10

Family Series 15660

Lagu Ya Maulana nyanyian Nissa Sabyan, penyanyi dari seberang itu memecah kesunyian di bilik Fathiyah.

Itu bunyi telefon bimbitnya, menandakan ada panggilan masuk.

Fathiyah tersentak, lalu jarinya laju menekan punat hijau.

"Assalamualaikum.." Fathiyah mula bicara.

"Waalaikumsalam.. Tiyah! Aku ni Zara" jelas Zara lantang.

"Oiitt..kau guna nombor fon siapa ni?" Fathiyah menyoal sambil mata membelek kembali nombor yang tertera di skrin telefonnya itu.

"Aku pinjam telefon Pak Achik ni..hehe" Zara tergelak kecil.

"Ohhhhh..ada apa ni kau call aku? Macam penting je...Biasanya kau mesej je." Tanya Fathiyah ingin tahu.

"Cuma nak tanya..nak balik rumah sewa pukul berapa weh..Hah! Sebelum aku terlupa, Paksu aku nak hantar kita balik kejap lagi. Kau okey tak?" soal Zara mendapatkan kepastian Fathiyah.

"Apa?!! Haih.. Tak nak lah aku" muram terus wajah Fathiyah.

"Alaaa..relax la weh. Kau pejam mata je kejap, bukannya jauh sgt pun kan nak sampai rumah sewa." Pujuk Zara lembut.

"Aku tak nak weh..aku lebih rela naik grab" jujur hati Fathiyah tidak seronok.

"Ada benda yang kau sorokkan dari pengetahuan aku ke Tiyah?" Zara menyoal curiga.

"Nanti-nantilah aku cerita kat kau. Apa yang penting aku balik sendiri tau! Kau jangan nak risau pulak!" pesan Fathiyah ringkas.

"Hah! Lagi satu kalau diorang tanya pasal aku, kau cakap je lah abang aku hantar aku balik rumah sewa harini." Sambung Fathiyah lagi yang tidak mahu orang lain berasa curiga akan dirinya.

"Okeylah..kalau dah kau cakap macam tu.. Takkan aku nak paksa pulak kan. Aku tuntut eh kau punya cerita..Hutang!!" Tegas suara Zara dipendengaran Fathiyah.

Fathiyah tertawa lucu, "Baik bossku!" tanda setuju.

Setelah Fathiyah menamatkan panggilan itu, fikirannya terus melayang teringat kejadian di rumah Nek Bonda seminggu lepas.

Flashback

Keadaan di ruang dapur Nek Bonda saat itu agak lengang sedikit. Fathiyah baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan meja makan untuk melepaskan lelah sekejap sebelum menyambung semula kerjanya.

Bayang Zara entah ke mana menghilang. Sedang sibuk bergambar mungkin.

Tiba-tiba, kerusi di sebelah Fathiyah ditarik seseorang. Fathiyah tersentak saat terpandang wajah Kak Teha.

"Oiii Tiyah!" kasar sahaja cara Kak Teha menegurnya.

"Hurmm..ye kak..Kak Teha nak apa-apa ke? Tiyah boleh tolong ambilkan." Lembut sahaja Fathiyah bersuara.

"Kau tak payah nak tunjuk baik sangatlah depan aku! Kau jangan ingat orang dalam rumah ni layan kau elok.. kau yakin yang aku juga akan layan kau dengan elok! Aku memang tak suka kau! Dari dulu lagi. Semak tahu tak!" hambur Teha penuh perasaan benci.

Fathiyah terkedu mendengar kata-kata yang meluncur laju daripada bibir wanita pilihan Abang Taqiuddin ini. Sungguh tidak dia sangka disebalik wajah yang ayu punya bahasa pertuturan yang agak kasar.

"Apa masalah Kak Teha ni sebenarnya?" Fathiyah masih cuba berlembut kerana tidak mahu menarik perhatian seisi rumah itu pula.

"Masalah aku sekarang ni, KAU!!" Teha sengaja menekankan perkataan kau itu. Wajah Fathiyah ditenung tajam.

"Tiyah ada buat salah apa kat Kak Teha yang sampai akak nak marah-marah sangat ni? Hurm.. cuba beritahu" Fathiyah masih lagi menahan sabar.

"Kau ada muslihatkan! Kau buat-buat baik sebab nak rampas laki aku! Kau memang dengki dengan aku sebab Abang Taqi tak pilih kau tapi dia pilih aku!" Teha bangga dengan kata-katanya itu.

Genggaman tangan Fathiyah di tepi kerusi dicengkam kuat. Hati dia sakit kerana dituduh sebagai perampas.
"Perempuan gila! Kalau aku nak rampas dari dulu lagi aku dah buat.." bisik hati Fathiyah. Fathiyah berlagak biasa.

Duduknya dibetulkan lalu, dia berkata, "Saya bukanlah jahat sangat sampai nak jadi perampas atau jadi perosak rumahtangga orang lain. Saya tak bodoh lagi untuk buat kerja bodoh macam tu." Lepas sahaja bicara Fathiyah. Dia tidak mahu berdendam atau bermusuhan dengan sesiapa pun.

Bagi Fathiyah perkara yang sudah berlalu, biarkan berlalu. Lagi pula dia masih dalam proses percubaan mengisi ruang hati dia untuk seseorang. Dia masih struggle okay...

"Sayang..lah.. dekat sini rupanya. Jenuh abang cari kat bilik tak ade." Meleret manja suara Abang Taqiuddin memanggil isterinya.

Panggilan daripada Abang Taqiuddin itu tadi telah berjaya membatalkan niat Kak Teha untuk bercakap lebih lagi. Teha menjeling Fathiyah sambil menggerakkan ulas bibirnya sebagai isyarat, " Awas kau!"

Fathiyah hanya berdiam diri. Malas dia
hendak melayan kerenah isteri Paksu itu. Wekk!! Meluat.

"Eh.. Abang..maaflah tadi tekak sayang rasa haus tu yang ke dapur ni. Nak cari air, kebetulan terjumpa Tiyah kat sini. Sayang bertegur sapa lah sekejap" tangan memaut erat lengan si suami dengan ton suaranya yang berubah lemah gemalai.

Menyampah pula Fathiyah melihat drama yang dibuat oleh Kak Teha itu. Tadi bukan main garang macam Mak Lampir serang orang. Sekarang sudah bertukar jadi kucing Parsi. Geli. Hihi

Taqiuddin menoleh sekilas memandang rupa Fathiyah yang seakan-akan terkejut itu.

Reaksi Fathiyah membalas pandangan itu dengan biasa sahaja. Bibir tetap mengukir senyuman manis.

"Tiyah okey?" Taqiuddin menyoal.

"Hah! oo..okey je abang." Fathiyah menjawab gugup sedikit.

Pandangan mata Kak Teha seperti hendak membunuhnya ketika ini. Menakutkan.

"Adik!!" Jerit ibu di telinga kiri Fathiyah.

Berdesing. Lenyap terus ingatan sebentar tadi.

"Ibuuuu.. Apa ni! Sakit telinga adik tau" Gumam Fathiyah.

"Ewah kita pulak dimarahnya. Adik lah tu, mengelamun jauh sangat kenapa? Ingatkan siapa?" Sakat Puan Ina.

"Mana ada ingat sesiapa pun. Adik cuma fikir nak balik rumah sewa adik ni macam mana sekejap lagi. Ibu boleh tolong hantar adik tak bu?" Fathiyah mencuba nasib. Dia sebenarnya sudah maklum yang ibunya memang tidak boleh memandu jauh. Sekadar cuba nasib sahaja. hehe

"Aikkk!! Bukan adik kata nak balik sekali dengan Zara ke semalam. Tetiba berubah plan kenapa? Zara ada hal ke?" Puan Ina menyoal penuh curiga.

Pelik-pelik anaknya itu. Semalam sembang lain, hari ini jadi lain pula. Berkerut dahi Puan Ina memikirkannya.

"Alaaa..bu.. Sekali-sekala. Bukan selalu kitorang terpisah macam ni. Hehehe" Fathiyah tertawa kecil. Lucu melihat reaksi ibunya.

"Jangan nak tipu ibu! Adik tu anak ibu tau! Dari kecil sampai besar macam sekarang ni pun, duduk depan mata ibu. Setiap gerak-geri adik ibu tahu dah. Mesti ada something yang jadi ni." Tebak Puan Ina laju.

"Hishh..memang tak boleh rahsia eh muka ni. Nampak sangat ke ibu?" Keluh Fathiyah perlahan.

Tidak menyangka yang tingkah dia dapat dilihat oleh ibunya. Semua serba tidak kena. "Lain kali jelah cerita kat ibu," Fathiyah bermonolog.

"Kerut-kerut kat dahi adik tu boleh beri ibu seribu cerita. Adik ada masalah ke? Ceritalah dekat ibu. Ceritalah!" Seloroh Puan Ina sengaja bermanja dengan anaknya.

"Haip! Ibu jangan nak buat-buat gedik macam tu. Adik cium kang. Comel sangat kenapa." Fathiyah berkata sambil ketawa lucu dengan tangannya mencubit sedikit pipi Puan Ina. Geram.

"Hahahaha" Terletus ketawa dua beranak itu.

Persoalan dan perbincangan topik mereka tadi serta-merta hilang dibawa angin.

Puan Ina faham keadaan anaknya. Dia tidak suka memaksa Fathiyah untuk bercerita. Dia juga tahu, yang Fathiyah sendiri dengan rela hati akan menceritakan segala hal yang berlaku dalam hidupnya. Siapa lagi tempat Fathiyah ingin meluah rasa hati selain daripada Zara sahabatnya dan juga dirinya sebagai ibu yang melahirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience