Hari ini Dee lewat masuk pejabat. Tersedar saja dari tidur dia terus wassap Riz dia lambat masuk office sebab dia baru bangun.
DEE : "Morning boss.. hari ini saya masuk office jam 10 .. saya baru bangun.. semalam tak dapat tidur.."
RIZ : "Napa tak dapat tidur....??? Rindu saya ke....??
DEE : "Eeh.. tak kuasa nak rindu boss... "
RIZ : "Ok.. saya tak terima sebarang alasan.."
DEE : "Hurmm ya lah.. Saya rindu boss sangat-sangat... tak sabar nak jumpa boss di office..."
RIZ : " That's my girl.. ok my dear.. I miss you too... don't late.. i tak tahan rindu jumpa u... sampai office ja terus pi office i.. i tunggu u breakfast... Love u..."
DEE : "Hurmmmmm"
Semalam lepas Riz, Ash dan Lisa balik, Dee mula beroperasi dengan handphone baru yang di beli. Selesai dengan handphone.. Dee tak dapat tidur gara-gara memikirkan ayat keramat yang keluar dari mulut Riz. Dee juga tak dapat lupakan ciuman Riz sebab itulah ciuman pertamanya.
"Aahhrrrr... kenapa sudah dengan aku..!!?? kenapa aku boleh rindu dengan senyumannya, pelukkannya, sentuhannya.... ciumannya.... ahrrr.. !!! Kalau lah betul... Riz sukakan aku .. aku ni seperti cinderella lah... hahaha... eehhh.. Dee.. ko jangan mimpi lah... Riz hanya permainkan kau saja tu.. Dia baik sebab kau kerja dengan baik ja..." Dee bercakap sendiri.
10 minit sebelum jam 10 pagi Dee dah pun sampai.
"Morning Tania.. masuk office..." Arah Dee.
"Morning Dee..." Lalu membuntuti Dee masuk ke bilik pejabat Dee.
Setelah Dee melabuhkan punggungnya di kerusinya " Dee..Mr. Rizman tunggu di office sekarang.."
"Oh.. ok.. perkara lain adakah...??" tanya Dee.
"Nanti En. Rizman yang akan beritahu Dee.." jawab Tania.
"Hurmm... ok..."
*
Dee dah pun berada di depan pintu bilik Riz.
"Cik Dee.. En. Rizman dah lama tunggu cik Dee..." tegur Laila setiausaha Riz.
"Mood dia ok ke..." tanya Dee risau.
"Cik Dee masuk baru tau..." lalu Laila senyum.
Dee pun membuka pintu bilik pejabat Riz. Riz sedang duduk membelakang menghadap tingkap.
"Morning Boss... sorry hari ni saya lewat.. "
Riz pun berpusing lalu melemparkan senyuman dan senyuman tu tepat menusuk ke hati Dee entah yang ke berapa kali.
"Takpe Dear.. u lambat sebab rindu kan i kan.." lalu Riz mengenyitkan sebelah matanya untuk Dee. Riz pun berdiri dan mula melangkah
"Boss..."
"Kita breakfast dulu..." Riz terus memotong percakapan Dee.
Riz memegang tangan Dee dan membawanya duduk. Dee seperti dipukau oleh Riz mengikut saja.
Mereka pun sarapan bersama. Masing-masing berdiam menikmati hidangan.
Dalam hati Dee selesai sarapan baru dia akan Selesaikan dengan Riz.
Setelah mereka selesai sarapan bersama... "Boss.." Dee mula bersuara. Riz hanya memandang Dee tanpa berkata apa-apa tapi Dee faham dengan pandangan Riz padanya.
"Boleh tak boss tolong hentikan gurauan boss pada saya.."
"Gurauan apa...???" tanya Riz
"yang macam sekarang ni.. Boss layan saya seperti kekasih boss.. panggil Dear lah.. rindu lah.. love.. love lah... tolong lah boss.. jangan layan saya begini..." Rayu Dee
Riz tersenyum mendengar perkataan Love love tu.. dia mendekatkan kerusinya pada kerusi Dee lalu dia memusing kerusi Dee menghadapnya. Kini mereka duduk bertentangan.
Dee tunduk tak berani nak bertentang mata dengan Riz .. "Look at me..." lalu Riz meletakkan jari telunjuknya di dagu Dee dan mengangkat. Kini pandangan mata mereka bertemu.
"saya nak.. pagi ini .. kita jujur luahkan perasaan kita masing-masing.. kita bukan lagi budak remaja.. kita berdua dah matang untuk menilai perasaan kita... "
Baru Dee nak buka mulut.. Riz meletakkan jari telunjuk dan jari tengahnya di bibir Dee.
"Shuuu.. biar i habiskan dulu apa yang i nak kata..."
"I love you.... From the bottom of my heart .. i love you..... For the first time i saw u.. i falling in love with u. Saat pertama kali pandangan mata kita bertemu .. masa tu i rasa bumi seakan akan berhenti berputar.. jantung i terpaku oleh sifat dan gaya u yang slumber.. dan... kejadian kemarin .. i bukan cium u sebab nak denda u.. tapi.... because I love you Dee.. Demi Allah.. (lalu mengangkat tangannya seperti bersumpah).. saya mencintai u Dee..."
Dee cepat-cepat menarik tangan Riz.. "jangan suka bersumpah.. nanti di makan sumpah.."
"Saya tak boleh mencintai boss .. Beza kita terlalu jauh.. boss ibarat Raja dan saya hanya seorang hamba yang hina, gemuk dan tak cantik.. saya tak nak kerena saya.. boss turut terpalit dengan cacian orang pada saya yang mengatakan kita seperti 'Beauty in the beast' .. beauty tu boss.. beast tu saya..... Seperti kata orang.. cinta tak semestinya memiliki..." Luah Dee.
Riz menggenggam tangan Dee .. "So.. do you love me....??"
pandangan mata mereka masih bertaut. Dee tak dapat berkata.. seperti mulutnya terkunci..
"Jujur dengan i.. do you love me....??? tanya Riz minta kepastian.
"Saya tak percaya dan belum dapat terima kenyataan yang boss mencintai saya.. saya anggap ni hanya gurauan.. terlalu mustahil boss boleh jatuh hati dengan saya.. saya masih sedar diri saya boss.. biarlah hubungan kita macam dulu.. antara boss dan pekerja... "Luah Dee lagi.
"I bukan lelaki yang mudah jatuh cinta.. ciri-ciri wanita yang saya idamkan semua ada pada u.. termasuk perangai u yang gila-gila tu.. it's so cute for me dan buat i hari-hari jatuh cinta pada u..."
"So.. Deera Deerlina... do you love me ...???" Tanya Riz lagi.
"Saya belum dapat jawab soalan boss itu buat masa sekarang.. sebab keyakinan saya terhadap Boss masih ragu-ragu...." jawab Dee.
"Saya akan buktikan dan akan buat dee percaya dan terima cinta saya.. " Riz masih menggenggam tangan Dee.
"But.. i know you love me.. " sambung Riz dengan yakin
pandangan mata mereka bertemu lagi.. "Boss kalau takde apa-apa saya nak mulakan kerja saya dulu... terima kasih kerana belanja saya sarapan.."
Dee mula berdiri dan mula melangkah... "Wait..."
Riz memeluk Dee dari belakang.. "Boss.."
Riz memusingkan badan Dee menghadapnya, tangannya masih memeluk pinggang dee dengan erat.... "I love you.." lalu mencium dahi Dee.
Perlahan lahan Riz meleraikan pelukannya pada Dee.. "I hantar u balik petang ni.. "
"Boss..."
"u nak i kiss u lagi ke..??" ugut Riz
"ok boss... "
"That's my girl..." lalu Riz mengenyitkan mata pada Dee.
Dee baru nak membuka pintu... "Dee..." panggil Riz.. Dee menoleh ..
"I rindu pada Dee yang gila-gila macam Dulu..."
"Ai.. Ai.. boss..." lalu keluar dari bilik Riz..
**
Jam 2 petang Dee memanggil Tania masuk ke biliknya.
"Tania.. En.Rizman buat mesyuarat tergempar .. semua ketua-ketua manager kena panggil .. tinggal aku ja yang tak tau.. boleh jelaskan dengan saya tak...???
"Errr.. mesyuarat ini tiada kena mengena dengan department kita Dee..."
"ohh.. ok lah.. u boleh sambung kerja u..." arah Dee.
Tiba-tiba ada chat masuk, Dee membuka handphone lalu membaca chat tersebut.
RIZ : "I tunggu u jam 5.30 depan pintu utama..."
DEE : "Ok boss... "
RIZ : "Love u.. my dear..."
Dee terdiam sekejap .. tak tau nak balas apa... lalu dia teringat pesan Riz tadi pagi.. dia rindu dengan Dee yang gila-gila seperti dulu. Lalu dia pun membalas chat Riz.
DEE: " banyaklah love dan dear u.. tuanku CEO..."
RIZ : "banyak-banyak tu semua untuk u..."
DEE : "sudah-sudah lah mengayat tu boss... seram sejuk saya..."
RIZ : " Nak saya hangatkan badan u..."
DEE : "Boss..... boss pernah tak rasa sup lutut separuh masak....???
RIZ: "Hahahaha... bye... love u..."
"Tau takut.... " Dee bercakap Sendiri.
**
Tepat 5.30 petang Riz dah menunggu depan pintu utama. Kelihatan Dee yang baru keluar Lif. Dee melihat kereta Riz dah ada depan sedang menunggu. Dia pun mempercepatkan langkahnya. Sampai saja Dee terus masuk ke dalam kereta Riz.
Riz pun mulakan pemanduan keluar dari kawasan bangunan Indah Holding S/B.
"Sorry.. saya lambat 2 minit.."
"small the matter my dear... " jawab Riz.
"eee.. curi ayat kita..." Riz hanya tersenyum
"Kita pi makan dulu ya... I tau u takde keluar lunch tadi.. " sambung Riz.
"Wow.. prihatinnya.. " Dee berusaha untuk bersikap seperti biasa.
"Saya tak nak wanita kesayangan saya sakit..."
Dee hanya berdiam.. tak tau nak jawab apa lagi. Otaknya menjadi beku sejak Riz menyatakan ayat keramat itu. Dee heran kenapa dia nak saja peluk Riz.. Dia terpesona dengan penampilan Riz yang mengenakan kacamata hitam dan hanya mengenakan kemeja putih, butang baju di buka sampai ke dada dan seluar slack warna biru.
"Dee nak makan apa... ???" pertanyaan Riz memecah kebisuan mereka berdua.
"Sebenarnya saya lapar sangat ni.. macam-macam saya nak makan.. sekarang ni boss pun macam sedap ja saya tengok..." Dee mula mencairkan otaknya yang dah beku tu.
Tergelak Riz .. "Hahahaha.. Dee is back.."
"Betul lah tu boss.. orang lapar ni.. semua pun dia nampak sedap... "
"Kita pergi restoran seafood... nak... tak..??" tanya Riz.
"Wow.. bunyinya pun dah sedap lah boss..."
Riz pun mendail no Ray. Dia hanya menakan skrin yang ada di depan keretanya dan panggilan pun tersambung.
"Hello Riz... " suara Ray kedengaran
"Ray.. tolong orderkan sedia di restoran seafood yang biasa kita pergi.."
"Ai.. Ai ... boss..."
tiba-tiba Dee menyampuk.. "ni pun curi ayat kita juga... " baru Dee sedar yang suaranya boleh di dengar oleh Ray.
"Dee pun ada bersama boss.... ??" tanya Ray
"Boss pun on call dengan saya juga... "
"oh.. ok... " Lalu talian diputuskan oleh Riz.
Setelah hampir 1 jam memandu, mereka pun sampai ke Restoran Seafood yang terletak di tepi laut. Mereka berjalan melalui jambatan sejauh 50 meter. Riz memegang tangan dee dan Dee hanya membiarkannya.. Dee melihat banyak sangkar ikan di tepi restoran tersebut.
Mereka pun tiba di servis kaunter. Seorang penyambut tetamu menyambut mereka dengan senyuman.
"Good evening Sir.. Welcome to King Seafood.. can i help you..." Dee mula menilai cara layanan penyambut tetamu tersebut.
"Reservation for mr. Rizman..." ringkas saja Riz menjawab.
"Oh.. please come with me..." Lalu pekerja tersebut membawa mereka ke meja yang ada tertulis 'Reserve Mr. Rizman' lalu mempersilakan mereka duduk.
Tidak lama, datang seorang pelayan membawa chinese teh dan sudu dan garfu yang di rendam dalam air panas. Lepas tu datang lagi seorang membawa tisu kering, tisu basah dan set lada dan kicap. Lepas tu datang semula pelayan yang pertama membawa piring dan nasi. lalu meletakkannya dengan cukup sopan di atas meja.
"Ray pun join sekali ke..??" Tanya Dee ketika melihat pelayan tersebut meletakkan 3 piring di atas meja.
"Umi rindu nak jumpa u.." jawab Riz.
Mulut Dee membentuk huruf 0.. "ohh.."
Tiba-tiba... "Hai En. Rizman.. " Noreen tiba-tiba muncul entah dari mana.
Riz hanya menganggukkan kepala. Dee dah mula meluat tengok gaya Noreen yang dibuat buat tu.
"Hai Reen.. seorang saja ke...??" tegur Dee.
"owh Deera.. tak perasan pula saya.. Aura En. Rizman kuat sangat hingga tak perasan u ada duduk sebelah.. " jawab reen cuba menyakitkan hati Dee.
"Apa yang tak perasan....??" Umi tiba-tiba muncul.
"Umi...." Dee berdiri lalu mengambil dan mencium tangan umi.. umi terus memeluknya seperti orang yang lama tak berjumpa..padahal baru sehari tak jumpa. Noreen memerhati dengan perasaan cemburu.
"Dee sihat... ?? tanya umi.
"Sihat... Umi sihat...??? tanya Dee kembali.
"Umi sihat.. rindu Dee ja.." Lalu dee menjemput umi duduk di sebelahnya. Noreen masih berdiri di sebelah Riz seperti seorang pelayan.
"cik.. saya nak air suam.. saya tak minum teh.." Arah umi pada noreen.
"Hahaha.. Umi.. Ni Noreen kawan calon menantu limited edition umi waktu di u dulu..." Riz sengaja menekan suara menantu limited edition tu..
"Oh.. sorry.. umi ingatkan pelayan yang di khas kan untuk meja kita... " Umi mengalihkan pandangan pada Riz.
"oh..takpe umi.. saya kebetulan janji dengan kawan makan di sini.. tapi last minit kawan tak dapat datang.. boleh saya join ke... " Noreen dengan muka tak tahu malu menawar dirinya sendiri.
Share this novel