26

Family Series 15660

"Assalamualaikum...." Laung Rafli di luar rumah ibu mertuanya.

"Waalaikumsalam.. Kamu Raf. Masuk! Masuk!" Muncul Puan Ina di muka pintu.

Melihat riak wajah ibu mertuanya itu, Rafli tahu ada sesuatu yang tidak kena.

"Tiyah macam mana bu?" Tanya Rafli sambil tangan ibu mertuanya dijabat dan dicium lembut.

"Tak keluar bilik langsung dari petang tadi. Ibu sampai rumah, sunyi je. Ingat dia duk berehat dalam bilik, jadi ibu tak nak kacau. Tup.. Tup.. sampai sekarang tak muncul-muncul. Ibu risau sangat." Jawab Puan Ina panjang lebar.

Kunci di dalam poket seluar sebelah kiri Rafli keluarkan.

"Raf pergi tengok dia dulu." Ujar Rafli resah.

"Hah.. Pergi cepat. Ibu takut jadi apa-apa kat dia. Belum pernah dia buat perangai macam ni sekali kalau merajuk sekalipun." Hati seorang ibu takkan tenang selagi tidak melihat keadaan sebenar anaknya.

"Oii Raf! Bila kau sampai. Tak dengar bunyik kereta pun?" Soal Uda yang baru keluar dari tandas.

"Baru je ni bro! Lepas kau call aku terus gerak ke sini." Balas Rafli pula.

"Apa tercegat lagi tu! Cepatlah bukak pintu adik ni!" Jerit Puan Ina yang sudah pun tiba di depan pintu bilik Fathiyah.

Kelam-kabut budak berdua itu berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik tidur Fathiyah.

Kunci dimasukkan ke lubang tombol. Kemudian, diputar ke kanan. Lantas tombol pintu dipulas.

Klak!

Pintu berjaya dibuka.

Rafli menjengah ke dalam bilik, Tiyah tidak kelihatan di atas katil.

Matanya melilau mencari kelibat si isteri.

Kemudian pencariannya terarah ke sebelah kanan penjuru bilik.

Di sudut bilik, Fathiyah sudah terbaring lesu di atas tikar sejadah.

Tanpa sebarang kata Rafli bergegas ke arah di mana sekujur tubuh Fathiyah yang sepertinya kaku tidak bergerak.

Air mata Rafli semakin rancak mengalir.

Segenap tubuh Fathiyah diperiksa. Bahang dari badan isterinya masih hangat terasa.

"Ya Allah.. Adikkk.. Kenapa boleh jadi macam ni? Adikk!! Bangun adik! Bangun!" Panggil Puan Ina yang terhalang pandangan matanya oleh tubuh Rafli.

Deraian air mata kasih seorang ibu tidak pernah gagal untuk mengalir jika melibatkan darah dagingnya. Tangisan didengari begitu syahdu dengan esakan serta sedu-sedan.

Puan Ina jatuh terjelepuk. Tetapi segera duduknya digagahkan. Dia sekadar memberi ruang kepada menantunya itu untuk memeriksa keadaan Fathiyah.

Tubuh Fathiyah, Rafli rangkul erat.

"Sayang... Abang dah balik ni sayang.. Bukak mata sayang. Sayang.." Rafli cuba menampar-nampar pipi Fathiyah perlahan dengan harapan isterinya akan sedar. Tetapi tiada tindakbalas.

Tangisan Rafli tidak dapat dibendung lagi.

Apatah lagi setelah pandangan matanya jatuh pada baju yang ada di genggaman tangan isterinya itu. Itu t-shirt kegemarannya.

"Ya Allah kejamnya aku. Aku dah aniaya isteriku sendiri." Rintih Rafli di dalam hati.

Uda menghampiri Rafli lalu menyentuh bahunya serta berbisik lembut.

"Cuba kau check nafas dia dulu. Aku rasa, adik aku cuma pengsan ni." Bicara Uda di sisi Rafli. Dia ambil langkah untuk tidak panik. Situasi seperti ini sudah dilihatnya banyak kali sewaktu dia menjalankan tugas sebagai anggota polis.

Rafli sepertinya baru tersedar dari dunianya sendiri.

Segera lubang hidung Fathiyah disentuh dengan jarinya. Fuh! Lega kerana masih ade hembusan nafas hangat yang keluar dari hidung Fathiyah, tetapi sedikit lemah.

Uda menoleh ke arah ibunya pula. Kelihatan emosi ibunya mula tidak terkawal. Bahu ibunya dipeluk dan diusap perlahan-lahan. Berharap cara itu dapat meredakan tangisan dan juga kerisauan orang tuanya itu. Sebagai sokongan dan semangat.

Kemudiannya, susuk tubuh Fathiyah dicempung oleh Rafli.

Air matanya benar-benar mengkhianati tuannya kali ini. Tewas dek kerana kesilapan dirinya sendiri.

Puan Ina membuntuti langkah Rafli dari belakang. Tudung sarung Fathiyah dibawa bersama. Dia perasan yang Rafli mungkin terlupa menyarungkan tudung untuk Fathiyah sewaktu, dia mendukungnya tadi.

Saat tubuh Fathiyah berjaya dibaringkan dengan selesa di tempat duduk penumpang bahagian belakang, Puan Ina menghulurkan tudung Fathiyah kepada Rafli.

Rafli tepuk dahi.

" Terima kasih bu.. Raf lupa. Allah.. Nasib baik ibu perasan. Maaf bu." Ungkap Rafli dengan perasaan bersalah. Huluran ibu mertuanya disambut dengan wajah kesal.

"Takpe.. Ibu faham. Dah.. Jom! Kita gerak sekarang. Ke hospital terus Raf. Kecemasan." Puan Ina berpesan. Waktu-waktu begini hanya zon kecemasan saja yang masih dibuka.

Rafli mengangguk faham. Dia menoleh pula ke arah Uda lalu berkata, " Kau gerak kereta lain bro! Nanti boleh bawak ibu balik. Kalau dah lewat sangat nak tunggu."

"Okay.. okay.. beres.. Jumpa kat sana nanti. Hati-hati bro!" Kata Uda sambil terus memerhati Rafli memasuki keretanya lalu memandu keluar dari kawasan rumah.

Selepas sahaja kereta Rafli berlalu pergi, nombor telefon bimbit Zara didail.

***********************

Kedengaran lagu Nissa Sabyan bergema di ruang kamar tidur Zara. Itu menandakan ada panggilan masuk dari telefon bimbitnya yang minta diangkat.

Zara yang baru selesai menunaikan solat Isyak, segera bangkit seraya mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja soleknya.

Tanpa melihat si pemanggil, Zara terus sahaja menekan butang hijau menjawab panggilan.

"Assalamualaikum..sape ni?" Salam diberi berserta soalan.

Berkerut kening Uda. "Sahlah budak ni tak tengok nama aku" omel Uda dalam hati. Bibirnya tersenyum senget. Kalut.

"Waalaikumsalam.. Ehem.. Abang Uda ni."

"Opss..Ab..Abang Uda. Ingat sape tadi" Zara menepuk dahi kerana kalut menekan butang jawab sehingga lupa untuk perhatikan nama si pemanggil.

" Ada apa abang call memalam ni?" Tanya Zara kembali.

"Abang cuma nak bagi laporan jek ni."

"Buang tebiat ke ape? Laporan apa pulak ni?.."

"Hehe.. Gurau pun takleh. Ni.... Tiyah masuk hospital. Raf dengan ibu baru hantar dia ni. Kitorang jumpa dia pengsan dalam bilik." Ujar Uda meceritakan sedikit keadaan Fathiyah pada Zara kerana dia takut akan dibebelkan lagi oleh budak kecil itu. Hehe.

"Allahuakbar!" Zara menutup mulutnya. Tidak menyangka perkara yang bermain dibenak fikirannya dari petang tadi benar-benar berlaku.

"Sekarang ni Yah macam mana, Der? Macam mana boleh pengsan ni? Dia tak makan ke?" Soalan bertalu-talu ditanyakan kepada Uda.

"Wo..Wo.. Relaks la.. Abang pun tak tahu kedudukan cerita sebenar. Abang call Zara ni pun just nak inform awal-awal pasal ni. Takut kena marah lagi nanti kalau lambat bagitahu." Jujur Uda. Bukan boleh tebak perangai budak seorang ni. Sama perangai dengan adiknya, si Tiyah tu.

"Ohh..Sorry.. Orang bukannya apa.. Risaulah.. Dia pun belum sihat lagi tu. Entah dah makan ubat ke belum tu. Haih. Risau sangat." Terang Zara pula. Debar di dadanya hanya dia yang rasa. Lagi-lagi apabila memikirkan diri sahabatnya itu yang kini berbadan dua. Rahsia yang masih disimpan rapi. Sebabnya dia mahu Tiyah sendiri beritahu akan berita gembira itu kepadanya nanti.

"Oiii..oiii.. Zara! Dengar tak apa abang cakap?"

" Hah! abang cakap apa tadi?"

"Haih.. Tulah orang sibuk cakap, dia sibuk mengelamun. Cis!"

"Alah.. Maafkan kami penunggu gua. Maafkan kami penunggu gua!" Gurau Zara untuk tidak membiarkan suasana begitu tegang.

"Hahahahaha.. Penunggu gua? Wak wak dia. Hahahahahaha" Uda ketawa terkekeh-kekeh mendengarkan lawak spontan dari Zara tersebut. Kepalanya turut tergeleng-geleng perlahan. Sedikit lega hatinya berbanding tadi. Resahnya hilang begitu sahaja.

"Aduhaiii.. Macam-macam kerenah. Abang tanya tadi, Zara nak ikut abang sekali tak pergi tengok Tiyah?" Bicara Uda terus-terang.

"Bila abang nak pergi tu? Orang tanya mama dengan Nek Bonda dulu. Kejap lagi Zara confirm kan balik boleh?" Jelas Zara yang mahu meminta izin dari orang tuanya terlebih dahulu.

"Boleh.. Boleh.. Papehal call abang balik. Jangan lambat, abang nak gerak dah ni." Pesan Uda pada Zara.

Zara mengangguk-anggukkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience