Seminggu sudah berlalu....
Kaki disarung selipar, lantas hayunan langkah dibawa ke arah pokok jambu air di tepi rumah. Ditangan Fathiyah juga ada besen sederhana besar. Tidak berlengah lagi, tangannya terus mencapai galah pendek yang bersandar elok pada batang paip di bahagian tersorok sedikit di belakang rumahnya.
Terliur Fathiyah melihat rimbunan buah jambu air yang sedang masak ranum itu. Dijolok-jolok buahnya dengan galah tanpa menghiraukan siapa sahaja yang melihatnya ketika itu. Pedulikan saja janji dapat makan.
Tidak diduga, rupa-rupanya Fathiyah sudah diperhatikan lama oleh si pemerhati. Senyuman lebar terukir di bibir pink lelaki itu. Siapa lagi orang yang rajin nak skodeng Fathiyah.
Rafli menghampiri kawasan di mana Fathiyah kelihatannya terloncat-loncat kecil. Alolo comel.
"Macam susah je tu..nak abang tolong?" tegur Rafli tiba-tiba.
"Oh..mak!! Allahuakbar! Abang Raf ni..terkejut Tiyah lah" marah Fathiyah tersentak mendengar teguran lelaki itu.
"Sorry..sorry.. Abang terkejutkan Tiyah ke ni?" kaget Rafli melihat wajah itu bertukar merah. Mungkin marah agaknya.
"Bagilah salam kot ye pun. Kalau Tiyah ada sakit jantung tak ke naya tu!" bebel Fathiyah lagi. Tapi dia tidak sampai hati hendak marah lebih-lebih.
Fathiyah lebih kepada malu sebenarnya kerana keayuannya hilang begitu sahaja apabila lelaki itu sudah pun melihat dirinya yang terloncat-loncat sebentar tadi. Tak semenggah.
"Haip!! Apa mulut cakap macam tu.. Abang tak sempat lagi nak masuk minang Tiyah tau! Kempunan abang nanti. Tak kesian ke kat abang? Hurmm..sampainya hatimu.." Rafli bernada gurauan.
"Padan muka abang!" Fathiyah menjeling geram.
"Hahahaha..alaa abang gurau je pun. Janganlah marah. Hilang comel nanti" seloroh Rafli lagi.
"Biarlah tak comel bukan ada orang nak kat kite pun..wekk!!" Fathiyah sengaja membalas begitu sekadar mahu melihat reaksi Rafli.
"Ehhh..siapa orang yang tak nak tu? Abang on jek..tunggu yang di sana saja jual mahal. Choiii!!"
"Gila tak nak. Rugi besar kalau abang tolak. Nak suruh Mak cik Senah datang minang sekarang pun boleh tau. Cabarlah abang sekarang!" Semangat Rafli membalas.
"Ewah..bukan main kau Raf. Lain macam kau punya semangat bro!" Angah mencelah.
Fathiyah dan Rafli serentak berpaling ke arah Angah yang muncul bersama sambal kicap ditangannya.
"Apa yang riuh sangat, ibu dengar suara korang sampai dalam ni" muncul pula Puan Ina di belakang Angah.
Rafli menggosok-gosok tengkuknya, segan.
"Angah sempat dengar ada orang nak masuk meminang anak dara ibu ni bu.." sampuk Angah.
Fathiyah pandang muka Angahnya dengan riak tidak puas hati. Dia menjeling Angahnya seraya berkata, "Sibuk je Angah ni. Tak tau apa-apa diam jelah. Sumbat cili baru tahu" gumam Fathiyah berkali-kali geram.
Membulat mata Rafli memandang Fathiyah. Macam tidak percaya melihat Fathiyah beserta sisi lainnya. Masih banyak lagi yang dia perlu tahu tentang perangai dan sikap Fathiyah. Apa-apapun Fathiyah tetap manis di mata Rafli. Angau tak habis Rafli oiii..
"Iya ke? Bila Raf nak bawak rombongan? Set tarikh. Lambat ibu bukak tawaran untuk orang lain" Puan Ina sungguhlah menambah perisa.
"Hahahahaha" Terkekeh-kekeh Angah gelakkan budak berdua itu. Terkedu lah tu.
"Ibu.. Raf okey je..tapi ibu kena tanya anak kesayangan ibu tu dulu. Tak memasal dia tolak pinangan Raf. Acanner tu!!"
"Hahahahaha" meletus tawa mereka semua yang berada di situ mendengarkan bicara Rafli yang selamba badak.
Dia orang semua tidak tahu ke yang Fathiyah sudah membahang wajahnya. Malu.
Dalam melayan keriuhan itu, tangan Rafli bertindak pantas mengambil galah pendek dari tangan Fathiyah.
Kemudian Rafli sengaja berdehem, "Ehem..tepi sikit sayang. Abang nak tolong jolok buah ni. Jauh sikit. Duduk dekat ibu sana. Kena kepala nanti sakit..Siapa yang susah? Abanggg jugak" omel Rafli lembut.
Bertambah-tambah membahang wajah Fathiyah saat dipanggil sayang oleh Rafli. Tolonglah jantung Fathiyah berdegup laju sangat. Terasa nak meletup sahaja.
Asyik melayan perasaan teruja itu, Fathiyah tetap menurut kata. Langkah diatur ke meja di mana ibunya sedang duduk.
"Ambil banyak-banyak sikit Raf!" suara Puan Ina kuatkan sedikit berharap Rafli dengarlah.
"Ibu nak berniaga ke?"
"Apa pulak nak berniaganya. Suruh ambil lebih tu bolehlah kamu bawak balik sikit kang beri pada ibu kamu. Dari minggu lepas lagi, dia ada beritahu kalau-kalau jambu tu dah masak dia nak mintak. Teringin katanya" jawab ibu panjang lebar.
"Ooooo..kisahnya" balas Rafli pendek.
Angah awal-awal lagi sudah kalut melahap buah yang telah dipetik Fathiyah tadi. Tak menyempat budak seorang ini memang. Fathiyah mengerling Angahnya.
"Makan jangan gelojoh boleh tak!!" tegur Fathiyah perlahan.
"Aikk..bila masanya Angah gelojoh ni. Memandai je adik" tutur Angah dengan mulut penuh.
"Tu..tu.. apa tu.. comot sangat" jari Fathiyah tuding ke pipi Angah.
"Kalau tunang Angah nampak ni jatuh saham. Kejaplah biar adik ambil gambar. Kita kasi viral. Amacam!!" Fathiyah cuba mengugut.
"Oii..oiii..jangan nak mengada eh.. Raf!!!! Kau tengok kesayangan kau ni. Pandai dia main ugut-ugut aku weh.." jerit Angah bengang sambil memandang Rafli yang sedang gigih mengait buah jambu itu.
"Ishhh...tak payahlah nak kaitkan Abang Raf. Manja mengalahkan perempuan. Mengadu je tahu" balas Fathiyah laju.
Rafli segera mengutip buah-buah jambu air yang telah dikait tadi. Dikumpulkan setempat lalu dimasukkan ke dalam besen yang ada di situ.
Puan Ina keluar dari pintu di bahagian dapur sambil membawa beg plastik di tangannya.
Puan Ina hulurkan plastik itu kepada Rafli.
"Masukkan dalam plastik ni buah jambu tu Raf. Nanti kang jangan lupa bawak balik. Kempunan ibu kamu tu nanti. Bubuh banyak-banyak sikit. Dekat rumah ni pun bukan ada orang nak makan sangat. Kadang tu sampai terbiar membusuk atas tanah" celoteh Puan Ina di sebelah Rafli.
"Ibuuu..nanti adik nak bawak balik sikit tau kat rumah sewa adik." Fathiyah tiba-tiba bersuara.
Rafli memandang sekilas.
"Nak abang ambilkan sekali tak ni?" Pelawa Rafli. Dah alang-alang dia ada dekat situ. Apa lagi.. cucuk jarum lah..
"Haah..kebetulan abang sayang ada boleh lah mintak tolong kan.. kan.. Angah belum tentu ada masa esok. Buatnya ada panggilan kecemasan kang. Hah sudah. Siapa nak nolong haaa." sepantas kilat Angah mencipta alasan.
"Eleh taknak tolong cakap je terus terang kan senang" ringkas Fathiyah membalas. Setepek mengena Angah.
Fathiyah kalih merenung wajah Rafli. Rafli juga tidak berkelip membalas tenungan itu. Eh.. dah kenapa budak dua ni..
Haih.. Jangan tanya kenapa kalau tiba-tiba Fathiyah ditahan di wad jantung. Laju sangat berdegupnya tu sampai saya pun dengar kat sini. Ehh..hihi
Share this novel