga .. tapi .. sudah jatuh bergolek golek kena tahi lembu.. kena timpa tangga lagi.. " kata Lisa.

Pecah tawa mereka bertiga.

"Soooo.. apa plan DD sekarang.. ??" Lisa bertanya setelah reda tawa mereka bertiga.

"wow.. sebelum tu.. Don't call me DD anymore.. DD dah mati 8 bulan yang lalu.. I'm the new DEE.. mulai saat ini.. call me DEE.. I benci lah dengan wanita yang bernama DD yang polos dan bodoh tu.. i kalau boleh nak cekik cekik ja yang bernama DD tu.. bodoh sangatlah.... "

Nisa dan Lisa tergelak bersama lagi..

"Ok the new Dee yang sexy, beautiful and brilliant... so .. apa plan u lepas ni.. "

"Nak cari sugar daddy .. hahaha.. gurau jerrr.... Dee nak cari kerja lah.. duit tabunganku masih boleh bertahan untuk 5 bulan saja ni.. . tu dah masuk ccm kereta yang dah parking 8 bulan kat bawah tu dan bil letrik, bil air dan maintenance kondo ni.. kalau boleh nak cari duda jutawan.. tak lah aku susah susah nak kerja.. " gurau Dee.

Ternganga Nisa mendengar lalu ketawa semula.

"Amboi.. amboi.. amboi.. tukar jadi Dee .. dah jadi wanita yang gatal ahrrrr... tapi Amin.. Amin.. u dapat jodoh duda jutawan..."

"Amin..." Nisa dan Dee serentak mengaminkan doa Lisa.

" Doakan aku juga agar dapat jodoh yang baik.. kaya tu perkara kedua.. yang penting dia boleh bimbing aku menjadi isteri mithali dan menyayangi aku sepenuh jiwa..." Kali ini Nisa Bersuara.

"Amin... " Kali ini Lisa dan Dee mengaminkan Doa Nisa.

"Aku doakan supaya kita bertiga dapat suami yang kaya.. dan kaya.. dan kaya...baik hati.. kuat pegangan agama dan yang menyayangi dan mencintai kita sepenuh jiwa raganya... "

"Aminnn....." mereka bertiga mengaminkan doa Dee bersama.

"Dee kaya tu .. kau sebut 3x ... "

mereka serentak ketawa.

"Tak semestinya kita di katagorikan wanita mata duitan kalau nak suami yang kaya.. cuba tanya semua wanita di dunia ni.. semua akan cakap nak cari yang kaya.. handsome dan yang penting dia menyayangi dan mencintai sepenuh hati.. wanita buduuuuhhhh saja yang tak nak kawin dengan lelaki kaya... hahahahaha.. "

"Betul.. betul.. betul..." Nisa angguk angguk ikut cara upin dan ipin.

"Tengok aku... belum kawin Ash dah bagi kondo, bagi kereta mewah.. aku kalau ikut.. tak kerja pun takpe.. Ash boleh je tanggung aku.. sekarang ni pun dah bagi credit card.. tapi aku lagi puas hati berbelanja guna duit hasil titik peluh ku sendiri.. dan boringlah kalau tak kerja.. aku suka dengan kerja aku sekarang.." Lisa turut meluahkan isi hatinya untuk menyokong kenyataan Dee.

"Lisa.. kau bila nak kawin dengan Ash.. ?? Jangan lama-lama nanti di caras orang.." Dee tiba-tiba bertanya soalan bonus buat Lisa.

"Mereka dan tunang lah Dee.. bulan depan ni dah nak nikah.. kau ja yang belum tau.. " Nisa membuka rahsia

"oh.. sampainya hati awak berdua tak bagitau saya....!! Dee dengan suara terkejutnya.

"Kami risau .. kalau kami bagitau kau .. nanti kau terus fly balik malaysia.. nanti misi nak jadikan kau The new Dee tak tercapai.. " Luah Lisa.

"Lisa.. kalau kau dah kawin.. kami berdua terpaksa cari rumah sewa baru lah ni.. " Dee memuncungkan bibirnya nak buat muka manja.

"Eeeee.. nak muntah hijau aku tengok...."

"Kalau aku dah kawin.. aku tinggal lah di rumah Agam suamiku yang macam istana tu.. condo ni kamu berdua tolong jaga ya.. tak perlu pindah.. yang penting kamu bayar bil api, air dan maintenance .. boleh ke...??

Nisa dan Dee terus memeluk Lisa.

"Terima kasih Lisa.. kami doakan kau akan di murahkan rezeki dan hidup berbahagia bersama suamimu Ash selama-lamanya... Amin...."

"Amin.. terima kasih Dee.. terima kasih Nisa.."

"Oh ya Dee .. hampir aku terlupa.. ni gara-gara kaya.. kaya..kaya lah ni.. kawan Ash tengah mencari Manager Marketing.. ni company besar tau.. dia ada beberapa buah hotel dan mall tempat pusat membeli belah tu.. kalau awak nak nanti aku bagitau Ash ya.."

"Ok.. lagi cepat.. lagi bagus.. boring lah lama-lama diam dekat rumah.. orang dah biasa kerja "

*****************

hari ini Dee dan Nisa dah janji nak makan tengahari bersama di restoran selera kampung kegemarannya. Dah 8 bulan tak merasa makanan kampung lah katakan.

DD memakai ripped jeans dan t-shirt putih serta kasut high heels jenis wedges. Simple tapi elegant. Sedang dia berjalan menuju ke restoran tersebut, tiba- tiba handpon nya bergetar. Tanpa melihat siapa pemanggil Dee terus saja menjawab panggilan tersebut. . panggilan tersebut dari Lisa.

"Dee.. esok 10 pagi kau kena hadir temuduga jawatan Manager marketing tu ya.. so prepare apa yang patut.. jangan malukan cik Lisa ya...." kedengaran suara Lisa di corong telefon.

Dee dah pun sampai di restoran dan terus melangkah menuju ke meja di mana Nisa sedang menunggunya tanpa memandang kiri dan kanan melihat orang orang yang berada di restoran tu. Tanpa dia sedar ada 3 pasang mata lelaki yang dari tadi tak berkedip memandangnya.

"Daniel.. tu DD kan.. aku tak silap tengok kan.. tu DD kan .. " Jack kawan Daniel memberitahu .

Daniel memusing badan ke depan sebab dia duduk membelakang pintu masuk. Daniel terkejut dan terkesima melihat perubahan besar yang berlaku pada Dee.

"Wow... beautiful.." tanpa sedar daniel bersuara.

"Napa daniel.. dah jatuh cinta ke..." perli jack setelah mendengar perkataan yang keluar dari mulut Daniel.

"Kenapa aku tak perasan selama tu yang Mata dia coklat, kulitnya putih mulus gebu, bulu matanya melentik, bibirnya sexy..." Daniel bercakap sendiri tapi masih boleh di dengar oleh dua rakannya.

"And now.. body dah seperti potong gitar beb... " sambung Adam kawan daniel yang seorang lagi.

Daniel melihat hampir semua mata tertumpu pada Dee. Daniel seperti terpukau melihat Dee, jatuh cinta melihat penampilan Dee yang baru.

Terbit perasaan menyesal di hati nya kerana mempermainkan DD dan jadikan dia sebagai taruhan. Walaupun dia berjaya mendapatkan 3 ribu tapi dia kehilangan 50k dan baru dia sedar itu balasan untuk nya kerana mempermainkan DD.

***

Di pejabat Nisa..

"Hai Nisa... bole aku masuk...?? Daniel tiba-tiba ada terpacak depan pintu bilik pejabat Nisa.

Nisa adalah Ketua Account di syarikat tersebut.

"hai .. takde angin.. takde ribut.. tiba- tiba boleh terpacak depan bilik aku apa hal...!!

Sejak kejadian 8 bulan yang lalu, Nisa memang tidak pernah berbaik dengan Daniel. Cakap pun kasar dengan daniel.

"Boleh minta no hpon DD.. aku nak jumpa dia.. aku nak minta maaf atas perbuatan ku menyakitkan hatinya... "

"Awak ingat senang ke Dee nak maafkan perbuatan awak padanya.. dan apa kes... dah masuk 8 bulan baru nak minta maaf ??? "

"Apa yang kau dan kawan kawan kau lakukan pada Dee dulu .. itu bukan perbuatan manusia.. tapi syaitan.. kerana syaitan saja yang berani melakukan perkara yang menjijikkan tu.. !!!

"awak tak sedar sedar lagi kah.. awak dah hilang 50k... mungkin itu balasan atas perbuatan awak terhadap Dee..."

"So.. kalau takde apa-apa lagi.. sila balik ke pejabat awak sebab saya banyak kerja nak kira.. CEO nak minta laporan kewangan dari sales marketing.. so you.. kena hadap dan jelaskan dengan CEO kenapa sejak awak jadi ketua di marketing Sales menurun tiap bulan..." Perli Nisa

"Nisa... aku menyesal atas perbuatanku pada DD.. sampaikan salam maafku padanya.."

Lalu Daniel pun melangkah keluar dari bilik Nisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience