Bab-30

Romance Series 17902

KEESOKKANNYA DI PEJABAT RIZ.

"Assalamualaikum.." Samad memberi salam ketika masuk ke bilik pejabat Riz.

"Walaikumsalam.. ah.. uncle Mad.. silakan masuk.." salam di sambut oleh Riz dan mempersilakan Samad masuk.

Tiba-tiba...

"Hubby.....!!" sergah Dee depan pintu.

"oiiii makk....!!" latah Riz terkejut.

"Alololo...." lalu Dee cepat-cepat mendapat Riz dan memeluknya.

"Sayang minta maaf ya.. tapi.. cute lah hubby melatah tadi...."

"Sejak mengandung ni.. gaya Dee makin nakal tau.. suka betul nak menyakat anak umi yerr..." Umi tiba-tiba muncul di depan pintu.n

"Tak tau lah umi.. rasanya baby kat dalam ni mengidam nak kenakan ayah dia kot..."jawab Dee slumber jer.

"hahaha.. banyak lah kau punya mengidam tu Dee..." Samad tiba-tiba menyampuk.

Riz membalas pelukan Dee lalu mencium dahinya.

"takpe.. yang penting sayang bahagia dan baby sihat di dalam.."

Begitulah betapa dalamnya cinta Riz pada Dee.

"Riz mari duduk dekat sini.. Umi dan Mad ada hal nak bincang dengan Riz dan Dee..."

"macam ada cerita serius ja ni..." lalu Dee membawa Riz duduk di ruang santai di pejabat Riz.

"Apa yang umi nak bincang dengan Riz dan Dee...?? tanya Riz

Umi dan Mad saling berpandangan.

"Riz... Dee..." kata Samad.. Lalu samad menggenggam tangan Umi.

"Kami nak kahwin..." Kata Samad dan Umi serentak membuat Dee terkejut.

"Oii Mak aku nak kawin dengan turunan Raja...!!"

"Dee Nak kawin keturunan raja mana lagi ni ... !!?? Ray tiba-tiba muncul depan pintu mengejutkan mereka.

"eehh.. kawin turunan Raja laki aku...!!" sambung Dee melatah.

"Sayang..." lalu Riz memeluk Dee meredakan latahnya.

"Ray.... main redah je.. langsung tak bagi salam.. " tegur umi.

Ray pun keluar kembali dan berdiri depan pintu.. "Assalamualaikum boleh hamba masuk..." gurau Ray dengan muka 50sen nya.

mereka pun ketawa tanpa membalas salam Ray.

"Ray.. umi dan uncle Mad nak kahwin.. kau rasa kita nak setuju ke...?? Riz memandang Ray. Pandangan mata mereka seperti sedang berbicara. Ray faham benar sifat Riz dan dia mengerti maksud pandangan mata Riz itu.

Riak wajah Umi dan Samad berubah.. nampak kerisauan di wajah mereka.

"Ni yang Ray tak suka dengar ni.. " Riz dan Ray masih berpandangan..

"Riz pun tak suka dengar...." jawab Riz tapi mereka masih berpandangan.

"Saya ikhlas mencintai Nur.. saya tidak pandang perbezaan umur kerana saya benar-benar mencintai Nur.. cuma saya bukan lelaki yang punya harta.." Luah Samad.

"Umi cintakan Samad Riz.. Umi sanggup hadapi apa saja halangan dari keluarga..." kali ini Umi bersuara.

"Dee sangat setuju dan menyokong 200% dan Dee akan jadi tulang belakang Umi untuk menghadap halangan dari keluarga.." sokong Dee

Riz dan Ray masih berpandangan dan kali ini mereka mengangguk bersama...

"Masalahnya Umi... kami berdua tak suka kalau...." (Riz memberi isyarat pada Ray).

"Umi..." kata Riz

"Dan Uncle Samad..." Kata Ray.

"Tak jadi kahwin.....!!!!" serentak mereka berdua bersuara lalu mereka berdua ketawa terbahak-bahak.

"Tak lucu tau...!!" geram umi kerena mempermainkan dia.

"Jadi Riz dan Ray setuju lah ni...??? tanya samad minta kepastian.

"nak kami tarik balik ke..?? soal Riz bergurau.

"Eeeehhhh... jangan.. Uncle dah tak boleh hidup tanpa umi awak dah..." jawab samad.

"Tapi sebelum tu .. uncle kena tahu satu perkara.. sebab hal ini dah tak boleh sembunyi kan lagi.. " kata Ray.

Riz, Dee dan umi saling berpandangan.

Lalu Ray mengeluarkan handphone nya lalu lalu menekan sesuatu di dalam handphone nya.

"ok kita tunggu sekejap ya .." kata Ray.

tidak lama pintu di ketuk dari luar.

"Masuk.. " Ray memanggil masuk dari dalam.

pintu di buka dan terpacul Wak Ali di muka pintu.

"Tengku panggil saya ke....??? Wak Ali bertanya tanpa menyedari kehadiran Samad.

"Eeehh saya tak panggil... " jawab Umi

"Saya yang panggil wak..." jawab Ray.

"Kejap.. kejap... Tengku....??? tanya Samad lalu memandang Umi.

"Boleh Nur jelaskan dengan Mad tentang hal ni...??? walaupun Samad terkejut tapi suaranya tetap lembut mengajukan pertanyaan pada Umi.

"Boleh Dee yang jawab ke....??? tanya Dee.

" ok.. boleh.. " jawab Samad

Lalu Dee pun menjelaskan satu persatu pada Samad tentang keluarga Umi dan keluarga Arwah ayah Riz dan gelaran mereka.

"Dee pun sebulan sebelum kawin baru Dee tahu..." jelas Dee.

"Uncle Samad tak perlu rasa rendah diri atau nak ubah fikiran pula.. kalau uncle tarik diri... naaah.. ini makanannya.." Lalu Dee membentuk tangan kanan nya jadi penumbuk dan buat gaya menumbuk telapak tangan kiri nya sambil membesarkan matanya pada Samad.

"Ni bukan buat uncle takut... ni Uncle rasa nak tergelak pun ada... Hahahaha... " pecah ketawa Samad kelucuan melihat gelagat Dee tu.

Riz, Ray dan umi pun turut ketawa.

"bila nak kahwin...." Sambung Dee lagi.

" Minggu Depan... " serentak samad dan umi menjawab.

"Ray kalah lagi lah ni... " jawab Ray..

"Sebab tindakan Ray lambat.." sambung Dee.

**********

SEBULAN BERLALU....

Umi, Samad, Nisa dan Ray telah selamat diijabkabulkan. 3 minggu selepas Umi dan Samad menikah, Ray dan Nisa pula yang menikah.

Umi dan samad di nikahkan oleh Imam istana. Dan hanya buat kenduri kesyukuran dan hanya untuk keluarga dan kawan terdekat saja yang di jemput.

Manakala Nisa dan Ray dibuat majlis besar di kampung Nisa.

Samad dan Umi pergi berbulan madu di Canada. Umi sengaja memilih Canada kerana sebelum mereka bercinta umi pernah tanya samad, negara mana yang dia betul-betul hendak kunjungi. Dan samad jawab Canada.

Sewaktu mereka hendak menaiki pesawat, Samad dikejutkan lagi mengenai pesawat yang mereka naiki tu adalah pesawat peribadi milik umi.

"Nur... Mad boleh mati terkejut tau kalau lepas ni masih ada kejutan lagi .." gurau samad pada umi.

"Nur harap lepas ni Mad tak perlu nak malu atau segan.. kita dah jadi suami isteri.. Nur tak kisah berapa aje setiap bulan Mad nak bagi nafkah buat Nur.. cuma yang Nur minta Mad kena terima semua apa saja yang Nur beli dengan duit Nur sendiri..."

"Mad boleh terima.. cuma jangan sampai Mad jadi seperti suami yang tiada tanggungjawab.." luah Samad.

"jangan cakap macam tu.. Nur tahu Mad seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab.. tu sebab Nur jatuh cinta dengan Mad pada pandangan pertama.." Lalu umi memeluk Samad dan Samad membalas pelukan Umi lalu mencium dahi Umi.

Sementara Ray dan Nisa bulan Madu di Korea. Kerana Nisa peminat tegar drama Korea, Ray buat kejutan buat Nisa membawanya bulan madu di Korea.

"Thank you biy.. bawa nia bulan madu di Korea.. Nia sayang biy ketat-ketat..." lalu Nisa memeluk Ray.

"Sebagai imbalannya.. malam ni Nia di larang tidur... "

"Nia dah jadi milik biy.. lagipun berdosa seorang isteri menolak kemahuan suami.. cuma.. biy jangan kasar sangat malam ni ... malam ni first time Nia..."

"bertuah Biy dapat Nia.. ada perempuan tu umur baru 18 tahun dah di tebuk tupai.."

"Eehhh.. Biy.. jangan lah cakap macam tu.. tak boleh juga salah mereka.. Nia ada rasa kasihan tau dengan mereka-mereka tu.. Nia bayangkan jika Nia di tempat mereka.. mesti ada satu beban penyesalan yang amat berat mereka pikul.."

"Biy tahu.. biy tak berniat nak merendahkan mereka.. dah lah... sekarang ni Nia kena jalan tanggungjawab sebagai seorang isteri.." lalu Ray memeluk dan mencium Nisa dan mula menjalankan tugasnya sebagai seorang suami.

**

Lisa, Nisa dan Dee menangis sambil berpelukan sewaktu malam berbedak Nisa. Mereka menangis bukan kerana mereka sedih tapi kerana gembira. Akhirnya mereka bertiga masing-masing telah menemui jodoh mereka.

****

Hari ini Dee berjumpa Doktor Afifi ditemani oleh Wak Ali dan Ainur. Kebetulan Riz ada mesyuarat penting yang tak boleh dielakkan. Umi pula di Melaka bersama Samad sibuk menguruskan Resort mereka yang sedang dalam pembinaan. Ray masih berbulan madu.

"Bagaimana kandungan saya Dr. Afi... baby saya sihat juga ke...?? tanya Dee.

"Kandungan Dee dah masuk 14 minggu.. kenapa lama sangat Dee datang ke klinik... Syukur anak-anak buah saya kat dalam tu sihat..." kata Dr. Afifi.

"Syukur Alhamdulillah..." Dee tersenyum kegembiraan. Tiba-tiba...

"Eeeehhhh.. kejap... anak-anak buah... maksud Dr. Afi.. Twin....!!?? Tanya Dee.. Dr. Afifi menganggukkan kepala nya.

"Haaa.. Saya akan dapat anak twin...!!! Ya Allah...!! Syukur Alhamdulillah..!!" jerit Dee penuh kegembiraan.

"Bukan Twin... tapi 4.. "

"Haaaaa...!!! kembar 4...!!!??" tanya Dee yang masih terkejut.

"iya.. dalam perut Dee tu sekarang ada 4 nyawa yang Dee perlu jaga dengan baik.. Nanti masa kandungan Dee dah masuk 20 minggu kita scan untuk tengok jantina anak-anak kat dalam tu.."

Mendengar penjelasan dari Dr. Afifi itu Dee terus menangis kegembiraan dan bersyukur pada Allah. Dia tak sangka akan mengandung anak kembar 4 sekaligus.

"Dr. Afi boleh tolong Dee ke..??

"Tolong apa...??

"Tolong Dee jangan beritahu Riz.. saya nak buat surprise untuk dia masa saya melahirkan keempat empat baby ni nanti .."

"tapi perut Dee tu nanti akan besar dari yang mengandungkan satu anak.."

"Dr. Afi cakap apa saja Riz mesti percaya tu..."

"Dee.. dee.. aku risau masa awak bersalin tu.. Ray kena serangan jantung gara-gara terkejut tau...."

mereka berdua ketawa bersama-sama.

"Inilah hadiah yang paling berharga dan mahal yang akan saya berikan pada Riz.. dia boleh beli dan miliki segalanya.. tapi 4 baby ni.. saya saja yang boleh bagi untuk dia..."

***

Dee tersenyum kegembiraan ketika keluar dari Klinik Afifi d iringi oleh Ainur. Pintu kereta dibukakan untuknya oleh Wak Ali lalu Dee masuk kedalam perut kereta jenis Vilfire itu tapi telah diubahsuai dan ditambah ciri-ciri keselamatan yang canggih.

Dari jauh sepasang mata sedang memerhati Dee dengan penuh perasaan cemburu, sakit hati dan iri hati.

"Awak tunggu Deera.. kegembiraan dan kebahagiaan awak akan berakhir tak lama lagi..."

hai semua.. sorry lambat update.. dan sorry kali ni pendek sikit.. terima kasih semua...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience