Di awal subuh lagi Fathiyah sudah bangun membersihkan diri.
Pintu kamar mandi dibuka. Fathiyah melangkah ke dalam bilik dengan hanya menyarung kain batik ditubuhnya. Tuala yang dipakai dililit di kepala.
"Sayanggg.."
"Oh! Mak!" Terkejut Fathiyah. Tiba-tiba ada suara menegurnya.
Fathiyah memandang ke arah katil sambil tangannya menggosok-gosok dada. Dikerling wajah suaminya yang masih berselubung disebalik selimut tebalnya.
"Huh! Abang ni terkejut Tiyah tau!" sambung Fathiyah.
Rafli tersenyum. "Sorry sayang.. Kenapa tak kejut abang! Boleh kita mandi sama-sama." Rafli meraup wajahnya. Dia menyisir rambutnya yang kusut-masai itu dengan jarinya. Mata dibuka besar. Kemudiannya, dia meregangkan tubuhnya sedikit. Penat. Letih.
"Tiyah cuma tak selesa. Lagipun, tadi Tiyah tengok abang tidur nyenyak sangat. Tak sampai hati nak kejut" Fathiyah memberi alasan.
Walhal hatinya sudah gundah-gulana.
"Sini sayang!" panggil Rafli sambil tangannya menepuk-nepuk tilam di ruangan sebelahnya.
Tanpa ragu Fathiyah bergerak juga ke arah suaminya itu. Punggungnya dilabuhkan di tempat yang ditepuk Rafli tadi. Pinggangnya segera Rafli rangkul erat. Dahi Rafli melekat elok di belakang bahu Fathiyah. Dapat dirasakannya ciuman Rafli lembut di situ. Terpejam mata Fathiyah. Perasaan aneh itu datang lagi tetapi lekas ditahan. Takut-takut mereka akan terlepas waktu untuk solat subuh.
"Sayang sakit lagi tak?" soalan Rafli memecah kebisuan Fathiyah.
Fathiyah sekadar mengangguk kecil. Mengingatkan peristiwa malam tadi membuatkan wajah Fathiyah berubah merah serta-merta. Segan.
"Sorry buat sayang sakit" Rafli bersuara lagi.
Laju Fathiyah menoleh ke wajah suaminya lalu berkata, " Shh.. Tak perlu mintak maaf pun abang. Tiyah baik-baik saja. Semua perempuan lalui benda yang sama. So, Tiyah okey. Janganlah risau. Esok-esok elok lah nanti. Abang nak bangun pukul berapa ni? Kejap lagi nak azan dah." jelas Fathiyah sambil menepuk lembut bahagian peha Rafli.
"Sayang mandikan abang boleh?"
"No!!"
"Alaaaaa.. penatlah sayang. Tengok tangan abang ni, nak angkat pun tak larat. Macam mana nak sabun badan semua-semua tu." Rengek Rafli meminta simpati.
Fathiyah pusingkan badannya menghadap Rafli. Riak tidak berpuas hati dipamerkan.
"Jangan nak mengada ye abang. Yang sakitnya Tiyah. Tapi kenapa pulak abang yang terlebih tak larat?" bidas Fathiyah dengan matanya dijegilkan depan suaminya.
"Ehh..mestilah abang tak larat jugak..Ingat senang ke nak mmma...." tidak sempat Rafli mahu menghabiskan ayat. Mulutnya sudah ditutup oleh tangan Fathiyah.
"Diam! Mulut abang ni... Ishhhh.. Tak bertapis kenapa? Malulah kalau orang dengar." gumam Fathiyah. Geram dengan sikap suaminya itu yang semakin gasak mengusiknya.
"Hahaha" Rafli menghamburkan tawanya.
"Comellah muka sayang marah-marah macam tu. Bikin hati abang geram. Rasa nak lumat-lumat je bibir yang kuat membebel ni." jari Rafli memicit kedua bibir Fathiyah.
"Dah..cepat bangun! Kang mandi bukan kejap- kejap abang tu.. 10 minit boleh jadi sejam." bebel Fathiyah.
"Sekodeng abang ke..sampai tahu abang mandi berejam." tebak Rafli beserta lirikan mata yang menggoda.
"Erkk.." gagap Fathiyah nak menjawab. Banyak sangat akal suaminya untuk perkena dirinya.
Malas hendak melayan. Fathiyah mahu segera bangkit dari tilamnya. Semakin dilayan semakin menjadi-jadi perangai manja suaminya itu.
Belum sempat pun Fathiyah berlalu pergi, tangannya direntap kuat sehinggakan badannya hilang keseimbangan lalu jatuh menghempap dada bidang Rafli. Rafli tersenyum herot.
Mata mereka bertembung lagi. Saling membalas renungan. Auch..
Rafli tidak dapat menahan nafsunya yang seperti sudah dibangkitkan kembali. Bibir Fathiyah dipagut lembut. Fathiyah tidak mengelak mahupun menolak. Sama-sama melayan perasaan yang sedang membara itu. Sehinggalah...
Tok!! Tok!! Tok!!
Ketukan di pintu mereka.
Mereka tergadah. Masing-masing gelabah. Kalut meleraikan pelukan dan juga bibir yang tadinya elok bercantum seperti tidak mahu lepas.
Rafli mencapai boxernya, lalu disarungkan pantas. Fathiyah sudah hilang disebalik kamar mandi. Laju dia berlari macam lipas kudung. Takut kantoi. Jenuh nak menepis sindiran-sindiran abang-abangnya pula.
"Adik!! Kamu dah bangun ke belum?" Puan Ina mengetuk dan juga berteriak memanggil Fathiyah di luar pintu bilik.
Pintu bilik Rafli bukak sedikit. Kepalanya dijengah keluar melihat ibu mertuanya. Dengan sengihan.
"Ibu..Kami dah bangun dah.. Nak siap-siap solat kejap lagi"
"Hah! Baguslah! Ingat lena lagi tadi. Azan Subuh dah tu. Kamu tak ke masjid ke? Jemaah di sana?" tanya Puan Ina.
"Hehe.. Cuti bu hari ni" jawab Rafli pendek.
"Aihh..boleh ek main cuti-cuti"
"Alaa ibu kasi chance la kat pengantin baru tu" sampuk Uda yang melintas di hadapan bilik Fathiyah dengan baju melayu yang sudah tersarung kemas ditubuhnya itu. Mahu ke masjid berjemaah. Dia dah biasa. Rumah sekangkang kera saja pun dengan masjid tersebut. No hal.
Puan Ina menjeling sekilas ke wajah anaknya. Kemudian pandangannya jatuh kembali ke wajah Rafli dibalik pintu itu.
"Tiyahnya mana? Senyap je.." Puan Ina bersuara kembali. Lagaknya tak ubah seperti guru disiplin yang sedang membuat pemeriksaan.
Gelabahlah memang.
Kepala yang tidak gatal Rafli garu.
"Ye bu..Ibu carik adik ke?" Tiyah muncul tepat pada waktunya. Huh. Rafli menarik nafas lega. Penyelamat. Ini yang sayang tambah sayang lagi.
Pakaiannya sudah lengkap itu, Puan Ina pandang. Atas bawah dikerling. Jelajah setiap inci tubuh Fathiyah. "Dah selamat ye?" pertanyaan Puan Ina itu Fathiyah cuba hadam. Lambat dia hendak menangkap bait ayat tersebut.
Rafli sudah berdekah. Ketawanya pasti mengejutkan seisi rumah yang lainnya.
Apabila tersedar baru Fathiyah mula faham disebalik kata-kata ibunya tadi.
"Ibuuuuuuu!!!! Apa ni?" terjerit kecil Fathiyah dibuatnya. Sengaja tau buat Fathiyah malu.
Menantu dengan mertua sama naik perangainya. Nasib kamulah Fathiyah.
Seusai solat Subuh. Fathiyah melipat kain telekungnya. Kemudian sejadah yang mereka gunakan tadi dicapai dan dilipat kemudian disangkut di tempat besi penyidai.
"Abang!" Fathiyah menghampiri suaminya yang sedang elok bersandar di kepala katil.
Rafli mengangkat wajahnya memandang Fathiyah dengan senyuman manis. " Hurmm. Ada apa ni?"
"Tiyah turun bawah dulu tau! Nak tolong ibu dekat dapur" Fathiyah meminta izin.
"Pergilah..nanti sayang kejut abang bila dah settle. Abang nak lelap kejap. Hehe...Hurmm.. Tapi sebelum tu..Kiss abang dulu" pandai Rafli mengumpan. Memberi kebenaran, tetapi mahukan juga ganjarannya. Bijak! Bijak! Dia sudah tersengih nakal.
"Eiiii.. Mana aci!"
"Aci memang tak ada sayang.. yang ada cuma abang saja. Cepatlah!" pinta Rafli lagi.
Dengan malas Fathiyah mendekati suaminya.
Chupp!!
Ciuman yang mahu hinggap di pipi suaminya itu telah tersasar jatuh ke bibir Rafli. Fathiyah tahu Rafli sengaja memalingkan wajahnya.
Dipukul perlahan dada Rafli.
"Abang ni kannn..." gumam Fathiyah.
Malu tapi mahu.
Hari pertama hidup bersama suaminya itu sudah membuatkan kehidupan Fathiyah huru-hara. Bagaimana hari-harinya yang mendatang. Fathiyah geleng kepala. Walaubagaimanapun, dia tetap berasa bahagia saat ini. Bahkan, dia tidak pernah menyesal mengambil keputusan untuk memilih Rafli sebagai suaminya. Teman sehidup sematinya kelak.
"Heii..sayang.." Rafli menepuk lengan isterinya.
"Erkk..erkk ye.. abang"
"Berangan apa? Abang panggil pun tak sahut.. Hurmm." tegur Rafli. Hairan melihat isterinya seperti mengelamun jauh saat bicara dengannya.
"Tak ada apa. Cuma terbayang macam mana sayang nak tahan dengan kerenah abang lepas-lepas ni"
"Jap! Sayang bahasakan diri sayang apa tadi?"
"Apa?"
" Yang tadi tu sayang sebut"
"Saya ke?" Fathiyah cuba berdalih.
"Bukanlah... sayang saja je kan buat-buat tak tahu" Rafli merenung ke dalam mata isterinya. Mencari kepastian.
"Mana ada apa.. Abang salah dengar kot. Dah lah malas layan abang" cepat sahaja Fathiyah mahu lari. Dia malu kerana sudah terlepas cakap.
"Eleh..malu-malu pulak dia" sakat Rafli.
"Wekkk!!" Fathiyah jelir lidah ke arah Rafli. Kemudian, dia terus memecut lari keluar dari bilik itu. Takut disambar lagi oleh suaminya. Bukan boleh percaya tu.
Rafli mengoyak senyum. Hati berbunga-bunga. Dia yakin yang Fathiyah semakin menerimanya. Selain daripada layanan yang dia dapat. Fathiyah seperti selesa dengan setiap sentuhan yang Rafli berikan. 'Semoga bahagia untuk kami kekal hingga jannah..Aamiin' bisik hati kecil Rafli.
Sewaktu di meja makan Puan Ina menegur Rafli. "Raf..kamu jadi ke balik rumah kamu esok?"
Semua mata memandang ke arah Rafli. Termasuk Fathiyah. Matanya difokus ke wajah suaminya itu kerana Rafli tidak ada memberitahu apa-apa hal pun kepadanya.
"Jadi bu..sebab Raf nak ambik barang sikit dekat rumah sana. Tu yang ingat nak ajak Tiyah sekali" kepala ditoleh ke sisi melihat reaksi si isteri.
"Bawa jelah budak kecik ni..Dah jadi bini kamu pun. Tanggungjawab kamu. Tak perlu keizinan ibu lagi" seloroh Puan Ina selamba.
Fathiyah menjeling Puan Ina dengan tidak puas hati. Hah! Nak gaduh.
"Budak kecik ibu kata. Dah boleh jadi mak orang dah tu. Seronoklah ibu lepas ni takde orang nak gaduh dengan ibu lagi." Along kepada Fathiyah mencelah. Jarang alongnya nak bersembang. Sebab dah jarang jumpa. Masa inilah semua dapat berkumpul. So, Fathiyah chill saja kena sakat.
"Hahaha.. Padan muka. Angah pun lega sebab takde dah orang terpekik pepagi buta depan pintu bilik Angah semata-mata nak suruh hantar pergi beli roti canai kedai Pak Leman." sakat Angahnya pula.
"Hek eleh mana ada! Tipu je Angah tu.. Uda.. tengok diorang ni!" Adu Fathiyah kepada Udanya.
Uda hanya tersenyum. Tahu sangat perangai adiknya itu. Pasti akan mencarinya juga sebagai back up. Cehhh..
"Apa! Laki adik ada tu kan! Mintaklah tolong dia.. Pakej dapat kiss sekali." gurau Uda pula.
"Uda!!" Puan Ina menjerit.
Yang lainnya sudah berdekah dengan ujaran Uda itu.
"Apa? Betullah Uda cakap" tak mahu kalah.
"Yang salahnya kiss-kiss bagai tu. Pandang kiri kanan nak cakap bebukan pun. Ada budak kecik tu kan" tegur Puan Ina sedikit tegas. Matanya mengerling ke arah anak Along yang sedang khusyuk menikmati makanan dengan tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Nasib baik.
Jemari Rafli di bawah meja, mengelus lembut peha Fathiyah. Fathiyah terkedu. Dia terganggu dengan perlakuan suaminya itu. Makannya terhenti seketika. Oh my..
Selesai menyudahkan makan sarapan pagi itu, Fathiyah membantu Puan Ina mengemaskan meja makan. Dia suka mengambil bahagian mencuci pinggan dan mangkuk.
Fathiyah pusing ke belakang, dia terpandang akan kelibat suaminya yang sudah siap berpakaian kemas itu sedang menuruni tangga.
Dia mengatur langkah menuju ke arah suaminya itu langsung menegur, "Eh..abang segak-segak ni nak pergi mana?"
"Ke hati kamu! Ciaaa..hahaha.." balas Rafli dengan tawa nakal.
"Ihhh.. Main-main pulak! Jawablah betul-betul" omel Fathiyah sambil jemarinya bermain dengan hujung t-shirt yang dipakai Rafli.
Masih lagi dengan sisa tawanya Rafli menjawab, "Abang nak balik rumah ibu abang kejap. Jumpa saudara-mara yang tak balik lagi. Diorang kumpul dekat rumah ibu."
Lengan Rafli, Fathiyah sentuh lembut.
"Tiyah nak ikut boleh?" tanya Fathiyah dengan kepalanya didongakkan sedikit untuk melihat wajah suaminya itu.
Rafli membalas pandangan mata isterinya. Lalu, mengangguk kecil.
"Yeay!! Abang tunggu kejap tau! Tiyah naik atas bersiap" gembira Fathiyah berserta senyuman lebar.
"Cepat sikit sayang.. Abang tunggu dalam kereta. Jangan lambat! Sayang lambat.. Abang makan sayang malam ni...grrrr" sakat Rafli gedik.
Berlari Fathiyah mendaki tangga selepas mendengarkan amaran suaminya itu. Seram.
Share this novel