2

Family Series 15660

Berakhirnya latihan kawad kaki, Taqiuddin menarik nafas lega dengan cepat kakinya melangkah ke arah hujung sudut kiri padang. Di situ sahabat baiknya Rafli sudah menunggu.

Tangan diangkat lalu dia memaut erat bahu Rafli, secara tak langsung mata mengikut ke mana arah renungan sahabatnya itu.

"Ehem..jauh kau menung bro!. Aku datang pun kau tak perasan." Tegur Taqiuddin.

"Oittt..sorry..sorry.. mana ada menunglah cuma tak nak terlepas pandang keindahan ciptaan Allah yang ada depan mata ni." Balas Rafli berserta senyuman manis bak gula batu.

"Ewahh..bukan main berpujangga kawan aku ni. Kau memang suka dia ke bro? Kenapa tak terus terang saja kat dia tu?" Panjang lebar Taqiuddin menyoal.

"Adehh..kau tau kan aku ni macam mana. Aku ni jejaka pemalu gituu..hehehe" tersipu-sipu Rafli mengutarakan kata.

"Choiii..sejak bila wehh..bukan kau ni mat ramah ke? Sudah lah kau. Aku cuma nak pesan, jangan tunggu lama-lama nanti kena kebas dek orang baru kau tau. Gigit jari bro. Hahaha"

Sengaja Taqiuddin membakar semangat Rafli.

"Mulut kau ni jangan nak lepas sangat cakap tu, masin nanti macam manalah nasib aku." Rafli menjeling sahabatnya.

"Hek eleh sentap. Aku cakap benda betul apa. Aku tengok dia tu pun baik budaknya. Kau suka Fathiyah kan? Bukan Zara anak buah aku tu. Ke aku salah tanggapan selama ni, yang sebenarnya kau sukakan Zara. Cer terangkan. Huh"

Taqiuddin memandang wajah Rafli dengan dahi berkerut. Dia ingin tahu dari mulut sahabatnya itu sendiri.

"Sejujurnya aku memang suka sangat-sangat dekat Fathiyah tu bukan Zara okeyyy..tapi aku dapat tahu yang dia sukakan orang lain." Rafli melontar kata. Riak wajahnya berubah sedih.

Rafli juga tahu siapa jejaka yang sudah bertakhta dihati Fathiyah, cuma dia tidak mahu memberi tahu kepada Taqiuddin. Itu janji dia pada Zara.

"Mana kau tahu? Saja nak mereka cerita ke, atau kau ada tanya dia sendiri."

"Aku tahu lah...benda boleh siasat buat apa nak tanya." jawab Rafli ringkas.

Dia tidak mahu panjangkan cerita lagi. Cukuplah di sini. Bagi Rafli biar takdir yang tentukan segalanya. Kalau jodoh tak ke mana.

"Eh..eh menyempat kau ekk buat lawak. Terpulang pada kau lah. Aku sebagai sahabat kau yang sengal ni sentiasa sokong walau apa pun keputusan kau. Tak gitu bro!!"

Ikhlas Taqiuddin menutur kata. Demi sahabatnya yang selalu ada saat gembira dan sedihnya.

Sejak dari kecil lagi mereka sudah berkawan. Itu yang boleh jadi sahabat baik. 'Sehidup semati' cogan kata yang mereka gunakan.

"Thanks bro! Dah jom lah. Petang ni kita ada kelas tambahan pula. Tak sempat nak rest weh."

"Bereh boh"

Kedua-dua mereka ketawa, dan mula bergerak ke bilik rehat untuk membersihkan diri.

Di dalam hati Rafli hanya berdoa agar persahabatan antara mereka tidak akan pernah terputus, sekalipun Fathiyah tidak memilih dirinya kelak.??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience