14

Family Series 15706

Selesai sesi menyarungkan cincin.

Kini Fathiyah sudah menjadi tunangan Rafli. Akhirnya, penantian Rafli bertemu penghujungnya. Tidak sia-sia dia tanamkan kesabaran demi sebuah cinta sejati.

Hanya tinggal detik diijabkabulkan sahaja sedikit masa lagi. Kedua-dua pihak telahpun bersetuju untuk mengikat tali pertunangan itu selama dua bulan sahaja. Itupun atas permintaan Rafli sendiri. Mungkin, dia tidak mahu tunggu terlalu lama lagi.

Tempat duduk di bawah kanopi itu, sudah mula dipenuhi orang ramai. Masing-masing ada yang sedang beratur untuk mengambil makanan. Majlis hari itu, Puan Ina menggunakan khidmat katering. Pada pendapatnya, perkara itu lebih mudah dan cepat. Lagi pula siapa sahaja yang ada untuk membantu kerja-kerja mengemas dan urusan di bahagian dapur nanti.

Anak-anak lelaki Puan Ina juga sudah mengingatkannya tentang hal itu. Mereka sangat mengambil berat akan kesihatan Puan Ina.

"Ibu.." sapa Rafli lembut dipendengaran Puan Ina.

Puan Ina tersentak lalu menoleh ke sisinya. "Hah.. Raf.. Terkejut ibu. Ni dah makan ke belum?"

" Belum bu.. Ibu fikirkan apa? Raf tengok macam menungkan sesuatu aje." Rafli beriak risau.

"Hehe.. Mana ada menung pun. Cuma terfikir sikit je lah.. Bila Tiyah dah berkahwin dengan kamu nanti, sunyilah ibu tak ada teman." Ujar Puan Ina jujur.

"La.. sebab tu ke? Kalau ibu nak, Raf boleh aje benarkan Tiyah duduk dengan ibu. Ibu pun tahukan macam mana kerja Raf. Tak melekat kat rumah. Bila ada projek yang memerlukan pantauan Raf. Raf kena outstation sampai berminggu-minggu. So.. Raf dah fikir bab tu. Ibu jangan risau sangatlah. Apa yang penting sekarang ni, ibu jaga kesihatan tu sudah. Hal-hal lain serah pada kami. Okey ibu!" Jelas Rafli panjang berjela.

Puan Ina tersenyum bangga seraya mengangguk-anggukan kepalanya. Dia tidak salah membuat keputusan untuk anaknya Fathiyah. Satu-satunya anak perempuan yang Puan Ina punya. Sedih dan sayu itu bergabung sehingga terhasil perasaan yang sangat memberat dalam sanubarinya.

Rafli menggosok lembut bahu Puan Ina, agar kesedihan yang menyelubungi bakal mertuanya itu sedikit berkurang.

"Ibu.. Boleh ke Raf jumpa Tiyah kejap?" Soal Rafli meminta keizinan.

Sekilas Puan Ina membalas pandangan Rafli seraya menjawab. "Ada udang disebalik batu rupanya. Ceh! Patutlah punya mengayat ibu tadi. Tipah tertipu bang!" gurau Puan Ina berserta dialog drama.

"Hahaha" meletus tawa Rafli dibuatnya.

"Betul drama queen ni bu.." kata Rafli sambil menghabiskan sisa tawanya.

"Pergi lekas! Jangan nak macam-macam pula. Belum halal." Tegas Puan Ina.

"Beres bu. Ditanggung halal"

"Banyaklah kamu punya halal. Ehh budak ni kang!" Jelingan manja Puan Ina berikan sambil dua jarinya ditunjukkan bahawa dia sentiasa memerhati tindak-tanduk Rafli.

Tergelak-gelak Rafli sekali lagi. Bakal mertuanya itu sangat menghiburkan hati.

Penuh tertib langkah yang disusun Rafli menuju ke pintu utama rumah Puan Ina. Matanya melilau mencari kelibat Fathiyah. Manalah tahu orang yang dikendaki berada di ruangan itu. Tetapi hampa. Bayangan Fathiyah pun dia tidak nampak. Hendak terjah ke bilik, tidak sopan dirasakan.

Rafli kalih. Cuba melangkah keluar pintu semula, tiba-tiba bahunya dicuit seseorang. Cepat Rafli menoleh. Dia tergamam seketika. Tepat pada waktunya. Wajah yang dicari-cari sekejap tadi sedang menyapanya dengan senyuman manis terukir di bibir.

"Abang cari siapa?" Fathiyah menegur.

"Cantik" terluncur spontan dari mulut Rafli.

"Hah!"

"Ehem.. Maksud abang, sayang abang ni cantik" tidak berkelip mata Rafli melihat rupa paras Fathiyah sedari tadi. Walaupun wajah itu dirias sekadar solekan tipis, tarikan yang diberikan mampu membuat jiwa Rafli bergetar hebat. Jangan terkeluar jantung sudahlah. Ada yang masuk paper tiba-tiba, 'bakal pengantin hilang jantung'. Ehh..hihi

Sekali pandang macam Farah Khan pelakon Bollywood itu. Dua kali pandang, itulah bakal bidadari Rafli. Auch!

Malu yang Fathiyah rasakan saat dan detik itu. Segan dirinya dipuji oleh Rafli.

"Oii!!! Korang buat apa hah!" terjah Zara. Buat dua insan yang saling memendam rasa itu tergadah. Serentak kedua-duanya menoleh.

"Eh budak ni. Macam mana boleh sesat kat sini ni" Rafli bersuara hilangkan kejanggalannya.

"Kita ada je kat sini dari semalam lagi. Abang apa tahu! Zara ngadu kat Cik Senah kang. Biar dia tengok sendiri betapa tiada kemaluannya anak bujangan terlajak dia yinni.." celoteh Zara selamba.

"Hahaha.. Gila! Ishh mulut budak ni kan.." Rafli tergelak lucu dengan celoteh Zara. Ada saja akal dia mahu perkena Rafli.

Fathiyah yang tadinya sekadar memerhati turut tergelak mendengar ayat yang meluncur laju dari mulut Zara itu. Mulut tiada insurans begitulah.

Tidak mahu memanjangkan drama di situ, Fathiyah tiba-tiba bersuara. "Dah-dah lah tu. Kalau berjumpa ada je perang mulut nak dicetuskan."

Zara mencebik. Rafli tersengih.

"Abang dah makan ke belum ni?" Fathiyah menyoal kembali.

"Belum. Tujuan abang jengah ke dalam ni nak ajak sayang makanlah ni. Teman abang jom!" Ajak Rafli tidak kaku lagi.

Mimik muka Zara tayang seakan-akan mahu muntah bila Rafli mula memanggil Fathiyah, sayang. Meremang bulu roma dia.

"Kau kenapa buat muka macam tu?" tanya Fathiyah kepada Zara.

"Geli weh.. Korang manja-manja depan aku yang single ni. Merinding bulu roma oii!"

"Eleh.. Gelilah sangat dia tu. Jealous cakap jelah." potong Rafli. Sengaja mahu menyakat Zara.

"Eiuww.. Tolong sikit eh. Tak mainlah nak cemburu bagai. Wa jiwa kental maa.." nada senda Zara gunakan.

"Hahaha" lagi dan lagi mereka bergelak-tawa tanpa melihat orang sekeliling. Ramai mata-mata yang sedang memerhatikan tingkah mereka dari tadi.

Setelah perasan yang mereka menjadi perhatian di situ. Cepat Fathiyah menarik tangan Zara, lalu melangkah menuju ke arah luar rumah untuk menjamu selera. Isyarat mata Fathiyah berikan kepada Rafli agar tunangnya itu mengikut langkahnya juga. Rafli yang perasan akan lirikkan itu menurut sahaja. Dia faham. Rafli koyak senyum.

"Sayang.. Duduk je kat meja hujung tu. Biar abang yang ambilkan makanan untuk sayang." Arah Rafli kepada Fathiyah sambil jarinya menuding ke arah meja kosong di sudut penjuru kanopi.

Spontan Fathiyah mengangguk patuh.

"Tiyah" Zara menyenggol bahu Fathiyah.

"Apa? Ada bendalah tu nak sakat aku kan?" tebak Fathiyah. Seolah mengerti ayat yang bakal meniti di bibir mungil sahabatnya itu.

"Tahu tak apa! Hahaha" Balas Zara.
Gerak-geri, gaya dan segalanya tentang Zara, Fathiyah sudah masak. Sudah dihadam lama.

Tiba-tiba Fathiyah senyap. Duduknya tegak. Matanya terpaku melihat susuk tubuh yang baru sahaja melabuhkan duduknya bersebelahan dengan tempat duduk Rafli. Sepinggan nasi yang dibawa diletakkan di atas meja, tunggu masa untuk disantap sahaja.

Zara menyiku lengan Fathiyah. Tersentak Fathiyah dibuatnya. Dia menoleh menatap wajah Zara. "Apa?" dahi Fathiyah berkerut.

"Bukan main kau pandang Paksu aku tak berkelip. Nampak dek Abang Raf kang. Sedih dia tau!" Zara berbisik perlahan ditelinga Fathiyah.

Tersedar akan kesilapannya itu. Fathiyah kalut mencari kelibat Rafli. Risau jikalau Rafli benar-benar melihat kelakuannya sebentar tadi.

Fathiyah menghela nafas lega kerana kelihatannya Rafli sedang berborak dengan kawan-kawannya. Selain itu, tubuh Rafli juga turut membelakangi dirinya.

Tanpa Fathiyah ketahui bahawa Rafli terlebih dahulu dapat menangkap adegannya tadi. Oleh sebab, Rafli tidak mahu perasaan cemburu itu menguasai dirinya. Segera dia berpaling agar tiada yang perasan perubahan wajahnya yang agak ketara kecewanya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience